Itulah soalan yang sering di tanya oleh graduan UIAM saban tahun.
Clearance? Apa tu?
Kena buat ke?
Selalunya untuk mendapat informasi, si junior akan bertanya si senior yang sudah grad tentang clerance ini.
Meh sini senior habaq kat hang. (seniorlah sangat hoiii)
Clearance perlu dibuat supaya anda dapat full academic transcript, surat akuan yang anda sudah grad dan full cocuriculum transcript. Transkript ini tersangatlah penting untuk mohon pekerjaan tertentu. Walaupun selalunya graduan akan guna sijil SPM dia untuk mohon kerja terutama buat graduan yang belum dapat scroll namun ada sesetengah majikan mahu melihat transkript mengikut jenis kerja yang dipohon.
Cara-cara nak buat clearance :
Mula-mula, anda perlu semak kat clearance system portal terlebih dahulu untuk lihat department mana yang anda perlu buat clearance dahulu.
Clearance System Portal [Link]
Pastikan transkript dah endorsed by the senate.
Biasanya 2 minggu lepas result final exam.
Boleh semak status dekat MyIIUM portal kat bahagian MyPersonal (current status).
Bila dah log in clearance system portal, muncul tulisan berdakwat merah yang tertulis "NOT CLEAR" bagi checkpoint yang belum clear. Contoh kat gambar atas ni, semua dah clear dah. Hehe.
Biasanya ada 3 checkpoint yang belum clear - mahallah, library dan finance.
Nak mula dari mana pun suka hatilah. Asalkan kena clear setiap checkpoint tu.
Nak kena clear? Macam mana tu?
Senang cerita, bila sudah sampai kat checkpoint tu terus cakap nak buat clearance.
Pihak yang bertugas kat situ dah faham dan hanya mereka yang buatkan clearance.
Anda cuma tunjuk muka, cakap nak buat clearance dan hulur matric card kat mereka.
Mereka tahu apa nak buat.
Cara ini hanya berkesan untuk 2 checkpoint iaitu mahallah dan library.
Untuk mahallah, boleh buat clearance kat mahallah office.
Untuk library, boleh buat clearance kat kaunter library.
Untuk checkpoint finance pula, anda kena pastikan berapa yang anda harus bayar.
RM130 tu wajib bayar kerana dikira sebagai duit convo (untuk convo 2014).
Untuk special case terutama yang habis awal
contoh sepatutnya habis belajar selama 4 tahun tapi berjaya habis belajar selama 3 tahun setengah tu
kena semak kembali berapa tution fee yang harus dibayar.
Lihat, sudah tertulis dalam jadual yuran yang ditetapkan oleh pihak finance [Link].
Bagi pembiyaan pengajian melalui biasiswa dan ptptn, anda harus hubungi pihak yang terlibat untuk mengetahui status bayaran tution fee ini.
Bagi yang merancang nak grad awal tu, fikir-fikirlah dahulu ya.
Fikir masak-masak.
Bila sudah tahu berapa banyak kena bayar tu, silalah buat bayaran kat bank muamalat.
Kemudian beri slip bayaran kat kaunter finance department dan beri tahu kat mereka yang kamu nak buat clearance. Hulur matric card sekali.
Well Done! Selesai bahagian utama.
Anda dah boleh terus ke AMAD/AnR department untuk minta transkript.
Pastikan anda clear semua dahulu sebelum minta transkript.
Jangan lupa minta transkript kokurikulum.
Kena beri kat mereka sampul surat bersaiz A4 dan setem RM1.
Adalah kena isi borang kat STAD.
Sekarang, anda sudah jadi alumni uia.
Pastikan anda mohon alumni card untuk terus menikmati kemudahan yang ada kat uia. Rugi kalau tak mohon.
Pastikan bawa gambar bersaiz A4 dan kenalah isi borang kat Alumni Division.
Nak settle semua benda ni boleh makan masa sehari suntuk.
Have fun. Bukan selalu.
Bagaimana dengan gambar convo?
Yang tu senior tak tahu. Haha.
Kena tunggulah update seterusnya -> Convo 30 for Dummies
Belum cerita bab nak ambil baju convo lagi tu.
Rajin2kan diri anda untuk lawat
http://www.iium.edu.my/convo
Penting tu.
Semak nama anda kat Graduation List
dan Update Biodata jika ada perubahan.
Yang penting tentatif tu.
Semua benda kat situ penting.
~End~
Sangat membantu..terima kasih
ReplyDeleteAlright. Selamat bergraduasi ya
Delete