Malam ni jiwang sikit. Melayan lagu2 ni... Haha.
Entahlah, tetiba aku rasa nak layan lagu2 90an ni. (90an ke?)
Ape2lah... Lagu ni banyak kenangan kot. Bagi akulah. Yang pasti tiap kali aku nak balik dari sekolah tambahan masa sekolah rendah memang lagu nilah dipasang ERA waktu petang. Aku ingat lagi kot zaman berhimpit-himpit dalam bas masa nak balik sekolah. Kitorang berhimpit-himpit dalam bas sambil dengar lagu ni. Masa tu pun lagu dari kumpulan new boys pun tengah top jugak. Yang lagi best, lagu ni jugak jiran aku suka pasang waktu malam2 buta. Setiap hari pasang lagu yang sama dan antara lagu yang dia selalu pasang lagu2 kat atas ni lah. Kadang2 tu layan jugak dan kadang2 tu tension pun ada. Orang nak exam dia lagi pasang lagu ni kuat2. Hurm... Sabo jelah. Kelakar jugak pun ada. Dulu aku agak anti jugak lagu ni tapi sekarang dah naik suka pulak dah. Dulu aku anti lagu ni sebab aku nak boikot jiran aku yang tak faham bahasa tu. Sepatutnya boikot orang yang pasang lagu kuat2 tapi aku pergi boikot lagu ni pulak.
Korang macam mana? Suka tak lagu ni?
Agak2 budak sekarang suka ke lagu macam ni?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe