Wednesday, August 27, 2014

Guru Ganti Selangor for Dummies

Berminat nak jadi guru ganti tapi tak tahu macam mana nak mohon?
Sonang je. Ha ha ha

Pertama sekali, haruslah register dahulu di pautan -> http://esggs.juict.net/index.php


Daftar ID pengguna dahulu. Kemudian log in menggunakan password yang dihantar melalui email setelah berdaftar. Isi detail yang diperlukan dan print senarai semak dan GG1. Sediakan dokumen yang diperlukan yang sudah disenaraikan dalam borang senarai semak tu. Dokumen ini sangat diperlukan oleh pihak PPD untuk serapkan anda ke sekolah yang memerlukan guru ganti.

Biasanya si pemohon akan tunggu panggilan pihak PPD untuk proses seterusnya. Untuk mempercepatkan proses, si pemohon boleh mencari sekolah yang memerlukan guru ganti. Ada sekolah yang mengalami masalah kekurangan guru seperti masalah kurang guru kerana ramai guru yang cuti bersalin. Jika pandai cari mesti jumpa. Ada sekolah sangat memerlukan guru ganti tambahan jumlah guru yang sedia ada sudah banyak kelas yang perlu mengajar tambah kena ambil kelas guru yang bercuti. Bila dah jumpa tu, pihak sekolah akan sediakan segala dokumen sokongan yang membuatkan anda memang layak untuk jadi guru ganti di sekolah tersebut.

Tentang upah, upah dibayar mengikut hari bekerja. Jika tidak bekerja maka tiada upah. Kadar upah juga mengikut kelayakan. Yang penting sijil SPM wajib ada.

sumber : [Link]
Bagi yang masih belajar di peringkat universiti atau sedang tunggu scroll ijazah (hari graduasi), anda masih boleh memohon untuk menjadi guru ganti. Tetapi kadar upah anda cuma takat SPM sahaja. Kadar upah peringkat ijazah akan diberikan jika anda sudah memiliki scroll ijazah. Tak kiralah mengajar sekolah menengah atau sekolah rendah, kadar upah masih sama.

Yang penting pengalaman. Daripada duduk sahaja di rumah tanpa buat apa2, baik kerja walaupun guru ganti. Dengan kadar upah yang diberikan walaupun takat SPM tak dapat menyamai pengalaman mengajar tersebut. Bukan setakat mengajar, belajar untuk kawal emosi, cara untuk dekati dan tarik perhatian pelajar serta bagaimana untuk kuatkan suara anda. Lebih mencabar bila bertugas di sekolah harian biasa terutama sekolah menengah. Banyak benda dapat dipelajari. Buat mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pendidikan bolehlah cuba apply dan rasai sendiri. 

Boleh baca link diatas ini untuk mendapat gambaran serba sedikit tentang guru ganti.

~Terima kasih buat cikgu-cikgu yang berpenat lelah mengajar anak2 murid yang begitu nakal.~ 
~Kiniku merasainya sendiri.~

P.s : KPLI dan DPLI sudah dimansuhkan. 
Jalan lain untuk menjadi pendidik terutama pemegang ijazah yang tidak memiliki latihan ikhtisas boleh cuba 2 jalan iaitu jadi guru kat sekolah swasta atau sambung belajar sampai peringkat PHD untuk jadi pensyarah. Kalau nak dapat pengalaman sementara, jadi guru ganti jelah.

Semoga berjaya

Monday, August 25, 2014

"Clearance for Dummies" khas buat graduan UIAM

"Weh, macam mana nak buat clearance?"

Itulah soalan yang sering di tanya oleh graduan UIAM saban tahun.
Clearance? Apa tu?
Kena buat ke?
Selalunya untuk mendapat informasi, si junior akan bertanya si senior yang sudah grad tentang clerance ini.
Meh sini senior habaq kat hang. (seniorlah sangat hoiii)

Clearance perlu dibuat supaya anda dapat full academic transcript, surat akuan yang anda sudah grad dan full cocuriculum transcript. Transkript ini tersangatlah penting untuk mohon pekerjaan tertentu. Walaupun selalunya graduan akan guna sijil SPM dia untuk mohon kerja terutama buat graduan yang belum dapat scroll namun ada sesetengah majikan mahu melihat transkript mengikut jenis kerja yang dipohon.

Cara-cara nak buat clearance :
Mula-mula, anda perlu semak kat clearance system portal terlebih dahulu untuk lihat department mana yang anda perlu buat clearance dahulu.

Clearance System Portal [Link]

Pastikan transkript dah endorsed by the senate
Biasanya 2 minggu lepas result final exam
Boleh semak status dekat MyIIUM portal kat bahagian MyPersonal (current status). 


Bila dah log in clearance system portal, muncul tulisan berdakwat merah yang tertulis "NOT CLEAR" bagi checkpoint yang belum clear. Contoh kat gambar atas ni, semua dah clear dah. Hehe. 
Biasanya ada 3 checkpoint yang belum clear - mahallah, library dan finance.
Nak mula dari mana pun suka hatilah. Asalkan kena clear setiap checkpoint tu.

Nak kena clear? Macam mana tu?
Senang cerita, bila sudah sampai kat checkpoint tu terus cakap nak buat clearance.
Pihak yang bertugas kat situ dah faham dan hanya mereka yang buatkan clearance.
Anda cuma tunjuk muka, cakap nak buat clearance dan hulur matric card kat mereka.
Mereka tahu apa nak buat.
Cara ini hanya berkesan untuk 2 checkpoint iaitu mahallah dan library.
Untuk mahallah, boleh buat clearance kat mahallah office.
Untuk library, boleh buat clearance kat kaunter library.

Untuk checkpoint finance pula, anda kena pastikan berapa yang anda harus bayar.
RM130 tu wajib bayar kerana dikira sebagai duit convo (untuk convo 2014).
Untuk special case terutama yang habis awal 
contoh sepatutnya habis belajar selama 4 tahun tapi berjaya habis belajar selama 3 tahun setengah tu
kena semak kembali berapa tution fee yang harus dibayar.


Lihat, sudah tertulis dalam jadual yuran yang ditetapkan oleh pihak finance [Link].
Bagi pembiyaan pengajian melalui biasiswa dan ptptn, anda harus hubungi pihak yang terlibat untuk mengetahui status bayaran tution fee ini.
Bagi yang merancang nak grad awal tu, fikir-fikirlah dahulu ya.
Fikir masak-masak.

Bila sudah tahu berapa banyak kena bayar tu, silalah buat bayaran kat bank muamalat.
Kemudian beri slip bayaran kat kaunter finance department dan beri tahu kat mereka yang kamu nak buat clearance. Hulur matric card sekali.

Well Done! Selesai bahagian utama.

Anda dah boleh terus ke AMAD/AnR department untuk minta transkript.
Pastikan anda clear semua dahulu sebelum minta transkript.
Jangan lupa minta transkript kokurikulum.
Kena beri kat mereka sampul surat bersaiz A4 dan setem RM1.
Adalah kena isi borang kat STAD.

Sekarang, anda sudah jadi alumni uia.
Pastikan anda mohon alumni card untuk terus menikmati kemudahan yang ada kat uia. Rugi kalau tak mohon.
Pastikan bawa gambar bersaiz A4 dan kenalah isi borang kat Alumni Division.

Nak settle semua benda ni boleh makan masa sehari suntuk.
Have fun. Bukan selalu.

Bagaimana dengan gambar convo?
Yang tu senior tak tahu. Haha.
Kena tunggulah update seterusnya -> Convo 30 for Dummies 
Belum cerita bab nak ambil baju convo lagi tu.

Rajin2kan diri anda untuk lawat 
http://www.iium.edu.my/convo

Penting tu. 
Semak nama anda kat Graduation List
dan Update Biodata jika ada perubahan.
Yang penting tentatif tu.
Semua benda kat situ penting.

~End~