Friday, April 29, 2011

Cara nak enable Anonymous user comment.

   Kadang2 kita kebiasaan blogger baru tak perasan yang orang luar tak boleh komen kat blog kita selama ini. Sebelum kita buat blog ni pernah jugak menyumpah kat tuan punya blog lain sebab tak boleh komen kat blog dia (ish3 tak patut..tak patut..). Kalau nak komen kat blog dia sekurang2 kena ada akaun google (dulu aku mana ada akaun google) ataupun kena ada blog (dulu pun aku mana ada blog). Sekarang kena balik kat aku. Aku pun tak perasan wey. Kesian kat stranger. Dia nak komen tapi hajat tak kesampaian kerana aku tak bekalkan kemudahan Anonymous user kat komen. Komen dari mereka sangat diperlukan bukan kerana seronok tengok diorang komen tapi tahula jugak ada jugak orang tengah baca entry aku dan diorang puas atau tidak puas hati dengan entry aku. Tidak membuang masa jom kita lihat macam mana nak ubah setting kat blogger ni supaya dia boleh enable Anonymous user.


Step 1.
Pergi kat Setting > Comments


Step 2.
Pergi kat Who Can Comment, click kat Anyone - Includes Anonymous Users.

Step 3.
Pastu Save. Kemudian lihat hasilnya.

Tengok. Blogger pun ada jugak enable comment Anonymous Users. Hebat tak blogger. hehehe...
Selamat mencuba.

How to...

   Bila baca post terbaru dari The Other Khairul nampaknya aku kena sedar diri ni siapa. Aku tak sehandal macam blogger yang lain. Aku takda idea yang bernas untuk di sampaikan kepada pembaca2. Rasa2 diorang pasti tak baca apa yang aku pos sebab tiada komen. Maybe selama ni aku syok sendiri. Yelakan bukan ko kata blog ni storage untuk ko simpan maklumat ke? Storage pun storage jugak. Tapi nak jugak ada orang baca dan bagi respon. Baru nampak macam storage hidup.

  Nampaknya aku kena tukar stail penulisan la @ aku kena tulis ikut suka hati aku. Kalau ikut suka hati aku dah lama blog ni bertukar menjadi nota economics, nota account dan segala species subjek yang aku ambil masa belajar (budak skema). Kang langsung takde orang yang nak lawat blog aku. Sampai sekarang aku tertanya-tanya. Ape jenis bahan bacaan orang Malaysia? Aku tengok orang putih berlambak share nota. Senang je nak cari nota kat blog/website orang putih. Apa yang aku nampak orang Malaysia suka baca pasal hiburan dengan keagamaan. Aku saja test post entry pasal Tahniah Ben & Marshanda. Ramai jugak orang tengok berdasarkan blog statistic. Yang keagamaan pulak pasal Tasbih Kifarah. Entry ni pun banyak jugak orang tengok. Aku post ni pun gara2 kejahilan aku jugak. Sekurang-kurang diorang tahula jugak tasbih kifarah tu ape.

   Agaknye aku kene pinjam aura Mawi kot nak bagi ramai orang melawat blog aku. Aku belum start tulis je dah ada orang menunggu entry baru. Pelik ar. Kebende aku pikir malam2 buta ni. It hard to attract the stranger to visit our blog because they are somebody that never know who the writer are. If they feel bored they quickly click x button. Sebab tu kot akunye income nuffnang tak naik2 sebab blog aku tak berape best.

   Macam mana nak melahirkan daya penulisan yang bagus. Ada ape2 cadangan wahai pembaca sekalian? Kalau korang peka dan sanggup respon soalan yang diutarakan.....

Thursday, April 28, 2011

Nasa + National Geographic

Korang minat tak sains? Kte ada jumpa website pasal sains.
Rasanya korang mesti pernah dengar.

1- http://www.nasa.gov/

Yang best kat website Nasa ni kita boleh tahu pasal planet, new discovery yang diorang baru temui dan pasal aeroangkasa. Laman ni sesuai untuk pencinta angkasa lepas.

by http://www.nasa.gov/home/index.html
untuk memudahkan korang mengunakan website dan membaca artikel kat laman tu korang tekan je button yang macam gambar diatas kat website Nasa. Kita suka baca bab solar system dan universe. Banyak cerita pasal2 planet, fenomena alam kat angkasa lepas dan planet baru yang diorang baru temui. Best sangat. Kalau korang tekan button moon and mars korang akan nampak artikel pasal supermoon, apa yang diorang jumpa kat bulan dan pasal planet marikh. Korang boleh subscribe news dari Nasa tau.

 by http://www.nasa.gov/home/index.html


2- http://www.nationalgeographic.com/

Korang mesti pernah dengar pasal National Geographic. Dulu2 cerita ni selalu main kat tv. Suka tengok dia paparkan kisah haiwan. Sekarang ni kita tengok National Geographic dalam versi laman web pula. Kat sini korang boleh update knowledge korang secara percuma. Nak harapkan majalah dia mahal dan dekat televisyen pula selalu ulang benda yang sama je. Kat sini semua news updated. Kalau korang minat dengan gambar, korang pergi kat photography. Kat situ banyak gambar lawa2. Ada gambar haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Siap bagi tips lagi. Memang banyak benda best kat laman ni. Kalau cerita semua kat sini tak best pulak. Jom tingkkatkan ilmu tentang alam di National Geographic.com.
Jom la...n_n


Fishing blogger

   Kepada sesiapa yang minat memancing. kat sini saya ada jumpa laman web pasal memancing. Banyak tips memancing dalam website ni. Ada tips untuk pemancing yang baru nak belajar memancing dan kedai online yang menjual peralatan memancing. Disertakan video pasal pemancing yang pakar2 dan macam2 lagi la. Jom kita lawat Thefishfishing.com. Jom kita tingkatkan ilmu dan skill memancing kita. ^_^

Kalamullah.com

   Ni memang kte punya favourite website. Banyak buku2 agama dalam bentuk pdf dan boleh download free. Kte selalu cari buku tafsir kat dalam website ni. Kte dapat tahu website ni dari pakcik saya. Dia yang bagi cadangan untuk cari buku kat dalam ni. Dia tahu kita ambil arab masa asasi sebab tu dia bagi cadangan cari buku arab kat dalam website ni. Dulu masa asasi website ni jadi rujukan kte. Terutama masa buat assignment subject Understanding Islam. Segala jenis tafsir nak kena cari. Nasib baik kat dalam website ni ada tafsir dalam bahasa inggeris siap bagi cerita setiap surah dalam Al-Quran. Dalam website ni tak semestinya ada buku tafsir je. Buku lain pun ada. Dia susun buku ikut jenis buku tu seperti akidah, Al-Quran, Hadith, Non Muslim, Muslim, Worship dan sebagainya. Lupa nak cakap, semua buku agama dalam laman ni dalam bahasa inggeris.hehe Kalau nak buku agama free jom pakat2 serbu kat sini.

Cool Quiz,Trivia

   Mahu ceriakan hidup anda dengan lawak jenaka, fakta2 menarik dan kuiz yang best2. Bukan itu sahaja, anda mahu menambahkan ilmu pengetahuan anda dengan puzzle yang beraneka, fakta2 tentang geogarafi dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik disini.

Contoh flash puzzle : Klik disini


Thousands of the Jokes : Klik disini


Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau cerita kat sini panjang pulak. Kalau nak tahu betapa bestnye laman ini kunjungi laman ini dan rasai keseronokannya. Warnakan hidup anda dengan lawak2 yang ada kat laman ni. Maaf yek laman ini dalam bahasa inggeris. 

Terjemahan Al-Quran

   Nak tahu kat internet pun ada laman terjemahan Al-Quran juga. Kiranya macam tafsir Al-Quran tapi dalam bentuk digital. Sambil kita baca terjemahan dia kita boleh dengar dia bacakan ayat. Ya, dia tolong bacakan ayat Al-quran tu. Laman ni menawarkan terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Selain itu dia menyediakan pautan Islam seperti Al-Quran MP3, Waktu solat, The Scientific Miracle of Al-Quran dan banyak lagi. Bagus juga ada laman ni. Sambil2 browsing internet boleh dengar Ayat Suci Al-Quran.




Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris : Click here.
Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu : Klik disini.

! Tutorial untuk blog

   Hai guys. Check it out. Saya ada jumpa baik punya blog. Blog ni tunjuk full set tutorial untuk edit blog. Cakap je korang nak edit apa semua ada. Tak payah nak blogwalking cari cara nak cantikkan blog. Nak tahu blog ape yang best sangat tu? Click disini. Jom pakat ramai2 serbu blog ni..hehehe

for blog

Wednesday, April 27, 2011

Cara tukar Icon.

Korang nak tak tukar icon kat tab korang?
Maksud saya tukar icon dari  ke

Credit to : http://www.firdauskasim.com/
Step 1.
Pergi kat Design > Edit HTML > click Expand Widget Template
Pastikan anda simpan backup template sebelum memulakan edit. Sekurang-kurang kalau tersilap edit ada juga backup asal template.

Step 2.
Tekan CTRL+F taip </head>

Step 3.
Pastu paste HTML kat bawah ni bawah </head>


 <link href='URL gambar' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Contoh :

 </head>
<link href='http://www.wpclipart.com/plants/flowers/colors/blue_flower/flower_blue.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Step 4.
Save template pastu lihat hasilnya.

Selamat mencuba... ^_^


Cara nak letak haiwan peliharaan di blog

   Nak bela haiwan peliharaan kat blog? Haiwan apa yang boleh dibela kat blog ni? Kita boleh bela hamster, kura-kura, ikan, anjing. Tak percaya. Cubalah ikut step dibawah untuk melihat sendiri haiwan peliharaan anda.

Step 1
Pilih gadget atau haiwan yang awak mahu bela. Click disini untuk memilih.

Step 2
Double click kat gadget yang awak minati. Contoh nak bela hamster double click kat icon hamster tersebut.


Step 3
Kemudian copy embed code dia.

Step 4
Pergi kat Design > Add a Gadget > HTML/Java Script

Step 5
Paste embed code tadi kat HTML/Java Script

Step 6 
Save pastu lihat hasilnya.


Sekarang anda sudah ada haiwan peliharaan sendiri. Selamat mencuba.

Asasi UIA

Sebelum anda meneruskan membaca post ini, anda diingatkan bahawa informasi di post ini mungkin sudah tidak sesuai untuk intake asasi yang terbaru. Post ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dari semester 1, 2009/2010 hingga semester 1, 2010/2011. Harap maaf. Mungkin informasi dibawah sekadar pengetahuan sahaja. Selamat membaca.
   Apa yang anda tahu tentang Asasi UIA? Asasi uia ni seakan2 matrikulasi tetapi dibawah UIAM. Kadang2 Asasi UIA ni orang panggil cfs iium. cfs tu bermaksud Centre Foundation Study IIUM. Cara nak masuk, skor gila2 masa SPM tapi yang penting masa nak apply UPU kena pilih UIA first choice. Memang akui UIA sangat tekankan Bahasa Inggeris. Sekurang-kurang BI tu C. Tak perlu rasa rendah diri kalau tak reti bahasa inggeris. Bila korang dah masuk asasi ni anda akan dilatih dan diajar untuk menjadi pakar bahasa inggeris. Tak jadi pakar pun boleh lar speaking sikit2. Ada cara lain nak apply asasi ni tapi tak beberapa pasti. Yang best kalau masuk asasi UIA ni lepas graduate korang memang akan masuk UIA melainkan korang apply universiti lain semasa korang masih belajar di asasi UIA. Kiranya korang tak payah pening2 pikir nak masuk universiti mana lepas habis asasi.

Tuesday, April 26, 2011

Tutorial

Jangan buat muka terkejut pulak...
   Sesi tutorial kali ini ditaja oleh blog2 yang pakar dalam mencantikan dan melawakan blog. Terima kasih atas ilmu yang korang curahkan diblog anda. Maafkan saya kerana mengopy dan paste di blog saya. Tujuan saya bukan untuk mencari publisiti murahan tetapi rujukan bukan kepada saya tetapi kepada penulis blog yang baru seperti saya. Jangan risau saya akan credit atas URL blog anda. Kami ni bukan reti nak mengedit-edit blog ni bagi lawa. Kami guna apa je yang blogger bagi. Tapi dengan entry pakar2 blog dapatlah kami menambah sikit kecantikan dan keceriaan di blog. Semoga penulis bloger baru diluar sana mendapat manfaat dan selamat mencuba... n_n

Nak melihat tuturial mencantikan blog Click disini.

Cara tukar tab dan hide shoutbox.

Nak cuba benda baru? Jom kita sorong shoutbox nak tak?...hehe

Credit to : http://semanisepal90.blogspot.com/
Langkah 1


Log in blog>Dashboard > Layout > Add A Gadget.
Seterusnya klik pada HTML/Javascript.


Langkah 2

Paste kan code kat bawah ni dalam content HTML/JavaScript.

<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:400px;
width:200px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('URL GAMBAR/ICON') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 100-w) : moveGB(90-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">
Masukkan kod Shout Box Anda di sini
<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (100-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>

Langkah 3

Klik untuk Save.

nota kaki:

URL GAMBAR/ICON
untuk mendapatkan URL gambar/ icon,
korang boleh uploadkan gambar korang dekat Picasa ataupun Photobucket.
Kalau takde Picasa ataupun photobucket account boleh ambil gambar kat facebook. Upload gambar yang kita nak kat facebook pastu ambil URL image. Yang penting gambar tu ada URL. 

Nak dapat gambar URL:(right click)
bagi mengunakan mozilla firefox click kat Copy Image Location
bagi mengunakan google chrome click kat Copy Image URL
masih tak dapat? Click disini

Hasilnya...Lihatlah


Selamat Mencuba...^_^

Cara pasang Like facebook button

   Tengah round kat alam maya terjumpa pula satu entry yang best. Agak heran juga mana budak2 blog dapat button like facebook. Nampak cantik pun ya. Menimbulkan tanda tanya juga yek. Sekarang persoalan sudah terjawab dengan adanya entry dari bro ni. Jom tengok cara nak pasang like facebook button.

Credit to : http://aizuddin.com/tutorial/
Untuk Pengguna Blogspot :

Langkah 1 : 
Backup Template Blog yang sedia ada sebagai backup. Bila ada error boleh restore balik.
Dashboard > Layout / Design  > Edit HTML > Download Full Template
Langkah 2 : 
Tick pada Expand Widget Templates
Pastikan tick dulu, kalau tak kod yang nak dicari tak jumpa.
Langkah 3 : 
Cari kod <data:post.body/>
Untuk memudahkan pencarian, tekan Ctrl + F pada keyboard.
Langkah 4 : 
Masukkan kod di bawah selepas kod <data:post.body/>


Langkah 5 : 
Klik Save Template dan siap.
Untuk pengguna WordPress :
Boleh guna Plugin Facebook Like Button. Install lepas tu activate macam biasa. Dah siap. Setting lah apa-apa yang patut di bahagian setting plugin tersebut.


Hasilya macam ni la...

Amacam senang tak? Berdasarkan tuan punya entry ni dia cakap dengan ada butang like facebook ni boleh dia share kat facebook si pembaca tersebut. Nanti bila diorang like boleh menarik kawan2 sefacebook untuk bertandang ke blog anda. Selamat mencuba...

7 kalimat untuk diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut:

♥ UcapLah BismiLLah pada tiap-tiap kali kamu hendak melakukan sesuatu.
بسم الله الرحمن الرحيم

♥ UcapLah AlhamduLiLLah pada tiap-tiap kali kamu selesai melakukan sesuatu.
الحمد لله

♥ UcapLah AstagfiruLLah jika lidah kamu terselip perkataan yang tidak patut.
أستغفر الله العظيم

♥ UcapLah Insya~ALLAH jika kamu ingin merencanakan untuk berbuat sesuatu pada hari esok.
إن شاء الله

♥ UcapLah La haula wala kuwwata iLLa biLLah jika kamu menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
لا حول ولاقوة إلا بالله

♥ UcapLah inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika kamu menghadapi dan menerima musibah.
إن لله وإن إليه راجعون

♥ UcapLah La ilaha iLLa Allah Muhammad RasuLuLLah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah kamu.
لا إله إلا الله محمد رسول الله

-TAFSIR HANAFI-

Sumber : Facebook

Cara pasang iklan churpchurp...

   Sebelum ni kita tak berapa nak reti nak pasang iklan churpchurp. Pada mulanya ingat tak boleh pasang iklan churpchurp kat blog. Bila dah selalu blogwalking ternampak banyak iklan churpchurp kat blog diorang. Nasib baik jumpa entry dari sebuah blog ni. Dia ada bagi cara2 nak pasang iklan churpchurp kat bawah.


Credit to : http://diary-of-jamal.blogspot.com/
Cara-Cara nya ialah :-
  1. Add a gadget > Html/JavaScript 
  2. Pastue copy and paste code kat bwah nih :

    <a target="_blank" href="LINK IKLAN CHURP2 KORUNK"><img style="width: 90px; height: 90px;" alt="ads" src="LINK GAMBAR CHURP2 TERSEBUT" border="0" /></a>

  3. Sekarang Jamal ajar pulak mcm mana nak dapatkan Link Iklan Churp2 korang dan Link Gambar Iklan Churp2 tersebut...Mula-mula korang semua Login ke akaun churp2 masing2.
  4. Then Click kat button Dashboard
  5. Korang pilih nak pasang iklan mana satu, then click button Share This.
  6. Pastue click button Start Sharing This
  7. Untuk Link Iklan Churp2 kat atas tue..gantikan dengan link yang ni.

    8. Untuk nak dapatkan Link Gambar Iklan Churp2 tadi tue, korang right click kat pic Iklan   Churp2 yang korang nak pasang tue, dan click Copy Image Location (bagi yang guna mozilla firefox).



Nak tambah sikit bagi yang guna google chrome click kat copy image URL.



Nie contoh final code lepas korang dah gantikan link2 tadi tue.

<a target="_blank" href="http://www.churpchurp.com/jamaluddin/share/digibonuslinkpromo"><img style="width: 90px; height: 90px;" alt="ads" src="http://www.churpchurp.com/buzz/img/822/1952.jpg" border="0" /></a>

Lepas tue, ikut suka korang la nk letak iklan churp2 nie kat mana. Dengan korang drag widget tadi tue ye. 

Senang tak? Itu baru siap satu iklan. Nak tambah lagi iklan kena ulang step 1 sampai 8.

*Ada tambahan sedikit. 

Kalau nak buat iklan tu bergerak2  tambah sikit URL kat bawah ni kat atas URL iklan yang korang buat tadi.

<marquee onmouseover="this.stop();" onmouseout="this.start();" scrolldelay="0" behavior="scroll" direction="left" >

Contoh :

Dah siap edit pastu save. Kemudian lihat hasilnya.

Selamat mencuba.

Memang begini ke?

Kenapa aku mesti tegur orang dulu?
Kenapa orang selalu lupa aku?
Kenapa orang taknak tegur aku?
Kenapa orang yang aku kenal berkurun lama dahulu sudah tak mahu tegur aku setelah sekian lama tak jumpa?
Adakah aku memang layak untuk tidak ditegur dan diingati?
Kenapa aku sering dicop sombong padahal aku tak buat apa2 pun?
Kenapa aku bila jumpa orang baik2 mula2 memang dia nak rapat dengan aku tapi lama2 dia meminggirkan aku?
Kenapa kawan2 aku selalu meminggirkan aku padahal kita pernah rapat dulu?
Perlu ke kerana jarak yang sedepa jauh engkau taknak tegur aku?
Kenapa mesti aku yang kena selalu bersusahpayah kerana rakan?
Kenapa orang taknak rapat dengan aku?

Dah lama aku pikir persoalan ini sejak dibangku sekolah rendah. Akhirnya aku buat kesimpulan begini. Selagi korang ingat aku dan anggap aku sebagai kawan aku akan layan korang semampu aku. Tapi bila korang sudah mula melupakan aku, engkau akan lihat aku akan menjauhkan diri dari kamu. Biar aku seorang sahaja berusaha menjaga tali silaturahim ini dengan membalas sms, menanya khabar walhal kamu tidak peduli sama aku. Aku sedia membuka pintu seluas-luasnya kalau kamu ditimpa kesusahan dan aku sedia mendengar berita kegembiraan dari jauh walaupun kamu tidak mahu berkongsi kebahagiaan yang kamu perolehi. Engkau tidak tahu selama ini aku kesunyian kerana tiada sesiapa mahu peduli sama aku melainkan ibu bapa aku sendiri...
Kadang2 terfikir kenapa aku sebegini susah mendapat sahabat yang kekal selamanya disisiku tidak kira dalam keadaan senang atau susah.

Productive Muslim.com

   Anda pernah dengar website ini? Website ini pengisian dia seakan-akan macam I love Islam. Cuma menarik website ini dalam bahasa inggeris dan banyak interactive video. Kadang2 kita nak jugak exchange pemikiran kita dari pemikiran asia ke barat sikit. Pertukaran sebegini amat digalakkan kerana melatih pemikiran kita supaya lebih bersifat global dan terdedah sikit perkembangan dunia. Orang amerika punya pemikiran lain sikit dari orang asia. Kita boleh ceduk sikit pemikiran mereka yang baik. Banyak benda baik yang boleh dipelajari dari sikap mereka dan jangan pula diceduk perkara yang tidak baik pula. Saya suka interactive video mereka. Mereka sangat creatif. Cuba klik disini untuk melihat lebih lanjut. Mereka juga menyediakan "step by step learning". Kadang2 kita tak tahu nak mula baca dari mana. Jadi start here sebagai petunjuk A-Z. Ada kelebihan juga kalau anda subscribe newsletter dia. Anda akan mendapat free ebook "The very best productive muslim". Jadi apa lagi marilah kita menambahkan ilmu pengetahuan kita di laman http://www.productivemuslim.com/

Bleeding Heart Flower.

   Masa tengah googling cari gambar bunga terjumpa gambar bunga ni.



Bunga ni berbentuk hati. Dalam bahasa inggeris dia dipanggil bleeding heart flower. Pernahkah anda melihat bunga ini di Malaysia?

Common Name: Bleeding heart
Genus: Dicentra
Species: spectabilis
Exposure: Full sun, Partial shade
Hardiness: Hardy
Soil type: Well-drained/light, Clay/heavy,Acidic, Chalky/alkaline
Height: 60cm
Spread: 45cm
Time to divide plants: March to May 

Location : eastern asia from siberia south to Japan


Sources : http://www.bbc.co.uk/gardening/