Home
»
Memori
» Kisah Aku dan kamu...
Kisah Aku dan kamu...
Aku mula mengenalimu di muka buku...
Disebabkan tertarik dengan kata2 dan ideamu
maka aku pun friend dengan kamu secara maya.
Aku tak kenal kamu secara fizikal
dan kamu juga tidak kenal aku secara fizikal.
Bila berada di kuliyyah,
aku sering terserempak dengan kamu...
Ketika itu aku masih seorang pelajar junior...
Ketika hendak ke kelas pagi2,
aku sering nampak kamu di cafe...
berseorangan.
Pada mulanya aku tidak mengenalimu
lama kelamaan aku merasa yang wajah itu agakku kenali juga
ketika itu kita berdua tidak bertegur sapa
kerana kita baru berkawan secara maya.
Aku masih tidak mengenali kamu
Kamu juga masih tidak mengenali aku.
Lama kelamaan,
baruku sedari,
rupanya kita satu kelas rupanya.
dari situ aku melihat kamu
melihat sikapmu,
melihat siapa kamu
aku hanya mampu melihat kamu dari jauh
dari jauh aku dengar kamu begitu hebat
sehingga pensyarah pun menyukai kamu
ketika itu aku masih tidak mengenali kamu
dan kamu juga masih tidak mengenali aku
Ada suatu ketika kita berkenalan
ketika kita berprogram bersama
kelihatannya kamu baik sekali dan berbudi bahasa
ketika dalam perjumpaan program
tetapi ada suatu ketika
kamu kelihatan kasar sekali sama aku
ketika di luar perjumpaan program
aku tidak tahu mengapa
kamu bersikap begitu
sehinggalah kini
aku hanya mampu melihat dari jauh
aku tak mampu nak bertegur sapa sama kamu
malah untuk bermuka manis
kerana aku tahu aku tak layak
siapalah aku
bila aku melihat kamu
aku hanya bisa menundukkan pandanganku dari kamu
bila terjumpa kamu
aku hanya berharap kamu berlalu pergi
tanpa menyedari kehadiranku
sekarang
aku hanya mampu menatap kata2 dan ideamu di muka buku...
sekurang-kurangnya aku masih kenal
orang yang punya fikiran bernas seperti kamu
dan sekurang-kurang aku sedar sesuatu perkara yang aku tidak sedar
melalui kamu...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe