Home
»
Ilmiah
» Erti kehidupan
Erti kehidupan
Kadang-kadang kita selalu menyangka...
Orang yang pandai pasti akan berjaya di masa hadapan
mereka pasti dapat pekerjaan yang bagus-bagus
bergaji besar, mudah naik pangkat, hidup senang lenang
Orang kaya pula pasti hidup senang sampai bila-bila
hidup mereka penuh dengan kemewahan
mereka pasti bahagia dengan rezeki melimpah ruah
Orang yang kurang pandai pasti hidupnya susah
susah nak dapat kerja, dapat kerja biasa-biasa
hidup pun sederhana.
Tetapi kita juga tidak menyangka yang...
Orang yang pandai tak semestinya punyai masa depan yang bagus
mereka mendapat pekerjaan biasa-biasa je
pekerjaan yang mereka dapat tidak menepati kelulusan yang mereka perolehi
bergaji kecil, hidup sederhana
lebih parah mendapat majikan yang suka tekan pekerja bawahan
Orang kaya juga merasai erti kesusahan
tidak semua benda dapat dibeli dengan wang ringgit
ada juga yang kaya tapi hatinya tidak tenang
tak bahagia
ada juga pada mulanya kaya,
tetapi lama kelamaan jatuh miskin
Orang yang kurang pandai tak semestinya masa depan dia gelap
mereka mungkin kurang pandai dalam bidang akademik tetapi pandai dalam bidang lain
mereka pandai bercakap, mereka pandai berniaga, pandai bertukang...
dengan kepandaian itu dapat mengubah nasib mereka lebih baik...
Kalau begitu,
Apa tujuan hidup kita kat dunia ni
kalau semua benda yang kita buat serba tidak kena?
Pandai pun susah, kaya pun susah, tak pandai pun susah...
Ni nak bagi tahu...
selama kita hidup kat dunia ni janganlah "over confident"
dan
jangan "pandang rendah" dengan orang yang kurang berkebolehan dengan kita.
Belum tentu kita akan berjaya dengan kelebihan yang ada,
belum tentu kita gagal dengan kelemahan yang kita ada.
Selagi nyawa belum sampai di kerongkong,
kita belum di cop gagal dalam hidup kita.
Selagi ada peluang ubahlah.
Tidak mengapa kita tak pandai atau miskin
yang pasti kita cuba berusaha
untuk mengubah hidup menjadi lebih baik
Mana yang rasa dirinya pandai atau kaya,
gunakan kelebihan itu sebaiknya
ia umpama amanah
untuk membantu mereka yang kurang berkebolehan
Yang penting adalah pengakhiran kita.
Berusahalah untuk menjadikan pengakhiran hidup kita dalam keadaan baik.
Bagaimana?
Perbanyakkan amalan baik.
Mana yang wajib jangan tinggal.
Mana yang sunat cuba buat.
Bila diri rasa down dan malas nak beramal, lawan diri itu.
Ingat kita hidup tak lama kat dunia.
Bila2 masa sahaja kita akan pergi.
P/s : Nak rasa bahagia kenalah hati besar atau kata lain qanaah. Merasa cukup dengan apa yang kita ada. Bila hati besar, kepala tak kusut fikir benda yang tiada. Hati pun lapang dan fokus dengan perkara yang lebih penting.
~Sumber inspirasi~
Bapak
=Banyak juga aku balajar dari bapak=
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe