Sunday, November 01, 2015

Aku, dia dan family

Suka dengan post mamat tu.
Betul2.
Macam arwah pakcik cakap.
Lelaki akan mula serius dengan perempuan yang dia cintai bila dia mula nak bertemu malah cuba untuk ambil hati mak ayah dari pihak perempuan. Macam arwah pakcik cuba nak ngorat makcik melalui mak makcik. Haha. Mula mengorat sejak zaman sekolah lagi.

P.s: apa2pun kena banyak2 berdoa supaya dapat teman hidup yang sama2 membimbing diri ke jalan di redai Allah. Ramai dah rakan sebaya dah kawin. Sat lagi sorang2 post gambar anak kat laman sosial. Haha







Saturday, October 31, 2015

Gaji makcik cleaner vs Gaji cikgu tusyen

"Kamu tahu, gaji makcik cleaner lagi tinggi dari gaji kamu. Cas untuk bersihkan tempat ni; RM50 untuk 30 minit. Untuk bersihkan tempat tusyen ni, mereka letakkan 2 jam untuk siap bersihkan seluruh tempat tusyen. Jadi, mereka akan dapat sehari RM200 untuk bersihkan tempat ini sahaja. Dalam sebulan 2 kali mereka datang bersihkan. Kiranya dua kali datang bersihkan baru dapat RM400. Kamu pula kena mengajar  20 jam untuk dapatkan RM400 tu."

Itulah hasil sembang2 dengan pemilik tusyen. Dia mengeluh sebab ramai pelajar yang datang tusyen tapi tak mahu bayar tusyen. Sampai selisih bahu dengan ibubapa pelajar pun buat tahu juga. Bila tanya bila nak bayar terus jawab tiada duit, bisness tak baguslah walaupun pemilik tu minta bayar ansuran untuk langsaikan hutang pun masih tak mahu juga bayar. Ada kata RM50 pun tak mampu nak bayar. Hurm... Tak patut... Tak patut...

Tambah pemilik tusyen pun mengaku yang bilangan pelajar datang ke tusyen pun makin berkurangan. Tak macam tahun lepas. Tahun ini kebanyakkan kelas dah macam kelas private. Satu kelas rata2 5-10 orang yang datang. Tak macam dulu bilangan pelajar lebih dari 15 orang. Mungkin tak dinafikan dengan keadaan ekonomi yang kurang bagus. Nilai ringgit malaysia makin menyusut. Dengan GST lagi, harga tol naik, harga barangan. Faham2 jelah. Nampaknya kebanyakan ibu bapa tak mampu nak hantar anak ke tusyen. Belum kira pelajar yang mengambil kesempatan lagi. Datang tusyen tapi tak mahu bayar yuran. Pemilik tusyen pun mahu juga merasa income yang sepatutnya dia dapat. Dia pun rasa untung tahun ini tak banyak. Banyak yang rugi sebab kurangnya pelajar dan masalah pelajar tidak mahu bayar yuran.

Pembayaran utiliti juga makin dipercepatkan. Lambat sikit je bayar terus hantar surat kuning nak potong elektrik. Ala2 surat peringatan. Tambah bila dah tukar meter baru. Lagi melambung bil naik. Saya pun merasainya juga. Kat rumah pun walaupun tak guna sangat elektrik pun masih tinggi juga bilnya sejak tukar meter baru. Surat PTPTN pun dah sampai walaupun belum mula kerja tetapi masih juga dikenakan bayaran siap denda lagi sebab lewat bayar. Cukup2 kira setahun selepas last day last kelas untuk last year study. Mungkin kena mula sedar sendiri untuk mula bayar. Nampaknya masing2 sangat perlukan duit sekarang.

Mungkin ada sesetengah pihak tak berapa setuju dengan wujudnya pusat tusyen ni seolah-olah menganti fungsi pembelajaran dalam kelas. Saya juga dulu kurang setuju dengan adanya pusat tusyen ini. Tetapi setelah saya mengajar dan merasai suasana kelas tusyen itu, saya rasa tidak salah jika pelajar itu masih berkemampuan dan mahu mendapat kefahaman lebih dari luar bilik darjah. Pelajar yang datang itu rata2 dahagakan ilmu. Mereka perlukan bantuan untuk memudahkan mereka faham. Kelihatannya pelajar yang berkemampuan sahaja yang mendapat kebaikan tusyen ini. Tak macam saya yang dulu bertungkus lumus belajar sendiri waktu SPM sebab tak berkemampuan dari segi kewangan nak pergi tusyen. Itulah dulu kondem. Sekarang saya pula yang mengajar tusyen. Haha...


"Kalau begitu, terus tukar bisnes cleanerlah. Nampak masyuk..." 
cadang saya kepada pemilik pusat tusyen. Haha

I want that book!

I found the best book ever especially for the people who want to learn how to make a better sentence for writing. Haha.. Mentang2lah dah ajar subjek Bahasa Inggeris untuk tusyen. Tak pandai sangat untuk ajar Bahasa Inggeris tapi bila dah kena ajar terpaksalah study balik dan dalam masa yang sama kena perbaiki lagi skill berbahasa.


Ini bukunya.
Kira2 dengan nilai pertukaran 1 USD = RM4.26 (kadar pertukaran hari ini)
Nilai buku ini dalam RM ialah RM111.65.
Wow.
"Murah"nye.

Nampaknya dengan nilai wang ringgit yang rendah, tak mampulah saya mengimport buku ini. Makanya kenalah google untuk mencari free copy.
Ohoi.. atau cari sumber lain.

https://www.scribd.com/doc/206721286/Paragraphs-for-High-School
Boleh dapatkan teacher copy dari scribd.

Atau
Secara manual.
Cikgu salin kat depan, student pun salin.
Suruh student cari error dalam perenggan tu dan dalam masa yang sama boleh belajar untuk tulis struktur ayat yang betul. 
Macam tembak dua burung dengan sebiji batu.
(killing two birds with one stone)
Itulah suruh buat karangan tak mahu. Buat2 lupa.
Lepas tu bila peperiksaan dapat markah teruk dalam bahagian karangan mulalah bising.
Jadi cara terbaik ialah salin. Haha
Itulah liku2 bila mengajar pelajar sekolah biasa.

Imitation is a perfectly honorable way to get started as a writer—and impossible to
avoid, really: some sort of imitation marks each new stage of a writer’s development.
Stephen King

Sunday, September 06, 2015

Buku best - KUM

Lawalah warnanya.
Tetiba tertarik melihat warna kuning + hitam.
Bila tengok buku ni teringat buku.......

Akhirnya buku itu berjaya berada dalam gengaman aku.
Best buku ni. Memang tak rugi membelinya.
Lama juga mencari buku ni kat kedai buku tapi tak jumpa.
Sepanas-panas buku Mat Luthfi, lagi panas buku Saiful Nang ni.
Sampai bayang buku ni pun tak nampak kat kedai buku.
Last2 beli secara online 
kononnya nak buat sebagai harta tambah duit RM semakin murah.
Idea yang sangat bernas. Haha

Tapi serius.
Satu-satunya buku yang berjaya buat aku terjaga bila membacanya.
Kalau buku lain memang dah jadi bantal tidur.
Penyakit apakah ini. Haha
Mungkin sebab gaya pengolahan ceritanya yang lain.
Cara penceritaannya juga menarik dan santai
Banyak penceritaan tentang kehidupan
 dan banyak benda boleh dipelajari dari kisah dalam buku tu.
Antaranya jadikan halangan sebagai batu loncatan untuk berjaya.
Dan banyak lagi pengajaran yang boleh diambil.
Tak rugi untuk dijadikan harta buat cucu cicit.

Cuma satu je.
Kena perbaiki kualiti percetakan.
Ada beberapa gambar dalam buku itu yang agak tidak jelas.
Tak semua gambar.
Walaupun kena lebih pentingkan isi dari gambar 
tapi bila kualiti percetakan dah kurang
 jadi mood nak membaca tu pun dah kurang.
Nampak sangat aku ni jenis baca tengok gambar. Hehe
Suka ambil contoh kualiti percetakan dari majalah Jom.
Kualiti dia sangat bagus.
Aku pun kadang2 suka tengok stail design cover 
dan artikel dalam majalah Jom.

~Just my 2 cent~

Beli jangan tak beli. Yeah
Tapi nak beli kat mana ye?

Saturday, September 05, 2015

Pembantu pun jadilah

"Miss T, macam mana nak susun ini dokumen?", tanyaku.
"Awak kena susun macam ni, ini mesti ada bla bla, kalau documen ini tiada awak kena bla bla", kata Miss T.

Itulah kerjaku kini. Asalnya ditawarkan sebagai Junior Accountant. Rupanya sebagai Assistant Junior Accountant. Assistant pun assistantlah. Asal aku dapat kerja sudah. Walaupun ada bisikan jahat (akulah tu) merungut kerja dan gaji tak setanding dengan kelayakan dan kelulusan namun aku harus bersyukur sebab dekat dengan rumah, tak perlu pening nak bayar sewa rumah, makan minum terjamin dan kereta juga. Walaupun setiap pagi kena buat muka tebal dengan kelajuan kereta yang macam orang sakit lutut tapi aku bersyukur sebab aku masih ada kenderaan. Kadang2 ada pengguna pandang sinis kat aku tambah nampak aku ni perempuan. Bawa kereta lembap, nak potong kereta lain pun macam tak larat padahal dah habis tekan minyak. Lagilah best kena kutuk. Lantaklah. Aku tahu keadaaan kereta macam mana. Asal boleh gerak sudah. Lagi heran apesal pagi2 pengguna kereta bawa kereta macam nak pergi racing. Pagi2 dah bawa 100 km/j. Main sondol je, tukar line tiba2 sampai motor pun nak disondol. Haih. Jangan disamakan aku dengan dia. Aku bolehlah relax bawa kereta sebab tempat kerja dekat.

Ini kali kedua aku bekerja dengan orang cina. Kali pertama dengan pusat tusyen yang pemiliknya adalah orang cina. Tapi kali ini aku bekerja dengan akauntan cina. Mereka sangat berdedikasi dalam kerja. Fokus. Tiada masa nak sembang. Sembang diorang cuma pasal kerja je. Waktu rehat pun walaupun rehat 1 jam tapi mereka rehat 15 minit je. Cuma rehat untuk makan. Yang kita orang melayu memang menggunakan sebaik mungkin rehat 1 jam tu untuk rehat, makan dan solat. Haha. Mereka pun balik paling lewat. Tapi datang kerja paling awal. Superb. Mungkin sebab kerjaya akauntan. Mereka harus key-in data bila documen dah lengkap. Kena buat bayaran. Nak buat bayaran kena jumpa bos dulu minta sign dan juga beberapa sign bos lain yang diperlukan. Lpeas tu kena jumpa bos dulu untuk verify dokumen dulu. Bila ada masalah kena panggil. Haha... Itu baru satu transaksi. Bayangkan berpuluh-puluh transaksi tambah kena bayar secepat mungkin. Memang tak baliklah mereka. Satu hal lagi mereka memang pandai menggunakan sumber manusia. Kalau boleh seorang tu dapat buat banyak benda dalam satu masa. Bila lihat mereka mengerjakan dokumen tu teringat pula pengalaman aku masa aku jadi treasurer untuk satu projek kat universiti. Memang kena handle banyak dokumen tapi lagi banyak masa kerja ni. Boleh berpinar mata. Kalau boleh aku kena jadi perfectionist masa kerja sebab tiada maaf untuk kesilapan kecil dalam mengendalikan dokumen. Silap2 kena marah sebab salah letak atau hilang. Tak pasal2 kena susun balik. Kan jadi satu kerja.

Setakat ini kisah suka duka. Lain hari saya bercerita lagi mana2 yang best2.

Embah dulu kerja dengan orang cina sekejap sampai tiru cara orang cina didik anak
Bapak kerja berkaitan dengan getah tapi buat sistem perekodan 
Aku pula kerja dengan orang cina dan kerja kat kilang buat acuan produk getah
Haha. Kebetulan je
Inilah masa untuk tuai hasil setelah setahun tak pegang cangkul
Ada ke hasil?

Cantik file tersusun rapi.

Monday, June 15, 2015

Hanya kerana Pendatang

NST-Saturday 13 June 2015

Pride in being 'pendatang'
Dari tajuknya pun macam biar betul. Bangganya bila menjadi pendatang.
Saya suka dengan komentar penulis itu dimana dia melontarkan pandangan dia tentang pendatang. Penulis tersebut memberi padangan dari sudut perspektif berbeza. Dia tidak melihat pada perbezaan warna kulit dan asal usul akan memberi masalah kepada negara malah lebih melihat pada kontribusi dari individu itu. Sememangnya penduduk Malaysia ini asalnya memang seorang pendatang. Orang Melayu asalnya dari kepulauan Melayu di sekitar Tanah Melayu. Orang Cina pula asalnya dari Tanah Besar China. Begitu juga dengan orang India. Tapi mereka datang lebih awal dahulu sebelum merdeka. Jadi mereka sudah lama menetap di bumi Malaysia. Jadi tidak pelik bila melihat rupa wajah penduduk Malaysia yang berlainan dari satu sama lain akibat dari perkahwinan campur. Tidak seperti di negara Afrika terutama di Somalia, rupa wajah mereka seakan-akan sama dan mereka senang dikenali melalui wajah mereka. Haha. Dah lari jauh dari point utama. Sememangnya betul. Saya pernah diajukan soalan oleh rakan dari negara Afrika yang menanyakan kenapa rupa wajah penduduk Malaysia tidak seragam. Katanya ada yang rupa macam Chinese sikit. Ada yang macam Indonesia sikit. Tidak seperti negaranya yang rupa penduduk di negaranya seakan-akan sama. Masa tu tak terfikir nak jawab apa dan cuma balas itulah keunikkan penduduk Malaysia. Haha

Namun dari satu segi lain ia dapat mengancam kedudukan penduduk tempatan disebuah negara tersebut. Bila pencapaian diutamakan tanpa mengira asal usul dan warna kulit, yang pasti siapa yang usaha lebih akan berjaya. Mari lihat pendatang sebagai imigrant yang datang selepas merdeka. Dalam konteks tahun mendatang ini, jika pendatang lebih bersemangat untuk mencari rezeki berbanding dengan penduduk tempatan maka pendatang akan mendapat lebih banyak sumber negara berbanding penduduk tempatan. Lama kelamaan pendatang pula yang kuasai sumber negara. Tapi bukankah penduduk tempatan seharusnya kena berusaha lebih lagi supaya dapat menguasai lebih banyak sumber negara dari terus diambil oleh pendatang? 

Dari segi pertukaran mata wang asing, Ringgit Malaysia akan mengalir keluar lebih banyak kerana berlakunya pindahan wang ke luar negara oleh pendatang itu sendiri.  Sememangya pendatang tersebut datang Malaysia untuk mencari rezeki demi menyara keluarga di negara asalnya. Kenapa mereka sanggup bekerja di Malaysia? Antara sebabnya penduduk Malaysia baik-baik belaka dan negaranya aman sentosa. Ada yang beri mereka kemudahan menyewa rumah. Mereka didahulukan untuk diberi sewa berbanding penduduk tempatan. Ada yang memberi kemudahan berniaga. Yang pasti mereka kena berkahwin dengan rakyat tempatan supaya mereka dapat berniaga dengan tenang. Sebab utama kenapa mereka sanggup bekerja di Malaysia? Sebab mereka rajin. Merekalah tukang sapu, tukang potong rumput, sanggup ketuk pintu rumah untuk jual permaidani, jadi operator kilang, buruh binaan pun ada. Dimana adanya kerja yang rakyat tempatan tak sanggup nak buat, mereka ada untuk mengisi kekosongan tersebut.

Apa2pun, itu sekadar pendapat peribadi. Begitu juga dengan komentar penulis dalam akhbar itu. Setiap pandangan itu ada pro dan cons. Jadi, bila dah mempunyai pandangan tertentu itu kenalah juga hadapi pro dan cons dia juga.

P.s : Sentap gue bila nak menghabiskan penulisan ini. Kenapalah gue ni malas sangat nak cari kerja. Orang asing lagi rajin dari gue.

Saturday, May 30, 2015

Suka duka mengisi borang mohon kerja

Memang best bila isi borang kerja. Tambah bila isi borang online.
Yang lagi best bila tiada butang "simpan" bila sudah di isi pada setiap muka surat.
Semua kena isi sekali gus bermula dari nama pemohon sampailah nama pengadil (rujuk kepada reference). Yang bertambah best bila semua siap diisi tiba2 dapat mesej macam kat bawah ni.


Maka, setelah menerima mesej ini... kenalah isi semua dari nama pemohon sampailah nama pengadil. Yes. Saya suka.. Saya suka... seperti gaya Mei Mei dalam cerita upin dan ipin. Haha.

Tambahan pula, penat mengisi borang tidak berbalas kerana apa yang sudah diisi hilang begitu sahaja tanpa jejak ketika mahu semak semua maklumat selepas menekan butang selesai sebelum mahu tekan butang print sebagai kenang kenangan yang saya sudah isi borang. Haha... Apa aku mengarut ini? Dengan rasa tidak senang hati atas kehilangan maklumat yang diisi dan yang lagi best bila nak kemaskini asyik keluar mesej gangguan teknikal, maka akal panjangku datang dengan mengisi borang tersebut menggunakan browser lain. Hasil penemuan aku....


Tiba-tiba rasa macam nak menjerit ehhhhhh! tapi dalam hati jelah. Ok ada kemusykilan sikit, kenapa kat browser yang satu lagi boleh log in sambil boleh siap hantar permohonan lain tapi kenapa guna browser ni tak boleh pula. Siap bagi mesej tiada rekod lagi. Habis tadi aku isi borang kat mana pula. Bila bertanya pada otai programmer katanya mungkin browser outdated. Hurmm... Tapiii....



Rasanya browser versi berapa pula nak guna ye. Haha. Firefox tak test lagi. Agaknya apa ye hasilnya.
Rasa dah macam buat ujikaji pula. Bila otai programmer berkata, "sistem karut!". Dengan itu, terima kasih sebab berjaya menghabiskan beberapa mb kouta internet dan juga masa dengan refresh page dan mengisi borang yang tak macam borang permohonan. 

Hahaha... Nampaknya solusi terakhir kena isi borang semula. 
Lalala~

P.s : Sesungguhnya hidup ni penuh dengan onak dan duri

Wednesday, May 20, 2015

Suka duga mengajar tusyen private


Bhahaha.
Ok. Inilah dinamakan suka duka mengajar tusyen. Hal ini berlaku bila kita ajar tusyen private dan student tiba2 lupa nak datang plus dia minta berhenti tusyen private. Yes. Last minit bagi tahu. Itupun lepas wechat kat student tu. Katanya terlupa sebab sibuk dengan peperiksaan. Yup, cikgu tahu kenapa student tu nak berhenti tiba2. Gara2 cikgu tak ikut kemahuannya. Kemahuannya yang bersifat peribadi. Oklah. Cikgu tak kisah walaupun gaji cikgu makin mengecil pun cikgu tak kisah. Asal student bahagia dengan keputusannya. Yeah...

Agaknya aku ni baik sangat bagi no phone kat dia. Asalnya supaya nak bagi kemudahan untuk dia menanya tentang pelajaran. Tup tup dia salah guna kemudahan pula. 

Mati kutulah saya terconggok kat sini untuk menunggu kelas seterusnya pada pukul 6.30 ptg. Hurmmmm

P.s : Bilalah nak dapat kerja best2 ni?

Wednesday, April 29, 2015

Pengalaman yang paling 'indah' yang kedua pernah rasa

Dah lama saya dah tak sedu sedan menangis
Akhirnya menitik juga air mata ini

Ya, memang salah sendiri
Salah sendiri sebab tak bagi tahu kenapa tak datang kerja
Mereka berkali-kali telefon dan sms.
Saya dalam dilema sama ada nak bagi tahu atau tak
Nak bagitahu? Nak bagi tahu apa? Apa alasan sebab tak datang kerja?
Saya tak nak bagi tahu dan tak respon panggilan telefon dan sms mereka
sebab tahu yang saya tak akan diberi cuti atau pelepasan
hanya untuk pergi interview kerja
"Amaran" yang diberikan oleh cikgu penolong kanan.
Katanya, nak pergi interview kena lepas waktu bekerja. Lepas pukul 3 petang.
Ada ke interview lepas pukul 3 petang? Ada ke interviewer nak tunggu kita?
Katanya, nak minta cuti juga kena bagi alasan lain. Jangan bagi alasan nak pergi interview.
Tapi nak minta cuti tu kena ikut mood cikgu besar. Selalunya susah nak dapat cuti.
Jadi saya tekad untuk tetap pergi interview tanpa memberi tahu mereka.

Setelah selesai interview baru rasa nak jumpa mereka.
Pada mulanya nak berterus terang dekat cikgu besar tu.
Nak cerita segala-galanya. Tak mahu berselindung.
Buat apa nak bohong. Bagi tahu jelah pergi interview.
Buat apa nak cipta alasan yang tak wujud.

Tapi tuhan berkehendak lebih dari itu.
Saya dipecat terus tanpa diberi peluang untuk berkata apa-apa.
Tergiang-giang lagi kata-kata cikgu besar tu dalam telefon,
"Awak tak datang mengajar hari ini kan, baik awak berhenti terus!"
Setelah dia ucapkan kata keramat tu terus dia meluru naik ke bilik guru dan terus berjumpa cikgu penolong kanan. Nampak gayanya seperti sedang menyuruh sesuatu dengan nada yang serius.

Kemudian dia nampak saya dan terus datang meluru kepada saya.
Ketika itu saya dalam bilik dan dia membuka pintu selebar yang boleh.
Katanya, "Awak nak apa lagi? tak habis-habis menyusahkan saya. Takde nak bincang2. Baik awak berhenti dan keluar sekarang!."
Ketika dia berkata-kata, saya melihat semua cikgu2 diluar melihat saya dengan pandangan sinis dan kaget. Saya rasa malu dan sedih sangat melihat sikap cikgu besar tu. Nak marah pun ada.

Saya pun berlalu keluar sambil mengucapkan kata maaf kepada cikgu besar tu.
Saya dah tak mampu nak ucapkan apa2 pada masa tu melainkan kata maaf.
Ada beberapa cikgu terserempak dengan saya dan menegur ketika saya meluru keluar di tangga. Cikgu itu tidak tahu apa yang terjadi jadi saya cuma mampu senyum je.

Saya baru tak datang kerja tanpa diberitahu sekali
Tambah baru masuk kerja tak sampai sebulan
Tup tup kena buang. Tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.

The moral of story, lain kali bagitahulah kalau tak datang kerja.
Tak baik biarkan diorang tertanya-tanya kemana menghilangnya kita
Memang padanlah kena buang.
Menyusahkan semua orang.

Second, stick in your mind....
Kerjaya guru terutama guru swasta ni perlukan pekerja yang setia sampai mati. Jadi bagi sesiapa yang mahu jadikan kerjaya guru swasta ni sebagai kerjaya sementara demi menanti kerjaya yang diidami dan diluar bidang pendidikan tu baik lupakan hasrat tu. Pengurusan sekolah swasta tak boleh menerima anda yang hanya mahu kerja sementara. Mereka tidak boleh terima bila dengar cikgu2 ni mahu mencari kerjaya yang lebih baik dari jadi cikgu. Bayangkan jika ada cikgu yang asyik cuti sebab nak pergi interview, macam mana pula dengan pelajaran anak murid tu? Tak ke terabai pelajaran budak2 tu.

Lastly, Allah nak uji. Nak lihat tabah tak kita bila nampak kerja kosong yang selari dengan kelulusan kita. Sebelum bekerja sebagai cikgu tak nampak pula bayang kerja kosong yang selari dengan kelulusan. Ni tiba2 banyak pula kerja kosong. Kamu kata nak jadi cikgu sebab suka mengajar. Tengok bila datang interview best2 tambah ikut kelulusan kita boleh pula gatal tangan nak mencuba. Bila cuba2 tu dapat pula ujian yang macam ni. Haha... Tak ke best.

Jadi semuanya berpunca dari salah sendiri.
Kalau saya tak pergi interview tu, saya mungkin masih mengajar lagi kat sekolah tu.
Dan masalah ini semua tidak akan terjadi.
Tapi bagus juga dapat merasai pengalaman best ni.
Jarang dapat kat mana2.
Dan sekarang aku bebas. Tiada siapa orang nak kongkong aku untuk pergi interview.
Tapi melopong seketika sebab dah hilang sumber pendapatan separuh.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya gatal tangan nak pergi interview tu?
Alasan cuma satu -> saya nak kerja yang punya sekuriti dan kemudahan terutama medical.
Antara kerja dengan pihak swasta dengan pihak kerajaan, mana yang anda pilih untuk bekerja?
Tambah yang panggil interview tu dari pihak kerajaan, rasa2 awak nak tak pergi interview tu?

Thanks my dear friend for the advance advice

Tuesday, March 31, 2015

Cari kerja hoi hoi~

Penat juga jadi jobseeker ni.
Ke aku seorang je yang penat. Haha
Kalau aku jenis tak memilih kerja, sekarang ni mesti tengah kerja sebagai kerani kat pusat tuisyen.
atau sekarang tengah sibuk kursus untuk jadi dealer.
Paling terbaru jadi wealth specialist.
Tapi untuk dapatkan kerja2 tu mesti ada benda yang tak best terjadi masa interview.
Tiba2 aku boleh rasa yang aku tak boleh terima kerja2 tadi.
Boleh pula masa interview ada soalan yang tak boleh jawablah.
Ditanya lain tapi jawab lain
Ada saja tak kena masa interview malah sebelum interview pun boleh jadi.
Rasa tak sedap hatilah, tertinggal dokumenlah, apelah.

Lain pula bila pergi interview untuk jadi cikgu sandaran dan cikgu tuisyen.
Hati rasa lapang dan tenang.
Nervous tu memanglah ada.
Tapi masih boleh jawab soalan interview tu dengan tenang.
Walaupun aku dulu tak berapa suka dengan kerja mengajar ni.
Malah aku pernah ada rasa benci dan ingin melarikan diri bila ada orang suruh aku ajar di hadapan orang ramai.
Tapi sekarang dah boleh terima kerja mengajar ni.
Tiba2 rasa seronok.
Tapi masih trauma sebab pernah ada pengalaman buruk ketika buat perbentangan tajuk ekonomi masa ambil degree dulu.

Mungkin ini gerak hati dari-Nya. Dia suruh aku pergi mengajar. Aku je tak reti2 dan gatal tangan cari kerja lain. Dia juga nak uji aku kadang2. Saje je tiba2 dapat interview kerja pelik2. Kerja pelik2 tu mesti ada kaitan dengan sales. Kerja yang aku minta yang berkaitan dengan kursus yang aku ambil iaitu ekonomi pula susah nak dapat. Haihhh


Har har har.... so apa plan seterusnya? Entahlah...
Nak cari jawatan kosong sebagai guru pun agak sukar sekarang ni. Melainkan kalau ada kenalan.
Sambung masterlah jadi lecturer terus.

Udah-udahlah mikirin. Kalau emang udah rejeki tak kemanalah neng.
Ngak perlu kuatir. Usaha aja. Terserah semuanya sama Allah...
Moga-moga gue dapat kerja yang gue ingini. Aminn..

P.s : "Kalau tak memilih kerja mesti dah dapat dah kerja sekarang". Kata-kata tu sering bermain-main dalam kotak fikiranku. huuhuu

Bila di bilik interview


Situasi - Di dalam bilik temuduga...

Panel 1 : Based on your resume, I see that your work experience is more to education side. Do you aware that this position is more in sales. 

Me : I'm aware that this position will makes me doing more in sales.

Panel 2 : As you know, this position is quite different with the job you are doing now. The job that you are working now is more easier than this position. You just talk in front of the client who already there and it doesn't matter if the client didn't want to hear what you want to say. It is different with this position where you need to hunt your client. If you didn't get any client, you will dead. So, are willing to grab this job?

Me : I'm tried my best to do this job.

Panel 2 : Then, are you willing to prove me your willingness by selling our product for example credit card. I will give you the brochure and you sell it in front of the bank now.

Me : ......... I'm tried.  (I'm dead. Honestly, I didn't want this job actually. I'm so stupid for accept this job interview by call. urghh)

Panel 1 : Are you really want to do this job? This position is quite different with what you are doing now. 

Me : ....................

Panel 2 : Then, why you choose to work in bank? 

Me : I choose this position because of this position is suit with my qualification and the salary is quite good to me. I also want try to do different job other than what I have doing now.

Panel 2 : Then, why not you try to work at bookstore who also make a sales to sells their book or work at shop. They also make a sales to sales their product. Then why you choose to work in bank and want to make a sales which relate to investment product? In fact this product is not the product that people need. Then how your strategy to sell investment product?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, whatever. 

Itu serba sedikit petikan soalan yang ditanya oleh si penemuduga. Bagi sesiapa yang berminat untuk kerja bahagian sales kat bank tu kenalah prepare jawapan untuk soalan yang mencabar emosi ni. Tengok petikan dialog tu nampak sangat saya ni agak looser. Dah tu tak pergi buat background check dulu tentang job tu sebelum terima untuk di temuduga. Lain kali buat dulu background check pasal job tu. Jangan main bedal terima je atau apply job. Tanya diri tu mampu ke tidak untuk buat job tu sebelum si penemuduga tanya. Nasib baik penemuduga tu baik2 belaka. Siap bagi nasihat lagi. Saya tahu mereka mahu orang yang terbaik untuk jawatan itu. Orang macam saya ni tak layak untuk jawatan tu. Orang macam saya hanya layak untuk duduk belakang kaunter dan sediakan dokumen atau perkhidmatan yang diperlukan pelanggan. Orang macam saya juga bukan jenis pemburu (kata lain hunter) pelanggan. Melainkan saya nekad untuk menjadi hunter.

The best advice yang penemuduga tu bagi, carilah pekerjaan yang kamu mahu kerja bukan pekerjaan yang kamu terpaksa kerja. Bila bekerja dengan pekerjaan yang kamu terpaksa bekerja, kamu rasa tak senang hati dan sering rasa terpaksa kerja. Ia tak baik untuk diri kamu untuk jangka masa panjang. Penemuduga tu juga ada share experience kerja dia. Dia juga pernah rasa bekerja dengan kerja yang dia tak suka untuk tempoh yang lama dan kini dia bahagia dengan kerja dia. Lagi satu dia juga ada pesan yang tak perlu cari kerja mengikut kursus yang diambil masa ambil ijazah dulu. Ambil kerja yang awak mahu kerja dan boleh masuk dengan kelayakan yang awak ada. Penemuduga tu pun masuk banking sector pun tak perlu degree dalam ekonomi mahupun finance. Asal ada degree boleh je nak masuk. Rasanya dua advice ni macam pernah dengar. Barangkali dari bapak dan saya pun hampir lupa tentang nasihat ni. hurmm...

Maka, selamatlah saya menjadi pengutip anggur tegar.

P.s : Kadang2 aku macam ada masalah untuk memahami soalan yang ditanya oleh penemuduga lelaki. Diorang sengaja nak keluarkan soalan fancy ke atau memang masalah aku tak faham soalan mereka. Haihh...

Friday, March 13, 2015

Pengalaman Interview SL1M

Hari ni detik bersejarah dalam hidup saya. Cewaah... Haha
Letih badan tetapi masih nak update blog.
Rindulah tu dengan blog. Hehe


Ramai orang yang mohon SL1M ni.
Bak kata akak2 yang jaga interview hari ni, yang mohon nak cecah 400 orang tapi diorang cuma mahu 100 orang. 4:1. Huhu 
Pelbagai asal kenegerian yang memohon SL1M ni.
Ada yang datang dari Pahang. Baru sampai dari Terengganu dan Kelantan pun ada.
Jauh2 diorang datang.

Hari ni saya berkesempatan sertai interview SL1M buat pertama kalinya.
Memandangkan iklan dia berjaya menarik perhatian saya (setelah disarankan oleh Bapak pun ye) jadi saya sertailah interview kali ini.

Menarik tak? 

Pengalaman interview kali ini?
Tersangat best dan mencabar.

Pada permulaannya terlupa nak bawa gambar passport. Boleh pula terlupa nak bawa. Jarang benda ni berlaku. Malam tu dah siap susun semua sijil2 bersama salinan yang diperlukan dan sambil2 susun tu tengok2 juga list nak kena bawa. Boleh pula terlupa gambar. Yang lagi best pagi tu dah pegang dah gambar tu masa mencari jam tangan tapi boleh juga tak perasan. Haha. Hikmah terlupa bawa gambar ni membawa saya pertemuan yang best kat Wisma Central. Kat Wisma Central tu ada kedai gambar express (rezeki tauke tu pagi2) dan selain kedai gambar terdapat juga kedai printing serta cenderamata. Sambil2 tu boleh menikmati teh tarik kat Kedai Leha di Wisma Central tu. Nasi Ayam dan Roti Canai kat Kedai Leha sangatlah sedap. Keunikan Roti Canai kedai tu pada kuahnya. Bolehlah try google map kat mana Wisma Central tu dan wisma tu berdekatan (kena jalan sikit) dengan LRT KLCC.

Yang lagi best pengalaman jalan kaki ke tempat interview dari LRT KLCC. Memang mengayakan hidup yang sihat. Sambil jalan2 tu boleh tengok hutan batu yang tinggi di sepanjang jalan, Nak naik bas tak reti. Jadi jalanlah kaki. Tanya google map, dia jawab kena jalan kaki juga. Haha


Bolehlah cuba2 ye. Ni lokasi ke bangunan Bank Islam dari LRT KLCC.
Mungkin bagi sesetengah orang dah biasa jalan2 kat KL ni dah tak heran dengan benda2 ni. Haha

Selain tu pengalaman menunggu giliran interview yang sangat lama. Atas faktor ramainya calon dan hari Jumaat maka tempoh masa untuk tiba giliran tu agaklah lama. Mereka utamakan dahulu calon lelaki untuk interview dahulu atas faktor kewajiban untuk solat Jumaat. Jadi bagi calon perempuan kenalah bagi laluan kepada calon lelaki untuk interview dahulu. Calon perempuan pula mula dibuka laluan interview pada waktu tengah hari. Giliran interview juga ikut nasib. Ada yang hantar dokumen awal dapat giliran interview awal. Ada juga yang hantar dokumen awal tapi dapat giliran interview lambat macam saya. Haha. Boleh pula saya turun pergi makan lewat tengah hari dulu, relax2 kat lobi bawah dan solat bila hampir berjam-jam menunggu. Memang sah2 lagi lambat giliran interview saya. Bagus juga saya ambil angin kat luar sekejap sambil mengisi perut dan rohani seketika sebelum hilang mood dan konsentrasi masa interview... Haha boleh pulak. Jangan tiru macam saya ye.

Waktu pulang pula boleh pula kad touch n go patah. Ganas betullah saya ni. Tak sedar macam mana boleh patah. Hurmm. Rugi duit dalam touch n go tu bila touch n go dah tak boleh guna. Baru reload pula tu. Mungkin kena google cara nak claim duit tu. Bila touch n go tak boleh guna, tak pasal2 kena beratur beli tiket. Haih... Waktu orang balik kerja pula tu. Haihhh. Tambah waktu budak2 sekolah tengah sibuk pulang ke kampung halaman pula. Sekolah cuti seminggu bermula esok. Haihhhhh.... Boleh bayangkan betapa ramai orang beratur untuk beli tiket kat KL Central. Memang timing yang tersangat bagus.

Haha... Dalam masa satu hari macam2 berlaku ye Bella.
Jadi rancang perjalanan anda dan sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku.
Tak semestinya hari ini selancar perjalanannya seperti hari semalam.

Tak silap saya interview SL1M dari BIMB kali ni ada 2 sesi
Saya cuma lalui interview pertama je. Saya tak pasti tentang interview kedua.
Interview pertama berpasangan dan interview kedua perseorangan.
Saya ada lihat beberapa calon keluar dari bilik interview pertama dan masuk ke bilik lain. 
Ada juga beberapa calon kelihatan keluar dari bilik lain tu.
Feedback yang saya dapat dari interviewer tu, saya kena tunggu panggilan mereka seminggu kemudian jika berjaya. Takpelah, jika memang dah rezeki saya memang tak kemana

P.s: Zaman aku cari kerja, permintaan terhadap pekerjaan lebih banyak dari penawaran kerja. Ramai yang dah ada kelayakan. Zaman generasi akan datang tak tahulah macam mana nak survive tambah dengan kebanjiran warga asing. Persaingan.

Friday, February 27, 2015

Yes u mobile

Testing one... two... three..
Yes!

Akhirnya boleh berblog pakai mobile. Bestnyee.
Selama ni mencuba nak menulis pakai smartphone tapi tak dapat. Ini satu perkembangan yang bagus. Rupanya ia berpunca dari internet. Saya baru bertukar plan internet ke u mobile pula. Yess... dah tak merungut internet lembap.


Hanya bermodalkan RM 48, dapatlah sim card u mobile (RM8) dan plan internet 2 GB (RM 40). Untuk hari pertama oklah. Takdelah bila browse tersangkut sangkut kat handphone. Untuk orang yang gila surfing macam saya ni harap cukuplah kouta 2 GB tu sebulan. Setakat ni je mampu bayar. Nanti bila gaji dah besar baru pilih plan internet yang lagi best dan kouta yang lebih besar.

Antara sebab kenapa saya suka prepaid broadband ni, ia mengajar kita untuk berkira dalam penggunaan internet. Adalah masa tu terfikir berapa banyak MB yang dah digunakan dan kita tahu berapa banyak yang kita belanja untuk internet. Prepaid broadband ni pun takda caj sampingan yang dikenakan. Setakat nak internet 2 GB untuk 30 hari hanya dikenakan bayaran RM40. Berbeza dengan prospaid. Bila dah mula pakai prospaid ada saja caj yang dikenakan. Tapi tak tahulah pula bila GST mula dikuatkuasa nanti. Harap tiadalah caj tambahan yang dikenakan.

Bagi sesiapa yang berminat nak langgan u mobile bolehlah tengok2 dekat website u mobile. Anda boleh google sendiri atau type je u.com.my

Ini screenshoot yang saya ambil di website u mobile 

P/s : Let see how long 2 GB will last. Start counting the day.



Thursday, February 12, 2015

Random though + Careers and Education Carnival 2015

subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar!


Nak tengok komen pun lama


Apatah lagi nak publish komen. 
Benda yang aku download tu lagi laju geraknya.

Tetiba terasa nak tukar modem.


Bye2  modem lama.


Hye2 modem baru. 
Macam sama je rupa modem kat atas. Hehe
Kembar tapi berlainan hari pembelian dan tempoh penggunaan.

Fuhhh~~ lama dah tak update blog. Sebenarnya nak je update blog tetapi akibat dari kelembapan line internet maka terbantutlah semangat nak update blognya. Hari ini pun dapat update sebab tergerak nak tukar modem dan nak isi borang untuk apply kerja. Nasib baik ada modem lama yang tersimpan rapi dan masih boleh digunakan. Kalau mengharapkan modem yang selalu guna tu sampai sekarang nak buka page blogger pun tak dapat. Nampaknya modem tu dah kena pencen berkhidmat.

Sepanjang saya menyepi dari dunia blog ni, tiada apa yang menarik pun berlaku dalam hidup saya. Saya masih dalam pencarian kerja dan masih membuat part time sebagai guru tusyen. Syok juga jadi guru tusyen ni. Budak2 yang datang tu pun sememangnya budak nak belajar dan memang aktif bertanya. Apa yang saya ajar? Saya ajar subjek Akaun form 4 dan form 5 dan juga subjek Ekonomi Asas form 5. Subjek Akaun tu amatlah seronok mengajar sebab ia subjek kira-kira dan adalah faktanya juga. Saya bagi diorang latihan dan bincang soalan. Saya suka tanya soalan yang membuatkan mereka terfikir seketika. Belajar ini bukan setakat buat dan hafal tetapi kenalah faham kenapa. Tetapi subjek Ekonomi ini...... payahlah sikit nak mengajar. Memang kena tukar stail mengajar. Stail cikgu sorang je bercakap dan beri penerangan tu memang tak membantu pelajar. Dalam kelas Ekonomi juga saya banyak bertanya kepada pelajar dahulu untuk lihat sejauh mana kefahaman mereka. Dan kadang2 tu mereka bagi jawapan merepek jugak. Takpe saya faham mereka sebab saya pun dulu bekas pelajar dari sekolah yang mereka yang sedang belajar sekarang jadi tahu je lawak sengal mereka tu.

Selain itu, saya juga ada pergi Mega Careers & Study Fair 2015.


Hurm dah lepas untuk pembaca pergi. Tetapi jangan risau, Mega Careers & Study Fair akan diadakan lagi bulan Ogos tahun ni. Jadi anda masih ada peluang lagi. Macam mana saya tahu?


Saya tahu dari goodie bag semasa Mega Career Fair Ahad lalu.

Untuk masa yang terdekat ini, Karnival Jom Masuk U akan berlangsung 7-8 Mac 2015 bagi yang duduk kat kawasan Kuala Lumpur.

Double Klik untuk pembesaran.

Selain itu, Karnival pendidikan dan kerjaya Mara juga diadakan pada 7-8 Mac 2015 bagi yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur.

Double klik untuk pembesaran

Dua karnival pendidikan dalam satu masa. Hebat2.
Pilihlah yang mana satu rasa berkenan dihati.
Saya pernah sertai Karnival Jom Masuk U tahun 2009 dan saya rasa ia suatu program yang menarik tambah saya lagi blur nak pilih kursus dan universiti mana nak masuk masa tu. Masa tu terpikat nak masuk UiTM tambahan pula kursus Perakaunan yang ditawarkan juga dikatakan yang terbaik diantara universiti yang lain. Akhirnya saya di masukkan ke UIAM atas pilihan bapak saya. Haha. Saya dapat juga tawaran dari UiTM untuk kursus Perakaunan tetapi Diploma manakala UIAM dapat asasi dahulu dan terus boleh ambil Ijazah dalam kursus Perakaunan. Malangnya saya tidak lepas kelayakan untuk mengambil kursus Perakaunan pada peringkat Ijazah di UIAM dan akhinya saya dicampak ke dalam kursus Ekonomi. Menyesal? Nak buat macam mana. Dah rezeki kat tempat lain. Tetapi rezeki nak dapat kerja yang bagus tak sampai lagi. Mampu mencurahkan ilmu akaun dan ekonomi zaman purba kala dahulu kepada anak murid kelas tusyen. Takdalah purba kala. Adalah penambahbaikan sedikit. 

Ok, saya dah melalut. Bagi sesiapa yang ada adik2 atau anda sendiri pelajar lepasan SPM atau STPM bolehlah sertai Karnival Jom Masuk U 2015 dan Karnival Pendidikan Mara 2015. Bagi yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur boleh semak poster di atas untuk mengetahui lokasi lain yang mungkin berdekatan dengan anda. Karnival ini sangatlah bagus dan inilah masanya untuk mengutip sebanyak mungkin info dan maklumat tentang kursus yang anda minati.

Sekian dari saya dan bertemu lagi pada entri akan datang,

P.s : Rasa nak tukar plan internet. Line DiGi dah semput.

Monday, January 26, 2015

Intipati dari Komik Misi Straight A


Pengajaran yang saya dapat dari komik ni :

1- Nak pandai kenalah berguru dengan orang yang lebih pandai.
Belajar dari si pandai dan dapatkan tips darinya.

2- Nak skor bukan dengan menghafal 100% tanpa menghayati malah memahami ilmu yang dipelajari. Tetapi menghafal itu perlu tetapi menghafal dengan memahaminya sekali.

3- Matlamat perlu ada tidak kira matlamat jangka pendek atau jangka panjang.
Bila hidup tidak bermatlamat umpama hidup tiada tujuan.
Kita bersama-sama lalu bersama di jalan yang sama tetapi masing2 ada arah tuju masing2, bagi yang ada matlamat. Bagi yang tiada matlamat umpama lalu jalan yang sama tetapi tiada arah tuju.
Matlamat itu bergantung kepada individu dan berbeza dengan individu yang lain.

4- Fokus kepada urusan yang utama. Elak melayan hal remeh temeh.
Fokus utama ke sekolah adalah belajar. 
Tidak kira belajar dalam kelas atau luar kelas.
Elak dari melayan gelodak jiwa remaja yang ingin berboyfriend atau bergirlfriend.
Nanti dah sampai masa (dah ada pekerjaan dan kewangan yang kukuh) tak perlu nak boyfriend atau girlfriend, kahwin terus dan hidup bersama sampai tua. Masa tu nak sweet2 atau nak bermanja-manja 24 jam pun takpe sebab dah halal. Jadi utamakan urusan yang penting dahlulu. Bila diberi kesempatan untuk belajar maka belajarlah. Jangan dipersia-siakan.

5- Sekolah itu sememangnya kilang memproses manusia demi memenuhi kehendak pasaran yang mahukan manusia yang cemerlang dari akademik sahaja. Tetapi dengan sekolah juga kita belajar untuk mengenali orang, berkawan, belajar benda baharu selain dari pelajaran wajib di sekolah. Ia bergantung kepada individu tersebut sama ada mahu mewarnai zaman persekolahannya dengan hanya belajar dan terus skor untuk menjadi robot berjaya atau mewarnai zaman persekolahannya bukan sekadar belajar tetapi ambil inisiatif sendiri untuk belajar kemahiran lain juga. Tetapi harus seimbang agar jangan ketinggalan terus pelajarannya.

4- Di sekolah, kita tidak diajar cara untuk mengurus wang, bagaimana nak kawal kehendak yang melampaui keperluan sendiri serta bagaimana nak survive dalam hidup lepas sekolah sehingga sampai masanya kita pergi. Kita bersekolah hanyalah untuk mendapat "kunci" dan "kunci" itu amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Kita bersekolah hanya untuk mendapatkan "alat" sahaja. Bagaimana nak gunakan itu ikut kita bagaimana nak guna. Dan mungkin dari pengalaman jatuh bangun atau melalui pemerhatian dapat memberi kita idea bagaimana nak guna "alat" itu atau dari nasihat ibu bapa (itupun kalau ibu bapa yang jenis suka kongsi falsafah hidup). Yang ni pengajaran tambahan dan tiada kaitan dengan komik tu. hehe

Itu semua adalah terserah kita. Mereka sudah sediakan platform atau tempat untuk kita menuntut ilmu. Jadi terserah kita untuk menjadi Robot atau Manusia. Ia atas diri kita untuk membentuk diri kita dan juga peranan ibu bapa juga untuk mencetus semangat serta dorongan buat anaknya untuk mencari sesuatu dalam dirinya. Mencari sesuatu bukan sekadar kebaikan hidup di dunia sahaja malah untuk meraih kebaikan hidup di alam seterusnya. Usahlah salahkan sistem. Sistem manusia sememangnya tidak sempurna. Kita seharusnya mengambil langkah sendiri dahulu jika mahu kelainan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Err, terserius pula post kali ni. Asalnya nak post pasal komik yang best tu, Misi Straight A. Komik tu best seller tuu. Komik tu adalah kompilasi komik yang pernah dikeluarkan terdahulu iaitu Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10 Plus. Dalam tu juga ada tips2 belajar oleh Afiq dan Nazri. Sesuai untuk bacaan umum termasuklah saya yang dah hampir 8 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Dah terlambat dah saya nak amalkan tips dalam komik tu. Mungkin untuk anak cucu kot bolehlah suruh mereka baca. :P Jadi bagi mereka yang masih bersekolah bolehlah baca komik tu. Atau bagi yang ada adik yang kurang motivasi nak belajar tu boleh kasi itu komik kat dia. Saya hadiahkan komik tu kat adik saya tapi saya pula yang habis baca dulu. Siapa sebenarnya yang nak sangat komik tu sekarang ni. kikiki. Adik saya baca juga akhirnya dan dia kata best. 

Menariknya komik tu boleh jadi buku motivasi belajar. Satu transformasi menarik. Syabas buat penulis komik ni, Afiq dan Nazri. Harap lebih banyak lagi komik sebegini di pasaran kelak. Harus diingatkan yang ada siri finale komik iaitu Misi 10A finale yang tak termasuk dalam kompilasi komik tu. Pastikan belinya sekali. Jangan jadi macam saya bila balik rumah baru perasan. haha

Take calm and read comic like me. haha

Saturday, January 24, 2015

Facebook dah ada News Feed Preferences


Seronok betul unfollow orang ye.
Baru nak je bagi idea kat Facebook pasal ni. Haha
Gara-gara dah muak baca status orang.

So, bagi sesiapa yang mahu manage News Feed dia tanpa unfriend kawan2 bolehlah cuba cara ni.
Hanya perlu ke Setting (tempat korang biasa log out tu)
pastu cari News Feed Preference.
Bolehlah tick mana yang nak follow dan mana yang tak nak follow tanpa unfriend kawan tersebut.
Bila tetiba rasa annoyed dengan seseorang tu bolehlah unfollow dia tanpa dia sedari.
Unfollow ni maksudnya segala post dari dia tidak akan kelihatan pada News Feed Facebook anda.
Dah macam Twitter rasanya.
Tapi best. Boleh utamakan news yang penting2 je.
Kalau gitu baik unfriend je. Hurmmm.
Terserah andalah.

P.s : Terasa macam ramai jugak orang yang unfollow aku ni. Huhu

Sunday, January 11, 2015

Masih ada lagi orang yang setia seperti Naruto?



Kadang2 terfikir
wujud ke orang macam Naruto kat dunia sebenar
Orang yang masih setia pada sahabat dia
walaupun sahabat dia dah berubah sangat.
Sanggup bergadai nyawa nak selamatkan sahabat dia.
Kadang2 ada orang mengelarkan dia orang bodoh 
kerana mengejar orang yang sudah tidak peduli sama dia.
Walaupun sahabat dah jadi jahat dan sudah tidak seperti dahulu
tetapi Naruto tetap berusaha untuk selamatkan sahabat dia.
Naruto tetap menerima seadanya sahabatnya walaupun dah berbeza.
Kerana dia yakin sahabatnya masih punya kebaikan dalam dirinya.

Berbeza dengan realiti.
Dah tak jumpa orang seperti Naruto.
Rata-rata mereka berkawan kerana sesuatu.
Berkawan kerana boleh pergi kelas bersama.
Berkawan kerana boleh belajar bersama.
Ada hanya sekadar kenalan.
Kenalan sekolah. Satu universiti. Satu program sosial.
Tiada yang berani nak tegur kesalahan kita bila kita salah.
Malah menjauhkan diri bila dah tak sehaluan.
Belum lagi bila dah habis suatu tempoh
sama ada habis sekolah, habis pengajian, habis program
semua buat hal masing2.
Selisih bahu pun buat2 tak kenal.
Banyak dah aku jumpa orang macam ni.

Kenapa aku sendiri tak jadi macam Naruto?
Dah 2 ujikaji aku dah buat dan kedua-duanya gagal.
Hanya aku je yang bersemangat nak menjaga tali persahabatan.

Cuma ada satu faktor utama kenapa 
Naruto terlalu menjaga tali persahabatan dengan Sasuke.
Kerana Sasuke adalah sahabat pertamanya.
Tambah Naruto pula anak yatim piatu.
Sasuke orang pertama yang berjaya masuk dalam hidupnya.
Kiranya Sasuke dah berjaya warnai hidupnya yang kelam tu.

Mungkinlah. 
Bila seseorang tidak punya apa2 langsung dalam hidupnya
baru dicari kawannya.
Itupun kalau kawan yang berjaya mengisi kekosongannya.
Kalau benda lain? 
Ambil bahan terlarang.
Memberontak.

P.s : Usah gusar jika tiada teman. Sering kecewa dengan sikap sesetengah manusia. Cukuplah hanya Allah sahaja sebaik teman. Hanya Dia sahaja faham kita dan tak pernah tinggalkan kita walau apa jua keadaan. 



Saturday, January 10, 2015

Jaga adab dengan jiran


Adab sesama jiran harus dijaga.
Walaupun se cool mana pun jiran anda,
walau se lek lek lu jiran anda,
walau se semak mana pun halaman rumah jiran anda,
tapi tolong jangan menambah lagi sampah sarap ke laman rumah jiran anda.

Anda tidak tahu se cool, se lek lek lu atau se semak jiran ada tu 
dari jauh dalam lubuk hatinya terasa dengan perbuatan anda yang tidak beretika.
Dan dengan perbuatan membuang sampah dalam longkang jiran anda juga secara tidak langsung menunjukkan yang betapa angkuhnya anda terhadap jirannya.

Tak baik tau.
Beringatlah selalu.
Jiran awak pun nak rumah bersih juga.
Dan halaman rumahnya bukan tempat pembuangan sampah.

Friday, January 09, 2015

Hubungan antara harga minyak dengan harga barangan

Right klik and open in new tab untuk pembesaran. Rantaian Kos - Harian Metro
Bila harga minyak naik sibuk nak naikkan harga barangan.
Bila harga minyak dah turun liat pula nak turunkan harga.
Malah suruh kaji pula kos rantaian.

Hurmm... Kenapa masa harga minyak naik tak kaji dahulu kos rantaian sebelum naikkan harga. Memang secara teori bila harga minyak naik, ia akan menaikkan kos pengeluaran serta kos pengeluaran itu sendiri secara automatik dan menyebabkan pengusaha kena tanggung kos pengeluaran tersebut. Jadi jalan terakhir adalah dengan menaikkan harga barang.

Tapi pengusaha itu tidak sedar. Jika mereka terus tidak mahu menurunkan harga barangan mereka ketika harga minyak ketika ini sudah turun, ia akan mengakibatkan ekonomi negara merosot. Penawaran barang tetap sama tetapi permintaan barang semakin berkurang kerana kuasa beli mereka merosot kerana ketika ini nilai wang rendah. Lama laun akan berlaku lambakan barangan di pasaran. Kuantiti jualan mereka akan merosot secara tidak langsung. Ia juga akan menjejaskan pendapatan pengusaha juga. Pengusaha tidak gembira apatah lagi pengguna.

Jika pengusaha tersebut mengikut saranan kerajaan supaya turun harga barangan mereka, ia secara tak langsung akan mengurangkan sedikit impak kemerosotan ekonomi negara. Dengan turunnya harga barangan, kuasa beli pengguna kembali pulih dan dengan ini dapat menjana kembali pendapatan pengusaha itu sendiri. Pengguna gembira malah pengusaha lebih gembira.

Benar. Kita tidak boleh salahkan peniaga atau pengusaha sebab sememangnya motivasi mereka untuk berniaga adalah untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Tambah dengan penurunan harga minyak ini juga dilihat sebagai kesempatan buat mereka untuk mengutip untung lebih malah ada yang mengambil kesempatan ketika ini untuk menjana kembali pendapatan setelah menanggung beberapa kos ketika harga minyak naik. Namun, peniaga perlukan pengguna supaya barangan mereka dapat dijual. Hubungan di antara peniaga dan pengguna memang tidak dapat dipisahkan. Jadi, letak ketepi dahulu niat untuk untung lebih ketika ini. Turunkan harga barangan dan kembalikan kuasa beli pengguna. Ingatlah, peniaga juga beruntung bila pengguna dapat kembali kuasa belinya. Bukan sahaja peniaga yang perlu turunkan harga, pengeluar, pengusaha atau pihak yang terlibat dengan pembuatan barangan tersebut harus turunkan harga mereka. Semua pihak perlu mengambil peranan bersama. Minyak dah turun beb. Seharusnya kos penghantaran atau pengangkutan sudah semakin berkurang. Tiada alasan lagi. Ke nak tunggu pihak berkuasa turun padang baru nak turunkan harga. Hurmm... tak patut...

Kuasa beli pengguna di Malaysia [sumber]

Kuasa beli - Semakin banyak barang yang dapat dibeli dari pendapatan yang pengguna ada, maka semakin tinggi kuasa beli pengguna tersebut.

Just my 2 cents.

Thursday, January 08, 2015

Berfikiran panjang... Anda ke?

"Normally programmer tend to be over think because they have to be perfect"

Maka termasuklah saya. Saya bukan programmer tetapi bapak saya programmer.
Programmer memang dilatih untuk berfikir lebih supaya sistem yang mereka buat dapat berfungsi dengan baik tanpa cacat cela. Mereka sudah dilatih untuk menggunakan bahasa "if ............". Disebabkan bapak adalah seorang programmer, habis anak dia diajar untuk berfikir panjang. Perasan juga yang kadang2 ada orang kurang senang dengan saya. Jangan terkejut bila bapak tiba2 fikir sedalam-dalamnya sampai tak terfikir dek akal yang cetek ni.

Sebagai contoh, bila anaknya dapat kerja kerani. Si anak ni betapa seronok dapat kerja tapi si bapak pula jauh memikirnya. Dia cakap kerja kerani tu susah, nanti kena layan pelanggan, kena jawab panggilan dari pelanggan itu belum part memaki lagi, kena sediakan bermacam dokumen, kerja banyak tetapi gaji sedikit dan banyak lagilah. Si anak ni yang lemah dan tak kuat pedoman terus hanyut dengan perkara negatif itu. Maka si anak cepat2 mahu berhenti kerja dari kerani kerana perkara negatif tadi berlegar-legar di fikiran sehingga menyesakkan jiwanya. Ok itu hanya contoh. Tiada kaitan antara mereka yang masih hidup atau meninggal dunia. Haha

Sebenarnya ada cara nak atasi masalah orang yang over think ni.
1- Kena kuat pendirian. Tetapi berpada-pada. Kena lihat dulu rasional dia dulu. Jika ada benar kata2nya maka ikutlah. Jika rasa yang kata2nya kurang benar maka tolaklah pendapat dia secara sopan.

2- Jangan terlebih fikir dengan omongan orang yang over think. Kadangkala pendirian dah kuat tetapi masih bergoyang juga bila asyik memikir akan kata2 yang telah diberikan oleh orang over think ni. Bila dah buat keputusan, tetap pada keputusan. Nak fikir lebih2 tu kena sebelum buat keputusan. Nanti kena cop lalang sebab keputusan asyik berubah-ubah.

3- Kena sentiasa positif dan bersangka baik. Biasanya orang yang over think lebih terdorong untuk berfikiran negatif dan sering bersangka buruk. Jadi, amati kata2nya dan tepis kata2nya dengan kata2 positif dan sentiasa bersangka baik. Kita sendiri menukarkan kata2 negatifnya kepada positif. Contoh seperti si anak yang baru dapat kerja sebagai kerani tadi. Jika si anak itu menukar kata2 itu sebagai nasihat atau cabaran yang bakal dihadapi sebagai seorang kerani, pasti si anak itu dapat bekerja sebagai kerani dengan senang hatinya.

Dengan tiga langkah ini insyaallah dapat membantu anda untuk menghadapi orang yang over think. Usah membenci mereka, ada kalanya orang sebegini dapat menyelamatkan kita dari membuat keputusan yang kurang matang. Adakalnya juga orang yang over think ni kena amati kata2nya dahulu sebelum mengucapkannya. Kadangkala kata2 tu sendiri lebih tajam dari pisau. Adakalanya juga lebih baik diam dari berkata-kata. Namun jangan pernah berhenti untuk berkata jika memang perlu untuk menyatakannya.

[sumber]
Adakalanya tidak bagus bagi seorang remaja untuk berfikiran panjang kerana ia pembunuh semangat muda. Minda di awanga, Harian Metro


Tuesday, January 06, 2015

Entry tahun baru - Resepi Kek Betik

Jadi, entry untuk permulaan tahun baru 2015 ni adalah tentang Resepi Kek Betik. Biasa orang mula lembaran tahun baru dengan wishlist tahun baru atau azam tahun baru. Paling kurang pun ucapan tahun baru. Tetapi saya mulakan tahun baru dengan kek betik. Haha... Sebenarnya banyak benda nak di tulis tetapi tak tertulis sebab kekangan masa tambah tiada sambungan internet. Bhahaha. Padahal memang takda idea nak tulis atau dengan kata lain malas nak tulis. Ok fine. Meh nak selit sikit azam tahun baru ni. Azamnya nak dapat kerja full time. Setakat ni dah rasa kerja kerani kat pusat tusyen sekejap (sebab tu tak sempat nak update blog :P) dan sekarang ni jadi guru tusyen pula. Dah ada pengalaman menjadi guru ganti maka yakinlah sikit nak mengajar. Dalam masa yang sama tengah dilema nak sambung belajar. Tapi rasa nak kerja. Tetiba rasa nak mengajar. Memang tengah dilema. Masalah betul. Baiklah. Tak perlu pening2. Jom layan resepi Kek Betik. Kek Betik ya bukan Kek Batik. Oleh kerana ada lebihan betik tak termakan maka jadilah kek betik.

Snap sikit

Bahan-Bahan
- 125 gram mentega
- 125 gram gula perang yang di blend halus 
(pakai gula kastor pun boleh. pakai gula biasa yang di blend halus pun boleh)
- 3 biji telur
- 200 gram betik (disagat)
- 5 sudu besar susu tepung 
- 125 gram tepung gandum
- 1/2 sudu besar baking powder
- kepingan badam

Cara membuat.
- Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan ringan
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
- Masukkan betik dan susu. Adunan dikacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali.
Masukkan sedikit demi sedikit sehingga selesai. Kemudian masukkan kepingan badam. 
- Tuangkan ke dalam acuan. Pastikan acuan itu ada lebihan ruang untuk adunan naik ketika bakar.
Sapukan mergerin kat acuan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-50 minit. Suhu dan tempoh masa masak bergantung pada jenis oven. Nak tahu kek tu masak dengan cara cucuk kek tu dengan garfu dan tengok tiada sisa tertinggal kat garfu tu.

Tada siap. Ada benda yang perlu dititik beratkan tentang betik. Kondisi yang sesuai betik untuk dibuat kek adalah betik yang kurang masak kerana kurang berair dan isinya keras. Betik yang kurang masak tetapi warna merah. Berbanding dengan betik yang masak, kondisinya berair dan lembik. Jadi, jika mahu buat kek dari betik yang masak harus dibuang airnya dan kurangkan mentega sebanyak 5 gram. Kadang2 betik ni boleh keluar minyak sendiri bila dimasak atas dapur mahupun di bakar. Sebab tu wujudnya produk sabun betik. Ngeh ngeh ngeh.

Selamat mencuba dan salam tahun baru.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Tidak lupa,
Takziah buat mangsa banjir. 
Jangan pernah menyerah untuk membina kehidupan baru.
Hidup itu sendiri sudah dikira rahmat yang tidak ternilai.