Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Rahsia... Shhh...

Cuti2 ni best kalau satu keluarga duduk bersama bergurau senda dan berkongsi rahsia.
Rahsia?
Aku baru tahu yang bapak ada banyak koleksi resepi masakan jawa kampung orang dulu2.
Kiranya masakan jawa yang simple dan susah nak jumpa di zaman serba moden ni.
bahan dia pun tak susah nak cari.
bahan asas cili api, bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, halia, santan
balik2 bahan2 kat atas ni jugak digunakan.
dan bahan utamanya :

Ikan salai/ Ikan masin [Sumber]

Semalam bapak ajar nak masak ikan kering masak cili api.
bahan dia simple je. 
bawang merah, bawang putih, cili api 20 biji, serai dan tak lupa ikan masin.
semua bahan tu ditumbuk bersama kecuali ikan masin.
tumis bahan2 tumbuk tu pastu masuk ikan masin dan taruk air kosong satu cawan.
Tunggu air sampai kering. Lagi kering lari sedap. nyum3.
Jangan taruk garam, kang bertambah masin.

satu lagi nenas masak lemak cili api.
bahan2 bawang merah, lengkuas, ketumbar, cili api,ikan masin, kelapa parut dan kunyit.
mula2 kelapa parut dikisar sekali bersama kunyit.
kemudian air kelapa parut bersama kunyit tadi dididihkan bersama bawang merah, lengkuas, ketumbar, cili kering dan ikan masin. akhir sekali masukkan nenas. tunggu dia masak.

bapak ada cakap pasal buntel.
apa tu? buntel tu perkataan jawa yang membawa maksud benda yang dibungkus dalam uncang kecil.
biasanya orang dulu letak duit dalam buntel. 
Tak jumpalah zaman tu purse atau beg tangan macam sekarang. hoho.. 
Ok, apa kaitan dengan masakan?
bapak cerita pasal masakan dalam bungkusan.
dia nak buat ikan masin masak dalam balutan bersama cekor.
nak tahu apa bahan yang dia letak kenalah tunggu cuti nanti.
aku kena peringatkan dia masa cuti nanti.
kang dia lupa... hohoho... 
peluang keemasan untuk dapat resepi...

P/s : Rupanya banyak juga resepi berasaskan ikan kering. Ingat ikan kering goreng je sedap. hahaha

Saturday, January 19, 2013

Entry sadis : Laptop

Bell, dah pukul 1.28pagi dah. Takkan nak update blog kot?
Tak kira. Memandangkan semua dah tidur, maka aku tak boleh nak bising2 kata laptop dah kembali rosak.
Aku nak bising kat sini boleh? Boleh lah...
Aku baru nak bahagia yang laptop kesayangan aku dulu2 yang rosak tu dah sihat.
Toshiba L300. Made in Singapore (perluke?)
Banyak juga jasa dia kat aku. [Sumber]

Aku ingat yang laptop tu betul2 dah rosak. Pada mulanya, laptop tu boleh on tapi bila nak load OS terus keluar bunyi nyaring. Aku dah test depan bapak dah. Dia kata hardisk dia maybe rosak. Nak dijadikan cerita, mak aku tergerak nak pergi baiki. Dia nak suruh kawan sekerja dia baiki. Katanya kawan dia pandai baiki laptop. Mak aku pun hantarlah laptop tu dan cuba On laptop dihadapan kawan dia. Tengok2 boleh buka pula. Mak aku pun telefon aku dan tanya apa masalah sebenar dengan laptop tu. Haish... Seharusnya aku kena buat demo depan emak sekali supaya dia pun tahu apa masalah dengan laptop tu. Dah kata boleh On makanya dah boleh guna balik laptop tu. Bila emak bagi balik laptop tu kat aku tu, mak aku pun sampaikan pesanan kawan dia. Kawan dia kata yang aku mungkin dah overload usage kat laptop tu. Overload? Kiranya selama ni laptop tu tengah merajuk dengan aku jadi dia taknak On sebab aku dah guna dia sampai lebam...

Errrrr.... memanglah overload pun. Aku pergi main adobe photoshop, adobe indesign, antivirus kaspersky, OS window 7. Padahal laptop tu intel cip dia celeron pastu ram dia 1GB. On je laptop, ram dah guna 75%. Bukak je adobe photoshop terus capacity ram naik 95%. Baru buka adobe. Belum buka window player, chrome, broadband, antivirus running. Aku ni species yang buat kerja buka lagu. Tak kira online, buat assignment, mendesign ke mesti kena dengar lagu. Kiranya senang dapat idea kalau buat gitu. Memang lemas laptop tu aku kerjakan. Amek kau... Ha ha ha... ok not funny right... 

Jadi, bila tengok laptop tu dah kembali sihat maka ada harapan buat aku untuk buat kerja jahat. Baru teringat nak install Sony Vegas dalam tu. Bell, ko dah gila ke? Aku tak gila cuma hilang kewarasan akal. (bukan sama ke?). Taklah. Aku tak sekejam itu. Aku terfikir yang aku mungkin akan bawa laptop tu ke kampus bila habis cuti nanti tapi kemungkinan besar akan timbul beberapa masalah pula. Masalah wireless, masalah laptop berat. Lagi best kalau laptop tu tetiba rosak balik bila assignment tengah menimbun. Memang menangis tak berlagulah nampaknya. Alasan kuat aku, aku nak bawak laptop tu pun sebab tugasan kelab jugak. Aku perlukan software Adobe tu. Akhirnya aku batalkan hasrat untuk membawa laptop tu ke kampus kerana terlalu berisiko untuk rosak kembali. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada untuk copy file2 yang dalam laptop tu. Tapi aku sempat copy beberapa je. Laptop tu hang balik. Aku pergi Log off. Tunggu punya tunggu laptop tu Log off dan akhirnya aku yang tak sabar ni tekan butang On lama2 sampai lampu dia padam. Lepas tu aku tekan balik butang On. Malangnya dia kembali rosak. Aku masih tak sempat nak copy file2 penting. Damn...

P/s : Korang percaya tak aku ni student economics? Cara cakap macam student IT kan?
Perah santan betul bell ni... (sila ignore part ni... takda kaitan...)

Tuesday, October 16, 2012

Zaman Dolu Dolu





Malam ni jiwang sikit. Melayan lagu2 ni... Haha.
Entahlah, tetiba aku rasa nak layan lagu2 90an ni. (90an ke?)
Ape2lah... Lagu ni banyak kenangan kot. Bagi akulah. Yang pasti tiap kali aku nak balik dari sekolah tambahan masa sekolah rendah memang lagu nilah dipasang ERA waktu petang. Aku ingat lagi kot zaman berhimpit-himpit dalam bas masa nak balik sekolah. Kitorang berhimpit-himpit dalam bas sambil dengar lagu ni. Masa tu pun lagu dari kumpulan new boys pun tengah top jugak. Yang lagi best, lagu ni jugak jiran aku suka pasang waktu malam2 buta. Setiap hari pasang lagu yang sama dan antara lagu yang dia selalu pasang lagu2 kat atas ni lah. Kadang2 tu layan jugak dan kadang2 tu tension pun ada. Orang nak exam dia lagi pasang lagu ni kuat2. Hurm... Sabo jelah. Kelakar jugak pun ada. Dulu aku agak anti jugak lagu ni tapi sekarang dah naik suka pulak dah. Dulu aku anti lagu ni sebab aku nak boikot jiran aku yang tak faham bahasa tu. Sepatutnya boikot orang yang pasang lagu kuat2 tapi aku pergi boikot lagu ni pulak.
Korang macam mana? Suka tak lagu ni?
Agak2 budak sekarang suka ke lagu macam ni?

Kisah Aku dan kamu...

Aku mula mengenalimu di muka buku...
Disebabkan tertarik dengan kata2 dan ideamu
maka aku pun friend dengan kamu secara maya.
Aku tak kenal kamu secara fizikal
dan kamu juga tidak kenal aku secara fizikal.

Bila berada di kuliyyah,
aku sering terserempak dengan kamu...
Ketika itu aku masih seorang pelajar junior...

Ketika hendak ke kelas pagi2,
aku sering nampak kamu di cafe...
berseorangan.
Pada mulanya aku tidak mengenalimu
lama kelamaan aku merasa yang wajah itu agakku kenali juga
ketika itu kita berdua tidak bertegur sapa
kerana kita baru berkawan secara maya.
Aku masih tidak mengenali kamu
Kamu juga masih tidak mengenali aku.

Lama kelamaan,
baruku sedari,
rupanya kita satu kelas rupanya.
dari situ aku melihat kamu
melihat sikapmu, 
melihat siapa kamu
aku hanya mampu melihat kamu dari jauh
dari jauh aku dengar kamu begitu hebat
sehingga pensyarah pun menyukai kamu
ketika itu aku masih tidak mengenali kamu
dan kamu juga masih tidak mengenali aku

Ada suatu ketika kita berkenalan
ketika kita berprogram bersama
kelihatannya kamu baik sekali dan berbudi bahasa
ketika dalam perjumpaan program
tetapi ada suatu ketika 
kamu kelihatan kasar sekali sama aku
ketika di luar perjumpaan program
aku tidak tahu mengapa
kamu bersikap begitu

sehinggalah kini
aku hanya mampu melihat dari jauh
aku tak mampu nak bertegur sapa sama kamu
malah untuk bermuka manis
kerana aku tahu aku tak layak 
siapalah aku

bila aku melihat kamu
aku hanya bisa menundukkan pandanganku dari kamu
bila terjumpa kamu
aku hanya berharap kamu berlalu pergi
tanpa menyedari kehadiranku

sekarang
aku hanya mampu menatap kata2 dan ideamu di muka buku...
sekurang-kurangnya aku masih kenal
orang yang punya fikiran bernas seperti kamu
dan sekurang-kurang aku sedar sesuatu perkara yang aku tidak sedar
melalui kamu...

Saturday, May 12, 2012

Last day in leadership class





Lihatlah... Mereka begitu khusyuk mendengar presentation dari last group yang bertajuk Polygamy. Quite controversial topic. Hari ni terajin pula nak tangkap gambar bagai. Nampak sangat tukang ambil gambar ni tak ambil perhatian. Maaf... hehe

Apa2pun, hari ini hari last class leadership. Sedih ke? Tak jugak... Happy ke? Pun tak jugak...
Apa yang boleh katakan, seronok dapat satu kelas dengan mereka2 ni. Dapat kenal ramai orang sebab aku satu2nya course lain dalam group ni. Anehkan. Selalunya orang akan pilih kelas sama dengan kawan dia. Tambah skill class. Hurm... Aku, kes budak tercicir. Takpelah, not big deal. Best apa satu kelas dengan orang tak kenal. Tambah lagi bukan satu course dengan kita. Betul...
 
Yang lagi best dapat trainer yang terlalu lenient dan sporting. Maybe sebab ni skill class.
Nasib baik tak kena buat proposal report macam group2 kawan aku yang lain.

P/s : Bersemangat tengok budak2 law yang bersemangat melontarkan idea dan berdebat. 
Tidak kurang juga budak dari course human science. Mereka hebat2 belaka.

Monday, April 23, 2012

Cara hidupkan api

Siapa tahu cara nak hidupkan api?
Bagi mereka yang biasa bercamping pasti tahu nak hidupkan api...
Saya bukan orang yang berhak mengupas topik ini..
Apa2pun dengan secebis pengalaman yang ada apa salahnya kita berkongsi sedikit ilmu yang ada..

Cara2 nak hidupkan api :
Bahan-bahannya :
1- Kayu
2- Cebisan getah (tayar basikal)
3- Pemetik api

Cara-cara:
Susun kayu dulu. Seboleh-bolehnya kayu kering.
Pilih kayu besar2.. Bila kayu besar, api akan lebih lama menyala..
Kemudian ambil cebisan getah. Kemudian nyalakan api keatas getah tersebut.
Bila getah sudah terbakar letak dibawah timbunan kayu tadi.
Tada.. Inilah hasilnya

Nak bagi api besar, kena jaga angin.. Kalau terlalu berangin nanti api tak hidup..
Selain tu kena jaga kayu juga... Nampak kayu dah habis, tambah lagi kayu.
Dinasihatkan supaya tidak menggunakan daun untuk hidupkan api..
Guna daun boleh je.. api hidup juga tapi tak lama...

Sekian dari saya... Selamat mencuba...

P/s : Macam tulis resepi memasak...

Tuesday, January 24, 2012

Perkara yang selalu buat masa kecil

Anda pasti pernah buat salah satunya masa kecil:
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

Gambar hiasan... Lebih kurang macam ni... Ngaaaa...
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

Selalu ingat macam tu masa kecil2...
Even dah besar pun masih fikir bulan ikut kita masa naik kereta...
hehehe
3. Lukis burung guna huruf 'v'.
Weh, burung2...
4. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.


5. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
Nomo Nomo Nomo Chuahae...

Korang mesti pelik kenapa tiba2 kita post pasal perkara yang selalu buat masa kecil. Hurm.. Sebenarnya...... Kita ternampak status kat facebook pasal perkara yang selalu buat masa kecil. Bila baca status budak tu rasa tertarik pulak. Tambah dia suruh share. Jadi kita share kat blog. Ngeh33.. Macam budak2 pulak aku ni. Tapi serius, lepas baca status budak tu satu persatu memori timbul. Terutama masa nak lukis pemandangan untuk subjek pendidikan seni masa sekolah rendah. Aku kalau diminta lukis pemandangan, dalam fikiran aku mesti terbayang....


P/s : Terus terang, saya memang tak pandai melukis. Tapi saya pandai melukis pakai "Paint"...

Thursday, October 13, 2011

SerumpuN - "Melangitkan karya Membumikan Cinta"

  Tanggal 8 October 2011, detik bersejarah bagi SerumpuN worriors. Pada tarikh ini telah berlansungnya Seminar Penulisan Putera Puteri Nusantara. Seminar ini bertempat di Moot Court Aikol UIA. Ia juga detik bersejarah buat aku yang buat pertama kali sertai dan kendali program yang sebegitu besar. Yang lagi best, aku jadi subcommittee Program Coordinator (SubCom PC). Memang seronok. Walaupun hanya bekerja dibelakang tabir tapi dapat tengok Habiburrahman El- Shirazy secara live. Asyik banggat. 

Habiburrahman bersama comittee

Lihatlah barisan Moderator dan Speaker.

Dari kiri : Ust Alwi Alatas, Hasbullah, Noviana, Helvi Tiana Rosa, Asma Nadia dan Fatimah Syarhah.

Ada persembahan Marawis dan Nasyid.



Aku tak dapat tengok persembahan Marawis. Aku kat belakang stage sambil strees nak hantar budak2 kecil balik rumah mereka. Budak2 kecil tu diperlukan untuk gimmik program SerumpuN. Jadi aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga budak2 tu, bagi makan, layan diorang sepanjang program tersebut. Jadi pengasuh kanak2 sekejap. Tapi serius, lepas ni aku taknak taruk budak2 dalam program. Dengar committee kasi cadangan nak guna budak, aku terus reject bulat2. Memang spoil habis. Aku tak sanggup nak cerita kat sini. Aku yang incharge bab gimmik dan gimmik tu tak jadi seperti apa dalam raptai. Rasanya seperti aku tak menjalankan tugas yang baik.

Yang paling best...Aku dapat ramai kawan dari negara seberang (Indonesia). Buat kerja sama2, makan sama2, meeting sama2. Best tau.

P/s : Aku ada buat something yang memalukan diri serta committee time program ni... Nak cerita ke tak? Hurm... Tak payahlah... Malu... :(

Saturday, September 17, 2011

Sweet Baby Girl

Alhamdulillah. Syukur kehadrat ilahi kerana dikurniakan seorang lagi nephew pada 14 September 2011. Semoga kelahiran dia dapat memberi sinar kebahagiaan buat ibunya. Baru tahu kat facebook tadi. Aku jangka bakal dapat sepupu lelaki. Rupanya perempuan. Tak mengapa. Asalkan dua2 selamat pun dah kira bersyukur. Mak dia baru upload gambar baby girl dia banyak2. Comel. Tapi tak dapat teka muka dia sama macam siapa. 


P/s : Tetiba rasa sedih. Adakah baby ni tahu yang dia sudah tidak berbapa. Semoga baby ini menjadi anak solehah,pintar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu dan bapanya. Amin.
Rasa nak nangis...

Friday, September 09, 2011

Aku trauma dengan...

Entahlah. Sejak kena prank dengan seseorang, aku jadi takut nak klik [Link].

Begini ceritanya...
Ada satu hari tu, aku tengah syok2 blogwalking. Sambil2 blogwalking, aku dengar lagu sekali. Saja nak hiburkan hati yang tengah duduk sorang dalam bilik ditemani laptop yang tercinta. Yang paling best hari tu, aku dengar lagu pakai headphone. Jarang aku dengar lagu pakai headphone. Nak dijadikan cerita, aku ada melawat satu blog ni. Macam biasalah. Kat entry dia ada bagi satu link tu. Dia suruh tekan. Aku pun tekanlah. Sambil tunggu link tu complete loading, aku pun buka blog2 lain sambil baca entry. Korang tahu link ape yang aku buka tu.

~Link suara perempuan mengilai lor~
Terkejut aku. Tetiba meremang bulu roma wey. Bayangkan aku sorang2 dalam bilik tengah sedap2 dengar lagu tiba2 dengar suara mengilai. Huhuhu. Yang paling sedap pakai earphone tu. Volume pun agak kuat jugak masa tu. Aku pun glabah. Macam mana nak tutup link tu. Aku tahu kalau aku tekan link tu pasti aku nampak muka perempuan mengilai tu. Nasib baik dia tak pop up keluar muka dia. Kalau tak memang dah lama laptop ni kojol kena penumbuk aku. Lepas beberapa kali dia mengilai, dia senyap. Pastu dia sambung mengilai lagi. Waaaaaa.... Bertambah tegak bulu roma aku wey. Last2 aku perlahankan dan terus tutup speakernya. Aku bengang. Aku tutup browser tu.

Korang tahu... Sampai sekarang tergiang-giang suara tu...
Tiap kali aku nak buka link... Aku berharap jangan la keluar benda tu...
Dah trauma nak tekan link...

Monday, September 05, 2011

Memori tentang Sengkuang


Bila tengok sengkuang ni aku duk teringat....

Pecal

Haish... Sebanyak-banyak makanan takkan ko ingat pecal je.
Hurm... Ha... Ada satu lagi...
Sengkuang, sos, kacang

Wooohooo... Lama dah tak jumpa benda ni. Masa kecik2 dulu pernah makan. Tapi tak ingat makan dekat mana. Yang pasti dari bapak juga yang perkenalkan. Baru tadi bapak buat lagi. Asalnya dia nak tunjuk kat adik aku. Tetiba aku teringat aku pernah jumpa benda ni. Aku dah hampir lupa makanan ni. Sengkuang bersama sos diatasnya kemudian ditabur kacang. Wah... rasa sejuk, pedas dan ranggup...

P/s : Bapak aku cakap, dulu2 masa dia sekolah rendah sengkuang bersos kacang ni harganya 10sen satu. Murahnye kalau ikut nilai wang sekarang.

Saturday, September 03, 2011

Kad raya dari Cik Bell sudah sampai...


P/s : Sudah lamaku menunggu kad raya dari Cik Bell. Akhirnya selamat juga sampai kat peti surat rumah aku.
Tapi... Mak aku yang merasmikan dulu... Dia baca kad ni dulu sebelum aku. Satu rumah riuh... Wargh... Tapi takpe... Terima kasih duit rayanya. Bila dibuka semerbak bau haruman bedak..
Isi kad ni hanya kita berdua je tahu..^^
Tahun depan panjang umur, insyaAllah kita main tukar2 kad ek...

Friday, September 02, 2011

Hanya kerana mulut.



Hanya kerana mulut badan binasa.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata....

Hanya dengan kata-kata... 
Hati terguris...
Keluarga berpecah belah...
Huru-hara disana sini...

Berhati-hatilah ketika berkata-kata...

P/s : Aku seumur hidup akan ingat apa yang terjadi di pagi raya... Begitu lancang kamu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap keluarga aku... Adakah kamu fikir kamu itu tuhan, menentukan nasib keluarga kami?... Adakah kamu pikir keluargaku selama ini hidup tenteram, bahagia dan selesa selama ini? Apa yang kami lakukan sehingga kamu sanggup menyumpah kami? 

Apa yang terjadi dalam hidup kamu adalah atas kegagalan kamu merancang masa depan kamu. Kamu salah mengunakan harta yang Allah amanahkan sehinggakan kamu menjadi seperti sekarang. Kamu terlalu kenyang memakan hak kami. Jangan nak bohong dan menafikan lagi. Aku dari kecil hingga sekarang menyaksikan apa yang terjadi. Aku tidak buta dan tuli dengan penipuan kamu, janji2 palsu kamu. Kamu sanggup beri kami guna apa sahaja, pinjam apa sahaja, kamu beri barang kepunyaan kamu yang kamu dah muak memakainya tetapi tidak pada duit. Duit harta pusaka. Kamu bolot senyap2. 

Di satu saat kelak, aku akan tuntut atas apa yang kamu telah lakukan atas keluarga aku. Dan jika sesuatu benda terjadi persis seperti apa yang kamu sumpah kepada kami berkali-kali, sampai bila pun aku akan ingat dan salahkan kamu kerana mulut kamu. Kamu pikir kami ini buta, lembut dan pekak ke? Kamu pikir kami ni kayu, batu ke? Memang aku akan ingat kamu seperti kamu pesan. Aku ingat kamu dengan cara yang berbeza sekali.

Dipagi raya pun masih nak main politik lagi. Memanglah... Agaknya bila semua ini berakhir?

Komputer aku buat hal lagi!!!



Wah!!!! Komputer aku semakin teruk. Dah tak bagi message panjang berjela macam kat sini. BlueScreen Error kali ini siap keluar coundown dan yang pasti dia keluar perkataan Dump of physical memory.

 Lebih kurang macam kat gambar ni cuma ada tambahan perkataan BIOS.
Aku pun tak tahu BIOS tu ape...

Semalam dah 4 kali computer aku shutdown tiba2. Bila aku mula connect internet dan buka blog, churpchurp dan nuffnang, komputer aku shutdown tiba2. Tapi bila aku tak connect internet, ok pulak. Takde pula nak shutdown tiba2. Sekarang ni aku online pakai user lain. Hurm... Agaknya sebab virus ke? komputer ke? firewall ke? Pening aku.

P/s : Semalam kena smash dengan bapak aku pasal komputer. Sampai sekarang ni mood dia tak baik..
=_=''''

Saturday, August 27, 2011

Undian menentukan _ _ _ _ _

Pagi tadi bapak tanya dekat anak2nya dan maknya tentang sesuatu.
Cuma perlu kata Ya atau Tidak.
Dia nak buat undian. Nak tengok banyak kata "Ya" atau "Tidak".

Mula2 bapak tanya adik aku dulu,
Dia kata Ya.

Pastu dia tanya aku,
Hurm... Aku pun cakap Ya.

Tanya pula adik lelaki aku,
Dia cakap Ya.

Cuma mak aku cakap Tidak.
Bapak aku pun kata Ya.

Mejoriti kata Ya. 4 lawan 1.


Akhirnya, Puteh kena tinggal dirumah selama 5 hari.
Waaaaa.... Lepas balik kampung dah nak kena bersihkan rumah...
Kena mop.. Kena bersihkan najis dia...

Nak tinggal kat luar kesian pula...
Tak makan pula dia kat luar... Ramai orang balik kampung...
Nak harapkan sampah takde pula...

Nak bawak sekali balik kampung???
OoOoOo.... Tidak....
Cukuplah sekali aku bawak dia balik...

P/s : Mak aku dah angkat bendera putih awal2. Nampaknya kami berempat kena bergotong royong la...
Banyak pula kembar Puteh dekat Google Image...

White Cats
Memang sebijik macam Puteh..

Tuesday, August 23, 2011

Komputer aku... Tidak!!!

Ingat lagi tak aku pernah tulis pasal Blue Screen Error jumaat lepas? [Link]
Semalam tengah aku duduk berborak dengan bapak, tetiba pula ringan pula mulut cerita pasal masalah laptop aku yang dah semakin menjadi-jadi ni. Tercakap pula laptop aku tiba2 shut down pastu kuar benda biru macam kat bawah ni. Aku memang suka biru tapi tidak pada biru kat bawah ni.


Pastu bapak tanya selalu ke laptop shut down sendiri. Aku jawablah sejak aku cuti 2 bulan ni, nak dekat 3 kali jugak dia shut down sendiri. Bapak aku pun diam. Dia cakap, laptop aku ni dah tak lama dah. Dia dah bagi warning tu. Mungkin dia akan shut down selama-lamanya (maksudnya : rosak). Nak baiki, barang gantian untuk laptop aku ni dah takda. Kalau ada pun mahal. Jarang orang baiki laptop. Bila dah rosak, buang. Lainlah Desktop. Baik beli yang baru. Memang aku pakai laptop lama. Pakai chip Intel Celeron. Walaupun laptop ni pakai chip Intel Celeron, tapi masih boleh guna Window 7 sebagai OS. Cuma nak guna Window Vista je tak boleh sebab chip dan RAM tak cukup. 

Lagipun bateri laptop ni baru je rosak hari tu.

Kalau aku guna bateri, dia bagi aku masa 30 minit je. Dari tahan 1 jam berkurang jadi 30 minit. Tengok peratus bateri ada macam air dia bergerak. Selang seminit 1% kurang. Bila leka sikit tak pasang wayar, tup mampus laptop aku. Sabo jela.

Aku ni ganas sangat ke guna laptop sampai hancus laptopnye.
Laptop ni bapak aku beli dari arwah adik bapak. Dia beli pun dari rakan pejabat dia. Maksudnya aku guna laptop 3rd hand bukan 2nd hand dah... Tapi aku bersyukur sangat. Dengan laptop ni alu dapat belajar guna komputer. Sebelum ni aku dikira buta IT jugak. Dari belajar menaip, buat presentation slideshow, buat database , buat kunci kira-kira dan ledger. Kenal apa itu virus, worm. Segala jenis software, firewall, photoshop. Belajar nak buat e-mail account, myspace account dan segala jenis account yang ada kat internet. Paling berjasa, bantu aku mencari nota2 tambahan kat internet. Rasa sayang pula bila dia rosak masa ni. Baru nak pasang angan2 nak graduate dengan laptop ni. Tapi nampak macam dia dah tak larat nak tunggu 3 tahun lagi.

P/s : Kesian dengan bapak. Bonus raya dia habis buat baiki kereta yang nyawa2 ikan tu. Ni tanbah laptop aku pulak. Mana nak cekau duit. Kat bagus kalau aku dapat memungut hasil dari Nuffnang, ChurpChurp dan Says. Tapi apakan daya. Nak sampai 10 henget pun sakit. Macam tak raya pulak rasanya...Hmmmm....

Saturday, August 20, 2011

Google bagi surat

Aku dah tak sabar nak dapat kad raya dari rakan blogger... ngeeee...
Jadi setiap hari aku mesti tengok kat peti surat rumah..
Mana tahu kad raya dah sampai.

Tapi hari ini lain sikit.
Google hantar surat kat aku.


Weh, Google bagi kad raya ke?
Biar betik.... Tak sabar aku nak tengok isinye.
Tup.. Tup... bila aku buka sampulnya...
Rupenyer....


Erk... Ape bende ni.....
Google promote suruh buka account AdWord. Siap bagi modal tu.
Macamlah aku buka kedai nak promote barang...
Google AdSense pun aku tak layan walaupun aku daftar...
Google punya banyak songeh... Tak larat nak layan...
Sekarang dan sampai bila2 Nuffnang dihatiku....

P/s : Nanti nuffnang bagi bonus tak kalau aku duk puji dia...
Erk... Jangan nak perasan la....

Tuesday, August 16, 2011

Asasi UIA...2







signboard dekat persimpangan



Rindunya dengan cfsiium Nilai.
Dengar cerita tempat ni dah nak tutup.
Budak2 LAW,HS, IRK dengan BAR dan BEN kena pindah cfsiium Petaling Jaya.
Budak2 ECONS kat main campus (Gombak).
Nak tahu senior econs jealous dengan junior2 econs ni...
Tak pasal2 pulak mahallah maryam kena kosongkan untuk menempatkan junior2 econs ni.
Penghuni maryam pula nak kena pindah ke mahallah safiyyah.
Pastu diorang ni baru Pra-universiti dah masuk main campus. Adeh...
Takpelah tu kira rezeki koranglah.


Aku rindu dorm lama kita.
20 orang satu dorm. Bestnye.
Buka puasa sama2...
Pergi bazar sama2...
Solat tarawih sama2...
Study sama2...
Bestnye...

20 orang beb... Tak ke rasa macam sardin ke?
Eh takla... Lagi selesa.. Korang pasti tak percaya...
Rugi betul la aku tak tangkap gambar dalam bilik masa tiada penghuni...
Tak best la uia tutup cfs ni... huh...


Wednesday, August 10, 2011

Alahai Adikku...

Adik OoO Adik...
Tadi masa nak bersiap nak ke tarawih, adikku datang dekat aku...
Erm... Ni gambar lama dah...
Dia sudah besar....

Adik : Nak ikut boleh tak?
Aku : Kamu masih kecil lagi. Duduk rumah jela. Baca buku. Esok nak sekolah.
Adik : Ala... Boleh la... Kita dah hafal dah niat solat tarawih... Boleh la...
Aku : Tak boleh... Kamu kecil lagi. Nanti kamu kena sembahyang sorang2 kat saf lelaki macam hari tu. Nak?
Adik : Ala... Takpe... Nak ikut jugak... Bosan duduk kat rumah..
Aku : Bosan kebendenye... Tu buku berlambak... Bacalah..

Tetiba mak pula menyampuk.
Mak : Kamu tak payah pergi.

Lepas mak cakap macam tu, adik terus merajuk. Merajuk sampai menangis. Semacho macho adik aku tak pernah pula dia nangis sebab tak dapat pergi tarawih. Jatuh tergolek2 ke, kena sepak ke, tangan luka teruk ke, dia nampak cool je... Aish... Rasa pilu pula tengok dia nangis.

Aku : Pergilah ngaji. Kalau ponteng bila nak katam?
Kalau nak pergi sangat tunggu la besar sikit...
Adik :.........(terus menangis)

Mak : Jom3... Cepat bersiap... Nak pergi sangat jom....

P/s : Kecik2 sudah mahu bertarawih. Sejuk hati emak, Tapi bila dia dah besar nanti dia malas nak bertarawih memang nahas aku kerjakan dia. Sepatutnya tangkap gambar masa dia nangis tadi. Boleh dijadikan bukti masa dia besar nanti. Kang penat2 aku cerita, dia pulak yang lupe.... 
Tak pasal2 pula dia cakap : Ko reka cerita ek!!!

Monday, August 08, 2011

Nostalgia ~ Mainan???



Bila aku melihat mainan2 di atas ni teringat pula zaman "kanak-kanak" aku...
Hmm.. Bukan zaman kanak-kanak tapi zaman alam remaja...
Maklumlah budak baru belajar kemahiran hidup kat sekolah...
Kalau boleh dekat rumah nak diaplikasikan...

Sebenarnya macam ni...
Dulu, aku pantang melihat mainan atau benda yang pasang siap...
Macam piano, kereta mainan, mainan yang sudah siap dipasang...
Jam dinding, Jam loceng... 
Sasaran aku : Mainan yang adik dah tak nak main (dah rosak)
Bila dah jumpa target, masuk bilik bersama mainan dan screw driver bapak.
Ambil screw driver, dibuka screw yang ada kat mainan tu pastu tengok component apa yang ada dalam mainan... Kadang2 tu mengomel sorang2...
" Apa da... Harap badan je besar tapi isinye sikit"...
Selalu jumpa :




4 benda kat atas ni mesti jumpa. Apa orang cakap, main component. Tapi yang speaker tu biasanya untuk mainan yang keluarkan bunyi. Yang best pasal speaker ni, aku jumpa magnet kat speaker tu. Apa lagi, magnet tu dibuat main. Main tarik2 ubat stapler pakai magnet, main memancing ikan pakai magnet, main tolak tudung botol kicap pakai magnet... Teruja..Hohoho...

Biasanya saya boleh buka mainan yang guna screw  macam kat bawah ni:


Kalau screw macam kat bawah ni memang saya tak dapat buka. Bapak tak ada pembuka screw yang mata segitiga. Selalunya mainan dari Mc Donald yang guna screw pelik macam kat bawah ni. Memang selamat la mainan tu. Kalau tak dah lama aku buka dan tamatlah riwayat mainan tu.



Bab jam pula, aku buka badannya pastu dibuat main. Main pusing2 tangan jam. Di cabut sana, dicabut sini. Main soal2 dengan adik. Ni pukul berapa... (Haish... Macam tak perlu di buka badan jam semata-mata nak main tanya2 pukul berapa... Dah nama gatal tangan macam ni la). Yang paling best jam yang ada music box kat dalamnya. Memang menunggu saat jam tu rosak. Bila dah rosak, dibuka badan jam pastu mencari component yang mengeluarkan bunyi ala2 music box.


Ini dia. Namanya cylinder music box.
Bila kita pusing, cylinder besar tu berpusing 
dan bila bintik2 kecil tu kena besi2 halus tu, dia mengeluarkan bunyi...

Akibat hobi aku yang pelik ini :
- Habis screw driver bapak aku bersepah. Sampai satu saat bapak aku memang memerlukan screw driver dia, habis semua screw driver dia hilang. Tak pasal2 kena ceramah free dari bapak sendiri.
- Koleksi screw dalam simpanan bapak aku bertambah. Hehehe
- Habis jam, mainan bertambah rosak sampai mak pun bising. Hohoho
- Menambahkan sampah... ehehehe

P/s : Jangan ditiru hobi ni yek...
Dah lama dah tak buat kerja ni...