Monday, December 31, 2012

Dilema pelajar universiti.

Dalam dewan exam. Jam tepat menunjukkan pukul 9.10 pagi.
Ani membelek kertas soalan sambil meneliti soalan.
"Ape mende nih... Aku ada baca ke topik ni... MasyaAllah... Soalan esei takda kira2... Habislah aku!..." Degus Ani. Ani cuba tabahkan diri untuk menjawab soalan itu. Walaupun hatinya berat tetapi dia gagahkan juga. Dia sudah membayangkan dirinya melangkah keluar dari dewan exam ketika exam masih berjalan. "Tak boleh2... Aku kena habiskan juga soalan ni. Walaupun apa yang terjadi, AKU KENA HABISKAN JUGAK!" Ani bermonolog seorang diri.

"Which of the following are securities? A share of Texaco common stock, a certificate of deposit or a treasury bill? Aiseyman... Aku dah jumpa soalan ni kat past year question tapi aku lupa dah jawapan dia. Argh... lantak..." Ani sudah malas nak layan soalan objektive. Banyak juga dia tinggalkan tanpa jawapan. "Aalamak... dah pukul 10.30pagi... Sempat ke aku habiskan semua soalan ni.. Go Ani GO!" Ani cuba memotivasikan dirinya.

Tengah2 dia sedang menjawab soalan esei, pemikiran dia diterjah satu persoalan yang sudah lama terbuku di mindanya. Dia hampir melupakan persoalan itu. Tetapi sekarang dia datang kembali. Seolah-olah ia membisik. "Ani... Ani... Apa yang kamu sedang buat sekarang? Jawab exam ek. Datang je semester baru benda yang sama je ulang. Belajar, Exam, Kelas, Assignment, Quiz segala bagai. Hidup kamu hanya itu aja. Ni kamu jawab exam pun takat nak pass exam je kan. Kalau nak cemerlang kena dapat 3.5 and above. Tapi kamu masih2 tak juga capai tahap tu. Umpama hendak mengapai awan di langit tapi kamu masih di atas perut bumi. Lepas belajar mesti kerja kan. Kalau tak, membazir duit rakyat je bagi pinjam untuk kamu belajar. Kalau tak kerja, macam mana nak bayar hutang study kamu, Ani. Bila dah kerja pagi petang bila jodoh sampai kahwinlah kamu ek. Kalau panjang umur dapat anak pastu bila dah tiba masa kamu pun pergi bertemu Allah. Setakat itu aja ke Ani? Hidup kamu setakat itu sahaja? Mengejar cita-cita? Duduk di menara gading? Hanya untuk memuaskan grade, memuaskan diri kamu sendiri? Begitukah Ani?"

Ani tersentak dengan bisikan itu. Dia mengelamun seketika. Secara tidak langsung dia mengiyakan. Ani pun membalas bisikan itu. "Memang betul apa yang kau perkatakan. Kadang2 rasa sia2 belajar tinggi2. Cara pembelajaran lebih kurang sama macam  budak sekolah. Mungkin salah aku. Aku tamak. Aku ambil banyak subjek semester ni. Aku seharusnya tidak menurut rentak pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Kepandaian kamu, kepintaran kamu diukur dengan tingginya markah peperiksaan kamu. Bila dapat 3.5 and above, kamu dinilai sebagai pelajar terbaik. Aku tidak mahu begitu. Seharusnya aku berubah. Sistem tidak akan berubah. Jikalau berubah ia memerlukan masa yang agak lama. Aku kena paksa diri untuk membaca lebih banyak. Aku kena paksa diri untuk bekalkan diri dengan ilmu lain. Aku kena paksa diri dan tenaga untuk menyumbang sesuatu untuk masyarakat. Aku tidak mahu menjadi hasil cetakan biasa dari kilang universiti yang mencetak begitu ramai pelajar saban tahun. Mereka mencetak pelajar yang excellent tapi tak tahu apa2. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Aku kena lebih dari itu. Ilmu Allah itu luas. Apa gunanya aku disini? Apa gunanya Allah letakkan aku disini jika niatku disini hanya untuk mendapat sijil demi memperoleh kerja yang bagus tetapi masyarakat diluar sana sakit tenat dan amat perlukan kita, mahasiswa yg berilmu dan beraklak mulia."

Bisikan itu datang kembali membalas kata-kata Ani. "Begitu besar sekali harapan dan cita-cita kamu. Tetapi itu semua hanyalah harapan. Sampai bila kamu bisa bertahan. Lambat laun kamu akan hanyut juga. Kamu akan akur dengan sistem. Kamu terpaksa melupakan cita-cita demi kepentingan diri kamu juga. Seperti yang telah terjadi kepada kamu sekarang. Kamu hanyut. Kamu sibuk berprogram, berkelab sampai amanah kamu sebagai seorang pelajar tergugat. Kamu banyak fail dalam exam. Kamu tak bersedia ketika dalam kelas. Kamu banyak bermain. Aku lihat itu semua. Dan aku suka bila kamu begitu. Aku ketawa riang melihat kamu."

"Cis,...Ya, Aku salah. Aku lalai selama ini. Aku akui kesilapan itu dan aku nak berubah. Aku kena bersemangat untuk belajar dan aku kena memilih program seperti apa yang aku harus sertai. Aku mula belajar untuk mengimbangi antara belajar dan aktiviti bersama masyarakat. Lepas ini aku perbaiki lagi. Aku tak mahu kembali ke lubang yang sama. Aku akan buat kamu menangis sekuat-kuat hatimu" balas Ani.
Ani melihat jam. "Ooo my.. dah pukul 11 pagi. Ni kamu punya pasal. Sengaja nak lalaikan aku lagi disaat-saat genting ni. Takpe Ani. Masih ada sisa2 waktu untuk siapkan. Pedulikan dia." Ani degus lagi. "Selamat menjawab ya. Aku nak sangat tengok kamu tak sempat jawab semua soalan. HaHaHa..." Bisikan itu ketawa riang. "Ani boleh2. Ani boleh siap punya..." Ani cuba untuk menaikkan semangat dan cuba untuk tidak mengendahkan bisikan itu.

P/s : Bila diungkapkan dan ditulis memang senang. Bila nak melaksanakannya hanya tuhan je tahu.

Masih belum terlambat. Jadilah mahasiswa yg bukan sahaja berjaya mendapat segulung ijazah malah mahasiswa yg mampu berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Bye2 2012... Hye2 2013...

Selamat kembali ke blog ya cik Bella (kata2 aluan kerna dah lama tak lawat blog)... ohoho
Hari ini merupakan hari terakhir kita untuk tahun 2012. 
Keesokan harinya dah masuk tahun baru 2013. hoyeh.. 
Tahun baru, azam baru, gaya baru... 

Google pun nampak bersemangat nak sambut tahun baru... haha

Bila kata tahun baru mesti  kena kaitkan dengan azam baru... ye tak?
Iyakan aje.. haha
Apa azam korang utk tahun depan?
Meh nak teka sikit...
Azam baru korang semestinya.....
Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni... (bagus)
Nak cari kerja... (selama ni menganggur ek?)
Nak sambung belajar.. (nak sambung kat mana ek?)
Nak buka bisness... (nak join sekali boleh?)
Nak kahwin... (erk???)

Apa2 pun azam korang harap korang betul2 usaha nak capai azam itu..
Bukan setakat azam dimulut, dikertas (kalau korg catat azam korg dlm kertas)
Tapi tanamkan azam tu didalam hati... 
Bukan sahaja bermimpi tapi cuba usahakannya...

You are what you think....

P/s : Pastikan azam korang tu bermanfaat ek...