Saturday, September 24, 2016

Hari yang tak berapa nak lawak

Pernah tak anda berjalan di Kuala Lumpur tanpa dompet? Bahasa mudahnya tanpa duit. Itulah berlaku pada saya hari ni.


Asalnya dihantar oleh bapak pagi ni ke kursus tu. Sarapan pun bapak belanja. Masa keluar rumah dengan yakinnya dompet dalam poket.

Baru sedar tak bawa dompet masa nak bayar makanan untuk lunch dengan sahabat seprogram. Nasib baik lunch under budget. Nasib baik juga ada hamba Allah tergerak hati nak hulur RM20 untuk tambang balik rumah. Dengan duit tu boleh guna untuk lunch dengan tambang balik. Kesian kat sahabat seprogram. Niat dihati mahu belanja dia lunch. Tak pasal2 dia kena keluar duit utk makanan dia. Dahlah dia hantar sampai stesen lrt pulak tu. Sadis betul aku ni.

Masa sampai stesen lrt memang tawakal jelah. Tak tahu tambang berapa kena bayar dan berharap tak salah beli tiket. Duit kat tangan tinggal RM8 je. Nasib baik lagi tambang dari lrt Ampang ke lrt Sungai Besi RM5.70. Duit cukup2 balik je. Masa dalam grabak lrt tu terus terfikir, kalau hamba Allah tu tak tergerak nak hulur duit tadi memang tak baliklah aku wey. Nak gadai apa utk makan dan balik. Termenung jelah aku. Tak pernah aku tertinggal dompet sebelum ni.


Sampai sekarang pun aku masih binggung lagi. Bila bapak dengan mak dapat tahu memang tadah telinga kena marah. Dah memang tertinggal dompet. Handphone tahu pula bawa. Haha

Lain kali kena selit duit kat handphone supaya boleh guna masa terdesak macam kes ni. Huhuhu

Milik siapakah hadiah ini


Milik siapakah sebotol snickers tu?
Ada kisahnya.

Masa kat universiti, ada seorang kawan ni. Dia suka cekelat tu. Masa dia tengah nak cari mood mesti cari cekelat tu. Aku pun adalah juga hadiahkan cekelat tu bila nak exam atau tengah buat assignment yang mengila. Haha

Dia terinspirasi dengan seorang kakak senior ni. Masa wedding kakak senior ni, dia ada dapat hadiah kawen sebotol besar cekelat snikers. Akak tu pulun semua cekelat tanpa berkongsi dengan husband dia. Haha. Kawan aku ni bila tahu je kakak senior dapat makan semua cekelat snickers terus berharap yang masa wedding dia pun dia dapat benda yang sama. Katanya, kalau dia dapat hadiah tu dia dah tak pandang hadiah lain. Hoho

Maka aku cuba untuk merialisasikan impian dia. Harap dia tak lupa dan masih makanlah. Haha. Kondisi coklat tu agak lembik sebab simpan dalam suhu bilik.

Buku Hamka tu. Harap oklah.


Sunday, September 18, 2016

Malas nak kerja

Esok dah kerja balik. Malasnya.
Malas sebab kerja banyak tak siap. Hahaha
Baru rasa penangan bos. Bisa tak.
Dalam satu bulan kena hadam cara nak rekod guna macola sebab ada staff kena berhenti secara berhormat. Bunyi dah macam biskut mazolla.

Nak kena study bende ni pulak.

Macola ni sejenis software untuk catat transaksi harian perakaunan. Kebiasannya dalam perniagaan catat transaksi menggunakan UBS. UBS senang nak guna. Macola ni belit semacam dan leceh. UBS cuma cari batch terus key in. Macola nak kena catat dulu, semak catatan dan post catatan. Kalau salah catat kena delete semua. Nak nangis kalau dapat tahu salah catat. Kalau UBS boleh edit lagi selagi belum audit laporan perakaunan. Kalau catat 1 perniagaan takpelah juga. Ni kena "tolong" catat 3 perniagaan guna macola dan 10 perniagaan guna UBS. Nak mati wey. Memang aktiviti perniagaan dah makin mengecil tapi masih berjalan wey. Masing2 nature perniagaan lain2. Nak pengsan. Belum kira kerja kuli lagi. Kena bukakan sampul, tolong machingkan invoice dgn GRN. Sampai ada org tegur suruh pass kerja tu kat org lain. Tapi... saya tak berani nak pass sbb saya budak baru dan bos pun tak kata apa2. Walawei

Rasa nak cari kerja lainlah. Sempat ke merasa bonus tahun depan ek. Lagi 3 bulan lagi nak kena telan semua ni.
Hurmmmmmm

Cara mudah belajar bahasa arab


Tercari cari cara mudah nak belajar bahasa arab?

Ini adalah siri buku : (Learn Arabic by yourself) (Belajarlah Bahasa Arab dengan Usahamu Sendiri) untuk para penggemar bahasa Arab dari kalangan orang awam yang ingin belajar bahasa Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Dalam menyiapkan siri buku ini, penulis telah mencuba sedaya upayanya bagi menitikberatkan perkara-perkara yang berikut:

1. Persepaduan antara kemahiran-kemahiran bahasa yang berlainan: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis secara seimbang. Dengan penekanan diberikan kepada latihan perbualan dalam situasi yang berlainan pada peringkat permulaan .
2. Menyediakan kaedah latihan -latihan tubi berterus-terusan dan berulang-ulang dengan harapan supaya para pelajar dapat menggunakan buku ini dengan sendirinya.
3. Menitikberatkan penggunaan bahasa hidup dengan bersandarkan bahasa terjemahan iaitu bahasa Inggeris untuk membantu pelajar memahami buku ini dengan cara yang mudah.
4. Memperbanyakkan latihan-latihan dalam tatabahasa Arab (nahu) dengan berpandukan nahu Bahasa Inggeris secara mudah dan pebagai.
5. Mengenalkan teks-teks petikan daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW, dengan penekanan diberi kepada lafaz-lafaz kebudayaan Islam supaya para pelajar menggunakan apa yang dipelajari untuk memahami agama.

Adapun buku ini mengandungi enam siri buku dalam 3 peringkat, dan tiap-tiap satu buku itu mengandungi 10 pelajaran ia-itu :

1- Buku Satu dan Dua: untuk Peringkat Permulaan : menitikberatkan pengajaran Huruf Abjad Arab, melatih menyebutnya dengan betul, membezakan tempat bunyi huruf-huruf yang berlainan dan menulisnya dengan baik.
Pada Peringkat Permulaan ini ditekankan tentang dua kemahiran yang asasi iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam perbagai situasi perbualan dengan cara yang mudah dan menarik.

2- Buku Tiga dan Empat : untuk Peringkat Pertengahan : menitikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang empat itu dengan seimbang dalam bentuk yang mudah dan sepadu, dan dalam Peringkat Pertengahan ini penekanan diberi kepada bacaan dan latihan tubi yang berterus-terusan dalam kaedah tatabahasa Arab-Nahu dan ikrabnya, perumpamaan Arab, angka dan bilangan dan imlak dengan kaedah-kaedahnya.

3- Buku Lima dan Enam : untuk Peringkat Tinggi : Ianya menitikberatkan pengajaran kemahiran bahasa yang berlainan itu secara bersepadu. Pelajaran-pelajarannya merangkumi tajuk-tajuk tamadun Islam dan teks-teks yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah SAW dan dibentangkan secara uslub dan frasa-frasa yang mudah lagi menarik.
Para pelajar perlulah menghabiskan buku-buku pada peringkat rendah sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.


Kandungan pelajaran bagi siri buku-buku ini : 

1. Pengenalan huruf-huruf abjad Arab.
2. Perbendaharaan kata (vocabulary) .
3. Perbualan (conversation) .
4. Susunan ayat dan frasa.
5. Bacaan dan tulisan.
6. Latihan-latihan.
7. Kaedah tatabahasa Arab (Nahu) .
8. Angka dan bilangan.
9. Bidalan dan perumpamaan Arab.
10. Hadith dan ayat-ayat al-Quran. 

Biografi penulis: 

Beliau adalah warganegara Malaysia, dilahirkan di Singapura pada tahun 1934, mendapat pendidikan awal di sekolah Arab Madrasah Al-Juneid Al-Islamiyah dan lulus sijil darjah Al-takhassus pada tahun 1954. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Islam Malaya di Kelang, Selangor pada tahun 1955 dengan biasiswa Majlis Islam kerajaan Singapura dan lulus peringkat Sijil Tertinggi Kolej pada tahun 1960. Beliau menjadi guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor mulai bulan Jun 1962 hingga tahun 1978. Beliau kemudian dilantik oleh Kementerian Pelajaran sebagai Pegawai Kebajikan Pelajar di kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir pada bulan Jun 1978 hingga akhir tahun 1981. Setelah pulang dari Mesir, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah di Unit Kurikulum dan Bahasa Arab sehingga beliau bersara penuh pada bulan Oktober 1989. Beliau pernah mengikuti kursus intensif pengajaran Bahasa Arab selama 4 bulan di Universiti Al-Imam Muhammad di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 1984 dan juga di Baghdad, Iraq pada tahun yang sama. 

Pada tahun 1990, beliau menjadi guru Bahasa Arab di Pusat Meterikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya hingga tahun 2002. 
Beliau pernah dilantik salah seorang penal penulis buku teks Bahasa Arab komunikasi Tingkatan Dua pada tahun 1995, dan juga sebagai salah seorang penal penulis buku teks Bahasa Arab komunikasi Tingkatan Lima pada tahun 2003. 

Dapatkan 6 set ini dengan harga RM90. Diskaun RM7. Harga sudah termasuk kos penghantaran.

Boleh wassap/telegram 0132782166 utk order.


Saturday, September 17, 2016

Thank you

Thank you so much.
You have stab into my heart.

Who am I to you?
Nothing.
Just a flies fly next to your ears.
Disturbing your ears and want me to disappear forever.

I have nothing to give you as a friend.
Nothing.
I can't go anywhere.
can't hang out with you.
can't buy you a present.
can't be with you in any condition either good or worst.
Too poor to be with you.
Always leave a burden to you.
Like a baby can't handle herself.
I'm not funny.
I'm like a human with no soul.
I'm too far from you even we are close each other.

I'm turning into new leaf.
Not the green leaf but grey leaf.

Goodbye my lovely self who always be cheerful, understanding and positive to people.
Welcome my bad self who lost trust to person who calls "friend".
Sorry to my new fellow friends and not forget my ex-friends.
It will takes a very long time to make me trust you.
I can be cheerful, understanding and positive to people but just for certain occasion.
Try be kind with me.
I won't remember what kindness you have done to me even the worst action you have take to me.
I just let that memory goes.
Because the memory that you had left to me really hurts me when you act like we never meet before.

Like someone said to me, You are a beast who can't see the kindness of people and even do not know how to appreciate it. Yeah that's me. I'm living in that way.


Barakallahu fik
May Allah bless your wedding till Jannah.



P.s : Post ni ditujukan kepada sister tu.
Bukan brother tu ye.
Sampai hati kawen tak jemput.
Siapalah saya ni.
Masih lagi konfius.
Aku ni just kawan sembang ye.
Kawan teman makan, kaunselor, teman pergi program.
Rapat semacam tapi just jadi kawan spare part je.
Ke aku yang terlebih perasan.
Oklah biar aku perasan sorang2 sudah.
Penatlah.
Sister tu tak salah.
Aku je kawan paling teruk kat dunia ni.

Friday, September 16, 2016

Kesian kau

Kesian kau,
Hidup kau asyik kena tipu saja.
Tertipu dengan insan yang bernama kawan

Kesian kau,
Kau ingat kawan itu tulus dalam persahabatan
Tidak sangka pula yang dia hanya anggap kau macam sampah
Diperlukan bila susah dan keseorangan.

Kesian kau,
Memori antara kau dan dia sering bermain di fikiran kau.
Kau hairan memori apakah itu.
Kenapa ketika itu kawan itu seakan
ikhlas berkawan dengan kau
memahami kau
terima kau seadanya

Kesian kau,
Kena tipu dengan insan bernama kawan
Kena tipu dengan "keikhlasan" seorang kawan.
Kena tipu dan terus tertipu

Kesian kau

Kesian kan socky. Haha