Friday, April 29, 2011

Cara nak enable Anonymous user comment.

   Kadang2 kita kebiasaan blogger baru tak perasan yang orang luar tak boleh komen kat blog kita selama ini. Sebelum kita buat blog ni pernah jugak menyumpah kat tuan punya blog lain sebab tak boleh komen kat blog dia (ish3 tak patut..tak patut..). Kalau nak komen kat blog dia sekurang2 kena ada akaun google (dulu aku mana ada akaun google) ataupun kena ada blog (dulu pun aku mana ada blog). Sekarang kena balik kat aku. Aku pun tak perasan wey. Kesian kat stranger. Dia nak komen tapi hajat tak kesampaian kerana aku tak bekalkan kemudahan Anonymous user kat komen. Komen dari mereka sangat diperlukan bukan kerana seronok tengok diorang komen tapi tahula jugak ada jugak orang tengah baca entry aku dan diorang puas atau tidak puas hati dengan entry aku. Tidak membuang masa jom kita lihat macam mana nak ubah setting kat blogger ni supaya dia boleh enable Anonymous user.


Step 1.
Pergi kat Setting > Comments


Step 2.
Pergi kat Who Can Comment, click kat Anyone - Includes Anonymous Users.

Step 3.
Pastu Save. Kemudian lihat hasilnya.

Tengok. Blogger pun ada jugak enable comment Anonymous Users. Hebat tak blogger. hehehe...
Selamat mencuba.

2 comments:

  1. cool.. dah ubah setting komen..

    hopefully lepas ni akan masuk bertalu-talu komen dari para pengunjung dan silent reader blog ini . .

    by the way, bila nak tukar kepada platform wordpress self hosted?

    ReplyDelete
  2. Hmm...tengok dulu...kalau rajin tukar...hehe...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe