Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, October 18, 2017

Novel Hero karya Hilal Asyraf


Yeay. Buku yang dinanti-nanti sudah sampai. Hehe
Walaupun sibuk bekerja tapi aktiviti membaca novel memang tak boleh tinggal.
Tambah lagi karya Hilal Asyraf. Setakat ni saya boleh layan novel Hilal Asyraf je.
Kalau novel karya penulis lain mesti buat saya mengantuk dan tertidur. Sedar2 dah subuh. Haha
Tapi yang hairan bila baca novel karya Hilal Asyraf mesti tak mengatuk. Sampai boleh habis satu buku dalam satu malam. Bagus betul.

Untuk pengetahuan, novel ni sudah berada dalam pasaran sebelum ni dan novel ni adalah cetakan semula dengan penambahan plot cerita yang menyegarkan. Novel ni mengisahkan pemuda yang bernama Afam, seorang pewaris tunggal empayar perniagaan ayahnya yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Namun, Afam bukan pemuda yang jahat. Afam masih ada sisa2 kemanusiaan dalam hatinya dengan menjaga keamanan Kota Raya Angasan dari segala kegiatan jenayah dan musibah dengan menggunakan sut khas yang dinamakan Hero. Dia dikurniakan seorang isteri yang solehah hasil wasiat bapanya dengan harapan supaya Afam berubah. Dapatkah Afam berubah? Apakah cabaran yang Afam hadapi apabila dia memiliki sut Hero? Nak tahu jawapan kenalah baca novel ni.

Apa yang best pasal novel ni?
Mestilah tentang nilai2 murni yang cuba diterapkan oleh saudara Hilal Asyraf dalam novel Hero ni.
Antaranya:
1) Sehebat manapun seseorang tu berjaya menyelesaikan misi seorang diri pasti dia gagal juga menyelesaikan sesuatu misi suatu hari nanti. Itulah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas. Masing2 bekerjasama dalam menyelesaikan misi.

2) Pentingnya berada dalam kelompok orang yang baik2. Bila berada dalam kalangan orang baik2, kita juga terarah nak jadi orang baik2 juga.

3) Kelebihan bersahabat dengan orang hebat2. Bila kita down pasti ada orang akan support kita.

4) Berkat ikut pesan mak ayah.

5) Nikmat bila mendekatkan diri kepada tuhan. Hidup tenang

6) Tiada guna tunjuk protes terhadap tuhan dan ibu bapa dengan melakukan perkara yang tuhan benci kerana tuhan tidak terkesan dengan perbuatan kita tapi kita yang rugi

7) Pendosa masih ada harapan untuk bertaubat.

dan banyak lagi... malas nak tulis.

Yang lagi best dapat penanda buku dan tandatangan Hilal Asyraf. Haha


Ni best. Jawapan mantap tentang solat.
Mungkin boleh jadi motivasi untuk istiqamah dalam mengerjakan solat.

Apapun belilah novel ni. Best tau.
Nak tanya beli kat mana bolehlah roger2 kat komen dibawah.

Sunday, May 14, 2017

Paradigma Guru - Pokcik Fingernailz

Apa yang best masa Pesta Buku Antarabangsa 2017?


Merembat buku hasil karya Pokcik Fingernailz la. Hihi

Sebelum ni cuma follow komik ni di alam maya sahaja, Sekarang sudah di cetak dalam bentuk hardcopy. Best Oooo. Walaupun nampak macam bakal memenuhkan tempat letak buku bila beli komik fizikal ni tapi bila dapat karya dalam bentuk fizikal, ia seperti tersimpan sentimental value.
Yang penting, boleh baca banyak2 kali tanpa buka pc dan internet. 
Jimat line internet saya. Hehehe


Yang lagi best dapat autograph dari tuan tanah komik tu.
Oklah nama saya Nabilah dan sememang blog ni bermula dengan Bella jadi dah boleh agakkan. Haha


Sanggup dia lukiskan watak kegemaran saya. Hehehe
Cuma saya tak bergambar dengan penulis komik ni.
Mungkin segan kot. 
Takpalah, biar ia tersemat dalam ingatan ini.
Dapat autograph pun jadilah ek.

Apa yang best dengan komik ni?
Dari tajuk komik tu pasti dapat teka yang tema utama komik ni tentang guru.
Bukan guru biasa2 tau. Guru yang ada kuasa luar biasa.
Kuasa boleh membaca fikiran orang. Bukan setakat tu je. 
Banyak pengajaran yang diselitkan setiap bab.
Anda juga tak kering gusi melihat telatah guru2 dan anak murid mereka.
Best tau.
Komik ni juga mengingatkan saya tentang cerita Great Teacher Onizuka.
Lebih kuranglah tema dia tapi Paradigma Guru ni lebih sopan lagi jalan ceritanya.
Jadi sesiapa pun boleh membaca komik ini dengan riangnya.

Nak baca komik Paradigma Guru juga?
Klik sini untuk baca secara online.
Tak sabar nak tunggu episode seterusnya. :D


Monday, April 24, 2017

Review Novel Surihati Encik Pembunuh - Hilal Asyraf

Kali ni nak review novel terbaru karya Hilal Asyraf yang berjudul Surihati Encik Pembunuh. Sebelum ini saya ada review novel Pemburu karya penulis yang sama. Boleh semak review tersebut di sini. Apa yang best novel kali ini? Pastilah tentang aksi ketangkasan seorang pembunuh dalam menjalankan misinya. Pembunuh yang digelar "Izrail" kerana bilangan orang yang dibunuhnya ramai dan ketangkasan dalam berlawan. Pembunuh ni juga ada prinsip. Dia hanya bunuh orang yang tersenarai dalam kontrak sahaja. Dia tidak akan membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam dunia gelap. Setiap kontrak yang ditawarkan akan disemak dahulu sebelum terima. Bagus pula pembunuh ni.. Ada lagi best dari itu. Kisah perjalanan hidup seorang pembunuh yang mencari jalan pulang dan mahu menjadi manusia normal serta kembali kepada tuhan. Macam klise kan. Yang lagi best dalam mencari jalan pulang tu, pembunuh tersebut telah jumpa surihati yang dapat membimbingnya. Tetapi untuk mencapai impiannya, dia perlu menjalankan misi terakhir dan terhebat sepanjang karier dia sebagai pembunuh. Adakah dia dapat menjalankan misinya? Adakah dia berjaya keluar dari kumpulan gelap itu? Apakah kesudahannya? Kenalah baca ya. Saya sudah baca sampai habis. Memang best novelnya. Rugi kalau anda tidak memilikinya dan tidak membacanya.


Itu dia cover novelnya. Amacam?

Bila baca novel ni teringat kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA tentang seorang lelaki yang membunuh 99 orang hingga dia bertanya beberapa orang alim tantang dosanya dan penerimaan taubatnya oleh tuhan. Lelaki itu berjumpa seorang alim dan mengutarakan soalan tentang dosa dia dan penerimaan taubatnya. Namun orang alim tu menyatakan yang tuhan tidak akan menerima taubatnya kerana dosanya terlalu besar lalu lelaki itu membunuh orang alim itu sehingga genaplah 100 orang. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan orang alim yang lain dan menanyakan soalan yang sama. Orang alim menjawab ya dan meminta lelaki itu berhijrah ke negeri lain supaya dia dapat belajar agama. Maka lelaki tersebut berhijrah tetapi lelaki itu meninggal dunia ketika di dalam perjalanan. Maka berlakulah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab dimana malaikat rahmat mahu membawa lelaki itu ke syurga kerana  lelaki itu dalam keadaaan bertaubat namun malaikat azab mahu membawa lelaki itu ke neraka kerana lelaki itu belum beramal soleh. Datanglah seorang malaikat lain yang mencadangkan supaya diukur jarak perjalanan lelaki itu. Jika jarak perjalanan dekat dengan negeri lain maka ke syurgalah lelaki itu dan sebaliknya jika jarak perjalanan jauh dengan negeri lain maka ke nerakalah lelaki itu. Apabila diukur jarak perjalanan tersebut, lelaki itu akan ke syurga kerana jarak perjalanan dia dekat dengan negeri lain.

Apa pengajaran dalam kisah lelaki itu? Pengajarannya, rahmat Allah sangat luas. Dia mengasihani lelaki itu dengan mentakdirkan lelaki itu meninggal berdekatan dengan negeri lain supaya lelaki itu dapat memasuki syurga. Allah juga menerima taubat lelaki itu apabila melihat kesungguhan lelaki itu berusaha untuk keluar dan berhenti dari melakukan maksiat. Sudah semestinya, pengakhiran seseorang manusia itu sama ada ke syurga atau neraka itu adalah dengan izin dan rahmat Allah. Bukan atas amal soleh seseorang itu dapat menentukan seseorang itu dapat masuk syurga atau neraka. Namun, beramal soleh perlu juga dilakukan sebagai tanda keimanan dan syukur atas nikmat Allah kurniakan. Kisah lelaki itu juga merupakan latar dalam novel ini. Seorang pembunuh yang sedang mencari jalan pulang. Ada juga pengajaran lain yang boleh diperlajari dari novel tu antaranya, cara nak meninggalkan dosa, kejujuran dan banyak lagi. 

Itulah dia serba sedikit review novel ini.
Harap anda mencari novel ini di pasaran.
Yang terdekat, boleh dapati di Pesta Buku Antarabangsa 2017, PWTC.
Stok terhad dan jangan lepaskan peluang untuk membaca karya terhebat ini.

P.s : Semangat mempromot nampaknya.

Sunday, April 16, 2017

Hipster Hartanah - Harith Faisal

Minggu ni pulun nak habiskan membaca buku. Itulah. Suka beli buku tapi bacanya tidak. Haha. Sekarang ni tengah bersemangat nak membaca. Daripada melayan facebook tengok timeline pasal ramai rakan sebaya sudah kawen. Yang lagi best post gambar anak dan berdating lagi. Haih. Takpalah. Saya tumpang gembira.

Oklah. Balik ke point utama, hari ni nak review satu buku yang sangat best. Serius tak mengantuk bila baca (banyak kali terlelap jugalah :p). Juga berjaya membuka minda dan tergerak hati nak tengok harga rumah serta buat survey lagi kira2 kot2 boleh beli rumah. Serius buku yang menginsafkan serta mengingatkan diri tentang pentingnya pengurusan kewangan dan memiliki harta sendiri berupa rumah ketika usia muda.

Tadaa. Inilah bukunya

Bagi mereka yang sudah kenal dan mengikuti (follow) facebook Harith Faisal mungkin sudah mengetahui kewujudan dan sudah pun memiliki buku ni (yeke?). Penulis buku ni memang tidak asing lagi di alam maya dan sering memberikan tips dan kata2 semangat buat golongan muda untuk memiliki rumah pada usia muda walaupun untuk tinggal sendiri atau buat pelaburan hartanah. Kini, ia sudah dibukukan dan boleh dijadikan rujukan.

Apa yang best tentang buku ni?
Mestilah tips yang hebat untuk beli rumah dengan pelbagai cara tidak kira sama ada gaji rendah mahupun tinggi. Kebanyakan golongan belia liat nak beli rumah sebab mereka tidak didedahkan ilmu macam ni. Yeke? Ke tak tergerak nak cari? Haha. Masing2 fikir lebih baik beli kereta dahulu dari beli rumah sebab kos beli kereta lebih murah dari rumah dan tempoh bayar juga singkat. Memanglah mahal kalau asyik dibandingkan dengan harga rumah mampu tengok. Apa tu harga rumah mampu tengok? Bacalah buku tu ye.


Saya suka cara penulis ni mengaitkan permainan monopoly dengan pelaburan hartanah. Haha. Itulah tahu main je tapi tak kaitkan dengan realiti. Abaikan dialog kat gambar tu ye.

Buku ni macam best tapi nak beli kat mana?
Anda boleh dapatkan buku ni kedai buku Popular dan MPH yang berdekatan dengan rumah anda. Saya sendiri pun masa nak beli pun tinggal 2-3 buah je yang tinggal kat rak. Tak tahulah kalau sudah restok ke. Kalau dah habis buku tu bolehlah roger2 jadi saya boleh tolong cari dan poskan. Rajinnya. Haha... Serius tau.

Oklah. Selamat membaca ya!

Tuesday, April 04, 2017

Brownies Paling Agung? Serius

Seriuslah.
Apa tu brownies paling agung?


Cerita pasal buku Brownies Paling Agung.
Tajuk buku dia gempakkan. Jadi apa yang agung sangat resepi dalam buku ni?

Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain. Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut turutan. Selain perkongsian resipi buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Pengenalan kepada jenis-jenis coklat, kekacang, tepung dan sebagainya. Terdapat juga petua yang dikongsikan.

Contoh helaian Tips tambahan tentang coklat

 

Contoh helaian resepi
- Dark Chocolate Brownies

Contoh helaian resepi
- Double Chocolate Brownies


Kenapa mesti miliki buku ni?
Buku ni ditulis oleh pakar memasak brownies dan pastry.
Cubalah lawat facebook ->Khairul Hakimin Muhammad.
Beliau banyak share resepi dan tips masakan.
Masakan beliau superb dengan menggunakan bahan2 asas, mudah dan sedap.



Nak order buku ni? Boleh wassap
016-8688428 
Selagi stok masih ada. Buku ni laku keras ye.

P/s : Bella ni promote buku nampaknya


Monday, April 03, 2017

Best tak peniaga macam ni?


Best tak dapat peniaga macam saya.
Tidak banyak soal. Layan sahaja kehendak pelanggan.
Pelanggan boleh sahaja beli sebuah buku tetapi sebenarnya lagi menguntungkan jika pelanggan tu beli banyak. Jimat kos shipping. Takpalah. Sebuah pun sebuah sajalah.

Saya terkenang status Saudara Hilal Asyraf tentang marketing.
Berikut merupakan komentar beliau.


Kadang kala tergiang pesanan beliau. Pelanggan2 itu telah digerakkan hatinya oleh Allah menghubungi kita untuk memesan buku. Ada yang sekadar bertanya. Ada yang serius membeli. Ada yang hilang khabar. Macam2 jenis pelanggan.

Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya saya sudah memudahkan hajat pelanggan2 tersebut.
Mana yang serius memesan dan membayar harga buku tu, saya senang hati bukan sebab untung. Senang hati melihat pelanggan suka bila dapat buku.
Mana yang menanya dan berdiam diri tu, anggap mungkin dia teringin dan tiada budget. Tidak mengapa, mudah mudahan dipermudahkan urusan dia untuk mendapatkan buku tersebut.

Jual buku tak untung besar. Dilema nak kurangkan harga.
Harga buku pun sudah mahal. Belum kira kos shipping lagi. Nak untung juga.
Itu yang buat pelanggan 2 hingga 3 kali untuk beli secara online.
Akhirnya pelanggan pergi sendiri ke kedai buku untuk lihat dan belek sendiri buku tu. Haha

Sebenarnya sama sahaja beli buku online dan beli buku di kedai buku. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kalau beli buku online, jimat masa dan tenaga. Tidak perlu redah jam, beratur nak bayar parking dan buku dan belum kira bila tak jumpa buku yang dihajati. Nak kena pusing2 cari buku di kedai buku lain. Lepas beli buku, perut lapar pula. Takkan tak isi perut. Nak makan lagi. Akhirnya berpuluh-puluh juga melayang. Beli online hanya perlu order dan bayar. Mungkin masalah kepercayaan terhadap jurujual ketika membuat urus niaga online tu yang jadi masalah besar. Jadi carilah jurujual yang dipercayai ya.

Saya suka gambar ni.
Nampak tak terujanya dia dapat buku.

Thursday, March 30, 2017

Tips Cemerlang Daripada Al-quran




Macam mana nak cemerlang dengan Al - Quran? Buku Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran ada huraikan serba sedikit tentang Al-Quran dan mengaitkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Antara topik yang dihuraikan dalam buku ni :
  • Cemerlang dengan Menjadi Global Champion
  • Cemerlang dengan Iman dan Takwa
  • Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
  • Cemerlang dengan Ilmu Semasa
  • Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Al-Quran
  • Cemerlang dengan Wawasan
  • Cemerlang dengan Merancang
  • Cemerlang dengan Ikhlas
  • Cemerlang Berlandaskan Syariat
  • Cemerlang dengan Menegakkan Ibadat
  • Cemerlang dengan Solat
  • Cemerlang dengan Zikrullah
  • Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah
  • Cemerlang dengan Tawakal
  • Cemerlang dengan Menjaga Kualiti
  • Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan
  • Cemerlang dengan Memelihara Amanah
  • Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yangMurni
  • Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif
  • Cemerlang dengan Menegakkan Keadilan
  • Cemerlang dengan Mengawal Emosi
  • Cemerlang dengan Memberi Maaf
  • Cemerlang dengan Bersyukur
  • Cemerlang dengan Konsisten
  • Cemerlang Bekerja dalam Pasukan
  • Cemerlang dengan Komunikasi Berkesan
  • Cemerlang Melalui Musyawarah
  • Cemerlang Melalui Perpaduan
  • Cemerlang dengan Membentuk Pelapis
  • Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir
  • Cemerlang dengan Menjaga Pemakanan serta Kesihatan
  • Cemerlang dengan Pengurusan Masa
  • Cemerlang dengan Teknologi
  • Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi
  • Cemerlang dengan Imej Positif
  • Cemerlang dengan Berdoa

Sebagai contoh topik Cemerlang dengan Mengawal Emosi, buku ini menerangkan bagaimana nak cemerlang dengan mengawal emosi menggunakan ayat Surah Ali'Imran ayat 134. Dengan surah ini, penulis cuba kaitkan cara mengawal emosi serta membawa masuk fakta lain untuk menerangkan tentang cemerlang dalam mengawal emosi. Buku ni versi berwarna. Jadi taklah bosan untuk membaca. Tidak lupa buku ni ditulis oleh Dato' Dr Danial Zainal Abidin. Kiranya bukan calang2 orang yang menulis buku ni




Macam mana nak dapatkan buku ni? Wassap 013 2782166.
Selagi stok masih ada ya.
Siapa cepat dia dapat.

Sunday, March 26, 2017

Review Novel Pemburu - Hilal Asyraf

Apa yang membahagiakan saya ialah memiliki buku dari penulis yang diminati. yey Sudah lama meminati penulisan beliau sejak zaman universiti lagi. Mula terjebak dengan penulisan beliau bila membaca buku motivasi Batu Bata Kehidupan. Dari situ saya lihat yang beliau bukan penulis yang biasa2 tetapi luar biasa. Sejak itu, saya penuhkan rak buku saya dengan buku beliau antaranya novel Terasing, Sebelum Aku Bernikah, 30 Hari Mencari Tuhan, 25 Ayat Al-Quran Pilihan, Untuk Kita Pendosa dan terbaru novel Pemburu.

Apa yang best tentang Novel Pemburu ni?
Paling best tentang novel ni bahagian perlawanan antara Bakri dengan pemburu2 handalan yang cuba untuk memusnahkan Malaysia. Kalau novel ini dapat difilemkan pasti best melihat aksi Bakri berlawan dengan pemburu2 itu. Dengan kesan khas bersama aksi luar biasa seorang pemburu yang fizikal dia sudah diubah suai supaya dapat melihat dengan jarak jauh, bergerak pantas dan ketahanan fizikal yang luar biasa berbanding dengan manusia biasa. Lagi best kalau dapat lihat senjata Bakri yang hebat dan ditempa khas. Memang gempak.

Novel ni menggunakan latar masa ketika Malaysia berada dalam pencapaian tertinggi setanding dengan kuasa2 besar seperti China, Jepun dan Amerika. Ketika itu juga, Malaysia mempunyai pemimpin yang bukan sahaja berjiwa rakyat tetapi sangat menjaga kebajikan rakyat. Kebajikan rakyat diutamakan dahulu berbanding kebajikan pemimpin. Malaysia juga pada masa itu mempunyai alat pertahanan yang canggih yang dikenali sebagai Hero yang sering dicemburui kuasa asing. Sistem pertahanan juga sangat hebat dengan adanya Inteligen Kerajaan. Segala ancaman dapat ditumpaskan dengan mudah dengan adanya sut Hero dan squad Inteligen Kerajaan. Waktu itu juga Malaysia juga dalam usaha membebaskan Masjidil Aqsa. Tinggal nak tandatangan surat perjanjian sahaja. Disebabkan hebatnya Malaysia waktu itu dengan pemimpin yang sangat menjaga rakyat, ada satu organisasi gelap cuba untuk menghancurkan Malaysia dengan menghantar pemburu handalan untuk mengagalkan dan menghuru-harakan Malaysia. Dengan adanya bekas pemburu, Mustafa serta anaknya Bakri berusaha untuk menumpaskan pemburu2 tersebut demi mengekalkan keharmonian dan keamanan Malaysia. Adakah Mustafa dan Bakri berjaya dalam misi mereka? Kenalah baca novel tu.


Siap ada tandatangan penulis. Hehe

Nak novel ni juga ke?


Ada juga buku2 lain yang bakal diterbitkan oleh penulis yang sama.


Dosa dan Insan - Perjalanan Menuju Tuhan - Hilal Asyraf


Hikayat Satria Satris Sejati - Hilal Asyraf


Surihati Encik Pembunuh - Hilal Asyraf

Saya nak rembat 3 buah novel tu. Tapi tunggu gaji masuk lor.

Nak order boleh hubungi nombor wassap yang tertera.
Saya tukang promote aja. Hehehe

Kalau berminat dengan buku motivasi


Bebaskan Jiwamu - Afdholul Rahman
Boleh juga order sama.

P.s : Cepat2lah rembat novel pemburu tu dan share apa yang terjadi pada akhir episode novel tu kat ruangan komen dibawah ni. Mari kita lihat siapa komentar yang berani dan osem itu yang sudi share.

Wednesday, March 22, 2017

Hari Istimewa P Ramlee




Hari ni hari dalam sejarah.
Sampai google pun buat doodle khas buat P Ramlee.
Hebatkan beliau.
Jadi hari ni genap 88 tahun kelahiran beliau.
Sudah 44 tahun beliau meninggalkan dunia ni.

Sempena hari bersejarah ini, jom kenali buku Membedah P Ramlee.
Buku tentang apakah ini?

“Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan.”

-Daniyal Kadir, Penulis Membedah P.Ramlee.

“Saya dah tua. Dah lama saya berlakun. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kawin dah beranak dan dah sembahyang.

Kalau P. Ramlee berlakun siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya apa kelulusan P. Ramlee tu.”

– Petikan temubual dengan P.Ramlee,1968.

Jom kenali lebih lanjut tentang P Ramlee melalui buku Membedah P Ramlee

Nak order buku ni, boleh wassap 013-2782166

Antara isi buku Membedah P Ramlee



Tidak lupa, mari kita doakan supaya roh Allayarham P Ramlee
bersama disisi orang beriman. 
Al - Fatihah~




Sunday, September 18, 2016

Cara mudah belajar bahasa arab


Tercari cari cara mudah nak belajar bahasa arab?

Ini adalah siri buku : (Learn Arabic by yourself) (Belajarlah Bahasa Arab dengan Usahamu Sendiri) untuk para penggemar bahasa Arab dari kalangan orang awam yang ingin belajar bahasa Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Dalam menyiapkan siri buku ini, penulis telah mencuba sedaya upayanya bagi menitikberatkan perkara-perkara yang berikut:

1. Persepaduan antara kemahiran-kemahiran bahasa yang berlainan: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis secara seimbang. Dengan penekanan diberikan kepada latihan perbualan dalam situasi yang berlainan pada peringkat permulaan .
2. Menyediakan kaedah latihan -latihan tubi berterus-terusan dan berulang-ulang dengan harapan supaya para pelajar dapat menggunakan buku ini dengan sendirinya.
3. Menitikberatkan penggunaan bahasa hidup dengan bersandarkan bahasa terjemahan iaitu bahasa Inggeris untuk membantu pelajar memahami buku ini dengan cara yang mudah.
4. Memperbanyakkan latihan-latihan dalam tatabahasa Arab (nahu) dengan berpandukan nahu Bahasa Inggeris secara mudah dan pebagai.
5. Mengenalkan teks-teks petikan daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW, dengan penekanan diberi kepada lafaz-lafaz kebudayaan Islam supaya para pelajar menggunakan apa yang dipelajari untuk memahami agama.

Adapun buku ini mengandungi enam siri buku dalam 3 peringkat, dan tiap-tiap satu buku itu mengandungi 10 pelajaran ia-itu :

1- Buku Satu dan Dua: untuk Peringkat Permulaan : menitikberatkan pengajaran Huruf Abjad Arab, melatih menyebutnya dengan betul, membezakan tempat bunyi huruf-huruf yang berlainan dan menulisnya dengan baik.
Pada Peringkat Permulaan ini ditekankan tentang dua kemahiran yang asasi iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam perbagai situasi perbualan dengan cara yang mudah dan menarik.

2- Buku Tiga dan Empat : untuk Peringkat Pertengahan : menitikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang empat itu dengan seimbang dalam bentuk yang mudah dan sepadu, dan dalam Peringkat Pertengahan ini penekanan diberi kepada bacaan dan latihan tubi yang berterus-terusan dalam kaedah tatabahasa Arab-Nahu dan ikrabnya, perumpamaan Arab, angka dan bilangan dan imlak dengan kaedah-kaedahnya.

3- Buku Lima dan Enam : untuk Peringkat Tinggi : Ianya menitikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang berlainan itu secara bersepadu. Pelajaran-pelajarannya merangkumi tajuk-tajuk tamadun Islam dan teks-teks yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah SAW dan dibentangkan secara uslub dan frasa-frasa yang mudah lagi menarik.
Para pelajar perlulah menghabiskan buku-buku pada peringkat rendah sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.


Kandungan pelajaran bagi siri buku-buku ini : 

1. Pengenalan huruf-huruf abjad Arab.
2. Perbendaharaan kata (vocabulary) .
3. Perbualan (conversation) .
4. Susunan ayat dan frasa.
5. Bacaan dan tulisan.
6. Latihan-latihan.
7. Kaedah tatabahasa Arab (Nahu) .
8. Angka dan bilangan.
9. Bidalan dan perumpamaan Arab.
10. Hadith dan ayat-ayat al-Quran. 

Biografi penulis: 

Beliau adalah warganegara Malaysia, dilahirkan di Singapura pada tahun 1934, mendapat pendidikan awal di sekolah Arab Madrasah Al-Juneid Al-Islamiyah dan lulus sijil darjah Al-takhassus pada tahun 1954. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Islam Malaya di Kelang, Selangor pada tahun 1955 dengan biasiswa Majlis Islam kerajaan Singapura dan lulus peringkat Sijil Tertinggi Kolej pada tahun 1960. Beliau menjadi guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor mulai bulan Jun 1962 hingga tahun 1978. Beliau kemudian dilantik oleh Kementerian Pelajaran sebagai Pegawai Kebajikan Pelajar di kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir pada bulan Jun 1978 hingga akhir tahun 1981. Setelah pulang dari Mesir, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah di Unit Kurikulum dan Bahasa Arab sehingga beliau bersara penuh pada bulan Oktober 1989. Beliau pernah mengikuti kursus intensif pengajaran Bahasa Arab selama 4 bulan di Universiti Al-Imam Muhammad di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 1984 dan juga di Baghdad, Iraq pada tahun yang sama. 

Pada tahun 1990, beliau menjadi guru Bahasa Arab di Pusat Meterikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya hingga tahun 2002. 
Beliau pernah dilantik salah seorang penal penulis buku teks Bahasa Arab komunikasi Tingkatan Dua pada tahun 1995, dan juga sebagai salah seorang penal penulis buku teks Bahasa Arab komunikasi Tingkatan Lima pada tahun 2003. 

Dapatkan 6 set ini dengan harga RM90. Diskaun RM7. Harga sudah termasuk kos penghantaran.

Boleh wassap/telegram 016-8688428 utk order.


Saturday, October 31, 2015

I want that book!

I found the best book ever especially for the people who want to learn how to make a better sentence for writing. Haha.. Mentang2lah dah ajar subjek Bahasa Inggeris untuk tusyen. Tak pandai sangat untuk ajar Bahasa Inggeris tapi bila dah kena ajar terpaksalah study balik dan dalam masa yang sama kena perbaiki lagi skill berbahasa.


Ini bukunya.
Kira2 dengan nilai pertukaran 1 USD = RM4.26 (kadar pertukaran hari ini)
Nilai buku ini dalam RM ialah RM111.65.
Wow.
"Murah"nye.

Nampaknya dengan nilai wang ringgit yang rendah, tak mampulah saya mengimport buku ini. Makanya kenalah google untuk mencari free copy.
Ohoi.. atau cari sumber lain.

https://www.scribd.com/doc/206721286/Paragraphs-for-High-School
Boleh dapatkan teacher copy dari scribd.

Atau
Secara manual.
Cikgu salin kat depan, student pun salin.
Suruh student cari error dalam perenggan tu dan dalam masa yang sama boleh belajar untuk tulis struktur ayat yang betul. 
Macam tembak dua burung dengan sebiji batu.
(killing two birds with one stone)
Itulah suruh buat karangan tak mahu. Buat2 lupa.
Lepas tu bila peperiksaan dapat markah teruk dalam bahagian karangan mulalah bising.
Jadi cara terbaik ialah salin. Haha
Itulah liku2 bila mengajar pelajar sekolah biasa.

Imitation is a perfectly honorable way to get started as a writer—and impossible to
avoid, really: some sort of imitation marks each new stage of a writer’s development.
Stephen King

Sunday, September 06, 2015

Buku best - KUM

Lawalah warnanya.
Tetiba tertarik melihat warna kuning + hitam.
Bila tengok buku ni teringat buku.......

Akhirnya buku itu berjaya berada dalam gengaman aku.
Best buku ni. Memang tak rugi membelinya.
Lama juga mencari buku ni kat kedai buku tapi tak jumpa.
Sepanas-panas buku Mat Luthfi, lagi panas buku Saiful Nang ni.
Sampai bayang buku ni pun tak nampak kat kedai buku.
Last2 beli secara online 
kononnya nak buat sebagai harta tambah duit RM semakin murah.
Idea yang sangat bernas. Haha

Tapi serius.
Satu-satunya buku yang berjaya buat aku terjaga bila membacanya.
Kalau buku lain memang dah jadi bantal tidur.
Penyakit apakah ini. Haha
Mungkin sebab gaya pengolahan ceritanya yang lain.
Cara penceritaannya juga menarik dan santai
Banyak penceritaan tentang kehidupan
 dan banyak benda boleh dipelajari dari kisah dalam buku tu.
Antaranya jadikan halangan sebagai batu loncatan untuk berjaya.
Dan banyak lagi pengajaran yang boleh diambil.
Tak rugi untuk dijadikan harta buat cucu cicit.

Cuma satu je.
Kena perbaiki kualiti percetakan.
Ada beberapa gambar dalam buku itu yang agak tidak jelas.
Tak semua gambar.
Walaupun kena lebih pentingkan isi dari gambar 
tapi bila kualiti percetakan dah kurang
 jadi mood nak membaca tu pun dah kurang.
Nampak sangat aku ni jenis baca tengok gambar. Hehe
Suka ambil contoh kualiti percetakan dari majalah Jom.
Kualiti dia sangat bagus.
Aku pun kadang2 suka tengok stail design cover 
dan artikel dalam majalah Jom.

~Just my 2 cent~

Beli jangan tak beli. Yeah
Tapi nak beli kat mana ye?

Monday, January 26, 2015

Intipati dari Komik Misi Straight A


Pengajaran yang saya dapat dari komik ni :

1- Nak pandai kenalah berguru dengan orang yang lebih pandai.
Belajar dari si pandai dan dapatkan tips darinya.

2- Nak skor bukan dengan menghafal 100% tanpa menghayati malah memahami ilmu yang dipelajari. Tetapi menghafal itu perlu tetapi menghafal dengan memahaminya sekali.

3- Matlamat perlu ada tidak kira matlamat jangka pendek atau jangka panjang.
Bila hidup tidak bermatlamat umpama hidup tiada tujuan.
Kita bersama-sama lalu bersama di jalan yang sama tetapi masing2 ada arah tuju masing2, bagi yang ada matlamat. Bagi yang tiada matlamat umpama lalu jalan yang sama tetapi tiada arah tuju.
Matlamat itu bergantung kepada individu dan berbeza dengan individu yang lain.

4- Fokus kepada urusan yang utama. Elak melayan hal remeh temeh.
Fokus utama ke sekolah adalah belajar. 
Tidak kira belajar dalam kelas atau luar kelas.
Elak dari melayan gelodak jiwa remaja yang ingin berboyfriend atau bergirlfriend.
Nanti dah sampai masa (dah ada pekerjaan dan kewangan yang kukuh) tak perlu nak boyfriend atau girlfriend, kahwin terus dan hidup bersama sampai tua. Masa tu nak sweet2 atau nak bermanja-manja 24 jam pun takpe sebab dah halal. Jadi utamakan urusan yang penting dahlulu. Bila diberi kesempatan untuk belajar maka belajarlah. Jangan dipersia-siakan.

5- Sekolah itu sememangnya kilang memproses manusia demi memenuhi kehendak pasaran yang mahukan manusia yang cemerlang dari akademik sahaja. Tetapi dengan sekolah juga kita belajar untuk mengenali orang, berkawan, belajar benda baharu selain dari pelajaran wajib di sekolah. Ia bergantung kepada individu tersebut sama ada mahu mewarnai zaman persekolahannya dengan hanya belajar dan terus skor untuk menjadi robot berjaya atau mewarnai zaman persekolahannya bukan sekadar belajar tetapi ambil inisiatif sendiri untuk belajar kemahiran lain juga. Tetapi harus seimbang agar jangan ketinggalan terus pelajarannya.

4- Di sekolah, kita tidak diajar cara untuk mengurus wang, bagaimana nak kawal kehendak yang melampaui keperluan sendiri serta bagaimana nak survive dalam hidup lepas sekolah sehingga sampai masanya kita pergi. Kita bersekolah hanyalah untuk mendapat "kunci" dan "kunci" itu amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Kita bersekolah hanya untuk mendapatkan "alat" sahaja. Bagaimana nak gunakan itu ikut kita bagaimana nak guna. Dan mungkin dari pengalaman jatuh bangun atau melalui pemerhatian dapat memberi kita idea bagaimana nak guna "alat" itu atau dari nasihat ibu bapa (itupun kalau ibu bapa yang jenis suka kongsi falsafah hidup). Yang ni pengajaran tambahan dan tiada kaitan dengan komik tu. hehe

Itu semua adalah terserah kita. Mereka sudah sediakan platform atau tempat untuk kita menuntut ilmu. Jadi terserah kita untuk menjadi Robot atau Manusia. Ia atas diri kita untuk membentuk diri kita dan juga peranan ibu bapa juga untuk mencetus semangat serta dorongan buat anaknya untuk mencari sesuatu dalam dirinya. Mencari sesuatu bukan sekadar kebaikan hidup di dunia sahaja malah untuk meraih kebaikan hidup di alam seterusnya. Usahlah salahkan sistem. Sistem manusia sememangnya tidak sempurna. Kita seharusnya mengambil langkah sendiri dahulu jika mahu kelainan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Err, terserius pula post kali ni. Asalnya nak post pasal komik yang best tu, Misi Straight A. Komik tu best seller tuu. Komik tu adalah kompilasi komik yang pernah dikeluarkan terdahulu iaitu Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10 Plus. Dalam tu juga ada tips2 belajar oleh Afiq dan Nazri. Sesuai untuk bacaan umum termasuklah saya yang dah hampir 8 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Dah terlambat dah saya nak amalkan tips dalam komik tu. Mungkin untuk anak cucu kot bolehlah suruh mereka baca. :P Jadi bagi mereka yang masih bersekolah bolehlah baca komik tu. Atau bagi yang ada adik yang kurang motivasi nak belajar tu boleh kasi itu komik kat dia. Saya hadiahkan komik tu kat adik saya tapi saya pula yang habis baca dulu. Siapa sebenarnya yang nak sangat komik tu sekarang ni. kikiki. Adik saya baca juga akhirnya dan dia kata best. 

Menariknya komik tu boleh jadi buku motivasi belajar. Satu transformasi menarik. Syabas buat penulis komik ni, Afiq dan Nazri. Harap lebih banyak lagi komik sebegini di pasaran kelak. Harus diingatkan yang ada siri finale komik iaitu Misi 10A finale yang tak termasuk dalam kompilasi komik tu. Pastikan belinya sekali. Jangan jadi macam saya bila balik rumah baru perasan. haha

Take calm and read comic like me. haha

Monday, June 10, 2013

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Akhirnya selesai sudah baca novel ni. Yeah...
Boleh tahan juga jalan cerita. Cerita sedih. Huhu

Melihat dari tajuk, mengapa novel ini diberikan tajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"?. Pada mulanya ingatkan novel ini berkisarkan peperangan atau tentang pelayaran. Rupanya kisah cinta. Tertipu saya. Wuahaha... Mengenai kisah cinta suci antara Zainuddin dengan Hayati yang terhalang akibat adat dan harta. Tragis juga kisah cinta mereka. Kalau buat filem ni best gak. Tapi ending dia tak berapa nak seronok. 
Banyak benda yang dapat dipelajari dalam novel ini.

1- Harta tak mampu menjamin kebahagiaan seseorang.
Hayati menyangka dengan menerima pinangan Aziz, dia dapat hidup bahagia dan senang lenang kerana Aziz dari keluarga berada dan bekerja tetap. Tetapi sebenarnya tidak. Dia merana bersuami yang begitu taksub dengan kecantikan dia bukan kerana menyukainya.

2- Berkerja sendiri itu lebih lumayan dari makan gaji.
Zainuddin lebih berjaya dari Aziz dengan menjadi seorang penulis berbanding kerja makan gaji.

3- Risiko bercinta sebelum kahwin.
Hidup Zainuddin menjadi tak keruan sejak menyukai Hayati. Lebih bertambah parah apabila Hayati berkahwin dengan Aziz.

4- Hukum karma?
Bolehlah. Hayati tinggalkan Zainuddin sampai Zainuddin sakit2. Tak lama kemudian, Hayati ditinggalkan oleh suaminya pula.

Banyak lagi sebenarnya pengajaran cuma malas nak ulas disini.
Kalau nak tahu silalah baca ek.

Terpukau bila 2 pasangan kekasih ni terutus surat. Gaya bahasa sangat superb dan berkias. Sekarang dah tak main utus2 surat. Weechat sudah. Errr...

P.s : Rupanya buku tu pernah jadi buku teks komsas Tingkatan 6.
Sekarang ni masih menjadi buku teks komsas lagi?

Sunday, July 01, 2012

Buku apakah yang beliau pegang?



Buku Apakah Yang Di pegang Oleh Barrack Obama (Presiden Amerika)??

Di saat obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensnya ke arah buku yang di pegang Oleh Obama, Buku tersebut bertajuk (The Post- American World) yang dikarang Oleh seorang Muslim bernama Fareed Zakaria ,berasal dari India dan berkerja sebagai Wartawan Di News week International.

Buku Ini membincangkan tentang " Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat " yang mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel . Negera-negara Islam tersebut Bakal Meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro- Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan.Yang Menariknya Buku Ini di terbitkan Pada Tahun 2008 .sebelum REVOLUSI timur Tengah berlaku. dan nampaknya Obama sangat mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat...


Sumber : Facebook dan snopes.com 

Nampak menarik juga buku "The Post-American World" bila tengok review buku tu. Teringin nak baca...
Masakan president Amerika tertarik nak membacanya.
Lupakan niat mahu pinjam di library (ada orang sudah pinjam buku tu lebih awal dari aku).
Aku dah jumpa link nak download buku ni kat internet.
Nak download dan baca? [Klik disini]

Selamat membaca ek...

P/s : Kena paksa diri untuk baca buku... (Mood malas membaca dah datang dah)
Jom membaca untuk tambah lagi ilmu kita....

Friday, June 08, 2012

Jangan asingkan sahabatmu!



Kisah naruto dan sasuke.



Begitu juga buku ini telah mengajarku tentang erti sahabat.

Setelah membaca kedua-dua kisah ini secara serentak, kita dapat mempelajari sesuatu. Masing2 menceritakan tentang ukhwah. Kisah Naruto yang mengisahkan tentang persahabatan dia dengan Sasuke. Melalui karakter Naruto, kita dapat lihat kesungguhan Naruto untuk menarik Sasuke untuk kembali ke Konoha. Begitu juga dengan novel "Terasing". Ia turut mengisahkan ukhwah diantara Saifullah dan Zaman. Ia menceritakan bagaimana Saifullah menarik Zaman untuk kembali ke pangkal jalan seperti mana janji Saifullah terhadap Zaman disuatu ketika dahulu.

Apa yang dapat pelajari dari kedua-dua kisah ini ialah mempelajari nilai ukhwah itu sendiri dimana apabila seorang sahabat kita hanyut di arus kemaksiatan kita tidak seharusnya mengasingkan mereka. Kita patut hulurkan tangan kita untuk menarik kita di jalan yang benar. Kita jangan benci kepada si pelaku maksiat, kita patut benci pada maksiat itu sendiri. Seperti dalam novel "Terasing", Saifullah berusaha untuk menyedarkan Zaman walaupun Zaman telah menyakiti keluarga Saifullah dan hampir membunuh Saifullah angkara Zaman merasakan dirinya terasing dan menyangka Saifullah menganaiya dia. Dalam cerita Naruto sendiri kita dapat lihat yang Naruto berusaha untuk mengajak Sasuke kembali ke Konoha walaupun Sasuke begitu dingin dengan Naruto malah mahu membunuh Naruto bila berpeluang.

Bila kita mula mengasingkan sahabat kita kerana kemaksiatan yang dia lakukan, ia akan membuatkan sahabat kita lebih terjerumus ke lembah kemaksiatan dan hilang kepercayaan kepada kita. Ia juga mampu melahirkan perasaan benci, marah dan dendam antara satu sama lain. Jangan kita menyangka yang bila kita tinggalkan rakan kita yang sudah hanyut, kita dapat memberi pengajaran kepadanya dan berharap dia akan sedar akan kesilapannya. Itu tidak benar sama sekali. Itu seolah-olah kita menarik balik tali yang kita hulurkan untuk membantu mangsa daripada mati lemas!

Apa2pun, jagalah sahabat kita. Jangan biarkan sahabat kita terkapai-kapai kelemasan dek melalui arus kemaksiatan. Hulurkan talimu untuk membantu sahabat kita mencari jalan keluar dari arus kemaksiatan. Kalau bukan kita siapa lagi nak diharapkan.

P/s : Naruto dan Sasuke.... Terkenang satu kisah lampau...
Adakah dia masih anggap aku sebagai sahabat?

Wednesday, November 09, 2011

Sinergi


Majalah baru yang diperkenalkan waktu program Kembara Ukhwah. Memang best. Kebanyakkan penulis majalah ni student2 universiti dan ada juga ustaz. Ada komik, tafsir ayat Al-Quran, motivasi dan banyak lagi. Harga majalah ni RM3. Bila baca isi majalah ni nak kata sama macam Solusi pun ada tapi Solusi ada kelainan sedikit. Berdasarkan kata-kata kakak usrah saya, buku ni sudah ada dipasaran. Lihat ada barcode. Tapi saya tak nampak pula buku ni kat luar. Maybe baru lagi. Kat selected shop agaknye. 

P/s : Nak tengok website majalah ni, tapi tak boleh buka. Dalam proses menaiktaraf website. Hurm...

Friday, August 19, 2011

Review Buku : Setelah Roboh Kota Melaka



Hehehe... Buku ni aku dapat percuma masa pergi Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel.
 Buku ni mengisahkan sejarah melaka sebelum serangan Portugis terhadap Melaka dalam tahun 1511.
Apa yang saya pelajari dalam sejarah yang tercatat dalam buku ini salah satunya ialah akibat fitnah. Bagaimana hasad dengki seorang pembesar terhadap pembesar yang lain sehinggakan sanggup menaburkan fitnah kerana mahu menjatuhkan pembesar yang lain. Kesan fitnah menjadikan orang yang tidak bersalah menjadi bersalah dan menerima hukuman bunuh kerana menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Selain itu, betapa hebatnya pembesar istana ini patuh kepada arahan sultan dan tidak mahu menderhaka terhadap sultan walaupun dengan jelas sultan sudah bertindak zalim. Pantang melayu menderhaka sultan. Dalam buku ini juga mengisahkan betapa kuatnya nenek moyang kita dulu berusaha melindungi Melaka dari diserang Portugis. Jangan fikir yang orang Melayu zaman dahulu yang hanya bersenjatakan keris, tombak dan meriam rentaka yang jauh lebih kecil dari meriam2 yang Portugis ada ketika itu mudah ditewaskan begitu sahaja. Dan jangan pula fikir yang orang Melayu zaman dahulu tinggal digua dan tidak bertamadun. Tanggapan itu salah sama sekali. Dan percayalah nenek moyang kita dahulu hebat2 belaka. Kita sebagai orang Melayu di era globalisasi dan berteknologi tinggi, adakah kita sudah setanding dengan orang Melayu zaman dahulu dari segi ilmu, akhlak serta sahsiah diri?

Thursday, August 04, 2011

Solusi khas sempena Ramadhan dan Syawal

"Perjalanan menuju kematian bermula sebaik sahaja kita dilahirkan"



Huhuhu... Tak sabar nak tunggu hari ahad...
Alang2 beli barang dapur boleh beli sekali solusi ni...

6 Ogos 2011 : Yes!!!
Buku ini sudah berada dalam gengaman saya...
hohohoh.....
Memang best giler isi dalam majalah ni...
Rugi sangat333 kalau tak beli..
Harga : RM11 (up sikit sebab ada keluaran khas untuk bulan ini)