Home
»
Coretan
» Terima kasih Madam..
Terima kasih Madam..
Tatkala aku hanyut dengan lautan kehidupan,
masih ada juga yang sudi menasihatiku.
Allah mengerakkan hati beliau
untuk menasihatiku...
Mungkin tidak disangka-sangka
beliau hanyalah seorang lecture
gayanya tegas dan serius di dalam kelas.
Tetapi bila sekali bersemuka,
seakan-akan merasai belaian seorang ibu.
Begini kisahnya :
Aku pergi jumpa madam untuk membincangkan tentang assignment. Cuma nak tahu yang tajuk kitorang pilih tu sesuai dan nak tahu objective assignment yang kitorang listkan tu menepati tak dengan tajuk. Jadi aku pun bersemuka dengan madam. Bila dah sampai bilik madam, aku ketuk pintu dan beri salam. Madam membuka pintu. Aku pun minta izin nak jumpa dengan madam. Madam pun mengalu-alukan kedatangan aku. Aku pun menceritakan tujuan aku datang nak jumpa madam. Jadi kitorang pun discuss tentang assignment tu.
Tak lama kemudian, madam pun cerita tentang kerja dia sebagai seorang pensyarah. Madam nak kena siap mark paper test 1 hari tu. Satu subject dah 100 script. Belum lagi subject lain. Minggu tu juga nak kena hantar script soalan final exam. Final exam kot. Baru week 5 dah nak kena hantar draft. Meeting lagi, nak kena baca report lagi. Itu belum sentuh hal diri sendiri. Baru aku tahu kerja pensyrah tu berat. Bukan sahaja pensyarah, mana2 kerja pun berat. Dan pun namanya kerja, mestilah berat.
Madam pun nasihat aku tentang kelebihan solat dhuha. Siap tanya maksud doa solat dhuha kat aku. Memang sah aku ingat2 lupa sebab dah lama tak buat. Dia pun bagi cadangan bila ada gap kelas pagi2 buatlah solat dhuha ataupun sebelum pergi kelas pukul 8.30 pagi buatlah solat dhuha dulu. Boleh buat hati tenang. Rezeki pun mudah masuk. Agaknya madam nasihat macam tu sebab tengok aku tak tenang kot. Masuk kelas dia je masam. Bukan sebab tak suka kelas madam. Ada faktor luaran yang membuatkan mood belajar aku hilang.
Itu jelah ceritanya. Mungkin bagi korang biasa je. Bagi aku sangatlah berharga. Terima kasih kepada madam yang telah menasihati saya. Nampaknya aku kena amalkan balik solat dhuha tu supaya hidup aku lebih tenang walaupun bermacam-macam cubaan datang melanda.
Go... Go... GO!
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe