Tuesday, December 24, 2013

Bagaimana nak konsisten dalam ibadah.

Assalamualaikum buat pembaca sekalian.
Hari ini saya hendak buat perkongsian sedikit tentang bagaimana nak konsisten (istiqamah) dalam ibadah kita. Bab nak kosisten dalam ibadah ni  memang sukar bukan? Ya. Semua orang pasti mengalami bukan. Mengalami situasi dimana kita merasa malas dan terasa kurang motivasi untuk terus melaksanakan ibadah tersebut. Anda pernah dengar tak tentang mutabaah ibadah?


Diatas ini adalah contoh mutabaah ibadah. Mutabaah ibadah ini kiranya macam target kita untuk melakukan ibadah khursus. Kita boleh target untuk melakukan semua dalam list ibadah ini sama ada dalam seminggu/sehari/sebulan, mengikut kemampuan kita. Bebalik kepada topik kita, agaknya bagaimana kita nak konsisten dalam ibadah. Disini saya sertakan tips2 untuk kosisten dalam ibadah kita.

1- Sedar akan kepentingan masa.
Apa kaitan kepentingan masa dengan kosisten dalam ibadah. Bagi mereka yang jenis menghargai masa, mereka tidak akan menggunakan masa mereka untuk melakukan perkara yang sia-sia. Mereka menggunakan kelapangan masa yang ada untuk melakukan perkara yang berfaedah. Ini kerana masa lapang yang kita peroleh sekarang mungkin kita tidak akan dapat kembali di masa hadapan. Kita tidak dapat menarik kembali @ menggunakan kembali masa yang kita telah sia-siakan. 

2- Pandai curi masa.
Untuk konsisten dalam ibadah, kita perlu pandai mencuri masa dalam melakukan ibadah. Hatta sibuk pun kita dengan urusan dunia, jangan kita lupakan hak Allah. Contohnya , kita mahu kosisten dalam membaca Al-Quran. Jika tak berkelapangan untuk membaca Al-Quran, cuba curi masa 10 minit untuk baca walaupun hanya banya sepotong ayat. Sekurang-kurangnya kita tidak tinggal langsung membaca Al-Quran melainkan bila ada keuzuran. Bila kita sekali tinggalkan Al-Quran, rasa nak membaca itu akan semakin pudar dan sukar untuk istiqamah kembali.

3- Merasai kepentingan dalam melakukan ibadah.
Bila kita mengetahui kelebihan melakukan ibadah, kita akan bersemangat untuk mahu melakukannya lagi. Kesemua ibadah yang dituntut untuk dikerjakan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Alangkah ruginya kita bila kita tidak melaksanakannya.

4- Jangan malu melakukan ibadah.
Kita tak perlu malu untuk melakukan ibadah di khalayak ramai. Sebagai contoh, kita mahu membaca Al-Quran di dalam LRT. Kita tahu yang kita punya kelapangan ketika berada di dalam LRT. Tetapi kita dalam dilema kerana segan dengan orang sekeliling. Rasa rendah hati membuak-buak kerana mengingatkan yang bacaan tidak berapa cantik dan risau akan dikata orang bahawa kita mahu menunjuk-nunjuk.

5- Mujahadah yang tinggi.
Berusaha untuk penuhkan checklist mutabaah ibadah itu hari2. Selalu buat target dan jika terget itu berjaya, boleh ganjari diri itu dengan benda disukai. Jika tidak mampu untuk penuhi seorang diri, mungkin boleh ajak kawan2 untuk penuhkan checklist itu bersama-sama. Ia boleh menimbulkan semangat untuk berlumba lumba memenuhkan checklist tersebut.

Marilah kita berlumba lumba memenuhi checklist tersebut ye.

Sunday, December 22, 2013

Kuasa Introvert



Hari ni sudah belajar sesuatu. Hasil inspirasi dari video atas ni dan semalaman tengok cerita Naruto. Again? Tak sangka seorang introvert mampu mengubah dunia. Dengan penemuannya, buah fikirannya. Selama ini fikir yang seorang introvert adalah seorang yang suka menyendiri, pendiam dan tidak lantang untuk mengeluarkan buah fikirannya. Sering juga fikir yang orang extrovert ni lagi hebat dari orang introvert. Menjadi introvert ni macam loser. Tetapi bagi Susan Cain yang seorang introvert juga merasa orang introvert ni hebat dan ada beza antara malu dengan pendiam. 

Refleksi pada diri ini yang selama ini sangat meminati bidang design sampai sangup belajar sendiri dari youtube, pergi kelas dan mencari tutorial dalam website di internet. Padahal tidak reti menaip masa zaman sekolah dulu. Dekat rumah tiada komputer. Lepas habis SPM baru nak belajar. Tidak sangka yang aku boleh belajar dengan secepat itu. Mungkin minat barangkali.  Tapi aku tidak pula mencari jalan untuk mengubah diri dari pendiam ke orang yang lantang mengeluarkan idea. 

Ya, aku memang kurang bakat untuk menyuarakan idea. Dalam kepala bermacam macam buah fikiran. Ada idea tapi pendam. Tidak tahu bagaimana nak menerangkan. Macam Susan Cain terangkan dalam video itu, dia mempunyai beg yang berisi buku2 yang baik tapi dia hanya simpankan sahaja beg itu tanpa pengetahuan orang lain. Umpama dia ada idea dan pendapat yang menarik tapi dia diamkan sahaja. Aku cuba untuk menyampaikan. Bila sampaikan, yang keluar dari mulut hanya beberapa. Aku hanya berkata sedikit dan tidak menerangkan secara terperinci.

Tiba2 aku teringat kisah Naruto yang pada mulanya budak lembap yang tiada apa2 kemahiran pun untuk menjadi ninja tetapi dengan semangat tidak mahu mengalah dia berusaha untuk menjadi seorang ninja yang hebat. Zero to Hero. Untuk menjadi hebat bukan kerana bakat tapi sikap itu sendiri. Aku memang tiada bakat untuk bercakap. Tetapi takkan nak biarkan begitu sahaja? Seringkali ada presentation kelas, aku diantara yang berkata sedikit. Aku tak menghuraikannya terperinci. Seringkali iri dengan pelajar yang outspoken. Tetapi pernah sangka tak apa yang pelajar itu lalui untuk menjadi outspoken?

Nak dapat sesuatu kena usaha.
Memang manusia kat dunia ni dikurniakan kepakaran tertentu 
Lebih kat bidang lain tapi kurang kat bidang lain
Tapi itu bukan penghalang untuk mengakui kelemahan
Kemahiran berkomunikasi itu penting
Survival
Sudah tahu tiada bakat itu maka carilah
Ambil semangat jangan mudah mengalah

[sumber]

Introvert pun boleh jadi outspoken jugak

Saturday, December 21, 2013

First Aid skill officially end and see you again

Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Rasa nak senyum selebar lebarnya hari ni...
Exam skill 2 sudah berakhir.
Yang bestnye hari ni dapat pergi exam dengan tenang.
Tak macam semester lepas. Pergi exam terkejar kejar sebab tak ingat bila exam skill 1.
Nasib baik assistant trainer tu baik. Siap call lagi.
Tapi memang sedihlah masa tu sebab tak baca apa2.
Rasa macam dapat kosong je.
Tapi hari ni exam dapat jawab banyak. Suka suka...

Saya ambil skill First Aid.
Antara skill yang saya belajar untuk menjadi First Aider yang berjaya ialah skill merawat luka, merawat tulang yang patah, macam mana nak rawat orang tercekik dan rawatan kecemasan macam CPR. Belum peringkat pakar lagi. Bolehlah sekadar nak beri pertolongan awal. Nak rawat lebih2 tu kenalah bagi orang yang lebih pakar. Banyak juga benda dapat di pelajari seperti macam mana nak jadi confident. Kenalah confident. Kalau tak confident macam mana nak beri pertolongan awal kat pesakit.

Konklusinya skill ni macam skill yang korang belajar bila korang masuk persatuan bulan sabit dan merah masa sekolah dulu2. Saya tak masuk persatuan tu dulu masa sekolah. Ni dah masuk universiti baru teringin nak masuk. Harap apa yang di pelajari sepanjang 2 semester ni akan lekat di ingatan sampai bila2. Rugilah kalau ambil skill hanya untuk nak lepas credit hour supaya dapat graduate.

Kat uia ni ada banyak lagi skill lain2 boleh belajar. Macam archery (memanah), cooking, sewing, debating, swimming, community service, automotive dan banyak lagilah. Cara pembelajarannya juga lain2 mengikut skill yang diambil. Skill ni boleh diambil bila dah lepas ambil halaqah 1, halaqah 2, parenting dan leadership. Nak lagi rare, masuk terus wataniah dan palapes. Itu dah masuk training ala tentera. Bagi fit sikit itu body. hoho

Nak share sikit gambar.

Recovery position [Sources]

CPR [Sources]


first aid kid [Sumber]

P.s : 1 down. 5 more

Friday, December 20, 2013

Angan agan di awal pagi hari

Jam menunjukkan 1:53 pagi
Tak tidur lagi?
Aku masih lagi membelek belek facebook
membaca profile facebook Ahmad Ammar dari awal sampai akhir

"Mamat ni sudah tiada. Menjadi satu kehilangan yang besar. Dia tak sempat nak buat jasa kat ummat tapi Allah dah jemput dia dulu. Tapi kematian dia menghidupkan. Ramai yang mula tersentuh. Termasuk aku. Aku nak mula dari mana? Aku pun nak berhikmat untuk ummat jugak. Sekarang musim exam. Nak keluar tolong mangsa banjir hujung minggu ni pun best jugak.

Opsss. Aku nak exam. Bukan itu satu jihad juga.
Belajar biar ilmu itu melekat didada.
Bak kata madam Islamic Banking Finance, kamu belajar subjek ni untuk dapat pengetahuan. Sebab suatu hari nanti kamu akan guna juga finance produk. Besar juga harapan madam bila ada pelajar dia join venture dengan senior yang dah graduate untuk kerja bersama dalam bidang Islamic Banking Finance dan cuba mengubah nature Islamic finance produk ke lebih islamic. Satu jihad tu. Mengubah sistem. Bukan semua orang dah muak dengan sistem yang sedia ada. Sistem yang melahirkan kejahilan terancang, kemiskinan terancang dan perpecahan yang terancang.

Ia bermula sekarang. Dah kena belajar betul2. Baca. Berusaha untuk ikhlas. Exam tu sebagai terminal untuk memeriksa kefahaman kamu dan ingatan. Kalau berbaki hari yang ada untuk exam tak mampu untuk ingatkan tentang fakta itu bagaimana pula dengan mengingatinya untuk sepanjang hayat. Berusaha!

Exam pun exam juga. Jangan lupa hak Allah."

Tiba2 rasa kagum dengan ....



  • Jomo Kwame Sundaram
    Economist

  • Jomo Kwame Sundaram, known as Jomo, is a prominent Malaysian economist, who has served as the United Nations Assistant Secretary-General for Economic Development in the United Nations Department of Economic and Social Affairs since 2005. Wikipedia


  • BornDecember 11, 1952 (age 61),Penang, Malaysia

  • "Malaysian Economist tu. Banyak buku yang dia tulis dan buku2 dia semua best (err...baru baca 1/2 buku baru). Kagum tiba2 (hasil dorongan dari tokwan tiri). Yes... dah jumpa hala tuju hidup... Nak jadi economist dan dalam masa yang sama businesswoman. Become independent women. Bila hidup independent dan tak bergantung pada siapa2 baru boleh buat kajian dan kenyataan dengan bebas tanpa perlu attach dengan siapa2.  Nampak tak permainan disitu. Nak cipta ruang pekerjaan yang banyak terutama golongan bumiputera. Tapi bukan golongan bumiputera ni banyak cekadak ke? Nak gaji lebih tapi kerja yang dibuat tak setimpal. Hurmmm..."

  • Jam menunjukkan 2:18 pagi
  • Bila nak tidur?

  • P.s : Angan di awal pagi. Semoga menjadi kenyataan. Aminn...

  • Tuesday, December 17, 2013

    Prasangka hambanya terhadap tuhannya

    "Al kisah tersebutlah kisah dimana sepasang suami isteri tinggal bersama di sebuah teratak tua. Di teratak tua itu tersimpan 1001 kisah suka duka pasangan itu. Suami itu terkenal dengan sikap bengisnya dimana dia akan pukul sesiapa sahaja dia suka. Tambahan lagi bila ada orang cari pasal sama suami itu. Hendak di jadikan cerita, suami itu ditimpa penyakit misteri. Penyakit suami itu aneh sekali. Dia jadi tidak lalu makan hingga menjadi kurus kering. Dia hanya mampu menelan air untuk kelangsungan hidupnya. Kisah penyakit misteri si suami itu diketahui oleh jiran tetangga. Sudah menjadi buah mulut jiran tetangga yang penyakit misteri yang dialami oleh si suami itu adalah balasan Allah terhadap si suami itu...... tetttt..."

    Ops, kisah ini harus dihentikan sampai disini kerana ada bahagian kurang sesuai disitu.
    Bahagian mana kurang sesuai itu?
    Sikap panas baran si suami itu?
    Bahagian itu memang tidak sesuai dan dianjurkan dalam agama supaya belajar menahan amarah.
    Bukankah orang yang gagah itu orang yang dapat tahan amarahnya.

    Jadi bahagian mana yang kurang sesuai?
    Bahagian jiran tetangga melabelkan penyakit misteri yang dialami si suami itu adalah balasan Allah atas perbuatan buruk si suami itu.
    Macam mana jiran itu tahu yang penyakit misteri itu adalah balasan dari Allah?

    Sering kali berlaku di dalam masyarakat kita, sikap yang sesuka hati melabelkan sesuatu. Kita sering melabel bila orang itu ditimpa kesusahan mesti sebab dia banyak dosa. Kiranya kesusahan itu balasan atas dosa. Bila dilimpahkan kesenangan pula mesti sebab orang itu banyak buat baik kat dunia ni. Kiranya macam ganjaran atas kebaikan dia. Anda pasti?

    Bagaimana pula dengan orang yang ingkar dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah sampai tak cukup tempat nak simpan harta. Bagaimana pula dangan orang baik2, soleh solehah ditimpa kesusahan. Bukankah mereka orang baik2? Seharusnya mereka perlu dapat ganjaran cash atas kebaikan mereka.

    Sekali lagi, siapalah kita untuk melabel orang begitu atau begini.
    Siapalah kita juga untuk tentukan orang itu patutnya hidup begitu atau begini.

    Barangkali apa yang dikurniakan oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya.
    Ada hikmah disebalik musibah.
    Ada juga hikmah disebalik kesenangan itu.
    Dua2 itu adalah ujian.
    Bukan kerana si pulan itu buat dosa dan balasan dosanya mesti bala.
    Barangkali balasan dosanya itu dalam bentuk kesenangan.
    Kita tiada kuasa untuk menentukannya.

    Kesimpulannya,
    Tidak kira kesenangan atau kesusahan,
    jangan merungut,
    jangan cepat menilai,
    jangan cepat melatah
    jalaninya dengan tabah
    muhasabah
    kerana setiap kesenangan dan kesusahan tersimpan 1000 hikmah
    yang barangkali tidak tercapai dek akal kita

    P.s : Sedih mendengar bila ada orang melabel banjir di kuantan adalah bala dari Allah atas sesuatu. Anda pasti?

    [Sumber]



    Keliru

    [Sumber]

    Aku dekat mana sekarang?
    Kenapa rasa kosong?
    Mana diri aku dahulu?

    Kenapa aku jadi sangat penakut?
    Aku lebih selesa melakukan perkara yang aku biasa buat.
    Kenapa tidak mahu cuba benda yang kamu tak jangka?
    Takut gagal?
    Takut pandangan orang?
    Kamu rasa tidak mampu?

    Apa yang aku dah buat?
    Kenapa tak sedar benda itu dahulu?
    Setelah selesai semuanya baru sedar.
    Adakah itu detik untuk aku mengubah?
    atau detik ujian untuk aku supaya tetap atas pendirian?

    Kenapa aku jadi semakin malas?
    Mana semangat berkobar kobar dahulu?
    Mengapa semakin malas untuk belajar?
    Apa sudah jadi?

    Whenever you lose interests in learning and books,
    its time to re-check your heart.

    *Ikhlas itu kunci kepada berkatnya ilmu*  

    Aku kurang ikhlas.
    Aku kurang amal.
    Aku kurang serba serbi.
    Dah tahu kurang kenapa tak perbaiki.
    Nak tunggu sampai bila?

    Please check back this post -> Tanda lemah iman dan cara mengatasi

    Allah dah bagi hint kat kamu,
    tak sedar lagi ke?
    Allah dah susun kawan baik dekat kamu,
    Kurang kawan tapi punya kawan yang berkualiti,
    Penasihat ramai, contoh dimana mana,
    Allah dah letak kamu di tempat yang baik,
    Allah dah pelihara kamu dari berikhtilat dari luar batasan
    walaupun paksaan pada mulanya.
    tak sedar lagi?

    Berubahlah...
    Teguh pendirian kamu,
    Bergerak...
    Sabar dan Istiqamah...

    Dunia ini medan ujian
    tempuhi dengan cemerlang
    supaya dapat bersenang lenang di syurga.
    Usah dipikirin benda remeh temeh.
    Periksa balik niat...

    Menulis itu kencang biar sekencang perbuatannya...

    Saturday, December 14, 2013

    Tanda lemah iman dan cara untuk pertingkatkannya

    Tanda tanda orang lemah iman :
    ----------------------------------
    1- Terus menerus melakukan maksiat
    2- Susah mahu baca Al-Quran
    3- Melambat lambat dalam melakukan kebaikan/keduniaan
    4- Bila diseru untuk memberi kebaikan dilambat lambatkan
    5- Meninggalkan perkara sunnah
    6- Rasa resah gelisah
    7- Tidak merasa apapun ketika ayat Quran diperdengarkan
    8- Kesulitan dalam berzikir/ dalam mengingati Allah
    9- Tidak merasa risau ketika berjalan dalam keadaan diluar syariat
    10- Lebih mengejar jawatan/ kekayaan di dunia
    11- Suka bila orang lain jatuh
    12- Tidak mampu melawan emosi bila musibah berlaku
    13- Cepat menyalahkan orang lain bila musibah berlaku
    14- Merasa obses dengan kebaikan sendiri
    15- Sudah biasa bergelumang dengan dosa/ tidak merasa pelik bila melakukan dosa
    16- Ketika menyaksikan orang mati, ia tidak mampu memberi kesan kepada hatinya
    = nasihat paling baik adalah hati =
    17- Tidak tekun dalam ibadah, tiada penghayatan (beribadah tanpa roh) / tiada kualiti
    18- Merasa malas melakukan ibadah
    19- Tidak mampu untuk mencegah kemungkaran/ tidak merasa marah dengan kemungkaran tersebut
    20- Suka kepada kehormatan/ publisiti/ pangkat

    20 tanda tanda lemah iman yang diberikan oleh kak naqibah...
    Hurm, banyak jugak tersenarai dalam list tu...
    Haih, macam mana nak tingkatkan iman pula?

    [Sumber]

    Cara meningkatkan iman :
    ------------------------------------------------------
    1- Tilawah Al-Quran/ tadabur
    2- Menyedari keagungan Allah swt
    3- Berusaha menambah pengetahuan
    4- Menghadiri majlis zikir
    5- Buat perkara bermanfaat kepada orang lain
    6- Merasa takut dengan akhir hayat yang buruk
    - dengan istiqamah dalam melakukan ibadah
    7- mengingati fasa2 dalam kehidupan
    8- banyakkan berdoa agar terpelihara iman
    9- cinta kepada Allah swt
    -ketaatan kita/ selesaikan hak Allah dahulu
    10- Menyedari perbuatan yang mendorong ke arah dosa
    11- bersama dengan orang2 yang soleh
    12- muhasabah
    13- bersendiri dengan mendekatkan diri kepada Allah

    Tekankan lebih dekat mutabaah ibadah (basic) yang terdiri daripada tilawah, dhuha, mathurat dan qiam. Umpama perisai diri dan menghidupkan hati supaya tergerak untuk melakukan amal kebaikan. Namun harus dalam masa yang sama perkuatkan diri untuk tidak terjebak lagi untuk mengulangi perbuatan yang tidak elok. Muhasabah, perbaiki diri dan istiqamah...

    P.s : Pesanan buat diri ini dan semua pembaca...

    Monday, December 09, 2013

    Bercinta itu indah

    Terkenang satu kisah,
    hikayat seorang pasangan dua sejoli,
    begitu hangat bercinta,
    sebelum nikah...

    Segala halangan diredah,
    tidak kisah halangan apapun,
    halangan berapi,
    halangan taufan,
    halangan banjir...eh?

    Namun,
    perasaan mulia itu terhakis,
    dek perbuatan kita...
    yang sangkaannya membawa kebaikan kepadanya...

    Ada yang mengira,
    Bercinta sekadar berkenal kenalan,
    untuk menguji kekuatan (test power),
    tiada yang asli tingkah lakunya,
    hanya lakonan semata-mata,
    janji janji manis,
    seakan menanam tebu di bibir,
    melakarkan masa depan yang indah,
    tetapi hanyalah khayalan semata mata.

    Ada yang mengira,
    Bercinta sekadar untuk memilih,
    memilih jejaka yang terbaik,
    tidak kurang juga mencari gadis yang sempurna,
    dari koleksi pasangan yang pernah bersama,
    hingga tidak sedar,
    ada yang bakal sakit hati,
    malah iri hati,
    maka terjadilah tragedi yang tak diingini,

    Ada yang mengira,
    Bercinta sanggup berkorban apa sahaja
    menerima seadanya kelemahan pasangannya,
    sanggup menahan sepak terajangnya,
    maki hamunnya,
    caci makiannya,
    malah,
    ketika belum punya ikatan yang sah,
    badan dan hati sudah terbiasa,
    hanya kerna cinta,
    menahan apa sahaja,
    dan penuh berharap si dia akan berubah
    apabila sudah mendirikan rumah tangga...
    namun itu hanya angan angan biasa...

    Bercinta,
    amat aneh...
    bertambah aneh bila berlakunya sebelum pernikahan.

    Bukankah bercinta selepas nikah itu manis?
    Pelbagai rahsia terbongkar di sebalik perhubungan itu,
    umpama kotak yang dibalut kemas... terbuka,
    manis, pahit, masam dan masin dirasai bersama,
    yang jelek dan yang baik perbuatannya tersingkap

    ya,
    yang jelek dan buruk perbuatannya bakal tersingkap,
    dengan itu perlunya...
    bersama-sama berlapang dada
    menerima kelemahan masing2,
    bertolak ansur,
    saling faham memahami,
    nasihat menasihati,

    setiap keluarga umpama bahtera,
    bahtera yang bakal menyusuri,
    lautan luas yang tak terduga...
    pemilihan kapten bahtera itu penting,
    supaya bahtera tidak karam di tengah lautan,
    kapten yang baik menghasilkan krew yang baik...

    [sumber]

    P.s : nak tulis benda lain tapi terkeluar benda ni pulak.
    Serius, kena berhati-hati bila berkomunikasi dengan pasangan tengah hangat bercinta sebelum kahwin. Terutama pihak keluarga dan sahabat. Salah pendekatan, huru haralah hubungan...

    Saturday, November 23, 2013

    Sentuhan Allahyarham Akhi Ahmad Ammar

    Ahmad Ammar?
    Siapakah dia?
    Mengapa dia begitu sensasi di laman social
    itupun setelah pemergiannya.

    Pada mulanya daku buat tidak entah,
    tidak berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang akhi ni.
    Tetapi makin hari makin banyak news feed tentang akhi ni.
    Itu mampu menimbulkan rasa ingin tahu 
    kenapa akhi ni begitu terkenal dan diminati.

    Maka,
    daku mencari dan membuka video tentang akhi ni di youtube.



    Setelah habis menonton video tu
    entah kenapa hati ni jadi sayu
    tersentuh seketika.
    Daku tak kenal pun akhi ni,
    tak pernah jumpa tapi muka nampak familiar.

    Yang pasti akhi ni seorang pemuda berjiwa besar.

    Sejak menonton video ini
    daku membuka kembali post2 yang di share di laman social
    cara hidup dia, tingkah laku dia
    begitu mengagumkan
    ia mengingkan aku tentang akhlak rasulullah
    atas penceritaan sahabatnya sendiri
    susah nak jumpa orang begini zaman sekarang

    Menjadi tanda tanya...
    bagaimana dia dididik?
    Sehingga dia membesar begitu rupa.
    Akhi ni dan daku dari segi umur dah macam adik dan kakak
    Dia mampu untuk berfikir dan berbakti buat umatnya di usia yang muda.

    Secebis kisah dari lukisan



    daku jumpa lukisan ini dari fb milik akhi ini.
    Begitu mendalam makna lukisan ni.
    ... apa yang telah aku capai selama 20+ hidup? ...

    Akhi itu hanya perlu 20 tahun untuk manfaatkan hidupnya.
    Kita bagaimana?

    Saturday, November 02, 2013

    Luncur ais. Kesannya...

    [Sumber]

    Luncur ais atau nama englishnya ice scatting merupakan sukan yang tidak asing lagi.
    Di Malaysia, walaupun keadaan muka bumi Malaysia yang beriklim tropika namun sukan ini masih popular dikalangan orang ramai. Antara tempat yang memberi kemudahan luncur ais malah tidak asing lagi iaitu di Sunway Piramid.

    [Sumber]

    Namun, adakah anda menyedari kesan sampingan dari sukan ini?
    Hah, penat nak terangkan secara formal.
    Begini, terdengar satu kisah benar dari seorang sahabat.
    Dia memang peminat tegar sukan ini.
    Sejak kecil lagi dia sudah berjinak jinak dengan sukan.
    Tambahan pula dengan dorongan bapanya yang setiap kali pulang dari kerja mesti bawa sahabat ini meluncur. Sudah menjadi lumrah, untuk menjadi peluncur ais yang handal harus mengalami rasa kepayahan untuk mengimbang badan diatas ais yang licin. Ais memanglah licin. Dia sejak kecil bermain sukan sudah hampir 50 kali jatuh kerana gagal mengimbangi badan. Sepatutnya bila dah jatuh tu kena pergi mengurut. Namun dia tidak pergi mengurut. Kini dia mengalami kerosakan tulang belakang akibat bermain sukan luncur.

    Jadi, apa pengajarannya? Sukan ni merbahaya sangat ke?
    Mana2 sukan pun merbahaya. Nak bermain luncur ais tak salah.
    Cuma perlu diingatkan kesan sampingan bila bermain sukan terutama luncur ais ni.
    Bila nak bermain luncur ais ini perlu ada gurunya. Terutama yang beginner.
    Mungkin guru tu dah berpengalaman dalam sukan luncur ais dan dapat mengajar kita untuk mengimbangi badan dengan baik. Nak menguasai sesuatu perlu ada caranya.

    Selain tu, diingatkan bila dah jatuh tu cepat2 pergi mengurut.
    Bab jatuh2 ni tak boleh dibuat main.
    Kadang2 jatuh tu boleh tersalah urat,
    organ dalaman jadi lari kedudukannya terutama perempuan.
    Perempuan kalau bab jatuh2 ni sangat sensitif.
    Tak silap, ada caranya nak jatuh paling selamat kalau rasa2 tak boleh nak imbangkan badan. Nak tahu kenalah berguru.

    Setakat ini sahajalah perkongsian.
    Jangan pernah serik untuk bersukan jika anda tahu bagaimana caranya.
    Majulah sukan untuk negara. hehe

    Friday, October 18, 2013

    Prefabricated house. Apakah itu?

    Ada baca surat khabar tak hari ni?
    Nah keratan surat khabar NST online [Sumber]


    Berdasarkan keratan akhbar online ni, dapat dilihat yang menteri bersungguh-sungguh nak wujudkan rumah mampu milik buat rakyat berpendapatan rendah. Menarik. Cuma persoalan disini, apa itu "prefabricated house"? Apa yang dapat diketahui melalui kupasan berita jam 8 malam semalam, "prefabricated house" ni macam rumah yang dipasang siap dengan komponen dia yang dah siap di proses. Kiranya bila dah sampai tapak nak buat rumah tu tinggal nak cantum dinding2 dan atap. Macam proses buat kereta. Komponen kereta masa badan kereta tu, tingkap, engin, pintu, tayar semua dah siap pasang. Cuma tinggal nak cantum je.

    En wikipidea mendifinisi "prefabricated house" sebagai
    ""Prefabricated" may refer to buildings built in components (e.g. panels), modules (modular homes) or transportable sections (manufactured homes), and may also be used to refer to mobile homes."

    Menarik bukan. Pertama kali mendengarnya.
    Kebanyakkan negara moden dah mengaplikasi teknik pembuatan rumah cara moden ni.
    Rumah yang dibina dari cara moden ni lebih cepat dibina berbanding dengan cara lama.
    Cara binaan rumah yang lama tu macam nak bina rumah nak kena pacak besi dulu, nak kena bancuh simen, susun batu bata lagi, nak kena susun atap. Memakan masa yang lama untuk menyiapkan.

    Ilustrasi pembuatan.
    Sumber : [Link]
    Namun "Prefabricated house" ada kelebihan dan kebaikan dia juga.
    Minna Rhee akan mengupas tentang itu ya.



    P.s : "Prefabricated house" tu dalam Bahasa Melayu apa ek?

    Tuesday, August 20, 2013

    Peminjam PTPTN dan Sistem Maklumat Kredit Pusat


    Bingkisan dari tajuk akhbar The Star Online semalam : "PTPTN loan holders now listed in Bank Negara's credit reference database" [Sumber]. Mungkin semua sudah sedia maklum tentang hal. Mana taknya sudah dikupas dalam berita 8 malam semalam di televisyen. Suatu berita yang agak mencuakkan bagi peminjam ptptn termasuklah aku. Bermula bulan depan, peminjam ptptn akan disenaraikan dalam Sistem Maklumat Kredit Pusat  Ini bermakna, peminjam ptptn itu akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman lain jika peminjam itu gagal membayar hutang ptptn. Kemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman rumah dan kereta.

    Kenapa hal ini berlaku? Mungkin ini sebagai desakan kerajaan buat si peminjam yang degil dan liat untuk membayar ptptn. Tambahan pula, kerajaan menanggung kerugian besar dan tidak cukup dana untuk pusing duit beri pinjaman ke pelajar baru. Tetapi bagaimana dengan peminjam yang bakal habis pengajiannya? Suatu berita mencuakkan. Tambahan tiada jaminan pekerjaan buat mereka selepas graduasi dan mereka juga mungkin dalam dilema sama ada mahu sambung belajar lagi atau bekerja.

    Jadi, itu realitinya. Kerajaan dah buat keputusan begitu nak kata apa pula. Ikut jelah.

    Solusi yang dicadangkan :

    1- Bagi peminjam ptptn yang dah bekerja tu ringan2lah tulang untuk membayarnya ya.
    Jangan liat2. Nanti entah apa pula kerajaan buat untuk paksa peminjam tegar ni bayar.
    Cukup-cukuplah.

    2- Bagi peminjam ptptn yang belum dapat kerja tu berusaha lebih sikit untuk dapat kerja.
    Jangan memilih bidang pekerjaan. Kerjalah apapun pekerjaan asalkan halal.

    3- Bagi peminjam ptptn yang sedang belajar tu kenalah beringat sikit.
    Nak dapat kerja sekarang makin susah. Asah lagi kemahiran. Terutama kemahiran berkomunikasi.
    Bab tu paling penting. Tak reti bercakap memang tak kemana.

    Ada solusi bonus :

    video

    Dengar2, kerajaan bagi tawaran hebat buat mereka yang berjaya melangsaikan hutang ptptn sekali bayar sebelum 30 September tahun ini akan mendapat diskaun 20%. Macam biasa dengar?

    P/s : Siapalah manusia bertuah dapat bayar hutang ptptn sekali bayar?
    Opss.. Ada je... Untunglah...