Tuesday, August 16, 2011

Membuat keputusan bukan perkara yang mudah.


Bagiku membuat satu keputusan bukan suatu yang mudah.
Seperti apa yang aku pernah buat sebelum ini. 
  1. Kalau ade jodoh jumpa lagi
  2. Alhamdulillah
  3. Akhirnya short semester
  4. Registration short sem
  5. I deserve to get to what I have done
Pada mulanya tidak dapat short sem tapi gatal tangan nak ambil juga. Jadi terimalah akibatnya. Memang masa tu angin bercuti masih menebal serta dapat pula sebilik dengan kakak senior yang tak friendly. Hari2 aku duk kutuk mereka kata mereka sombong. Jahat sungguh aku masa tu. Bila dah sorang2 dalam bilik, aku dah hanyut dengan computer, dengan blog. Rasa sunyi je buka lagu kuat2, update blog. Bukan nak baca buku. Tambah orang yang aku sayang pergi dengan mengejut. Dia memang sangat2 ambil berat tentang aku. Aku tak tahu apa nak jadi masa tu. Dengan subject yang chapter dia banyak tapi belajar dalam masa 2 bulan. Dua subject pula tu. Dengan bende macam ni berlaku masa nak exam. Bila mengenang balik, apa aku dah buat? Nasi sudah jadi bubur nak buat macam mana.

Sekarang keputusan yang kedua pula aku nak buat bila masuk sem baru. Aku nak tukar mahallah. Aku tak kira nak tukar jugak. Cukuplah aku hanyut selama ni. Kang silap2 aku kena buang pulak sebab result makin turun. Betapa sakitnya hati aku tersisih dari budak yang sama2 amik kursus dengan aku. Budak yang sama kursus dengan aku ditempatkan satu mahallah.  Tapi aku, aku dicampak entah mahallah mana entah. Nak buat assignment pun susah, nak belajar sama2 pun susah.Yang senasib dengan aku cuma berapa kerat je. Selama ini aku hidup dengan senior yang agak aneh pemikirannya. Ya... Aku akui bilik yang aku duduk sekarang sangat best. Bilik besar, nak ke main office senang, masjid dan kelas pun dekat. Cuma satu je kurang. Aku takde kawan. 

Takde kawan? Habis sebelum ni pun kau duduk sorang2 pun masa ambik SPM. Tiada sesiapa pun peduli pasal kau. Jadi tempat copy homework adalah. Ya.. memang.. Tapi aku masih ada keluarga. Aku masih ada emak yang selalu bebel dengan aku bila aku malas belajar. Aku ada bapak yang selalu basuh otak aku suruh belajar bila semangat aku dah luntur. Aku masih ada jiran2 dan aku ada kawan2 yang kurang senang dengan keadaan keluarga aku yang segkek serta kurang senang dengan keputusanku untuk tukar dari aliran sains ke aliran akaun. Sebab tu aku bersemangat nak belajar dan berkat doa2 mereka juga. Cuba bayangkan aku duduk dalam bilik sorang2, tanpa mak dengan bapak, takda kawan yang buat aku panas hati tengok dia belajar, bila rasa sunyi je buka internet... buka facebook, blog...Macam bukan budak sekolah je. Kalau aku dalam keadaan tenang macam ni, sampai bila pun aku rasa aku tengah bercuti dalam bilik tu. Tup2 dah nak final exam. Sampai bila? Dahlah belajar hutang... Masih tak sedar2 juga... Aduh

Cuma satu je harapan aku..... Semoga keputusan kali ini yang terbaik buat diriku..
Bila dah tukar tu sekurang-kurang aku bersama dengan budak2 sama batch dengan aku. Aku dapat merasai kekalutan nak belajar, keriuhan bila nak exam esok, boleh siapkan assignment dengan lebih berkualiti. Takdela aku duk buang masa nak pikir nak buat mana, nak kena overnight kat bilik kawan pula, angkut barang2 lah.. Rasa macam pelarian pula...

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe