Monday, December 31, 2012

Dilema pelajar universiti.

Dalam dewan exam. Jam tepat menunjukkan pukul 9.10 pagi.
Ani membelek kertas soalan sambil meneliti soalan.
"Ape mende nih... Aku ada baca ke topik ni... MasyaAllah... Soalan esei takda kira2... Habislah aku!..." Degus Ani. Ani cuba tabahkan diri untuk menjawab soalan itu. Walaupun hatinya berat tetapi dia gagahkan juga. Dia sudah membayangkan dirinya melangkah keluar dari dewan exam ketika exam masih berjalan. "Tak boleh2... Aku kena habiskan juga soalan ni. Walaupun apa yang terjadi, AKU KENA HABISKAN JUGAK!" Ani bermonolog seorang diri.

"Which of the following are securities? A share of Texaco common stock, a certificate of deposit or a treasury bill? Aiseyman... Aku dah jumpa soalan ni kat past year question tapi aku lupa dah jawapan dia. Argh... lantak..." Ani sudah malas nak layan soalan objektive. Banyak juga dia tinggalkan tanpa jawapan. "Aalamak... dah pukul 10.30pagi... Sempat ke aku habiskan semua soalan ni.. Go Ani GO!" Ani cuba memotivasikan dirinya.

Tengah2 dia sedang menjawab soalan esei, pemikiran dia diterjah satu persoalan yang sudah lama terbuku di mindanya. Dia hampir melupakan persoalan itu. Tetapi sekarang dia datang kembali. Seolah-olah ia membisik. "Ani... Ani... Apa yang kamu sedang buat sekarang? Jawab exam ek. Datang je semester baru benda yang sama je ulang. Belajar, Exam, Kelas, Assignment, Quiz segala bagai. Hidup kamu hanya itu aja. Ni kamu jawab exam pun takat nak pass exam je kan. Kalau nak cemerlang kena dapat 3.5 and above. Tapi kamu masih2 tak juga capai tahap tu. Umpama hendak mengapai awan di langit tapi kamu masih di atas perut bumi. Lepas belajar mesti kerja kan. Kalau tak, membazir duit rakyat je bagi pinjam untuk kamu belajar. Kalau tak kerja, macam mana nak bayar hutang study kamu, Ani. Bila dah kerja pagi petang bila jodoh sampai kahwinlah kamu ek. Kalau panjang umur dapat anak pastu bila dah tiba masa kamu pun pergi bertemu Allah. Setakat itu aja ke Ani? Hidup kamu setakat itu sahaja? Mengejar cita-cita? Duduk di menara gading? Hanya untuk memuaskan grade, memuaskan diri kamu sendiri? Begitukah Ani?"

Ani tersentak dengan bisikan itu. Dia mengelamun seketika. Secara tidak langsung dia mengiyakan. Ani pun membalas bisikan itu. "Memang betul apa yang kau perkatakan. Kadang2 rasa sia2 belajar tinggi2. Cara pembelajaran lebih kurang sama macam  budak sekolah. Mungkin salah aku. Aku tamak. Aku ambil banyak subjek semester ni. Aku seharusnya tidak menurut rentak pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Kepandaian kamu, kepintaran kamu diukur dengan tingginya markah peperiksaan kamu. Bila dapat 3.5 and above, kamu dinilai sebagai pelajar terbaik. Aku tidak mahu begitu. Seharusnya aku berubah. Sistem tidak akan berubah. Jikalau berubah ia memerlukan masa yang agak lama. Aku kena paksa diri untuk membaca lebih banyak. Aku kena paksa diri untuk bekalkan diri dengan ilmu lain. Aku kena paksa diri dan tenaga untuk menyumbang sesuatu untuk masyarakat. Aku tidak mahu menjadi hasil cetakan biasa dari kilang universiti yang mencetak begitu ramai pelajar saban tahun. Mereka mencetak pelajar yang excellent tapi tak tahu apa2. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Aku kena lebih dari itu. Ilmu Allah itu luas. Apa gunanya aku disini? Apa gunanya Allah letakkan aku disini jika niatku disini hanya untuk mendapat sijil demi memperoleh kerja yang bagus tetapi masyarakat diluar sana sakit tenat dan amat perlukan kita, mahasiswa yg berilmu dan beraklak mulia."

Bisikan itu datang kembali membalas kata-kata Ani. "Begitu besar sekali harapan dan cita-cita kamu. Tetapi itu semua hanyalah harapan. Sampai bila kamu bisa bertahan. Lambat laun kamu akan hanyut juga. Kamu akan akur dengan sistem. Kamu terpaksa melupakan cita-cita demi kepentingan diri kamu juga. Seperti yang telah terjadi kepada kamu sekarang. Kamu hanyut. Kamu sibuk berprogram, berkelab sampai amanah kamu sebagai seorang pelajar tergugat. Kamu banyak fail dalam exam. Kamu tak bersedia ketika dalam kelas. Kamu banyak bermain. Aku lihat itu semua. Dan aku suka bila kamu begitu. Aku ketawa riang melihat kamu."

"Cis,...Ya, Aku salah. Aku lalai selama ini. Aku akui kesilapan itu dan aku nak berubah. Aku kena bersemangat untuk belajar dan aku kena memilih program seperti apa yang aku harus sertai. Aku mula belajar untuk mengimbangi antara belajar dan aktiviti bersama masyarakat. Lepas ini aku perbaiki lagi. Aku tak mahu kembali ke lubang yang sama. Aku akan buat kamu menangis sekuat-kuat hatimu" balas Ani.
Ani melihat jam. "Ooo my.. dah pukul 11 pagi. Ni kamu punya pasal. Sengaja nak lalaikan aku lagi disaat-saat genting ni. Takpe Ani. Masih ada sisa2 waktu untuk siapkan. Pedulikan dia." Ani degus lagi. "Selamat menjawab ya. Aku nak sangat tengok kamu tak sempat jawab semua soalan. HaHaHa..." Bisikan itu ketawa riang. "Ani boleh2. Ani boleh siap punya..." Ani cuba untuk menaikkan semangat dan cuba untuk tidak mengendahkan bisikan itu.

P/s : Bila diungkapkan dan ditulis memang senang. Bila nak melaksanakannya hanya tuhan je tahu.

Masih belum terlambat. Jadilah mahasiswa yg bukan sahaja berjaya mendapat segulung ijazah malah mahasiswa yg mampu berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Bye2 2012... Hye2 2013...

Selamat kembali ke blog ya cik Bella (kata2 aluan kerna dah lama tak lawat blog)... ohoho
Hari ini merupakan hari terakhir kita untuk tahun 2012. 
Keesokan harinya dah masuk tahun baru 2013. hoyeh.. 
Tahun baru, azam baru, gaya baru... 

Google pun nampak bersemangat nak sambut tahun baru... haha

Bila kata tahun baru mesti  kena kaitkan dengan azam baru... ye tak?
Iyakan aje.. haha
Apa azam korang utk tahun depan?
Meh nak teka sikit...
Azam baru korang semestinya.....
Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni... (bagus)
Nak cari kerja... (selama ni menganggur ek?)
Nak sambung belajar.. (nak sambung kat mana ek?)
Nak buka bisness... (nak join sekali boleh?)
Nak kahwin... (erk???)

Apa2 pun azam korang harap korang betul2 usaha nak capai azam itu..
Bukan setakat azam dimulut, dikertas (kalau korg catat azam korg dlm kertas)
Tapi tanamkan azam tu didalam hati... 
Bukan sahaja bermimpi tapi cuba usahakannya...

You are what you think....

P/s : Pastikan azam korang tu bermanfaat ek... 

Sunday, November 18, 2012

Jangan pernah menyerah!

Tidak mengapa 
kalau bukan dia yang membalas kebaikanku.

Tidak mengapa 
kalau bukan dia yang mengambil berat tentang aku.

Tidak mengapa juga 
kalau dia tidak mahu mendengar nasihatku.

Tidak mengapa 
kalau dia tidak mengendahkan aku 
dan membuat aku rasa tidak wujud dalam kalangan mereka.

Tidak mengapa!

Aku kena ingat.
Aku hidup di dunia ini bukan 
sekadar mengukir kenangan 
antara aku dan dia.
Masing ramai lagi insan2 diluar sana 
sangat memerlukan aku.
Dia tidak perlukan aku.
Tetapi 
bapak, emak, adik, jiran, roomate, kawan sekelas...
Semua insan selain dari dia 
sama ada aku kenal atau tidak 
sangat perlukan aku.
"Saudara, jika kita sibuk melakukan kebaikan, 
kita tidak sempat melihat keaiban orang lain.
Jika kita sempat, itu petanda kebaikan 
yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih
belum benar2 baik"..... 
(Beduk diketuk oleh Pahrol Mohd Juoi)
Jadi, 
Jangan pernah berputus asa untuk buat kebaikan.
Sibukkan diri dengan melakukan kebaikan.
Walaupun dia tidak nampak
walaupun bukan dia yang akan membalas kebaikan kamu
tetapi masih ada insan diluar sana
sama ada aku sedar atau tidak
kebaikan itu akan terbalas jua
sama ada secara tunai di dunia
ataupun
di akhirat kelak yang pasti.
[Golden Rule]

Sabar ya Bella..
Inilah permainan dunia...
Jangan berhenti jadi baik
dan jangan sekali terfikir
apatah lagi untuk menjadi liar.
Menjadi liar itu bukan diri kamu.
Memang secara fitrahnya,
kamu tidak suka memperlakukan hal sebegitu
demi meraih perhatian!

Jika ini ujian dari Allah.
Aku reda...
Doakan aku supaya aku kuat.

Don't Give Up! [sources]

Saturday, November 10, 2012

Where you sit in class?

P/s : Boleh percaya ke?
Biasa aku duduk... Masa exam biasanya suka duduk dekat dengan dinding. (Nak privasi dan lebih fokus...)
Kalau dalam kelas lebih suka duduk line ke dua tengah2. (Senang nak salin nota dan fokus... Itupun kalau orang depan tak tinggi sangat... :P). Anda pula bagaimana?

Wednesday, November 07, 2012

Lihat mereka ini...

Tengok....

Sources : The Star, 6 Nov 2012
Tengok... 
Nenek pun ambil SPM...

Sources : The Star, 6 Nov 2012
Tengok...
Mereka meredah banjir 
semata-mata
nak ambil STPM...

Dimanakah semangat?
Semangat berkobar di suatu ketika dahulu
ketika di bangku sekolah...

Dulu-dulu sering impikan....
"Nantikan... Bila besar nak jadi cikgu..."
Bila dah masuk sekolah menengah...
"Nak tukar cita-citalah... Nak jadi Akauntan"
masih dalam tingkatan...
"Angan2 aku, bila besar nak masuk U..."
 
Bila dah masuk U...
"Aku penat... Rasa nak berhenti!"

Lihatlah mereka...
Mereka sedang diuji...
Aku juga sedang diuji...
Kamu juga...
Adakah dengan sekumit ujian
mereka, aku dan kamu
akan menyerah?


Tuesday, November 06, 2012

P E N A T







Ha... He... Hu... Hurm...
Tak tahu nak tulis apa hari ni.
Banyak sangat benda nak tulis sampai tak tahu nak mula dari mana.

Yang pasti....
Sekarang ni rasa penat sangat.
Penat sebab banyak topik dalam pelajaran tak tercover lagi.
Penat sebab jawab exam entah pape.
Penat sebab assignment berlambak.
Penat melayan karenah group assignment  member.
Penat sebab nak kena buat risalah kelab.
Penat sebab masih tersangkut dengan hal kelab.
Apa yang aku buat semester kali ni?
Kebanyakkan masa terisi dengan hal ehwal kelab.
Sampai tak cukup masa untuk study.
Tak cukup masa untuk diri sendiri dan keluarga (Mak dan Bapak).
Tak cukup masa nak penuhi undangan usrah, taalim dan bicara wanita.
Betapa lalainya hambamu ini sepanjang semester ini.
Huhu...

Ingatkan...
minggu depan cuti,
bolehlah nak bersenang lenang dalam bilik bersama buku.
tak pun nak balik rumah...
Tapi tak jugak....
Lecture menambah lagi strees minggu bercuti dengan mid term exam.
Mid term exam hari jumaat dan sabtu.
MasyaAllah....
Sangatlah terbaik.

Kadang2 tu rasa nak terbang pun ada.
Nak lari semua benda.
Nak berhenti!
Aku dah malas!

Tapi aku mengenang Mak, Bapak...
Aku mengenang pelaburan yang mereka telah buat
semata-mata untuk sekolahkan aku sampai masuk universiti
Aku juga tak sampai hati nak buat hal....
sebab aku telah diberi amanah
Amanah untuk belajar dan menuntut ilmu disini...
Aku takut, kalau aku lalai
aku tak tahu nak jawab apa kat depan Allah nanti...

Sabar jelah Bella...
Apa boleh buat...
Student kan... Dah nama full time student...
kenalah buat cara macam student.
Makin lama bukan makin senang.
Ingat tu...

Ada masa lagi nak sedut semua benda...
Kamu kena kuat Bella!

Tuesday, October 30, 2012

They'll kill you for your phone

Gempaknya tajuk post kali ini...
Sebelum tu nak tanya,
Siapa ada baca paper hari ini?
Jika ada baca, angkat tangan dalam hati... eheh

Berkaitan dengan tajuk diatas, ia berkisar dengan tajuk akhbar hari ini...

sumber : The Star

Nampaknya pencuri sudah beralih cita rasa.
Mereka lebih berminat untuk mencuri telefon bimbit 
dari mencuri beg duit dan laptop.
Kes ini baru menular di US.

Antara sebab mereka berminat untuk mencuri telefon bimbit :
1- Data yang lebih bernilai dari sebuah beg duit dan laptop.
(gambar, lagu, private email, bank account statement, maklumat peribadi)
Mereka boleh menyalahgunakan data ini untuk kepentingan diri sendiri.

2- Trend budak2 sekarang untuk memiliki smartphone
(dah tak cukup duit nak beli makanya mencuri untuk puaskan nafsu)

Jadi, pengajaran dari keratan akhbar kali ini :
1- Jagalah telefon bimbit anda sebaiknya. Jangan show off sangat. (ayat jealous)
2- Kalau boleh jangan disimpan benda2 private kat telifon bimbit. Bahaya. 
Nanti ada orang hack susah.
3- Pakai je telefon murah. Tak siapa pun nak... (erk)

P/s : Gurau di petang hari... Lama dah tak post benda yang serius... serius ke?

Monday, October 29, 2012

Biar aku simpan...

Biar aku simpan semuanya
tiada siapa tahu apa yang aku rasa
hanya Allah sahaja yang tahu...
Biar aku simpan dengan cermat rasa ini
rasa kecewa
rasa marah
rasa sakit hati
Mereka tidak fikir apa yang aku rasa
mereka tidak tanya aku bagaimana
mereka hanya fikirkan diri mereka
Aku penat...
kenapa aku seorang sahaja bersemangat?
dimanakah ukhwah?
dimanakah semangat bekerjasama?
dimanakah semangat berpasukan?
dimanakah common sense yang kalian pegang selama ini?
Kitakan seagama, sebangsa...
mengapa kita tidak saling bantu membantu?
mengapa perlu diketuk baru berjalan?
mengapa?
masing2 sibuk dengan hal sendiri?
adakah aku sahaja yang tidak sibuk?
masing2 jaga ketat kain masing2...
Aku sudah banyak membuang masa
membuang masa dengan melayan karenah manusia
Aku sudah banyak ketinggalan
aku ketinggalan usrah
aku ketinggalan majlis ilmu
aku ketinggalan dengan pelajaranku
aku rasa aku...
 sudah tidak berguna lagi...
duduk di muka bumi dengan mengejar duniawi...
Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bersabar...
Setakat ini hanya 
satu ungkapan yang aku masihku pengang 
hingga saat kini...
"Allah tidak menduga suatu kaum di luar kemampuannya"
Allah tahu aku mampu lalui semua ini
Jadi aku hanya perlu bersabar
dan buat mana yang penting dulu...
Mana yang boleh ditolak-tolak tu ditolak siap2.
Jangan tangguhkan kerja...
Setakat ini yang aku mampu...
setakat ini sahaja...
harapku bersabar...

Thursday, October 25, 2012

Erti kehidupan

Sumber [Link]
Kadang-kadang kita selalu menyangka...

Orang yang pandai pasti akan berjaya di masa hadapan
mereka pasti dapat pekerjaan yang bagus-bagus
bergaji besar, mudah naik pangkat, hidup senang lenang

Orang kaya pula pasti hidup senang sampai bila-bila
hidup mereka penuh dengan kemewahan
mereka pasti bahagia dengan rezeki melimpah ruah

Orang yang kurang pandai pasti hidupnya susah
susah nak dapat kerja, dapat kerja biasa-biasa
hidup pun sederhana.

Tetapi kita juga tidak menyangka yang...

Orang yang pandai tak semestinya punyai masa depan yang bagus
mereka mendapat pekerjaan biasa-biasa je
pekerjaan yang mereka dapat tidak menepati kelulusan yang mereka perolehi
bergaji kecil, hidup sederhana
lebih parah mendapat majikan yang suka tekan pekerja bawahan

Orang kaya juga merasai erti kesusahan
tidak semua benda dapat dibeli dengan wang ringgit
ada juga yang kaya tapi hatinya tidak tenang
tak bahagia
ada juga pada mulanya kaya, 
tetapi lama kelamaan jatuh miskin

Orang yang kurang pandai tak semestinya masa depan dia gelap
mereka mungkin kurang pandai dalam bidang akademik tetapi pandai dalam bidang lain
mereka pandai bercakap, mereka pandai berniaga, pandai bertukang...
dengan kepandaian itu dapat mengubah nasib mereka lebih baik...

Kalau begitu,
Apa tujuan hidup kita kat dunia ni 
kalau semua benda yang kita buat serba tidak kena?
Pandai pun susah, kaya pun susah, tak pandai pun susah...
Ni nak bagi tahu...
selama kita hidup kat dunia ni janganlah "over confident
dan 
jangan "pandang rendah" dengan orang yang kurang berkebolehan dengan kita. 

Belum tentu kita akan berjaya dengan kelebihan yang ada,
belum tentu kita gagal dengan kelemahan yang kita ada. 
Selagi nyawa belum sampai di kerongkong, 
kita belum di cop gagal dalam hidup kita. 
Selagi ada peluang ubahlah. 

Tidak mengapa kita tak pandai atau miskin
yang pasti kita cuba berusaha 
untuk mengubah hidup menjadi lebih baik
Mana yang rasa dirinya pandai atau kaya,
gunakan kelebihan itu sebaiknya
ia umpama amanah 
untuk membantu mereka yang kurang berkebolehan

Yang penting adalah pengakhiran kita. 
Berusahalah untuk menjadikan pengakhiran hidup kita dalam keadaan baik. 
Bagaimana? 
Perbanyakkan amalan baik. 
Mana yang wajib jangan tinggal. 
Mana yang sunat cuba buat. 
Bila diri rasa down dan malas nak beramal, lawan diri itu. 
Ingat kita hidup tak lama kat dunia.
Bila2 masa sahaja kita akan pergi.

P/s : Nak rasa bahagia kenalah hati besar atau kata lain qanaah. Merasa cukup dengan apa yang kita ada. Bila hati besar, kepala tak kusut fikir benda yang tiada. Hati pun lapang dan fokus dengan perkara yang lebih penting. 

~Sumber inspirasi~
Bapak
=Banyak juga aku balajar dari bapak=

Penat bila jadi committee

Penatkan bila jadi committee...
Bila jadi committee, kita kenal bermacam ragam manusia...

Ada yang jenis teliti punya orang...
Bila ada salah sikit cepat2 dia tegur minta betulkan...
Dia nak pastikan semuanya berjalan lancar tanpa cacat cela..

Ada jenis yang teratur punya orang...
Dia dah siap aturkan apa yang perlu dibuat...
Dari A-Z...

Ada jenis yang ikut kepala sendiri pun ada...
Dia rasa dia sahaja yang betul...
Maka semua ahli kena ikut apa yang dia fikirkan betul...

Ada jenis blurr pun ada...
Dia tak nampak tugas apa yang perlu dia buat...
Biasanya orang sebegini hanya menunggu arahan untuk bertindak...

Ada jenis yang susah sangat nak contact..
Nak update kerja yang dia buat pun susah...
Tak tahulah masalah apa...
Masalah handphone ataupun si empunya diri..

Macam2 orang dah aku jumpa sepanjang aku menjadi committee...
Ada banyak lagi jenis orang yang aku jumpa...
Kadang2 lawak juga
Kadang2 tu geram ada
geram sampai nak gigit2...
grrrr....

Dah nama manusia kan
mana ada yang sempurna

Jadi,
sepanjang perkenalan aku dengan ahli committee yang lain
aku dapat pelajari sesuatu yang aku kira agaklah penting...
aku pelajari macam mana nak communicate dengan bermacam jenis orang.
aku pelajari macam mana nak control marah dan stress.
aku pelajari macam mana nak bahagi masa...
dan banyak lagilah pengalaman...

Aku pun takdelah sempurna mana...
Tetapi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman berkenalan dengan ahli committee yang lain,
aku dapat pelajari sesuatu dan berusaha untuk tidak menjadi seperti mereka.
biar aku rasa sakit dulu tapi tidak orang lain...

satu lagi aku belajar.....
jangan begitu baik sangat dengan orang...
nanti nak buat kerja susah...
kawan biasa2 sudah... 
kenal gitu2 pun takpa...
bila dah kenal sangat mulalah 
terasa itu, terasa ini
tak suka itu, tak suka ini...

p/s : susahkan nak bekerja bersama dengan manusia kan... 
macam2 benda nak kena jaga...hurm...

walaupun kamu jenis gila gadget
tapi kamu tak sakiti hati orang
walaupun kamu sering sakiti tangan dan kakiku..
(selalu kena gigit... gigitan manja gitu)

Wednesday, October 24, 2012

Al kisah seorang pemandu teksi

Menjadi seorang pemandu itu sangatlah penat
Saya akui fakta itu
lebih-lebih lagi sudah bergelar pemandu teksi...

Pagi2 sudah keluar dari rumah
mencari rezeki untuk anak2 dan isteri
menunggu penumpang di sekitar stesen kereta api
dan membawa penumpang tersebut ke destinasi yang dituju
dengan kadar upah tertentu.

Mulia sungguh pekerjaan ini
dengan menggunakan kudrat yang ada
serta berpengetahuan tentang jalan
dapat memudahkan kesukaran penumpang
ke tempat yang ingin dituju.

Tetapi
Alangkah sayangnya
apabila ada segelintir
si pemandu teksi hilang sopan santunnya
membawa teksi dengan laju dan merbahaya
memaki hamun penumpang
memandang remeh permintaan penumpang
seolah-olah kepenatan itu sudah menguasai diri
sehingga menjadi si pemandu teksi yang panas baran lagaknya

anda si pemandu teksi sangatlah berjasa
tanpa anda bagaimana penumpang yang membawa muatan yang banyak
dapat balik membawa muatan itu dengan mudah
melainkan dengan bantuan si pemandu teksi

tanpa anda juga bagaimana penumpang dapat pulang
ke tempat yang bas pun tak boleh lalu di kawasan itu
melainkan teksi anda dapat masuk di kawasan itu.

tanpa anda juga bagaimana penumpang dapat pulang dengan cepat
bila bas tiada di kawasan itu
melainkan teksi anda...

Sumber [Link]
jadilah pemandu teksi yang berhemah dan berbudi bahasa
anda adalah cermin bangsa Malaysia...
Pemandu teksi boleh!

Tuesday, October 16, 2012

Zaman Dolu Dolu





Malam ni jiwang sikit. Melayan lagu2 ni... Haha.
Entahlah, tetiba aku rasa nak layan lagu2 90an ni. (90an ke?)
Ape2lah... Lagu ni banyak kenangan kot. Bagi akulah. Yang pasti tiap kali aku nak balik dari sekolah tambahan masa sekolah rendah memang lagu nilah dipasang ERA waktu petang. Aku ingat lagi kot zaman berhimpit-himpit dalam bas masa nak balik sekolah. Kitorang berhimpit-himpit dalam bas sambil dengar lagu ni. Masa tu pun lagu dari kumpulan new boys pun tengah top jugak. Yang lagi best, lagu ni jugak jiran aku suka pasang waktu malam2 buta. Setiap hari pasang lagu yang sama dan antara lagu yang dia selalu pasang lagu2 kat atas ni lah. Kadang2 tu layan jugak dan kadang2 tu tension pun ada. Orang nak exam dia lagi pasang lagu ni kuat2. Hurm... Sabo jelah. Kelakar jugak pun ada. Dulu aku agak anti jugak lagu ni tapi sekarang dah naik suka pulak dah. Dulu aku anti lagu ni sebab aku nak boikot jiran aku yang tak faham bahasa tu. Sepatutnya boikot orang yang pasang lagu kuat2 tapi aku pergi boikot lagu ni pulak.
Korang macam mana? Suka tak lagu ni?
Agak2 budak sekarang suka ke lagu macam ni?

Kisah Aku dan kamu...

Aku mula mengenalimu di muka buku...
Disebabkan tertarik dengan kata2 dan ideamu
maka aku pun friend dengan kamu secara maya.
Aku tak kenal kamu secara fizikal
dan kamu juga tidak kenal aku secara fizikal.

Bila berada di kuliyyah,
aku sering terserempak dengan kamu...
Ketika itu aku masih seorang pelajar junior...

Ketika hendak ke kelas pagi2,
aku sering nampak kamu di cafe...
berseorangan.
Pada mulanya aku tidak mengenalimu
lama kelamaan aku merasa yang wajah itu agakku kenali juga
ketika itu kita berdua tidak bertegur sapa
kerana kita baru berkawan secara maya.
Aku masih tidak mengenali kamu
Kamu juga masih tidak mengenali aku.

Lama kelamaan,
baruku sedari,
rupanya kita satu kelas rupanya.
dari situ aku melihat kamu
melihat sikapmu, 
melihat siapa kamu
aku hanya mampu melihat kamu dari jauh
dari jauh aku dengar kamu begitu hebat
sehingga pensyarah pun menyukai kamu
ketika itu aku masih tidak mengenali kamu
dan kamu juga masih tidak mengenali aku

Ada suatu ketika kita berkenalan
ketika kita berprogram bersama
kelihatannya kamu baik sekali dan berbudi bahasa
ketika dalam perjumpaan program
tetapi ada suatu ketika 
kamu kelihatan kasar sekali sama aku
ketika di luar perjumpaan program
aku tidak tahu mengapa
kamu bersikap begitu

sehinggalah kini
aku hanya mampu melihat dari jauh
aku tak mampu nak bertegur sapa sama kamu
malah untuk bermuka manis
kerana aku tahu aku tak layak 
siapalah aku

bila aku melihat kamu
aku hanya bisa menundukkan pandanganku dari kamu
bila terjumpa kamu
aku hanya berharap kamu berlalu pergi
tanpa menyedari kehadiranku

sekarang
aku hanya mampu menatap kata2 dan ideamu di muka buku...
sekurang-kurangnya aku masih kenal
orang yang punya fikiran bernas seperti kamu
dan sekurang-kurang aku sedar sesuatu perkara yang aku tidak sedar
melalui kamu...

Terima kasih Madam..

Tatkala aku hanyut dengan lautan kehidupan, 
masih ada juga yang sudi menasihatiku.
Allah mengerakkan hati beliau
untuk menasihatiku...
Mungkin tidak disangka-sangka
beliau hanyalah seorang lecture
gayanya tegas dan serius di dalam kelas.
Tetapi bila sekali bersemuka,
seakan-akan merasai belaian seorang ibu.
Begini kisahnya :

Aku pergi jumpa madam untuk membincangkan tentang assignment. Cuma nak tahu yang tajuk kitorang pilih tu sesuai dan nak tahu objective assignment yang kitorang listkan tu menepati tak dengan tajuk. Jadi aku pun bersemuka dengan madam. Bila dah sampai bilik madam, aku ketuk pintu dan beri salam. Madam membuka pintu. Aku pun minta izin nak jumpa dengan madam. Madam pun mengalu-alukan kedatangan aku. Aku pun menceritakan tujuan aku datang nak jumpa madam. Jadi kitorang pun discuss tentang assignment tu.
Tak lama kemudian, madam pun cerita tentang kerja dia sebagai seorang pensyarah. Madam nak kena siap mark paper test 1 hari tu. Satu subject dah 100 script. Belum lagi subject lain. Minggu tu juga nak kena hantar script soalan final exam. Final exam kot. Baru week 5 dah nak kena hantar draft. Meeting lagi, nak kena baca report lagi. Itu belum sentuh hal diri sendiri. Baru aku tahu kerja pensyrah tu berat. Bukan sahaja pensyarah, mana2 kerja pun berat. Dan pun namanya kerja, mestilah berat. 

Madam pun nasihat aku tentang kelebihan solat dhuha. Siap tanya maksud doa solat dhuha kat aku. Memang sah aku ingat2 lupa sebab dah lama tak buat. Dia pun bagi cadangan bila ada gap kelas pagi2 buatlah solat dhuha ataupun sebelum pergi kelas pukul 8.30 pagi buatlah solat dhuha dulu. Boleh buat hati tenang. Rezeki pun mudah masuk. Agaknya madam nasihat macam tu sebab tengok aku tak tenang kot. Masuk kelas dia je masam. Bukan sebab tak suka kelas madam. Ada faktor luaran yang membuatkan mood belajar aku hilang. 

Itu jelah ceritanya. Mungkin bagi korang biasa je. Bagi aku sangatlah berharga. Terima kasih kepada madam yang telah menasihati saya. Nampaknya aku kena amalkan balik solat dhuha tu supaya hidup aku lebih tenang walaupun bermacam-macam cubaan datang melanda. 

Go... Go... GO!

Wednesday, October 10, 2012

Buta, Pekak, Bisu, Batu

Ada mata 
tetapi tidak mahu melihat.
Ada telinga 
tetapi tidak mahu mendengar.
Ada mulut
diam seribu bahasa.
Ada hati
tetapi macam batu
tiada perasaan.

Semuanya diatas bahu.
Masing2 pekakkan telinga
Mata dibutakan.
Mulut dikunci rapat
tiada hati dan perasaan.

Bila sudah tidak 
timbul rasa yang diri itu
 ada amanah
yang harus ditunaikan,
Ego semakin meninggi
masing2 jaga tepi kain masing2

Maka tinggallah 
mereka2 yang masih merasa
amanah itu masih dibahu mereka
dan melaksanakan amanah itu
walaupun 
hanya tinggal 
dirinya seorang
terkontang-kanting
melaksanakan
amanah itu...

Ya Allah,
Kuatkan dirinya
melaksanakan
amanah itu
sebaiknya
walaupun
seorang diri.

Amin...

Friday, September 28, 2012

Keluhan pelajar?

"Lecture tu tak best la..."
Aku punya assignment kena reject bulat2 sebab hantar lambat"
"Bila masa pula lecture suruh hantar assignment?
Dia tak cakap pun last kelas..."
"Lecture ni suka bagi kerja banyak... Tak best betul!..."

Itu antara contoh keluhan pelajar yang dapat aku petik sejak akhir2 ni. Mereka lebih suka merungut dan hanya mahu buat kerja yang senang2 je. Aku pun kadang2 begitu juga. Tidak dinafikan. Tetapi bila difikirkan balik, apa yang berlaku tu ada hikmahnya.

- Jika anda ditakdirkan mendapat lecture yang sangat tak best, anggap sahaja ia sebagai latihan untuk anda untuk berjumpa orany yang 1000 kali tak best dari lecture anda. 

- Bila assignment anda kena reject mentah2, jangan sedih. Muhasabah kembali kenapa perkara itu terjadi. Kemungkinan besar ia berlaku atas kesalahan kita juga. Mungkin kita tak dengar arahan yang diberikan. Mungkin juga kita tidak faham kehendak lecture kamu sendiri. Jika kurang jelas apa salahnya tanya dan minta kepastian. Lecture anda tidak makan orang lor.

- Bila anda rasa lecture anda tidak pandai mengajar, anda kena faham beberapa perkara. Yang menyebabkan anda tidak faham itu bukan kerana lecture itu tetapi diri kamu sendiri. Kamu telah set dalam fikiran kamu yang lecture ni tak best, subject ni susah dan kamu juga barangkali tidak bersedia. Kamu tidak melakukan persiapan yang rapi sebelum ke kelas. Seharusnya anda baca dulu topic yang akan dicover dan mengulangkaji kembali sebelum tamat 24 jam. Jika terlambat, anda pasti lupa dengan apa yang anda sudah belajar di dalam kelas.

- Jika anda tidak suka dengan kerja yang banyak, assignment yang banyak, kena baca paper hari2, kena update dengan isu semasa, kuiz setiap minggu ada dan pelbagai lagi kerja yang diberikan oleh lecture, saya nasihat dengan anda supaya tak payah belajar. Kita masuk universiti hanyalah untuk menuntut ilmu. Mengaut sebanyak mana pengalaman. Jika dengan homework yang banyak pun dah tak dapat nak handle macam mana nak handle diri kamu sendiri? Tidak fikirkah anda yang kerja2 yang diberikan oleh lecture tu bawa banyak kebaikan buat diri anda? Anda tak nampak sekarang. Di masa hadapan anda tahu kebaikannya.
Sources [promahasiswausm]

Sedarlah. Bukan masanya untuk bermain-main. Bukan masanya nak bergelak ketawa. Bukan masanya nak bergaya sakan. Inilah masanya untuk kita penuhkan ilmu didada, menambah pengalaman dan kemahiran untuk masa hadapan. Siapalah kita kalau bukan kita untuk bangunkan ummah? Siapalah lagi kalau bukan kita yang akan menjadi pelapis negara untuk masa hadapan. Kalau kita generasi muda sudah semakin corrupt bagaimana dengan negara kita? Sampai bila bangsa kita duduk dikelas bawah. 

Saya sangat iri dengan bangsa cina dan jepun. Banyak perkara yang saya belajar dengan mereka. Mereka serius bila peluang datang, mereka tepati masa, mereka tidak suka buat perkara yang tak membawa langsung faedah buat diri mereka. Pagi2 buta sudah mula cari rezeki. Mereka saling tolong menolong antara  mereka. Jika kawan tak cukup duit, kawan lain bantu. Jika kawan tak pandai, kawan lain bantu. Bangsa kita? Apa yang bangsa kita boleh buat kalau kawan kita susah? Masing2 jaga kain sendiri... Renung-renungkanlah...

P/s : Sekarang aku dah mula admire dengan lecture money banking dan financial management I.

I recommend you to read starbiz...

Starbiz : http://biz.thestar.com.my/

Saya dengan rendah hati mengajak anda untuk membaca starbiz.
Yang kat atas ni versi digital punya.
Kalau nak hardcopy version silalah beli paper the star.
 

Kebaikan yang anda dapat bila membaca paper ini : 
- Anda secara automatik dapat meninggkatkan vocabulary anda. Agak banyak juga term yang bombastic dalam paper ini. 
- Anda juga secara automatik mengikuti perkembangan ekonomi negara. Macam perkembangan dalam investment, government spending, incentive, tax, government policy dan sebagainya. 
- Anda juga dapat mengikuti perkembangan project2 yang berbilion ringgit yang mampu menjana ekonomi negara dan membawa kebaikan buat masyarakat sekitar.

Ada banyak lagi kebaikan sebenarnya tetapi hanya 3 sahaja yang terlintas di kepala sekarang ni.
Takpe. Nak dapat kebaikan lebih silalah baca dan rasai sendiri. Mungkin pada permulaannya nampak boring sebab anda tak faham dengan terminologi dan gaya penyampaian dalam starbiz ni. Pada mulanya hanya baca sambil lalu dan lama-kelamaan anda akan rasai kesoronokannya. Tak rugi pun spent masa sedikit untuk baca akhbar ni. Lebih baik baca paper ni dari baca paper Metro yang penuh dengan gosip bak kata lecture money and banking lah kan. Yang menariknya lecture ni original dari China tapi fasih berbahasa melayu.

P/s : Susahlah korang dapat blogger yang tengah gila dengan subject ekonominya...

Thursday, September 27, 2012

Apa Ertinya Saya Sebagai Pelajar UIA?

SEBELUM ITU...
nak diingatkan disini yang post ini dicopy paste dari mdm martinelli hashim dan putrarocker.
Semoga nukilan dari mereka ini dapat membuka mata kita tentang tanggungjawab serta tugas kita sebagai seorang pelajar UIA dan juga mengetahui tujuan sebenar UIA ditubuhkan.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

"Saya masuk UIA bukan saya minta pun. UPU yang pilih. Masa sekolah dulu bila kawan-kawan sibuk nak masuk UIA saya selalu kata pada mereka.....alaaaa, apa barang masuk UIA. Tapi sekarang dah di penghujung ni, saya syukur jadi student UIA." Kata Ismail Jaafar.

"Ayah saya dulu polis. Selepas tamat pengajian UIA, dia buat keputusan berhenti jadi polis kerana UIA mengubah pandangan hidupnya. Ayah bertekad supaya semua anaknya masuk sekolah agama kemudian masuk UIA. " Kata Raziq.

"Saya dulu dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Penang. Masuk UIA tanpa ilmu agama yang cukup. Saya minat muzik dan pandai main piano. Bila masuk UIA rasa asing sangat. Entah macam mana masa menyanyi  Asma’ ul Husna ramai-ramai dalam Taaruf Week, saya rasa sayu sangat-sangat, ada sesuatu yg cukup menyentuh hati saya..........it was so beautiful" Kata Dr. Aldila Ishak.


Di atas adalah sebahagian dari kenyataan-kenyataan yang saya dengar dari mulut beberapa orang bekas pelajar UIA yang cemerlang sejak zaman pelajar sehinggalah sekarang dalam dunia karier masing-masing.

Mereka mewakili kumpulan graduan yang bukan saja  cemerlang dalam akademik tetapi tetap aktif dalam aktiviti daawah dan kemanusiaan. Pelajar-pelajar ini dapat menerapkan misi ummatik dalam diri mereka setelah melalui tarbiyyah uia selama 3,4, 5 atau 6 tahun di UIA.

Kalau UKM tertubuh selepas desakan anak-anak muda Melayu yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu, UIA pula tertubuh selepas desakan anak-anak muda Melayu yang ingin memartabatkan ilmu Islam.

Bicara untuk menubuhkan sebuah universiti sudah bermula sejak zaman Pendita Zaaba lagi. Ia berterusan dengan bicara-bicara pelajar pondok dan mereka yang memang mengimpikan kemunculannya. Pada tahun 1971 sekumpulan anak-anak muda Melayu dari Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) mengadakan seminar membicarakan perlunya sebuah universiti Islam di Malaysia. Ungku Omar membentangkan kertas konsep, selepas itu desakan demi desakan dilakukan agar kerajaan menubuhkan universiti tersebut.


Kumpulan-kumpulan seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, ABIM dan PKPIM adalah kumpulan yang konsisten memperjuangkannya. Desakan juga datang dari World Association of Muslim Youth (WAMY), Tokoh tempatan seperti Anwar Ibrahim mendesak melalui ABIM. Tokoh gerakan Islam antarabangsa  Ismail Farouqi pula sangat giat memujuk Perdana Menteri Dr. Mahathir.

Sejarah ini tidak tertulis dengan sempurna. Sayang sekali sejarah UIA yang rasmi hanya bermula selepas persidangan Mekah. Alangkah baiknya kalau ia digali semula sementara mereka yang pernah terlibat dalam perjuangan itu masih  hidup.

Saya masih terbayang pidato berapi-api di dewan kuliah UKM Lembah Pantai  oleh para  mahasiswa dan saya waktu itu hanyalah seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun yang cuba menumpang dengar dan akhirnya ikut terbakar semangat. Semangat itulah yang saya bawa hingga hari ini.

Kesediaan  Dr. Mahathir menerima cadangan penubuhan sebuah universitI Islam dan kemudian dibentangkan di persidangan Mekah adalah kemuncak kepada perjuangan kumpulan anak-anak muda itu. UIA dibuka juga akhirnya pada tahun 1983.Tercatatlah satu sejarah yang amat besar ertinya dalam dunia Islam masa kini.

Maka ramailah mereka yang pernah terlibat memperjuangkan penubuhan UIA memohon  menjadi  tenaga pengajar dan pentadbir di universiti tercinta. Idealisma suci yang mereka terapkan ialah untuk mendidik pelajar-pelajar bagi menghasilkan graduan yang berjiwa Islam pembawa obor kecemerlangan ummah. Para pelajar dididik melalui proses tarbiyyah yang dirangka khas untuk mereka bagi membina peribadi unggul.

Mereka bukan di menara gading tetapi di menara ilmu. Oleh itu tidak ada masa untuk bermanja dengan dunia.  Kalau pengajian di UIA itu dikatakan susah, memang benar susah dan sangat banyak jam kredit untuk dilalui. UIA tidak akan mengubahnya kerana itu saja yang akan menjamin mutu produknya, produk yang ada tanggungjawab berat untuk dipikul. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.

Mereka milik ummah, kepada ummahlah mereka harus berbakti. Amanah itu besar dan tanggungjawabnya berat, maka mereka perlu  dididik dengan sempurna supaya amanah dapat dipikul dengan sempurna.Satu proses tarbiyyah yang terancang perlu mereka lalui.


Aktiviti Qiyammmulail, Asma ulhusna, Usrah dan Alma'thurat (QAUM) adalah amalan yang diyakini dapat membantu proses tersebut. Pelajar dipanggil 'brother/sister', entah siapa yang memulakannya. Ungkapan itu amat unik yang menjadi 'trademark' kepada UIA hingga hari ini.

Dalam aktiviti pelajar ditanamkan semangat perjuangan. Mereka disedarkan bahawa mereka adalah anak muda yang punya tanggungjawab yang besar membangunkan ummah.

Jadilah semua ini sebagai sebahagian dari budaya UIA yang harmonis. Ungkapan seperti 'we are the agents of change' selalu disebut-sebut

Semua ini menjadikan mereka memahami erti kenapa mereka menjadi pelajar UIA.

Mereka yang tahu apa ertinya menjadi pelajar UIA akan merasa bangga menjadi sebahagian dari  sejarah pembangunan ummah melalui misi universiti ini. Anjakan paradigma berlaku pada pelajar apabila mereka merelakan diri mereka melalui proses 'penyucian minda' yang menjadi budaya UIA. Graduan yang terserlah peribadi 'ke uia annya' biasanya adalah di kalangan mereka yang sedia  melalui tahap penyucian yang unik ini sepanjang berada di UIA.

Saya sering mengatakan kepada mereka tentang budaya QAUM di UIA:

Q - qiyammualail sebagai sabun pembersih
A - Asma' Ul Husna sebagai minyak wangi
U - usrah sebagai air cucian
M - Al Maathurat sebagai pakaian indah

"Dimandikan dengan usrah, disabun dengan Qiyamullail, disaluti dengan pakaian AlMaathurat dan diharumkan dengan alunan Asma'Ul Husna, maka terhasillah satu produk yang indah akhlaq dan tajam mindanya."

Proses itu membantu mereka menerapkan sifat amanah, sidiq, tabligh dan fathonah. Proses QAUM yang amat penting membina bakal pemimpin ummah.


Mereka yang bersungguh-sungguh merelakan dirinya melalui proses itu, InsyaAllah peribadi mereka tidak akan diragui.  Mereka bersih menyebabkan orang suka mengambil mereka bekerja. Mereka wangi menyebabkan orang suka mendekati mereka untuk diletakkan di hadapan sebagai pemimpin dan imam. Mereka indah kerana punya peribadi mulia. Lebih indah lagi apabila mereka membiasakan diri dengan solat 5 waktu di masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang sengaja dibina di tengah-tengah UIA supaya mudah didatangi oleh semua warganya.

Hujung minggu mereka dihabiskan dengan aktiviti da'awah dan kerja-kerja membantu masyarakat yang memerlukan. Tidak ada siapa yang memaksa mereka. Tetapi jiwa mereka sudah terdidik untuk menyumbang tenaga untuk ummah.

Inilah yang sepatutnya dilalui oleh semua pelajar-pelajar UIA. Mereka yang lebih banyak melalui proses-proses ini akan terserlah lah aura 'UIA' nya menjadi jurubicara ummah dan sebagai ejen perubah masyarakat. Mereka akan berjaya di mana saja mereka berada. "Jika dicampak ke laut, terapung menjadi pulau, tenggalam menjadi mutiara."

Memang ada yang liat untuk melakukannya tetapi walau macam mana liatnya mereka masih mendapat sedikit sebanyak tempias dari budaya ini untuk mencuci peribadi.

Penyerahan skrol dalam majlis konvokesyen adalah simbol penyerahan obor buat bakal pemimpin ummah. Apakah mereka mengerti dengan simbol tersebut?

Sering dilihat graduan mengambil gambar beramai-ramai sambil membuang skrol ke udara......tercampakkah obor bersama skrol itu dan ia tidak lagi dipegang erat-erat?

Masa berlalu begitu pantas, suasana berubah, tidak semua pelajar mahu melalui proses pentarbiyyahan dan mempraktikkan Q.A.U.M  lagi. Ramai pensyarah dan pentadbir yang punya semangat juang yang kental sudah pun bersara atau keluar dari UIA atau mereka masih ada tetapi kekentalan semangat sudah tidak sehebat dulu. Dunia menukar segalanya..

Bagi yang masih tinggal, sewaktu pelajar taat menjalani sesi usrah wajib, di manakah mereka?

Ramai yang hanya bersungut dan mengeluh. Apakah sungutan dan keluhan mampu memperbaiki keadaan?

Sesekala terfikir juga soalan berikut di benak kita :


  • Apakah UIA masih mampu menghasilkan graduan hebat pembawa obor ummah ?
  • Berapa ramaikah pelajar UIA yang tahu ertinya mereka sebagai pelajar UIA?
  • Bagi mereka yang tahu berapa ramaikah yang mampu melaksanaka tanggunjawab   ummatik ini?
  • Sebesar manalah agaknya impak graduan kita dalam pentadbiran negara setelah ribuan  graduan dilahirkan oleh UIA?
  • Sejauh manakah agaknya penglibatan graduan UIA dalam menangani perpecahan  ummah? Ataukah mereka juga sebahagian dari pemecah ummah?
  • Sudah berjayakah UIA dalam 'Islamization of knowledge'?
  • Sudah berapa banyakkah buku yang terhasil sebagai penanda aras kejayaan  'Islamization   of knowledge' UIA? 


Kepada anak-anak didik UIA fahamilah, apa ertinya anda sebagai pelajar UIA? Anda milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Anda pembawa amanah, amanah itu amat berat, usah dikhianati.

Masa usah ditunggu kerana masa tidak pernah menunggu kita. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kita penyatu  bukan pemecah-belah ummah. Berlapang dadalah dengan perbezaan pendapat kerana kita sudah disatukan oleh aqidah. Usah berbalah atas perkara remeh kerana ia akan menjadi barah yang menyakitkan.

Panas wey... Panas


Apa pandangan korang bila isu sesebuah universiti masuk paper macam ni?
Tak payah nak terkejut...
Dah hampir satu negara tahu...
Masuk paper kan...

P/s : Kadang2 aku penat melayan politik golongan tua.
Dah banyak benda pelik2 berlaku...

The moral of the story : Kita perlu lebih matang. Belajar kesilapan dari golongan tua dan kita sebagai golongan muda jangan tiru gerak kerja mereka... Lepas ni kita bina satu gerak kerja yang tersusun, bermanfaat buat masyarakat dan juga mengikut landasan syariat...
Aku datang sini pun nak belajar...
Takdelah masa aku nak melayan karenah golongan tua yang tak cukup kasih sayang... 
=_=''

Amanahkah anda?

Bila diberi amanah tu buatlah betul2.
Bila sudah diberi kerja tu buatlah kerja tu elok2.
Bila sudah dinaikkan pangkat dan mendapat kuasa untuk mentadbir,
gunakan kuasa itu ke jalan yang betul.
Bila sudah diberi kepercayaan tu 
jangan dimusnahkan kepercayaan tu...
Tahukah anda?
Bila anda sudah dipertanggungjawabkan atas sesuatu perkara
jika anda lalai terhadap tanggungjawab itu
atau anda mempergunakan amanah itu
untuk kepentingan diri kamu sendiri
Di akhirat kelak, 
dihadapan Allah...
Allah akan mempersoalkan amanah itu...
Ya...
Sekarang anda sedang enak menikmati amanah itu...
Pecah amanah..
Korupsi..
Sedut kekayaan yang memang bukan milik anda...
Menindas orang yang lemah...
Membuat pembaziran...
Enak menikmati kuasa dijalan yang salah..
Mungkin ketika ini anda diatas...
Tetapi ingatlah...
Kekuasaan itu pasti akan luput dari kamu...
Mungkin bukan sekarang
Mungkin esok 
atau mungkin 10 tahun akan datang...
Anda akan merasai akibat dari kezaliman
yang anda lakukan kini...
Sama ada dicekup di dunia lagi...
atau ditindas oleh orang lagi besar kuasanya dari anda
 Tetapi akhirat nanti pasti...
Sedarlah...

Tuesday, September 25, 2012

Pandangan siapa?

Sakitnya hati...
Kenapa dia tak nampak kebaikan aku?
Aku dah buat macam2.
Dah berusaha sedaya upaya menjadi baik.

Yela...
Hanya kerana nak ambil perhatian dia,
Aku sudah mula menjaga tingkah laku.
Kena control ayu dan sopan
Sudah mula menjaga aurat.
Tak pakai baju ketat2 dah.
Hari2 pakai tudung bidang 60.
Solat berjemaah tak tinggal punyalah.
Habis solat mesti baca Al-Quran.
Baca kuat2 biar semua orang dengar 
supaya semua orang tahu yang aku sangat rajin baca quran.
Sudah mula menjadi sehabis baik yang mungkin.
Tetapi....
kenapa dia tidak nampak kebaikkanku?
Geramnya!

Opss... Cop3...
Sebelum itu,
Ada satu soalan nak tanya ni.
Sebenarnya selama ini kamu berbuat baik kerana apa ya?

Kerana nak jaga status kamu?
Kerana nak orang pandang kamu sebagai budak baik?
Kerana nak pikat calon suami yang soleh?
Kerana itu sahaja ka?

Adakah kamu kira 
padangan manusia itu lebih penting dari pandangan Allah?
Renung-renungkanlah...

P/s : Salam Isya'. Mana2 yang belum solat tu baik solat. ^_^

Wednesday, September 05, 2012

Cool free font website

Disini nak share sikit tentang website yang menawarkan cool font secara percuma. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin tidak. Just nak share je. Untuk mendapat font yang cantik dan percuma, saya cadangkan untuk pergi ke beberapa website di bawah ini.
Antaranya :
Pertama :
[Link]
Semua font dalam website ni memang sah free.
Ada 1001 free fonts disana.
Bermacam gaya bermacam rupa pun ada.

Cara nak save font dari website tu?
Just klik antara beberapa button

Tekan Windows Download untuk pc yang guna Window OS
Tekan Mac OS Download untuk pc yang guna Mac OS.

Kedua :

[Link]
Website ni pun apa kurangnya.
Bermacam jenis font yang menarik pun ada.
Font dalam website ni dikira up to date sikit berbanding di atas.
Jika pening2 tak tahu nak pilih yang mana font yang sesuai dalam website Fonts2U,
Kat situ ada list font yang nampak catchy juga font dia.

Cara nak save font :
Klik kat button download dan save.


Setakat ini sahaja penemuan saya.
Nak lagi?
Khatam dulu 2 website ni baru cari lain.
Tengok font dalam 2 website ni dah cukup.
Penemuan di masa hadapan akan diberitahu kelak.
Hehe...

Ni hadiah dari saya -> Best free font
Jangan risau. Klik je. Bukan link spam ek.

Cara nak install Arabic Font kat Window 7


Anda mencari-cari cara nak install Arabic Font di laptop/computer anda?
Begitu banyak cara menginstall sampai anda pening nak pilih yang mana satu?
Sekarang anda tidak perlu risau. Di sini ada jalan penyelesaiannya.
Caranya mudah sahaja. Ikut step by step ya.

Cara-caranya :
1- Pergi ke Start button -> Control Panel -> Clock, Language and Region -> Change display language.




2- Tekan kat Change display language. Bila dah tekan dia akan keluar dialog box. Dialog box tu namanya Region and Language. Kat dialog box tu, pergi ke Keyboards and Language, kemudian tekan kat button Change Keyboard.


3- Bila dah tekan Change Keyboard, dia akan keluar dialog box lagi. Dialog box kali ini namanya Text Services and Input Language. Kat dialog box tu pula, pergi ke General dan lihat kat bahagian Installed services. Kat situ cari button Add dan tekan button tu. Bila dah tekan, dia akan keluar button box lagi. Dialog box kali ini namanya Add Input Language. Kat dialog box tu pilih language Arabic (Saudi Arabia). Tekan drop down menu pastu select Arabic (101). Setelah selesai tekan butang OK.





4- Kemudian kat dialog box Text Services and Input Language tu tekan butang Apply dibawah.



5- Bila dah tekan button Apply maka selesailah kerja menginstallnya. Anda akan melihat ada perkataan EN kat taskbar sebelah kanan anda. Bila nampak EN tu maknanya segala aktiviti penulisan anda dalam tulisan rumi. EN tu memang set as default. Untuk mendapatkan tulisan jawi/arabic, anda tekan button EN dan akan keluar language bar. Kat situ anda tekan AR. Bila dah tekan AR, segala aktiviti penulisan anda bertukar dalam tulisan jawi/arabic.



Semoga tutorial kali ini bermanfaat buat anda dan juga saya. Sebarang permasalahan silalah tanya. Selagi mampu saya akan jawab...

Sumber Inspirasi : brighthub.com

P/s : Introduction untuk tutorial kali ini macam iklan jual barang la pula.

Tuesday, September 04, 2012

Jom lihat video dari Mr The All Shared!



Dah lihat video ni? 
Tengoklah.
Tak rugi pun kalau tengok.
Video ini hasil karya anak2 muda di Malaysia.
Bangga bila lihat anak2 muda berbakat macam ni.
Mengunakan bakat ke jalan yang betul.
Setiap video yang mereka hasilkan adanya message yang hendak disampaikan.
Tak bosan menontonnya.
 
Semoga terus istiqamah menghasilkan video yang sebegini kelak.
Nak tengok lagi video dari mereka? 
Youtube : [Link]
Facebook fanpage : [Link]

P/s : Teringin nak buat video macam mereka tapiiii...... Ah! alasan...

Sunday, September 02, 2012

Antara tanggungjawab dan kasihan

Aku pening... Aku penat... Aku keliru...
Adakah aku yang pentingkan diri sendiri atau aku takut dengan diri aku sendiri...

Sebentar tadi,
Baru sahaja aku ditawarkan sesuatu...
Kenaikan pangkat dalam sesebuah organisasi...
Tetapi aku menolaknya secara mentah-mentah.
Aku sudah mengagaknya dari awal lagi.
Aku sudah mengagak perkara ini pasti terjadi.
Kerna kekurangan ahli dan sikapku ni memang secara semula jadinya
memang seorang ahli yang patuh dan komitmen dalam kerja...
aku pasti akan tersenarai dalam pemilihan kenaikan pangkat...
Aku sudah mendapat kepercayaan dari orang atasan
untuk pegang jawatan baru.

Tetapi aku tidak suka...
Aku tidak suka berada di atas.
Aku takut.
Aku takut pandanganku kelam dek jawatanku.
Aku takut aku tak terdaya memikulnya.
Aku kurang berpengalaman
Aku takut sikap yang aku benci selama ini
menunjukkan taringnya
Aku takut kerana aku tidak suka mengarah orang...
Bagaimana dengan pelajaranku?
Masaku? Pasti lebih padat...
Begitu banyak sekali ketakutan sehinggakan
aku sendiri benci dengan diri aku sendiri.

Akibat dari ketakutan itu,
aku lebih rela jadi orang bawah.
supaya aku lebih ikhlas dalam menjalankan tugas.
supaya aku lebih merasai keperitan menjadi orang bawah.
dengan keperitan itu timbullah rasa keseronokan.
bila rasa senang, ia telah membunuh keseronokan itu.
kerana aku sudah biasa hidup susah.
Itulah aku.

Tetapi aku rasa kasihan pula.
Kasihan dengan orang yang sedang pegang jawatan tu.
Tak pasal2 pula orang tu kena pegang jawatan tu lagi.
Sepatutnya orang baru naik tapi orang baru tu tak nak naik.
Rasa macam pentingkan diri pun ada.

Apa nak buat?
Nak terima sesuatu yang kita tak minat?
atau
Nak buat sesuatu kerana kasihan?


Homemade water filter

Osem tak?
Hanya perlukan plastik bag, batu, pasir dengan arang je.
Hasilnya dapatlah air bersih.

Friday, August 31, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Tada...
Sebenarnya ni stiker nak ditampal kat kedai2 yang terpilih sahaja.
Lupakan tentang stiker tu.
Fokus kat kad tu je.
Siapa pernah dapat kad diskaun ni?
Dah?
Jap... Ni kad apa ni?
"Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut: - mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas). - pengajian sepenuh masa. - warganegara Malaysia. Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing."
Di copy paste dari www.1pengguna.com

Tu dia... Kad ni bakal diedarkan pada semester pertama september tahun ini bagi pelajar IPT. Memang taklah ada orang miliki kad ni kan sekarang. Wah2. Seronoklah dapat kad ni. Boleh shopping sakan. Boleh beli external hardisk, iPad, handphone touch2... bla... bla... (maaflah... tuan punya blog ni memang hantu gandget). Tapi kena beringat jugak. Bukan semua kedai dan tak semua barang yang kita boleh guna kad ni ya. Tidak lupa juga ia bergantung kepada kadar, terma dan syarat2 yang ditetapkan. Bunyi macam agak susah juga nak guna kad ni. Hurm... Bersyukur jelah. Sekurang-kurang dapat juga nikmati diskaun dari tak dapat pape. Ye tak?

P/s : Kenapa Kinokunia tak termasuk dalam list ek? Baru je berangan nak shopping buku banyak2 kat situ pakai kad diskaun ni. Masuk angin keluar asap jela nampaknya.

Yeah... Merdeka...!

Yeah merdeka...
Merdeka buat kali yang ke 55.
Google pun sama2 sambut merdeka.
Siap buat doodle lagi...
Kat luar tu dah bergegar taman ni dengan dentuman mercun.
Sempena hari merdeka ni nak buat apa ek?

Ingat nak sambung ganti puasa...
Tapi kata adik...
"Esok hari merdeka untuk umat Islam, tak payahlah puasa.
Tambah nak beli cendol kat depan masjid...
Terliur kau"

Adik aku memang pandai mengumpan aku.
Dahlah aku mengidam sangat2 nak minum cendol.
Cendol limited edition.
Hanya ada pada hari Jumaat di depan masjid kat taman rumah saya.
Serius sedap.
Nampaknya aku sambut merdeka dengan cendol.
Anda bagaimana?
Dah rancang percutian anda sempena merdeka?
Share la sikit... hehe

Thursday, August 30, 2012

Ketahuilah

 
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

P/s : Kata-kata ini dicopy paste dari facebook.
Kata-kata ini menginggatkan tentang saya.

Canimals

Canimals?
Tengok gambar kat bawah dulu.


Amacam?
Comel tak?
Mereka begitu comel di dalam tv. Haha...
Kat youtube pun banyak.
Cubalah tonton.
Sesuai untuk hilangkan stress buat seketika.


Nak tonton lagi? Cari kat youtube.
Kat tv pun tengah rancak pasang cerita ni.
Comelnye...

Pening owh pening

Di waktu petang yang ..... Argh...! Lupakan.

Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. Tentang masa depan.
Ya.. Masa depan...
Aku terfikir seketika.
Bagaimana aku bila lepas berkahwin.
Permintaan bapak tentang menu masakan telah mengetuk fikiranku seketika.

Sebenarnya begini,
bapak meminta aku masak ikan masak lemak cili api.
Bila dia minta menu tu aku terus terbayang ikan masak asam pedas.
Bapak pun tanya yang aku ni tahu masak ke ikan masak lemak cili api.
Aku terus cakap tak tahu. Memang aku tengah blank masa tu.
Bapak pun suruh aku tanya mak tentang cara nak masak.
Emak pula diam seribu bahasa. Tiada respond.
Bapak pun ajar aku cara nak masak.
Dia bagi arahan. Ambil cabai 20 biji, 3 biji tumbuk bersama bawang merah.
Bawang putih tak mahu. Tumis bahan tu dan masuk ikan dan santan.
Lepas bapak aku siap bagi cara2 nak masak, mak aku terus cakap nak masak ikan singgang,
selebihnya ikan goreng dan sambal belacan.

Sejak dari tu aku berfikir.
Masa ni aku masih ada mak sebagai panduan memasak.
Macam mana bila dah kahwin nanti ek?
Buat kalau si bakal suami tu minta menu macam2.
Macam bapak aku.
Bapak aku bab makan memang cerewet.
Sampai anak dia pun terikut sekali cerewet dia.
Tak ke pening kepala dibuatnya.
Aku ni bukan chef terhandal boleh masak itu dan ini.
Masih fail lagi.
Adeh...

(sumber)

Tapi aku lebih suka masak sendiri dari makan kat luar.
Lagi terjamin kebersihan dan kesedapan. (sedap ke aku masak?)
Siapa yang pernah duduk dengan aku tahulah...
Aku memang asyik komplain je makanan bila makan kat luar.
Aku tak komplain kat depan kawan.
Kat depan mak baru aku komplain habis. haha...
Tapi kadang2 tu terkeluar jugak kat depan kawan. hoho...
Mana taknye. Beli makanan kat luar especially makanan kat cafe mahallah asyik masin je.
Rasa nak nangis bila makan.
Lepas ni makan oat je tengah hari. Tak kira.
Nak tiru macam bapak.
Taubat dah.