Home » Economy
Showing posts with label Economy. Show all posts
Showing posts with label Economy. Show all posts
Saturday, July 27, 2019
Wednesday, March 29, 2017
Oh makananku Oh pendapatanku
Back to butter and bread (idiom) - Tentang sumber makanan asasi
Mungkin ada yang sedar dan ada juga tak sedar yang kuasa beli pengguna sudah semakin mengecut di Malaysia. Contoh paling dekat sarapan pagi kat kedai Mamak. Tahun lepas, kita boleh dapat sekeping roti canai telur dalam harga bawah RM2. Kini harga roti canai telur sudah meningkat mencecah RM2.50. Baru roti. Belum order teh tarik lagi. Makan seorang takpa lagi. Lagi parah bila bawa satu keluarga. Boleh rabak juga poket dibuatnya. Belum cerita bahan basah kat pasaraya. Semua serba serbi mahal. Pendapatan pula tak meningkat2.
Artikel atas tu menerangkan situasi semasa tentang kuasa beli di Malaysia. Alan Tong membandingkan nilai gaji di Malaysia dengan nilai gaji di Australia. Anda boleh lihat di ilustrasi bergambar diatas, Dengan nilai gaji dan waktu bekerja sama begitu berbeza sekali perbezaannya antara Malaysia dan Australia. Alan Tong juga ada menyarankan langkah2 yang kerajaan perlu lakukan untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan kena mengorak langkah. Bagaimana pula dengan tindakan individu yakni kita?
Jadi, apa solusinya?
Option 1 - Ikat perut?
Option 2 - Belanja macam biasa?
Option 3 - Tambah pendapatan lagi?
Option 4 - Blurr
Pilihan di tangan anda.
My lecturer suggest to read that article.
I miss my public economics class.
Friday, January 09, 2015
Hubungan antara harga minyak dengan harga barangan
![]() |
| Right klik and open in new tab untuk pembesaran. Rantaian Kos - Harian Metro |
Bila harga minyak dah turun liat pula nak turunkan harga.
Malah suruh kaji pula kos rantaian.
Hurmm... Kenapa masa harga minyak naik tak kaji dahulu kos rantaian sebelum naikkan harga. Memang secara teori bila harga minyak naik, ia akan menaikkan kos pengeluaran serta kos pengeluaran itu sendiri secara automatik dan menyebabkan pengusaha kena tanggung kos pengeluaran tersebut. Jadi jalan terakhir adalah dengan menaikkan harga barang.
Tapi pengusaha itu tidak sedar. Jika mereka terus tidak mahu menurunkan harga barangan mereka ketika harga minyak ketika ini sudah turun, ia akan mengakibatkan ekonomi negara merosot. Penawaran barang tetap sama tetapi permintaan barang semakin berkurang kerana kuasa beli mereka merosot kerana ketika ini nilai wang rendah. Lama laun akan berlaku lambakan barangan di pasaran. Kuantiti jualan mereka akan merosot secara tidak langsung. Ia juga akan menjejaskan pendapatan pengusaha juga. Pengusaha tidak gembira apatah lagi pengguna.
Jika pengusaha tersebut mengikut saranan kerajaan supaya turun harga barangan mereka, ia secara tak langsung akan mengurangkan sedikit impak kemerosotan ekonomi negara. Dengan turunnya harga barangan, kuasa beli pengguna kembali pulih dan dengan ini dapat menjana kembali pendapatan pengusaha itu sendiri. Pengguna gembira malah pengusaha lebih gembira.
Benar. Kita tidak boleh salahkan peniaga atau pengusaha sebab sememangnya motivasi mereka untuk berniaga adalah untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Tambah dengan penurunan harga minyak ini juga dilihat sebagai kesempatan buat mereka untuk mengutip untung lebih malah ada yang mengambil kesempatan ketika ini untuk menjana kembali pendapatan setelah menanggung beberapa kos ketika harga minyak naik. Namun, peniaga perlukan pengguna supaya barangan mereka dapat dijual. Hubungan di antara peniaga dan pengguna memang tidak dapat dipisahkan. Jadi, letak ketepi dahulu niat untuk untung lebih ketika ini. Turunkan harga barangan dan kembalikan kuasa beli pengguna. Ingatlah, peniaga juga beruntung bila pengguna dapat kembali kuasa belinya. Bukan sahaja peniaga yang perlu turunkan harga, pengeluar, pengusaha atau pihak yang terlibat dengan pembuatan barangan tersebut harus turunkan harga mereka. Semua pihak perlu mengambil peranan bersama. Minyak dah turun beb. Seharusnya kos penghantaran atau pengangkutan sudah semakin berkurang. Tiada alasan lagi. Ke nak tunggu pihak berkuasa turun padang baru nak turunkan harga. Hurmm... tak patut...
| Kuasa beli pengguna di Malaysia [sumber] |
Kuasa beli - Semakin banyak barang yang dapat dibeli dari pendapatan yang pengguna ada, maka semakin tinggi kuasa beli pengguna tersebut.
Just my 2 cents.
Friday, September 28, 2012
I recommend you to read starbiz...
![]() |
| Starbiz : http://biz.thestar.com.my/ |
Saya dengan rendah hati mengajak anda untuk membaca starbiz.
Kebaikan yang anda dapat bila membaca paper ini :
- Anda secara automatik dapat meninggkatkan vocabulary anda. Agak banyak juga term yang bombastic dalam paper ini.
- Anda juga secara automatik mengikuti perkembangan ekonomi negara. Macam perkembangan dalam investment, government spending, incentive, tax, government policy dan sebagainya.
- Anda juga dapat mengikuti perkembangan project2 yang berbilion ringgit yang mampu menjana ekonomi negara dan membawa kebaikan buat masyarakat sekitar.
Ada banyak lagi kebaikan sebenarnya tetapi hanya 3 sahaja yang terlintas di kepala sekarang ni.
Takpe. Nak dapat kebaikan lebih silalah baca dan rasai sendiri. Mungkin pada permulaannya nampak boring sebab anda tak faham dengan terminologi dan gaya penyampaian dalam starbiz ni. Pada mulanya hanya baca sambil lalu dan lama-kelamaan anda akan rasai kesoronokannya. Tak rugi pun spent masa sedikit untuk baca akhbar ni. Lebih baik baca paper ni dari baca paper Metro yang penuh dengan gosip bak kata lecture money and banking lah kan. Yang menariknya lecture ni original dari China tapi fasih berbahasa melayu.
P/s : Susahlah korang dapat blogger yang tengah gila dengan subject ekonominya...
Monday, April 23, 2012
The concept of Price Ceiling and Price floor
The easy way to understand the concept of price ceiling and price floor.
It is the government intervention to protect the customer and producer.
The price ceiling is to protect the customer from paying more money because of shortage of supply.
When price below from the equilibrium, there has occur excess demand where the demand is more than the supply on the economy. When this occur, the buyer will bit up the price to encourage the supplier supply more goods until it reach up to equilibrium point. So, government want to protect the customer by put price ceiling to protect the customer from purchasing the goods in high price. When there has price ceiling, there will be excess demand on the economy.
The price floor is to protect the producer from incur huge losses because of shortage of demand.
When price above from the equilibrium, there has occur excess supply
where the supply is more than the demand on the economy. When this
occur, the supplier will low the price to encourage the buyer buy
more goods until it reach down to equilibrium point. So, government want
to protect the supplier by put price floor to protect the supplier
from reducing to low price. When there has price floor, there will be excess supply on the economy.
How the government do with excess demand and excess supply on the economy?
P/s : Fikir jangan tak fikir... Haha
Labels:
Economy
Subscribe to:
Posts (Atom)





