Home
»
Coretan
» Buta, Pekak, Bisu, Batu
Buta, Pekak, Bisu, Batu
Ada mata
tetapi tidak mahu melihat.
Ada telinga
tetapi tidak mahu mendengar.
Ada mulut
diam seribu bahasa.
Ada hati
tetapi macam batu
tiada perasaan.
Semuanya diatas bahu.
Masing2 pekakkan telinga
Mata dibutakan.
Mulut dikunci rapat
tiada hati dan perasaan.
Bila sudah tidak
timbul rasa yang diri itu
ada amanah
yang harus ditunaikan,
Ego semakin meninggi
masing2 jaga tepi kain masing2
Maka tinggallah
mereka2 yang masih merasa
amanah itu masih dibahu mereka
dan melaksanakan amanah itu
walaupun
hanya tinggal
dirinya seorang
terkontang-kanting
melaksanakan
amanah itu...
Ya Allah,
Kuatkan dirinya
melaksanakan
amanah itu
sebaiknya
walaupun
seorang diri.
Amin...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe