Aktiviti seperti biasa.
Setiap tahun, setelah meredah tiga semester.
Bilik pun kena tukar.
Barang2 kena angkut.
Sama ada tinggal di setor atau di di bawa pulang ke rumah.
Untunglah rumah dekat bak kata kawanku.
Aku kena angkut hampir semua barang seminggu lebih awal.
Seperti biasa aku telefon bapak aku malam semalam.
Risau pula dia lupa.
Riuh sekali di rumah.
Kata bapak, mereka kat stadium rumah.
Tengah demam bola katakan.
Kebingitan suara dari televisyen
hampir memecahkan kesunyian rumah.
Adik2 dan emak pula,
Tengah merewang buat karipap.
Resepi baru kata emak.
Aku di talian
mampu menelan air liur saja.
Pagi ini,
dengan penuh semangat
aku bangun awal.
Aku bawa turun semua barang2
yang telah siap di susun dan di begkan.
Aku tahu,
bapak aku tak suka menunggu.
Jadi aku kena pastikan semua barang dibawa turun.
Bawa turun sikit2.
Senaman di pagi hari.
Sambil menunggu,
aku kemas lagi bilik.
Buang mana2 yang tak pakai.
Banyak juga aku simpan sampah. hehe
Kini bilikku hampir kosong.
Puas hati aku.
Tidak lama kemudian,
aku dapat message dari adik aku.
Mereka sudah sampai di tol Gombak.
Cepat juga mereka.
Aku cepat2 turun menunggu mereka.
Setelah mereka sampai,
aku bawa turun sedikit barang.
Adikku berlari-lari keluar kereta dengan membawa karipap.
Yeaaa, ada karipap untuk aku.
Semua pun turun dari kereta untuk angkat barang.
Setelah selesai angkat semua barang dan susun dalam bonet kereta,
aku berborak dengan emak di pondok berhampiran.
kononnya nak tunggu bapak habis bercakap dalam telefon.
Masa tu aku makan karipap resepi baru emak.
Tengah2 makan tu ada pula kisah2
suka duka dalam membuat karipap tu.
Tengah makan tu, terasa keenakkan dan kesungguhan
mereka semasa pembikinan karipap itu.
Hebat tak?
{Sebenarnya kisah ini saje je nak karang. Bila mereka datang, terus aku bersemangat nak belajar. Dengan ada bekalan pula tu. Walaupun dengan karipap je, aku dah tak lalu nak makan makanan lain. Ni rindu nak balik ek. Mungkin... Aku kena teruskan peperangan... bukan... exam lagi 3 paper lagi. Doakan saya. Seminggu je lagi. Nanti baliklah. Hehehe}
Gambar hiasan [sumber] |
Inilah keluargku,
asalku,
darah dagingku,
dunia dan akhirat....
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe