Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Apa yang saya suka tentang Honor 10

Banyak benda yang best pasal Honor 10 ni. Sebelum nak beli memang beberapa perkara kena ambil kira. Sebab pernah terkena beli phone tak best lepas tu menyesal tak sudah. Yang lagi best nak jual balik harga dia jatuh teruk tak sampai sebulan guna. Jadi bila baca review pengguna dari luar negara dan baca spec phone ni dari Google, saya rasa phone ini yang terbaik dan mengikut bajet saya. Saya bajet phone tu boleh pakai lebih 5 tahun. Hehehe

Dapat rembat Phantom Blue je. 
Phantom Green lambat sangat masuk Malaysia. Cis

Antara sebab saya pilih phone Honor 10:
1- Resolution - PPI density
Satu teori yang menarik dari bapak saya, nak pilih phone kena tengok PPI density. Lagi tinggi PPI, lagi clear image display dalam phone. Saya pernah terkena terbeli phone PPI density yang rendah. Kamera pixel memang tinggi tapi PPI density dia rendah. Jadi hasil gambar yang ditangkap nampak macam tak clear dalam phone. Tengok youtube pun gambar pecah2. Jadi, Honor 10 ni kira tinggi juga PPI density. Memang tak mengecewakan. Yelah, nak tengok phone mesti nak tengok image yang sharp dan clear kan.



Haih, kalau PPI kamu tinggi, I tak letgo U tau. Huhu

2- Kamera
Ini adalah kiteria utama. Hehe. Walaupun tak rajin selfie tapi kalau rasa nak tangkap gambar takdelah rasa kecewa dengan kualiti gambar. Spec kamera dia lebih kurang macam Huawei P20 cuma Honor 10 takde teknologi leica.

 

Antara sample gambar yang ditangkap :

Macam nak makan kan.

Pemandangan Taman
 
Pemandangan tasik



 3- Dual Sims
Ini pun saya consider dalam pemilihan phone sebab saya pengguna 2 sim card yang tegar.
Yang lagi best phone ni, bila saya nak guna internet dari sim card ke-2, saya tak perlu nak keluarkan sim card dan pindah ke slot sim card pertama. Just tukar setting dalam phone dan dapat coverage 4G juga.

Hanya tukar kat default Mobile Data kalau nak guna service internet dari Sim Card ke-2

Dual Wassap untuk Dual Sim Card. Kemudahan ni dah ada start dari Android 7 (Nougat) & 8 (Oreo)



4- RAM
Saya bukan pemain game yang tegar jadi 4GB RAM dah cukup. Internal storage 128GB dan tiada card slot. 128GB dah besar bagi saya. Asal banyak dokumen je terus buang. hehehe

5- Harga.
Sudah semestinya harga memainkan peranan yang penting. Dengan teknologi yang agak setanding dengan Huawei P20, jadi saya rasa berbaloi untuk melabur membeli Honor 10. Sudah lama mengidam Huawei P20 tapi tak mampu. Klon dia pun jadilah. 

6- Jenama Honor
Nampak macam bias tapi itulah hakikat. Saya lebih selesa menggunakan phone dari Honor kerana dah lebih 4 tahun guna Honor 6. Antara review phone Honor 6 yang dah dibuat sebelum ini [link]. Oleh sebab phone Honor 6 ada masalah dengan saya (tapi adik guna ok pula... hairan) jadi saya kenalah tukar phone. Pernah cuba pakai brand phone lain macam Vivo tapi hanya bertahan 2 bulan je. Tak serasi dengan phone tu. Mungkin sebab PPI display rendah, phone terlalu besar bagi saya dan phone function tak pelbagai (terlalu basic). Honor punya phone ada kelainan dari setting dia. Phone tu paksa awak untuk belajar setting benda yang baru. Itu yang best. 

Ada banyak lagi benda yang best pasal Honor 10 ni. Kalau nak tahu lagi kenalah cuba beli satu.
Bila dah beli dan pakai dah tak pandang dah model phone baru yang lain.
Honor 10 dah lebih dari cukup. Serius.

Nak tengok full review dari GSM Arena tentang Honor 10, boleh klik -> link

P.s : Adakah anda pengguna Honor 10 juga?

Sunday, July 02, 2017

Cara nak delete akaun instagram

Hari ini nak tunjukkan cara nak delete akaun instagram.

Step 1 : pergi ke link Insta Login

Mesti guna link ini untuk delete akaun.

Step 2 : Kena login akaun Insta nak delete

Pastikan username dan password kena betul

Step 3 : Akan keluar page seperti dibawah


Pilih mana2 alasan kat dropbox tu

Step 4 : Dah siap delete akaun.

Semoga berjaya.

Sumber : FAQ Instagram

P.s : Tak bagi tutorial buat akaun tapi bagi tutorial delete akaun. Haha.
Rasa semak bila banyak akaun Insta

Saturday, February 13, 2016

Cara nak tukar prepaid ke postpaid Celcom

Hari ini nak berkongsi cara nak tukar dari prepaid ke postpaid.

Pertama:
Pastikan sim kad itu atas nama anda sebagai pemiliknya. Jika sim kad itu atas nama orang lain, tidak kira atas nama ayah atau emak atau kakak atau nenek sekalipun silalah tukar nama hak milik sim kad itu kepada nama anda. Boleh nak suruh mereka tukarkan untuk anda tapi jika anda sudah bekerja malah boleh sara diri sebaiknya tukarlah hak milik itu.  Nak elak berlaku kesulitan sedikit pada masa depan.

Senang sahaja nak tukar. Pergi Pusat Celcom yang berdekatan cakap nak tukar hak milik. Pastikan pemilik lama hadir sekali dengan anda. Nanti pemilik baru kena isi borang dan pemilik lama pula kena tandatangan surat pengakuan pindah milik. Dokumen tu sudah sedia ada kat sana cuma tinggal isi mana yang patut dan tandatangan. Setelah selesai isi, tunggu angka giliran untuk proses borang. Pastikan bawa sekali ic pemilik lama dan pemilik baru.

Kedua:
Pergi ke kaunter khas untuk pertukaran. Boleh tanya orang kaunter kalau tak tahu. Bila dah sampai ke kaunter khas tu cakap nak tukar prepaid ke postpaid. Nanti dia tanya nak tukar plan postpaid yang macam mana. Nak tahu plan mana sila semak kat laman web Celcom bahagian postpaid. Ada bayaran dikenakan. Kira macam wang pendahuluan untuk bulan pertama penggunaan untuk plan postpaid yang dipilih. Ada juga borang nak kena isi. Sekejap sahaja prosesnya. Orang kaunter tu juga ada beri penerangan tentang plan yang dipilih. Nak tanya apa2pun boleh masa tu. Pastikan tanya soalan yang berkaitan dengan plan yang dipilih.

Ketiga:
Tukar sim kad 4G
Step ni khas buat pengguna yang masih menggunakan sim kad 3G. Nak guna plan postpaid terkini kenalah guna sim kad 4G. Kiranya sim kad lama ni selalunya nombor bermula 013. Bagi mereka yang dah tukar sim kad atau memang dah beli sim kad 4G tak perlu lalui proses ni. Tiada bayaran dikenakan. Cara nak tukar hanya perlu ambil nombor, pergi kaunter setelah nombor dipanggil, isi borang dulu barulah dapat sim kad baru. Sim kad baru tu aktif selepas sim kad lama tak dapat digunakan. Macam mana nak tahu sim kad lama tak dapat digunakan? Bila tengok line jadi emergency call atau semak baki tak dapat. Prosesnya mengambil masa 24 jam. Kadang2 tu tak sampai 24 jam dah boleh guna sim kad baru.

Dengan melalui tiga proses ini, anda dapat menukar dari prepaid ke postpaid. Tak semestinya kena lalui tiga cara ni. Mungkin hanya perlukan satu cara sahaja.

Pasti pelik kenapa nak tukar ke postpaid. Bukan prepaid lagi jimat. Sayang pulak tu tukar plan. Antara sebab nak tukar ialah nak guna plan Celcom First Gold. Dengan hanya bayaran RM80 sebulan, anda dapat menikmati 5GB untuk weekday sebulan dan 1.25GB untuk every weekend. Yang lagi best call dan SMS unlimited. Baki internet yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan depan. Sesuai untuk pengguna internet tegar. Tak main dah internet burung hantu. Haha

Apelagi. Tukar sekarang.


Friday, February 27, 2015

Yes u mobile

Testing one... two... three..
Yes!

Akhirnya boleh berblog pakai mobile. Bestnyee.
Selama ni mencuba nak menulis pakai smartphone tapi tak dapat. Ini satu perkembangan yang bagus. Rupanya ia berpunca dari internet. Saya baru bertukar plan internet ke u mobile pula. Yess... dah tak merungut internet lembap.


Hanya bermodalkan RM 48, dapatlah sim card u mobile (RM8) dan plan internet 2 GB (RM 40). Untuk hari pertama oklah. Takdelah bila browse tersangkut sangkut kat handphone. Untuk orang yang gila surfing macam saya ni harap cukuplah kouta 2 GB tu sebulan. Setakat ni je mampu bayar. Nanti bila gaji dah besar baru pilih plan internet yang lagi best dan kouta yang lebih besar.

Antara sebab kenapa saya suka prepaid broadband ni, ia mengajar kita untuk berkira dalam penggunaan internet. Adalah masa tu terfikir berapa banyak MB yang dah digunakan dan kita tahu berapa banyak yang kita belanja untuk internet. Prepaid broadband ni pun takda caj sampingan yang dikenakan. Setakat nak internet 2 GB untuk 30 hari hanya dikenakan bayaran RM40. Berbeza dengan prospaid. Bila dah mula pakai prospaid ada saja caj yang dikenakan. Tapi tak tahulah pula bila GST mula dikuatkuasa nanti. Harap tiadalah caj tambahan yang dikenakan.

Bagi sesiapa yang berminat nak langgan u mobile bolehlah tengok2 dekat website u mobile. Anda boleh google sendiri atau type je u.com.my

Ini screenshoot yang saya ambil di website u mobile 

P/s : Let see how long 2 GB will last. Start counting the day.



Saturday, January 24, 2015

Facebook dah ada News Feed Preferences


Seronok betul unfollow orang ye.
Baru nak je bagi idea kat Facebook pasal ni. Haha
Gara-gara dah muak baca status orang.

So, bagi sesiapa yang mahu manage News Feed dia tanpa unfriend kawan2 bolehlah cuba cara ni.
Hanya perlu ke Setting (tempat korang biasa log out tu)
pastu cari News Feed Preference.
Bolehlah tick mana yang nak follow dan mana yang tak nak follow tanpa unfriend kawan tersebut.
Bila tetiba rasa annoyed dengan seseorang tu bolehlah unfollow dia tanpa dia sedari.
Unfollow ni maksudnya segala post dari dia tidak akan kelihatan pada News Feed Facebook anda.
Dah macam Twitter rasanya.
Tapi best. Boleh utamakan news yang penting2 je.
Kalau gitu baik unfriend je. Hurmmm.
Terserah andalah.

P.s : Terasa macam ramai jugak orang yang unfollow aku ni. Huhu

Sunday, December 14, 2014

Cara nak install Google Play dalam Honor 6


Terkejut melihat smartphone anda tiada aplikasi Google Play.
Terutama smartphone keluaran Huawei.
Tak perlu gusar.
Ada caranya dan ia mudah.
Tidak perlu anda ke kedai semula untuk install Google Play.

Caranya, anda pergi ke aplikasi App Center Huawei.
Tak perlu pening kepala dengan tulisan cina kat aplikasi itu.
Kalau boleh baca apa yang dia tulis tu kiranya bonus buat anda.

Nampak tak App Center? Klik kat ikon yang ada bulat merah no 19 tu.
Bila buka App Center tu, sila search Google Play dan download.
Seperti yang tertera dibawah ni.


Bila dah selesai download Google Play tu, anda dah boleh guna download semua aplikasi yang mahu dalam Google Play. 

Problem solve. 
Selamat mencuba. :)

Friday, December 12, 2014

Huawei Honor 6 Review


Lawa tak smartphone ni?
Smartphone ni antara phone yang spec dia tinggi tapi murah.

Apa yang bestnye smartphone ni?
Bagi saya, smartphone ni best dari segi....

1- Kamera. 
Kamera depan 5 MP dan kamera belakang 13 MP.
Mana nak jumpa Pixel kamera yang besar terutama dalam kalangan smartphone budget.

2- Dual sims
Memandangkan saya pengguna 2 sims yang tegar, saya rasa smartphone ni sesuai dengan saya. Saya boleh melayari internet dengan menggunakan broadband dengan kelajuan H dengan meletakkan sim tersebut di slot sim 1 dan juga boleh menerima panggilan dan sms dengan meletakkan sim tersebut di slot sim 2. Saya boleh menggunakan 2 sim serentak tanpa sebarang gangguan. Berbanding dengan Sony Xperia Tipo, saya susah untuk menerima panggilan dan sms ketika saya menggunakan broadband untuk melayari internet.

3- RAM
RAM smartphone ni sangat besar iaitu 3GB. Saya boleh install aplikasi yang banyak dan mengunakan pelbagai aplikasi tanpa rasa bimbang yang hanset akan hang. Tambah operating sistem honor 6 pun yang terkini - Kitkat. Belum sampai Lolipop lagi ye.

4- Harga.
Harga smartphone ni sememangnya murah berbanding dengan smartphone yang berjenama. Cubalah anda google spec smarphone berjenama yang boleh dapat spec yang sama macam Honor 6 ni dengan harga sekitar RM1100. Anda pasti tak jumpa. Dengan spec yang sebegitu amat sukar menemui smartphone yang murah.

Setakat ni saya boleh senaraikan 4 sebab.
Ada banyak lagi ciri2 yang best tentang Honor 6 ni dan anda boleh mengetahuinya melalui website GSM Arena [Link].

Ada pengguna membandingkan spec Honor 6 dengan Iphone 6.
Berbaloi. Harga murah dan spec dia hampir menandingi Iphone 6.

Pasti ada sesetengah pengguna merasa sangsi dengan smartphone dari negara China ni. Antara kriteria yang dititik beratkan adalah dari segi kualiti produk. Tambah pula spec yang tinggi tetapi harga murah. Boleh tahan lamakah smartphone ni?

Usah risau tentang kualiti. Selagi anda seorang yang cermat dalam menggunakan barang, anda boleh menggunakan smarphone tu lama. Tidak kiralah smartphone tu berjenama terkenal pun kalau si pengguna tu jenis ganas pun smartphone tu tetap akan rosak dengan cepat juga. Jadi penjagaan yang rapi itu penting. 

Antara pantang larang yang biasa untuk memastikan smartphone tersebut tahan lama adalah seperti smartphone tu jangan bagi jatuh. Ini biasa. Selain tu, jangan guna smartphone sambil charge serta jangan charge smartphone tu lama2. Bila dah penuh charge terus tutup. Kebiasaannya orang akan akan charge henset dia waktu malam ketika tidur dan ini adalah amalan yang tidak bagus. Bila henset charge lama2 nanti bateri cepat kembang. Kalau smartphone yang bateri boleh tukar takpe. Buatnya smartphone tu bateri tak boleh tukar... Maka... pakai, rosak, buang. Nak masuk punat charge pun kena betul. Ada yang main masuk punat dengan ganas sampai rosak punat tu. 

Ada  tips untuk buat bateri smartphone tahan lama. Masa mula2 beli henset tu kena charge henset tu dulu selama 8 jam sebelum menggunakannya. Dengan cara ni bater smartphone tu akan tahan lama. Walaupun dah charge 8 jam pun tapi smartphone tu tak jaga elok2 pun tak jadi juga. Jadi penjagaan henset tu penting.

Ini kualiti gambar dari Sony Xperia Tipo ye. Bukan Honor 6.

Berminat dengan Honor 6? Dapatkannya sekarang.
Digi ada tawaran menarik untuk Honor 6.
Sila ke website Digi

P.s : Hari ni saya jadi promoter Digi yang tak berdaftar. Hahaha.
Tawaran Digi tu betul ye. Layarilah tanpa was was.


Monday, November 03, 2014

Kegunaan "Activity Log" dalam Facebook.

Tahukah anda yang dalam Facebook ada Activity Log?


Anda boleh tahu Activity Log anda dengan menekan butang butang segi tiga terbalik tu dan pilih Activity Log.


Activity log ini sangat penting dan merupakan tempat tertulisnya aktiviti seharian ketika menggunakan facebook. Kat situ tercatatnya post yang anda post kat wall facebook, page mana yang anda like, comment yang anda berikan pada individu tertentu dan banyak lagi. Aktiviti anda yang terdahulu juga tersimpan disitu.

Ini saya punya.

Aktiviti log ini sangat berguna bagi mereka yang...

1- Mahu hide atau delete atau higlight post sendiri dari pandangan umum mahupun kawan. Status yang di share pada wall sendiri pun boleh hide atau delete atau highlight post tersebut.



2- Mahu delete komen dia sama ada komen pada post sendiri atau komen pada status kawan.


3- Mahu unlike page dan unlike pada status kawan atau pada status sendiri.


4- Mahu cari balik link2 atau post2 yang penting yang telah di share pada wall sendiri pada masa lalu.

link ini berjaya di perolehi walaupun link ini di post kira2 5 bulan yang lepas.

Activity Log ini dikira macam history bagi pengguna facebook. Lebih kurang macam history yang tersimpan dalam browser anda dimana semua aktiviti carian anda lakukan dengan browser anda akan disimpan sama ada anda guna Google Chrome atau Mozilla Firefox. Semua carian anda disimpan selagi history itu tidak di delete. Begitu juga dengan Activity Log di Facebook. 


Anda boleh scrol menu yang sudah disediakan dalam Activity Log.
Menu yang tertera mengandungi history yang di susun mengikut kategori tertentu seperti yang sudah tertera dalam menu tersebut. Ini memudahkan dalam proses pencarian post yang dikehendaki.

Kotak search pun disediakan untuk memudahkan lagi pencarian.
Hanya perlukan letakkan perkataan yang bersesuaian dengan post yang anda cari.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa harus guna Activity Log untuk hide atau delete post di facebook. Kenapa tidak hide atau delete dekat profile page.

Pilihan yang disediakan pada setiap post dekat profile page.

Memang benar yang post boleh hide atau delete dekat profile page. Tetapi post yang di delete hanya terhad pada post yang ditulis oleh kita sendiri atau post yang di share pada wall page sendiri. Post2 lain seperti post yang kita share pada orang lain atau komen yang diberikan pada post kawan2 sukar ditemui semula jika kita mahu delete. Apatah lagi nak cari balik post tersebut di wall page kawan teramat susah. 

Walaupun bukan tujuan nak delete, jika mahu tengok balik post2 yang penting terdahulu yang terdapat pada profile page sendiri tersangatlah susah kerana facebook sudah sorok post yang kurang mendapat like dan komen dari profile page sendiri. Jadi dengan cara mudah untuk mendapat kembali post terdahulu dengan cara menggunakan Activity Log itu sendiri. Dengan kata lain, anda boleh mengimbau kembali kenangan penuh anda bersama facebook dengan melihat sendiri catatan yang tersimpan dalam Activity Log itu sendiri.

Jadi gunalah kemudahan yang diberikan oleh Facebook sebaik mungkin.
Dan sentiasa peka dengan perubahan persekitaran yang berlaku dalam Facebook anda.
Jangan pernah berhenti share perkara yang bermanfaat atau menyimpan maklumat penting untuk rujukan sendiri. Dengan adanya Activity Log, anda boleh mencari balik maklumat penting yang anda telah share.

P/s : Facebook dah kawal aktiviti kita. T_T

Monday, June 23, 2014

Helah untuk membuka page yang tak wujud

Pernah ada pengalaman membuka laman atau webpage yang tak wujud macam...


atau


atau seangkatan dengannya dengan mencuba cara saya untuk membolehkan kita lihat page tu.

Biasanya kita akan double klik link untuk lihat page yang disarankan oleh search engine. Dan kebiasaan juga kita right klik untuk buka di new tab



Kini kita ubah pula cara nak buka page tersebut dengan klik dekat simbol segi tiga dibawah (yang warna hijau) dan ia akan keluar drop down menu yang terdiri dari cached dan share. Jadi klik cached untuk lihat page tersebut. 

Setelah di klik, ia akan keluar macam kat bawah ni.


Contoh dalam gambar di atas, link url yang di highlight tu link url asal yang biasa kita tekan double klik mesti keluar page. Benda lain yang ada dalam tu cuma perlu abaikan sahaja. Yang penting isi dari page yang tidak dapat di lihat dapat di baca semula. Cara ini boleh digunakan untuk membuka file pdf yang kadang2 tak boleh buka dengan cara biasa. Bila buka pakai cached baru boleh baca isi file pdf tersebut. Saya dah mengunakan cara ini lama dah dan banyak kali berjaya. Antara sebab mengapa tak boleh dibuka page atau file mungkin admin dari page tu dah delete atau remove file dalam website mereka tapi google masih ada cached atau menyimpan file tersebut. Entahlah. Pandai buat theory sendiri. 

Usah gusar dan stress bila page yang anda mahu lihat tidak wujud.
Cara ini boleh digunakan jika anda mengunakan google sebagai search engine tak kira jenis apa browser yang anda guna. Setakat ini google chrome dan firefox mozilla berjalan dengan baik melalui cara ini. 
Semoga berjaya!.

P.s : Asalnya nak cari pasal credit expiry service untuk celcom blue. 
Kenapalah takleh subscribe ni? Stress balik

Friday, March 14, 2014

SMS dari 32665

"RM 1 Ur Facebook SMS subscription has been renewed & expires on 21/3/2014. Chrgs:RM1/wk. To change to daily/mthly subscription, send HELP to 32665. Ref ID:G7********"

Pernah dapat sms sebegini? Tiba2 pula tu.
Sejak bila pula aku subscribe Facebook SMS?
Nak hentikan sms ini?

Taip STOP dan hantar ke 32665.

Nanti akan dapat message sebegini:

"RM0 To stop from receiving message from Facebook, text STOP SMS, to terminate the service, text STOP FB and sent to 32665. TQ for subscribing Facebook SMS"

Reply STOP FB kalau nak stop terus.

Kenapa boleh dapat message ni?
Entah. hahaha

Sumber ihsan : Link

Bila masa aku subscribe.
Selamat duit aku.

Monday, August 19, 2013

Sony Xperia Tipo... Review Hoyee

Salam semua... Hari ni nak berkongsi sedikit informasi tentang salah satu model telefon android iaitu Sony Xperia Tipo. Dari namanya mesti ingat yang telefon ni jenis yang ciplak punya. Sony Xperia "Tipo". "Tipo" macam model telefon android dari China. Haha... Jangan terkejut. Memang ada model handphone ni. Memang Sony keluarkan model ini dan namanya sebegitu. Mari lihat ciri2 yang ada dalam Sony Xperian Tipo ni. Ia juga dikenali sebagai Sony Tapioca, Sony ST21i atau Sony ST21a. Ok... baru saya tahu...

Sumber : tech2.in.com
 
 

Sumbergsmarena

Itulah dia ciri-cirinya. Handphone ini amat sesuai untuk mereka yang begitu inginkan telefon android tapi nak yang murah2 punya. Murah2 pun harga dia tetap mencecah RM 400+. Bolehlah kalau nak dibandingkan dengan telefon android lain yang harganya RM 800 ke atas. Ciri-cirinya lebih kurang sama macam Samsung Galaxy Y cuma lebihnya Sony Xperia Tipo ni dekat internal memorynya yang besar, RAM pun besar dan OS nya Ice Cream Sandwish berbanding Samsung Galaxy Y yang OS nya hanya Gingerbread. Yang lagi best, Sony Xperia Tipo ni model pertama yang keluarkan dual sim card. Maksudnya, boleh isi dua sim card dalam satu handphone. Bolehlah taruk satu slot untuk plan nombor biasa dan lagi satu sim untuk plan internet (masuk sim card broadband pun boleh). Masih boleh terima call dan sms dari sim card plan biasa dan dalam waktu yang sama boleh main internet, whatsapp, wechat, kakao, facebook dan twitter dari sim card broadband. Kekurangan Sony Xperia Tipo ni hanya pada kamera, tiada flashlight dan tidak boleh baca SD card. Bagi mereka yang gemar berinstagram, model handphone ini kurang sesuai kerana kurang dari segi kualiti gambar.

Setakat ini review dari saya. Handphone ini sudah menjadi kepunyaan saya dan sangat berpuas hati. Cuma part kualiti gambar... Suka lagi kualiti gambar dari model handphone kat bawah ni. huhuhu




Awatlah kamu bukan android. Haihh...
Sumber : allaboutsymbian.com






Friday, March 29, 2013

Outlook.com bertukar wajah!


Heee... Saya dah tukar window 8...
mana ada... ni akaun outlook.com
dah berubah wajah.
simple dan cepat loading... suka2...


Check mailbox...


 langit pandu (baca = skydrive)
storage untuk file2.


nak berchit chat bagai. boleh connect dengan friend
kat facebook, twitter dan banyak lagi.


hurm, calendar takde perubahan.

saya punya dah bertukar.
anda pula bagaimana?

Tuesday, March 05, 2013

Cara nak buka shortcut folder pendrive

Pasti susah nak buka pendrive bila pendrive tu dah jadi shortcut. Nak tengok dokument pun tak boleh apatah lagi nak buka. Nak install apa2 pun dah tak boleh sebab komputer/laptop tu dah infected. Nak masuk pendrive lain untuk install software shortcut remover pun dah tak boleh sebab bila masuk je pendrive terus tukar jadi shortcut. Cara paling mudah nak atasi masalah ini seperti dibawah :

1- Buka Window Explorer folder
2- Klik organize dan klik Folder and search options
3- Klik view dan scroll down cari option hidden files and folder.
4- Dah jumpa, tick show hidden files folder and drives dan untick hide protected operating system files (recommended). Bila dah selesai klik Ok dan Apply.


5- Kemudian buka pendrive untuk delete shortcut.

Untuk mudahkan kerja, better install shortcut virus remover ni... [Link]
Tak payah install pun. Hanya perlu run je.
Letak kat desktop komputer/laptop.
Itu bukan virus ek? Gunakanlah tanpa was-was...