Dapat rembat Phantom Blue je.
Phantom Green lambat sangat masuk Malaysia. Cis
Antara sebab saya pilih phone Honor 10:
1- Resolution - PPI density
Satu teori yang menarik dari bapak saya, nak pilih phone kena tengok PPI density. Lagi tinggi PPI, lagi clear image display dalam phone. Saya pernah terkena terbeli phone PPI density yang rendah. Kamera pixel memang tinggi tapi PPI density dia rendah. Jadi hasil gambar yang ditangkap nampak macam tak clear dalam phone. Tengok youtube pun gambar pecah2. Jadi, Honor 10 ni kira tinggi juga PPI density. Memang tak mengecewakan. Yelah, nak tengok phone mesti nak tengok image yang sharp dan clear kan.
Haih, kalau PPI kamu tinggi, I tak letgo U tau. Huhu
2- Kamera
Ini adalah kiteria utama. Hehe. Walaupun tak rajin selfie tapi kalau rasa nak tangkap gambar takdelah rasa kecewa dengan kualiti gambar. Spec kamera dia lebih kurang macam Huawei P20 cuma Honor 10 takde teknologi leica.
Antara sample gambar yang ditangkap :
Macam nak makan kan. |
Pemandangan Taman |
Pemandangan tasik |
3- Dual Sims
Ini pun saya consider dalam pemilihan phone sebab saya pengguna 2 sim card yang tegar.
Yang lagi best phone ni, bila saya nak guna internet dari sim card ke-2, saya tak perlu nak keluarkan sim card dan pindah ke slot sim card pertama. Just tukar setting dalam phone dan dapat coverage 4G juga.
Hanya tukar kat default Mobile Data kalau nak guna service internet dari Sim Card ke-2 |
Dual Wassap untuk Dual Sim Card. Kemudahan ni dah ada start dari Android 7 (Nougat) & 8 (Oreo) |
4- RAM
Saya bukan pemain game yang tegar jadi 4GB RAM dah cukup. Internal storage 128GB dan tiada card slot. 128GB dah besar bagi saya. Asal banyak dokumen je terus buang. hehehe
5- Harga.
Sudah semestinya harga memainkan peranan yang penting. Dengan teknologi yang agak setanding dengan Huawei P20, jadi saya rasa berbaloi untuk melabur membeli Honor 10. Sudah lama mengidam Huawei P20 tapi tak mampu. Klon dia pun jadilah.
6- Jenama Honor
Nampak
macam bias tapi itulah hakikat. Saya lebih selesa menggunakan phone
dari Honor kerana dah lebih 4 tahun guna Honor 6. Antara review phone
Honor 6 yang dah dibuat sebelum ini [link].
Oleh sebab phone Honor 6 ada masalah dengan saya (tapi adik guna ok
pula... hairan) jadi saya kenalah tukar phone. Pernah cuba pakai brand
phone lain macam Vivo tapi hanya bertahan 2 bulan je. Tak serasi dengan
phone tu. Mungkin sebab PPI display rendah, phone terlalu besar bagi
saya dan phone function tak pelbagai (terlalu basic). Honor punya phone
ada kelainan dari setting dia. Phone tu paksa awak untuk belajar setting
benda yang baru. Itu yang best.
Ada banyak lagi benda yang best pasal Honor 10 ni. Kalau nak tahu lagi kenalah cuba beli satu.
Bila dah beli dan pakai dah tak pandang dah model phone baru yang lain.
Honor 10 dah lebih dari cukup. Serius.
Nak tengok full review dari GSM Arena tentang Honor 10, boleh klik -> link
Nak tengok full review dari GSM Arena tentang Honor 10, boleh klik -> link
P.s : Adakah anda pengguna Honor 10 juga?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe