Monday, April 24, 2017

Review Novel Surihati Encik Pembunuh - Hilal Asyraf

Kali ni nak review novel terbaru karya Hilal Asyraf yang berjudul Surihati Encik Pembunuh. Sebelum ini saya ada review novel Pemburu karya penulis yang sama. Boleh semak review tersebut di sini. Apa yang best novel kali ini? Pastilah tentang aksi ketangkasan seorang pembunuh dalam menjalankan misinya. Pembunuh yang digelar "Izrail" kerana bilangan orang yang dibunuhnya ramai dan ketangkasan dalam berlawan. Pembunuh ni juga ada prinsip. Dia hanya bunuh orang yang tersenarai dalam kontrak sahaja. Dia tidak akan membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam dunia gelap. Setiap kontrak yang ditawarkan akan disemak dahulu sebelum terima. Bagus pula pembunuh ni.. Ada lagi best dari itu. Kisah perjalanan hidup seorang pembunuh yang mencari jalan pulang dan mahu menjadi manusia normal serta kembali kepada tuhan. Macam klise kan. Yang lagi best dalam mencari jalan pulang tu, pembunuh tersebut telah jumpa surihati yang dapat membimbingnya. Tetapi untuk mencapai impiannya, dia perlu menjalankan misi terakhir dan terhebat sepanjang karier dia sebagai pembunuh. Adakah dia dapat menjalankan misinya? Adakah dia berjaya keluar dari kumpulan gelap itu? Apakah kesudahannya? Kenalah baca ya. Saya sudah baca sampai habis. Memang best novelnya. Rugi kalau anda tidak memilikinya dan tidak membacanya.


Itu dia cover novelnya. Amacam?

Bila baca novel ni teringat kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA tentang seorang lelaki yang membunuh 99 orang hingga dia bertanya beberapa orang alim tantang dosanya dan penerimaan taubatnya oleh tuhan. Lelaki itu berjumpa seorang alim dan mengutarakan soalan tentang dosa dia dan penerimaan taubatnya. Namun orang alim tu menyatakan yang tuhan tidak akan menerima taubatnya kerana dosanya terlalu besar lalu lelaki itu membunuh orang alim itu sehingga genaplah 100 orang. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan orang alim yang lain dan menanyakan soalan yang sama. Orang alim menjawab ya dan meminta lelaki itu berhijrah ke negeri lain supaya dia dapat belajar agama. Maka lelaki tersebut berhijrah tetapi lelaki itu meninggal dunia ketika di dalam perjalanan. Maka berlakulah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab dimana malaikat rahmat mahu membawa lelaki itu ke syurga kerana  lelaki itu dalam keadaaan bertaubat namun malaikat azab mahu membawa lelaki itu ke neraka kerana lelaki itu belum beramal soleh. Datanglah seorang malaikat lain yang mencadangkan supaya diukur jarak perjalanan lelaki itu. Jika jarak perjalanan dekat dengan negeri lain maka ke syurgalah lelaki itu dan sebaliknya jika jarak perjalanan jauh dengan negeri lain maka ke nerakalah lelaki itu. Apabila diukur jarak perjalanan tersebut, lelaki itu akan ke syurga kerana jarak perjalanan dia dekat dengan negeri lain.

Apa pengajaran dalam kisah lelaki itu? Pengajarannya, rahmat Allah sangat luas. Dia mengasihani lelaki itu dengan mentakdirkan lelaki itu meninggal berdekatan dengan negeri lain supaya lelaki itu dapat memasuki syurga. Allah juga menerima taubat lelaki itu apabila melihat kesungguhan lelaki itu berusaha untuk keluar dan berhenti dari melakukan maksiat. Sudah semestinya, pengakhiran seseorang manusia itu sama ada ke syurga atau neraka itu adalah dengan izin dan rahmat Allah. Bukan atas amal soleh seseorang itu dapat menentukan seseorang itu dapat masuk syurga atau neraka. Namun, beramal soleh perlu juga dilakukan sebagai tanda keimanan dan syukur atas nikmat Allah kurniakan. Kisah lelaki itu juga merupakan latar dalam novel ini. Seorang pembunuh yang sedang mencari jalan pulang. Ada juga pengajaran lain yang boleh diperlajari dari novel tu antaranya, cara nak meninggalkan dosa, kejujuran dan banyak lagi. 

Itulah dia serba sedikit review novel ini.
Harap anda mencari novel ini di pasaran.
Yang terdekat, boleh dapati di Pesta Buku Antarabangsa 2017, PWTC.
Stok terhad dan jangan lepaskan peluang untuk membaca karya terhebat ini.

P.s : Semangat mempromot nampaknya.

Friday, April 21, 2017

Cara nak pembaharuan lesen perniagaan

Hari dinanti telah tiba. Esok cuti sudah diluluskan maka bermulalah menguruskan urusan peribadi. yey. Jadi esoklah masa yang sesuai nak pembaharuan lesen perniagaan memandangkan lesen pun dah nak tamat lagi beberapa hari. Dah berniaga online jadi kenalah ada lesen demi menjaga kepentingan pelanggan gitu. Itulah, esok pagi nak mulakan kerja baru malam ni nak google cari macam mana nak renew lesen perniagaan. Bagus betul.

Antara hasil carian tempat untuk baharui lesen perniagaan :
1- pergi kaunter SSM
2- daftar online SSM
3- pergi kaunter BSN

Memandangkan pilihan pertama tidak sesuai untuk saya pilih sebab lokasi kaunter SSM jauh dari rumah (Putrajaya je pun), kena kira kos petrol lagi, kereta pun tak dapat nak gerak jauh2, maka pilihan pertama terpaksa ditolak. Pilihan kedua juga terpaksa ditolak sebab saya belum daftar pengguna untuk menggunakan servis online SSM. Nak daftar pengguna pun kena pergi kaunter SSM juga. Maka, tak payahlah. Tinggal pilihan ketiga. Memang pilihan yang bijak sebab BSN dekat je dengan rumah. Cuma nak kena gerak awal sebab parking terhad.

Cara nak renew lesen kat kaunter BSN.

Sumber Info [Link]

Itu saya ambil terus dari laman sesawang BSN.
Apa tu borang A1?


Nak dokumen penuh klik sini.



Jadi, isilah maklumat yang diperlukan.
Selamat mencuba. Saya pun. Semoga urusan esok dipermudahkan.

Sunday, April 16, 2017

Hipster Hartanah - Harith Faisal

Minggu ni pulun nak habiskan membaca buku. Itulah. Suka beli buku tapi bacanya tidak. Haha. Sekarang ni tengah bersemangat nak membaca. Daripada melayan facebook tengok timeline pasal ramai rakan sebaya sudah kawen. Yang lagi best post gambar anak dan berdating lagi. Haih. Takpalah. Saya tumpang gembira.

Oklah. Balik ke point utama, hari ni nak review satu buku yang sangat best. Serius tak mengantuk bila baca (banyak kali terlelap jugalah :p). Juga berjaya membuka minda dan tergerak hati nak tengok harga rumah serta buat survey lagi kira2 kot2 boleh beli rumah. Serius buku yang menginsafkan serta mengingatkan diri tentang pentingnya pengurusan kewangan dan memiliki harta sendiri berupa rumah ketika usia muda.

Tadaa. Inilah bukunya

Bagi mereka yang sudah kenal dan mengikuti (follow) facebook Harith Faisal mungkin sudah mengetahui kewujudan dan sudah pun memiliki buku ni (yeke?). Penulis buku ni memang tidak asing lagi di alam maya dan sering memberikan tips dan kata2 semangat buat golongan muda untuk memiliki rumah pada usia muda walaupun untuk tinggal sendiri atau buat pelaburan hartanah. Kini, ia sudah dibukukan dan boleh dijadikan rujukan.

Apa yang best tentang buku ni?
Mestilah tips yang hebat untuk beli rumah dengan pelbagai cara tidak kira sama ada gaji rendah mahupun tinggi. Kebanyakan golongan belia liat nak beli rumah sebab mereka tidak didedahkan ilmu macam ni. Yeke? Ke tak tergerak nak cari? Haha. Masing2 fikir lebih baik beli kereta dahulu dari beli rumah sebab kos beli kereta lebih murah dari rumah dan tempoh bayar juga singkat. Memanglah mahal kalau asyik dibandingkan dengan harga rumah mampu tengok. Apa tu harga rumah mampu tengok? Bacalah buku tu ye.


Saya suka cara penulis ni mengaitkan permainan monopoly dengan pelaburan hartanah. Haha. Itulah tahu main je tapi tak kaitkan dengan realiti. Abaikan dialog kat gambar tu ye.

Buku ni macam best tapi nak beli kat mana?
Anda boleh dapatkan buku ni kedai buku Popular dan MPH yang berdekatan dengan rumah anda. Saya sendiri pun masa nak beli pun tinggal 2-3 buah je yang tinggal kat rak. Tak tahulah kalau sudah restok ke. Kalau dah habis buku tu bolehlah roger2 jadi saya boleh tolong cari dan poskan. Rajinnya. Haha... Serius tau.

Oklah. Selamat membaca ya!

Saturday, April 08, 2017

Perbezaan bekerja di Syarikat Swasta dan Kerajaan

Hari ni nak cerita sedikit tentang perbezaan bekerja di syarikat swasta dan kerajaan.
Perbezaan kali ini adalah hasil pemerhatian ya.
Sampel kajian : Empunya diri yang sememangnya bekerja di syarikat swasta dan seorang ahli keluarga yang bekerja kerajaan.

Perbezaan pertama : Beban kerja
- Sedia maklum, beban kerja di syarikat swasta sangat banyak berbanding kerja di sektor kerajaan. Mungkin sebab syarikat swasta sangat mementingkan prestasi. Bila prestasi tak bagus, kerja banyak tak siap, menganggu proses lain maka berlaku pembaziran kos disitu. Bila kos banyak membazir, kuranglah untung syarikat tersebut. Jadi pekerja di syarikat swasta akan dikerah sehabis tenaga dan dibuang apabila sudah tidak diperlukan atau prestasi kerjanya sudah tidak bagus. Berbanding dengan kerja di sektor kerajaan. Mereka tidak mementingkan prestasi. Kerja boleh bertangguh-tangguh untuk siapkan. Adakala bila sampai pengetahuan bos maka corotlah markah perkhidmatan. Yang lagi best nama anda jadi "harum" di dewan mesyuarat sehingga lembaga pengarah tahu prestasi kerja anda. Ada kalanya bila buat kerja bagus tapi dapat corot juga markah perkhidmatan dan menjadi "harum" pula kat mesyuarat. Macam mana tu? Syarikat swasta juga boleh jadi macam tu juga. Buat kerja bagus2 tapi masih dilabel tidak perform. Haha. Perbezaan apakah ini?

Perbezaan kedua : Waktu balik
- Bab ni yang selalu menjadi pertikaian malah perbalahan. Jika anda kerja di syarikat swasta, tiada istilah boleh pulang awal atau pulang tepat pada waktunya bila sudah tiba masa bekerja tamat. Yang lagi best, lagi 10 minit waktu bekerja tamat barulah bos kelam kabut nak bagi kerja. Tengok2 bos balik dulu dan kita pula yang terkapai-kapai nak siapkan kerja. Lagi best bos kata nak semuanya siap esok pagi. Maunya menangis kat situ. Maka buatlah overtime macam esok tak kerja lagi. Walaupun berkesempatan balik awal pun, bos lihat kamu yang kamu tiada kerja bila dapat balik awal. Jadi bersedialah timbunan kerja keesokkan harinya. Amek kau. Berbanding dengan bekerja di kerajaan. Kerja tak siap boleh sambung esok. Boleh balik awal dan tepat pada waktunya. Walaupun bos paksa juga siapkan kerja tapi masih boleh bincang lagi.

Perbezaan ketiga : Gaji
- Yang ni memang sedia maklum. Adakalanya gaji bekerja di syarikat swasta lebih tinggi dari bekerja di sektor kerajaan dan adakalanya juga gaji bekerja di sektor kerajaan lagi tinggi dari bekerja di syarikat swasta. Ikut gred, kelayakan dan pengalaman kerja masing2.

Perbezaan keempat : Kemudahan tambahan
- Macam biasa, pekerja yang bekerja di sektor kerajaan mendapat banyak faedah dari pekerja yang bekerja di syarikat swasta. Tapi bonus, pekerja yang bekerja di syarikat swasta dapat banyak. Haha
Itupun kalau syarikat tu untung besarlah.

Macam ni "medan pertempuran"
bagi syarikat swasta.

Kesimpulannya, kerja dimana-mana pun sama ada bekerja di syarikat swasta mahupun kerajaan ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tak semestinya kerja di sektor kerajaan tu best sebab banyak benefit dan bos dia best. Tak semestinya. Masa awak masuk memang best sebab bosnya sporting, mesra pekerja dan terbaik. Tiba2 bos yang best kena transfer ke tempat lain atau nak bersara/berhenti. Lepas tu dapat pula bos yang hantu pula. Nasib badan. Di sektor swasta pun sama. Lain tempat kerja lain budaya, suasana dan "medan pertempuran". Kena saya panggil medan pertempuran? Disinilah sisa2 hidup anda dihabiskan mencari rezeki sambil melakukan segala tugas dengan baik serta melayani karenah manusia yang pelbagai. Tak kiralah bos, rakan sekerja, kerani malah makcik cleaner. Haha... Makcik cleaner pun masuk list.

Jadi, be the best version of you. Try to overcome any obstacle come to disturb your job. Remember, what you give you will get back. Be patience and try to be honest as you can while doing your work. When you start lying and your boss able to catch your lying then you dead. To build a trust need a lot of time to build but easy to lose. So, all the best.

P.s : Tetiba buat kesimpulan bahasa inggeris dah kenapa. 
Apasal dah macam report nak buat thesis ni? erk

Tuesday, April 04, 2017

Brownies Paling Agung? Serius

Seriuslah.
Apa tu brownies paling agung?


Cerita pasal buku Brownies Paling Agung.
Tajuk buku dia gempakkan. Jadi apa yang agung sangat resepi dalam buku ni?

Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain. Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut turutan. Selain perkongsian resipi buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Pengenalan kepada jenis-jenis coklat, kekacang, tepung dan sebagainya. Terdapat juga petua yang dikongsikan.

Contoh helaian Tips tambahan tentang coklat

 

Contoh helaian resepi
- Dark Chocolate Brownies

Contoh helaian resepi
- Double Chocolate Brownies


Kenapa mesti miliki buku ni?
Buku ni ditulis oleh pakar memasak brownies dan pastry.
Cubalah lawat facebook ->Khairul Hakimin Muhammad.
Beliau banyak share resepi dan tips masakan.
Masakan beliau superb dengan menggunakan bahan2 asas, mudah dan sedap.



Nak order buku ni? Boleh wassap 0132782166.
Selagi stok masih ada. Buku ni laku keras ye.

P/s : Bella ni promote buku nampaknya


Monday, April 03, 2017

Best tak peniaga macam ni?


Best tak dapat peniaga macam saya.
Tidak banyak soal. Layan sahaja kehendak pelanggan.
Pelanggan boleh sahaja beli sebuah buku tetapi sebenarnya lagi menguntungkan jika pelanggan tu beli banyak. Jimat kos shipping. Takpalah. Sebuah pun sebuah sajalah.

Saya terkenang status Saudara Hilal Asyraf tentang marketing.
Berikut merupakan komentar beliau.


Kadang kala tergiang pesanan beliau. Pelanggan2 itu telah digerakkan hatinya oleh Allah menghubungi kita untuk memesan buku. Ada yang sekadar bertanya. Ada yang serius membeli. Ada yang hilang khabar. Macam2 jenis pelanggan.

Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya saya sudah memudahkan hajat pelanggan2 tersebut.
Mana yang serius memesan dan membayar harga buku tu, saya senang hati bukan sebab untung. Senang hati melihat pelanggan suka bila dapat buku.
Mana yang menanya dan berdiam diri tu, anggap mungkin dia teringin dan tiada budget. Tidak mengapa, mudah mudahan dipermudahkan urusan dia untuk mendapatkan buku tersebut.

Jual buku tak untung besar. Dilema nak kurangkan harga.
Harga buku pun sudah mahal. Belum kira kos shipping lagi. Nak untung juga.
Itu yang buat pelanggan 2 hingga 3 kali untuk beli secara online.
Akhirnya pelanggan pergi sendiri ke kedai buku untuk lihat dan belek sendiri buku tu. Haha

Sebenarnya sama sahaja beli buku online dan beli buku di kedai buku. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kalau beli buku online, jimat masa dan tenaga. Tidak perlu redah jam, beratur nak bayar parking dan buku dan belum kira bila tak jumpa buku yang dihajati. Nak kena pusing2 cari buku di kedai buku lain. Lepas beli buku, perut lapar pula. Takkan tak isi perut. Nak makan lagi. Akhirnya berpuluh-puluh juga melayang. Beli online hanya perlu order dan bayar. Mungkin masalah kepercayaan terhadap jurujual ketika membuat urus niaga online tu yang jadi masalah besar. Jadi carilah jurujual yang dipercayai ya.

Saya suka gambar ni.
Nampak tak terujanya dia dapat buku.

Sunday, April 02, 2017

What you want to be when you grow up?


Biasa masa sekolah mesti dah biasa dengar soalan "What you want to be when you grow up?". Bila ditanya masa sekolah tadika mesti jawapan yang selalu dengar nak jadi Doktor, Engineer dan Guru. Tak tahulah kalau pelajar tadika sekarang sudah advance jawapannya. Kenapa mereka menjawab begitu? Mungkin pengaruh ibu bapa mereka iaitu kerjaya ibu bapa mereka. Tidak kurang juga pengaruh kawan. Bila kawan nak jadi doktor, dia pun nak juga. Media masa juga mainkan peranan. Jadi tak terkejut kalau ada yang bercita-cita nak menjadi manger atau artis.

Masuk sekolah menengah saja cita-cita pun berubah. Yelah rasa tak mampu pula nak jadi doktor. Padahal masa sekolah tadika bersemangat nak jadi doktor. Kenapa boleh berubah? Mungkin sudah terbuka minda yang jalan menjadi sebagai doktor tu tidaklah mudah. Mudah patah semangat? Bila tiada motivasi nak belajar, buku pun entah kemana.

Jadi, cadangan Jaime Casap, try to ask what the problem do you want to solve instead what you want to be. Dengan soalan ini, pelajar termotivasi untuk terus berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Nak cari masalah? Nak create masalah? Masalah sudah sedia ada. Cari penyelesaiannya. Contoh masalah? Nak bina sekolah yang mementingkan pencapaian diri dari segi spiriual dan setanding dengan pencapaian intelektual. Nak bina sekolah tu kenalah kaji permasalahan sistem pembelajaran sekarang. Alami dulu sistem sekerang sebelum membina sistem baru. Dana? Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. 

Kita mulakan dengan generasi baru dengan soalan tersebut.
Terapkan dalam minda mereka apa yang mereka patut sumbangkan kepada masyarakat.

Haha. selingan