Alkisah tersebutlah kisah dilema pasangan suami isteri.
Begini hikayatnya...
"Abang, lihatlah rumah kita. Bocor sana bocor sini. Ayang nak menjahit pun tak cukup tempat. Kat bilik belakang tu tak selesa nak menjahit. Tempatnya kecil dan panas. Apa kata kita besar rumah kita... Abang, dengar tak ni..."
"Iya, abang dengar ni..."
"Kita besarkan kat bahagian dapur tu. Dapur tu kecil sangat. Nak masak pun dah sempit bila anak2 kita masuk. Kat laman belakang tu luas. Boleh guna laman belakang untuk besarkan dapur. Alang2 tu boleh tambah bilik satu lagi."
"Ayang tahu tak yang kereta kita tu dah tak boleh jalan jauh. Tak teringatkah tragedi raya tahun lepas. Nasib baik kereta tak banyak kat belakang. Abang rasa baik beli kereta dulu."
"Abang... Besarkan rumahlah dulu. Dah nazak dah keadaan rumahnya."
"Kalau begitu, tahun ni tak perlu balik kampung. Raya kat sini je."
"Mana boleh macam tu, setiap tahun kena balik. Dahlah balik setahun sekali. Jumpa emak setahun sekali pun susah"
"Dah tu, nanti2lah besarkan rumah tu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kereta vs rumah.
Kedua-dua keperluan.
Bila pulus tak mencukupi,
harus dipilih salah satu dong.
Bila mahukan sesuatu,
perlu lepaskan sesuatu..
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe