Saturday, October 23, 2010

My first pay slip...Hahaha

   Seperti yang sedia maklum, sebelum ni aku pernah bekerja di kilang plastik selama 6 hari. Hari ini aku dah dapat slip gaji pertama aku. Lumayan juga gajinya. Lepas duit makan aku kat gombak selama 2 minggu (kalau aku belanja RM5 sehari). Tapi yang menjadi masalah sekarang, macam mana aku nak ambil duit tu. Seperti kata mak aku, aku kena jumpa HR (Human Resources) kat kilang tu masa nak ambil gaji. Yang tak bestnya mesti dia tanya kenapa aku cuma kerja 5 hari. Takkan aku nak jual nama mak dengan bapak aku. Mak aku dengan suka rela nak ambilkan gaji untuk aku. Tapi kesian kat dia. Dia mesti kena marah sebab terlalu manjakan anak. Dia terlalu risau kalau aku dapat kerja yang berat2 dan merbahaya. Mak aku bukan nak manjakan aku, tapi dia sayangkan aku. Jika berkesempatan, aku nak balas jasa2 dia. Nampaknya aku kene pergi sendiri jugak. Cakap jela aku nak buat persediaan ke gombak. Banyak nak kena buat. Nak cari link kat internet utk daftar, nak kaji subjek apa yang bakal aku ambil untuk semester pertama di gombak (nama subjek dia dah la pelik2), peta uia gombak. Aku kena buat persediaan rapi sebelum aku melangkah kesana. Aku yakin aku boleh berdepan dengan HR tu.

Chaiyok Bella!!!!



Friday, October 22, 2010

Blackberry Torch 9800 dilancarkan...

          Kini blackberry tourch 9800 dilancarkan. Apa yang anda tahu tentang model blackberry ini?

Thursday, October 21, 2010

Selamat tinggal Nilai....

   Tanggal 20 Oct 2010, merupakan tarikh keramat bagi pelajar cfs iium. Pada hari itu keluarnya result final exam yang mereka nantikan setiap semester. Bagi aku, terutama bebudak yang nak graduate dari cfs iium. Result ini menentukan yg mereka berjaya sambung pelajaran ke gombak / kuantan atau terkandas di cfs semula utk menaikkan pointer mereka dan mengambil semula subjeck yg diorang tak lepas. Alhamdulillah. Aku lulus dan dapat ke gombak  8 Dec 2010. Pada tarikh itu, aku akan menempuh dunia baru. Aku dah memasuki alam dewasa. Masa masuk cfs, aku tak rasa aku dah dewasa. Perangai kebudak-budakan dan ketidakmatangan aku terbawa-bawa selama aku berada di cfs. Yela budak baru je habis SPM tetiba masuk asasi uia. Pelbagai cabaran, dugaan, pahit dan manis yang sudah aku tempuhi disana. Aku dah mula menyukai hidup aku di cfs.

Wednesday, October 20, 2010

Debaran... Huhuhu

   Detik 5 petang menentukan hidup dan matiku sebagai student cfs iium. Dari pagi aku dah ready kat depan laptop tunggu result (poyo je). Untuk membuang masaku menunggu result, buka facebook, update blog. Tolong mak kemaskan rumah, tidur2 ayam kejap. Semua sebab nak tunggu detik 5 petang. Bila dah pukul 4.30ptg, aku dah ready dengan student portal aku. Dah sign in. Tinggal nak tekan slip exam je untuk tengok result. Tunggu punye tunggu dah 4.55ptg. Aku tertekan slip exam. Dia keluar message. Macam biasa, dia suruh tunggu tepat2 pukul 5. Bila jarum dah tepat2 pukul 5................ Jeng2 tak boleh bukak pulak slip resultnya. Dia keluar error message suruh refresh. Myiium plak tetiba jamm. Aku jangka semua bdak cfs dah terpacak kat depan laptop sebab nak tengok result. Ni mesti sebab pengaruh facebook. Ada kutu tu dok heboh result kuar hari ni. Hmm... tau2 jela apa nak jadi kalau semua orang tahu.


   Tengah nak refresh tu, ade kawan tanya dah tengok result ke belum. Adela 2-3 orang tanya. Aku pon tak dapat tengok result lagi inikan kawan2 yang lain. Tak lama kemudian, ada kawan sorang ni dah dapat tengok result. Dia suruh aku refresh banyak2 kalau nak tengok. Banyak kali jugak aku refresh portal tu. Tetiba..... Jeng2...........
   Aku dah boleh masuk kat portal aku sendiri. Aku cepat2 tekan slip result. Mula2 memang tak keluar. Aku refresh byk2 kali baru dia keluar. Gugur jantung aku bila tengok result tu. Agak2 bape yek aku dapat?

Tip untuk dapat tengok result dengan selesa....
Tunggu sehari ke atau dua hari ke baru tengok. Baru tak jemm portal tu. Nak tenung sampai tembus laptop ke nak bukak 24 jam portal tu pun takpe. Nasihat dari sahabatku...

Tumbuh-Tumbuhan... n_n


Cendawan... Rasa2 ni cendawan betul ke atau tak?

Pengalaman kerja part time...

   Malam yang tenang dan mengasyikan sangat membantu aku untuk menulis dan menulis.Haha.
Hmm... Sejak kebelakangan ni, banyak betul peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Aku tak tahu kalau ini benar2 peristiwa atau aku saje2 nak jadikannya sebagai peristiwa hidup aku. Kisahnya macam ni. Aku ni still student lagi dan sekarang ni aku tengah menikmati cuti2 semester aku kat rumah bersama family. Yela sebagai student mestila nak menikmati cuti sepuas-puasnya. Tapi aku tak. Kepala aku ligat berfikir aktiviti ape yang harus aku lakukan utk mengisi cuti aku. Mula2 mestila layan facebook dulu. Bila dah bosan layan movie korea ngan movie mat salleh. Bile lama buat aktiviti yg tak berfaedah tu, aku jadi bosan. Baru seminggu duduk kat umah. Kekawan yg lain yag sama sekolah ngan aku tak cuti lagi masa ni.Yela biasa la budak uia mana sama cuti ngan diorg. Kalau tak da lama aku merayap kat Jusco depan umah tu.(memang aktiviti x sihat) =_='...