Showing posts with label Cerita rakyat. Show all posts
Showing posts with label Cerita rakyat. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Prasangka hambanya terhadap tuhannya

"Al kisah tersebutlah kisah dimana sepasang suami isteri tinggal bersama di sebuah teratak tua. Di teratak tua itu tersimpan 1001 kisah suka duka pasangan itu. Suami itu terkenal dengan sikap bengisnya dimana dia akan pukul sesiapa sahaja dia suka. Tambahan lagi bila ada orang cari pasal sama suami itu. Hendak di jadikan cerita, suami itu ditimpa penyakit misteri. Penyakit suami itu aneh sekali. Dia jadi tidak lalu makan hingga menjadi kurus kering. Dia hanya mampu menelan air untuk kelangsungan hidupnya. Kisah penyakit misteri si suami itu diketahui oleh jiran tetangga. Sudah menjadi buah mulut jiran tetangga yang penyakit misteri yang dialami oleh si suami itu adalah balasan Allah terhadap si suami itu...... tetttt..."

Ops, kisah ini harus dihentikan sampai disini kerana ada bahagian kurang sesuai disitu.
Bahagian mana kurang sesuai itu?
Sikap panas baran si suami itu?
Bahagian itu memang tidak sesuai dan dianjurkan dalam agama supaya belajar menahan amarah.
Bukankah orang yang gagah itu orang yang dapat tahan amarahnya.

Jadi bahagian mana yang kurang sesuai?
Bahagian jiran tetangga melabelkan penyakit misteri yang dialami si suami itu adalah balasan Allah atas perbuatan buruk si suami itu.
Macam mana jiran itu tahu yang penyakit misteri itu adalah balasan dari Allah?

Sering kali berlaku di dalam masyarakat kita, sikap yang sesuka hati melabelkan sesuatu. Kita sering melabel bila orang itu ditimpa kesusahan mesti sebab dia banyak dosa. Kiranya kesusahan itu balasan atas dosa. Bila dilimpahkan kesenangan pula mesti sebab orang itu banyak buat baik kat dunia ni. Kiranya macam ganjaran atas kebaikan dia. Anda pasti?

Bagaimana pula dengan orang yang ingkar dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah sampai tak cukup tempat nak simpan harta. Bagaimana pula dangan orang baik2, soleh solehah ditimpa kesusahan. Bukankah mereka orang baik2? Seharusnya mereka perlu dapat ganjaran cash atas kebaikan mereka.

Sekali lagi, siapalah kita untuk melabel orang begitu atau begini.
Siapalah kita juga untuk tentukan orang itu patutnya hidup begitu atau begini.

Barangkali apa yang dikurniakan oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya.
Ada hikmah disebalik musibah.
Ada juga hikmah disebalik kesenangan itu.
Dua2 itu adalah ujian.
Bukan kerana si pulan itu buat dosa dan balasan dosanya mesti bala.
Barangkali balasan dosanya itu dalam bentuk kesenangan.
Kita tiada kuasa untuk menentukannya.

Kesimpulannya,
Tidak kira kesenangan atau kesusahan,
jangan merungut,
jangan cepat menilai,
jangan cepat melatah
jalaninya dengan tabah
muhasabah
kerana setiap kesenangan dan kesusahan tersimpan 1000 hikmah
yang barangkali tidak tercapai dek akal kita

P.s : Sedih mendengar bila ada orang melabel banjir di kuantan adalah bala dari Allah atas sesuatu. Anda pasti?

[Sumber]



Saturday, June 15, 2013

Cerita rakyat #3 : Maling


Krek krek krek

"Siapa kat luar tu?"

Kelihatan seorang lelaki sudah berjaya membuka pagar rumah.
Dia menuju ke halaman rumah.

"Macam mana dia buka pagar tu? Bukan dah mangga ke? Matilah aku..."

Aku cepat2 sendal sliding door dengan kayu panjang.

"aik, kenapa kayu ni bengkok macam getah"

Lelaki itu sudah nampak aku.
Lelaki itu senyum sinis dan mengatakan sesuatu kat aku.

Aku berlari masuk kamar.
Aku toleh belakang 
Lelaki itu sudah berjaya membuka sliding door itu.
"Patah dah kayu tu..."

Aku terus berlari pantas.
Terus mengunci diriku.
Aku mencapai telefonku..

Bip bip bip

"Mana mak ni... cepatlah angkat"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku terus sedar...
Mimpi rupanya.
Aku terus jenguk luar.
Keadaan masih aman.
Tiada apa yang berlaku.

Tiba-tiba
ada penjual aiskrim bermotor lalu dihadapan rumahku.
Penjual tu biasaku lihat.
Dia melihat aku dengan penuh mencurigakan.
dia datang dengan loceng aiskrim yang membingitkan
dan pergi dengan loceng yang diberhentikan.

"Eh... Kenapa pandang sebegitu rupa? Aneh...
takkan kat rumah lain tak tengok camtu"



Scarylah pulak [sumber]

Thursday, June 13, 2013

Cerita rakyat #2 : Mimpi atau realiti


Al kisah tersebutlah kisah Ani yang sedang binggung...
Begini kisahnya :

Suasana disekelilingku. Macam biasa dilihat.
Eh, memanglah. Halaman rumah aku.
Aik, akak usrah aku kat sebelah rumah.
Dia sedang terlihat seseorang.
Jiran aku, macam pernah lihat.
Akak tu terus jumpa jiran aku.

"Disini akak titipkan kepada kamu sedikit nota sepanjang cuti semester ni, akak harap kamu baca ya"

"Baik kak, terima kasih kak."

Eh, kenapa tiba2 rasa iri melihat situasi itu.
Akak tu tak ingat aku ke?

Tiba-tiba akak tu terus menuju aku.

"Ani, apa khabar? 
Boleh akak tanya... apa ulasan Ani tentang perkembangan ekonomi negara sekarang?"

"errr...."
Kenapa tiba2 akak tanya aku pasal ekonomi ni. Degus Ani.

~Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi~

Aaannnniiii baaannnngguuunnn....

Heehhh? Mimpi ke tadi... Apa pasal ek? 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah... 
Ponteng lagi usrah...
Kak Naqibah dah lari...



Wednesday, June 12, 2013

Cerita rakyat #1 : Yang mana satu?

Alkisah tersebutlah kisah dilema pasangan suami isteri.
Begini hikayatnya...

"Abang, lihatlah rumah kita. Bocor sana bocor sini. Ayang nak menjahit pun tak cukup tempat. Kat bilik belakang tu tak selesa nak menjahit. Tempatnya kecil dan panas. Apa kata kita besar rumah kita... Abang, dengar tak ni..."

"Iya, abang dengar ni..."

"Kita besarkan kat bahagian dapur tu. Dapur tu kecil sangat. Nak masak pun dah sempit bila anak2 kita masuk. Kat laman belakang tu luas. Boleh guna laman belakang untuk besarkan dapur. Alang2 tu boleh tambah bilik satu lagi."

"Ayang tahu tak yang kereta kita tu dah tak boleh jalan jauh. Tak teringatkah tragedi raya tahun lepas. Nasib baik kereta tak banyak kat belakang. Abang rasa baik beli kereta dulu."

"Abang... Besarkan rumahlah dulu. Dah nazak dah keadaan rumahnya."

"Kalau begitu, tahun ni tak perlu balik kampung. Raya kat sini je."

"Mana boleh macam tu, setiap tahun kena balik. Dahlah balik setahun sekali. Jumpa emak setahun sekali pun susah"

"Dah tu, nanti2lah besarkan rumah tu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kereta vs rumah.
Kedua-dua keperluan.
Bila pulus tak mencukupi,
harus dipilih salah satu dong.

Bila mahukan sesuatu,
perlu lepaskan sesuatu..