Sunday, February 14, 2016

Ijazah bukan tiket emas untuk bergaji besar


Setuju dengan status ni.
Walaupun sepatutnya pemegang ijazah harus merasai hasil lumayan setelah penat lelah belajar bertahun-tahun namun harus diingatkan yang tujuan utama mendapat sekeping ijazah bukan hanya untuk mendapat pendapatan yang lumayan dan mendapat tempat kerja yang best. Tetapi tujuan utama adalah untuk melahirkan modal insan yang kental, berdaya saing dan matang. Itulah tujuannya.

Tak salah untuk mengidam malah impikan untuk mendapat tempat kerja yang bagus dan mahukan gaji yang lumayan namun jangan diperlekehkan mereka yang bekerja tidak setanding dengan kelulusannya.

Dalam pasaran kerja tiada istilah aku tahu semua. Tidak pun rasa aku dah belajar dah cara nak buat kerja ni dalam kelas masa kat uni malah kat sekolah. Tidak sama sekali. Hatta dapat kerja sama kelulusan pun. Semua bermula dengan bawah.

Apa yang lecturer ajar kat kelas tak guna pun masa kerja. Cuma pengalaman yang dapat masa belajar tulah yang berguna nanti. Pengalaman kena tolak proposal, pengalaman kena maki, pengalaman kena buat semula assignment, pengalaman bekerja bersama rakan sekelas untuk siapkan tugasan. Pengalaman nilah yang berguna.

Berdikari dan ada rasa nak majukan diri itulah elemen yang paling penting waktu kerja. Jujur dalam melaksanakan tugasan juga penting untuk melahirkan kepercayaan orang terhadap kita. Majikan hanya pandangkan sikap berbanding kelulusan. Kalau ada sikap baik dan bijak sudah dianggap bonus untuk diri anda dan juga syarikat.

Tetapi jangan pula lemah semangat bila tahu majikan hanya pentingkan sikap berbanding kelulusan. Sikap yang baik dan berpengetahuan luas harus berjalan seiringan. Barulah nampak modal insan yang ideal. Belajar untuk dapat ilmu dan kembang lagi minda.

P.s : Panjang pula membebel hari ni.
Aku faham perasaan bila bekerja tidak ikut kelulusan. Tambah bila ada orang duk perlekeh pula. Haha... Sabo jelah.

Saturday, February 13, 2016

Cara nak tukar prepaid ke postpaid Celcom

Hari ini nak berkongsi cara nak tukar dari prepaid ke postpaid.

Pertama:
Pastikan sim kad itu atas nama anda sebagai pemiliknya. Jika sim kad itu atas nama orang lain, tidak kira atas nama ayah atau emak atau kakak atau nenek sekalipun silalah tukar nama hak milik sim kad itu kepada nama anda. Boleh nak suruh mereka tukarkan untuk anda tapi jika anda sudah bekerja malah boleh sara diri sebaiknya tukarlah hak milik itu.  Nak elak berlaku kesulitan sedikit pada masa depan.

Senang sahaja nak tukar. Pergi Pusat Celcom yang berdekatan cakap nak tukar hak milik. Pastikan pemilik lama hadir sekali dengan anda. Nanti pemilik baru kena isi borang dan pemilik lama pula kena tandatangan surat pengakuan pindah milik. Dokumen tu sudah sedia ada kat sana cuma tinggal isi mana yang patut dan tandatangan. Setelah selesai isi, tunggu angka giliran untuk proses borang. Pastikan bawa sekali ic pemilik lama dan pemilik baru.

Kedua:
Pergi ke kaunter khas untuk pertukaran. Boleh tanya orang kaunter kalau tak tahu. Bila dah sampai ke kaunter khas tu cakap nak tukar prepaid ke postpaid. Nanti dia tanya nak tukar plan postpaid yang macam mana. Nak tahu plan mana sila semak kat laman web Celcom bahagian postpaid. Ada bayaran dikenakan. Kira macam wang pendahuluan untuk bulan pertama penggunaan untuk plan postpaid yang dipilih. Ada juga borang nak kena isi. Sekejap sahaja prosesnya. Orang kaunter tu juga ada beri penerangan tentang plan yang dipilih. Nak tanya apa2pun boleh masa tu. Pastikan tanya soalan yang berkaitan dengan plan yang dipilih.

Ketiga:
Tukar sim kad 4G
Step ni khas buat pengguna yang masih menggunakan sim kad 3G. Nak guna plan postpaid terkini kenalah guna sim kad 4G. Kiranya sim kad lama ni selalunya nombor bermula 013. Bagi mereka yang dah tukar sim kad atau memang dah beli sim kad 4G tak perlu lalui proses ni. Tiada bayaran dikenakan. Cara nak tukar hanya perlu ambil nombor, pergi kaunter setelah nombor dipanggil, isi borang dulu barulah dapat sim kad baru. Sim kad baru tu aktif selepas sim kad lama tak dapat digunakan. Macam mana nak tahu sim kad lama tak dapat digunakan? Bila tengok line jadi emergency call atau semak baki tak dapat. Prosesnya mengambil masa 24 jam. Kadang2 tu tak sampai 24 jam dah boleh guna sim kad baru.

Dengan melalui tiga proses ini, anda dapat menukar dari prepaid ke postpaid. Tak semestinya kena lalui tiga cara ni. Mungkin hanya perlukan satu cara sahaja.

Pasti pelik kenapa nak tukar ke postpaid. Bukan prepaid lagi jimat. Sayang pulak tu tukar plan. Antara sebab nak tukar ialah nak guna plan Celcom First Gold. Dengan hanya bayaran RM80 sebulan, anda dapat menikmati 5GB untuk weekday sebulan dan 1.25GB untuk every weekend. Yang lagi best call dan SMS unlimited. Baki internet yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan depan. Sesuai untuk pengguna internet tegar. Tak main dah internet burung hantu. Haha

Apelagi. Tukar sekarang.


Wanita


"Penderitaan seorang perempuan puncanya dari perempuan juga".

Ngeri bila mendengar penyataan tu.
Perempuan dera perempuan memang sinonim. Mereka bukan mendera secara fizikal tetapi dera secara psikologi. Fakta ini biasa didengari. Sebab itu wujudnya cerita Bawang Putih Bawang Merah dan kisah Ibu Mertuaku arahan Seniman P Ramlee.

Hairan. Dimanakah sifat kewanitaan yang sinonimnya seorang yang lemah lembut, sopan santun dan tingkah lakunya penuh dengan kasih sayang.

Drama televisyen masa kini juga sering memaparkan gambaran seorang perempuan yang ganas, kelam kabut, emosinal berlebihan, brutal, cakap kasar, pendengki, penghasut dan sebagainya. Seolah-olah menjadikan perempuan seperti itu sudah menjadi sebahagian dalam diri seorang perempuan masa kini.

Maka, jangan hairan bila tengah jalan tengok ada perempuan menjerit-jerit ketika bercakap. Waktu di pasar, perempuan selamba campak ikan dekat kaunter dan rembat ikan orang lain sesuka hati. Selamba potong barisan sambil mendepa tangan. Berbicara dengan anak2 pun kasar. Belum cerita bila perempuan bawa kereta. Haha

Aku ni pun perempuan pelik tengok perempuan zaman sekarang. Kontrol sikit sikap brutal tu. Belajar cakap lembut sikit. Cuba jadi penenang aka cool macam lelaki. Anak pun suka tengok mak lembut tapi tegas. Kat televisyen pun memaparkan lelaki ni seorang yang relax dan rasional. Mereka tidak membuat tindakan atas emosi sahaja. Sememangnya itu kelebihan lelaki. Setiap kali babak cerita perempuan kelam kabut, emosi terlebih terus lelaki menjebik tau. Haha

Apa2pun memang kelemahan perempuan terletak pada emosi itu sendiri. Jadi belajarlah untuk kawal emosi itu.



Be like superwomen as Khadijah binti Khuwailid and Aisyah binti Abu Bakar.
Try be a cool women.