Tuesday, June 04, 2013

Hari stalker sedunia.

[sumber]
Hari stalker sedunia.
Buka facebook ada je nak stalk orang. Sejak akhir2 ni rajin pula stalk kawan sekolah. Tetiba rindu kat sekolah. Saje je stalk nak tengok perkembangan hidup. Dah berjaya rupanya kawan sekolah. Ada yang jadi student, tentera laut, dah tunang... eh, dah ada anak... err.. Tak rapat pun tapi kenallah juga.

Sedih ek,
Kenapa pula tiba2 sedih?
Hurm, diorang tak ingat aku ke? Kita pernah sekelas. Satu sekolah. Berbaris sama-sama. Pernah belajar sama2 atau sebab aku yang sombong? Sebab aku pendiam? Sebab aku tak macam mereka? Tak boleh nak buat gang. Bila stalk facebook mereka, bila tengok gambar sekelas... Agaknya, mereka perasan tak kehadiran aku kat situ? Mungkin, tapi tak ingat nama.

Teringat dulu2 pernah bersembang, sekelas, pernah buat assignment dan homework sama2. Lepas beberapa tahun kemudian... tak perlu nak berapa tahun sangat, lepas beberapa minggu je, selisih bahu buat2 tak kenal. Hurm... Bukan seorang dua tapi ramailah juga. Ni hasil dari pemerhatian sejak dua menjak ni. Ni baru peringkat universiti.

Tiba2 rasa macam aku takda zaman kanak2.
Aku buat apa ek masa tu?
Tak bergaul dengan orang.
Owh, lupa. Sekolah aku jauh.
Diorang berkawan dengan budak setaman dan sesekolah.

Rasa macam sejarah tu berulang lagi sekarang.
Mungkin aku memang low profile.
Bila kat universiti ni, dapat rasa yang...
Hanya beberapa orang je yang akan ingat aku.
Itupun kalau masih berhubunglah.

Sebanyak-banyak rakan sekolah yang masihku contact...
Hanya 2 orang.

Sungguhku iri dengan budak2 cina sekolah aku.
Mereka masih berhubung satu sama lain.
Walaupun berlainan kelas.
Mereka hidup bermuafakat dan bersatu.
Mungkin minoriti?
Majoriti berpuak-puak pula.

atau ini hikmah buat aku?
Jikalau aku bersama mereka, aku akan lagha?

Tetiba teringat kat embah.
Jadi macam embah,
penuhi hari2 dengan aktiviti produktif,
bagi makan ayam, berkebun, bersih laman rumah, ajar ngaji, merewang,
kawan dengan semua tapi musuh jangan cari.

Tetiba terfikir satu solusi...
Aku ni pun satu, hang out dengan diorang.
Manalah nak bersambungnya tali persaudaraan kalau tak berjumpa.
Benda small matter...

Opsss... lupa
Aku lupa yang universiti aku belajar sekarang ni,
cutinya tak sama dengan universiti lain.
Tak lama lagi aku nak habis exam.
Diorang baru nak exam.

Lupakan jelah... Masa raya kot nanti jumpa.
Tetttttttttttttttttttttttt......


No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe