Monday, September 09, 2019

Kenapa jarang menulis?

Sudah lama saya tak menulis di blog ni.
Bukankah dahulu bukan main berangan kalau ada langgan internet sendiri, nak je menulis sepanjang hari. Hahaha

1- Mungkin sebab pertama ialah masa.
Bila dah bekerja, otak dan badan dah penat dengan tugasan kerja. Tambah dengan buat kerja part time waktu malam jadi mana ada masa nak menulis. Dari hari Isnin sampai Jumaat tu memang kirim salamlah nak menulis. Hujung minggu pun busy benda lain. Memang tak sempatlah.

2- Mungkin sebab tiada pembaca.
Ini memang sebab utama. Ada lagi orang nak baca blog wey.
Kebanyakkan orang lebih suka melayan Instagram, Facebook dan Twitter berbanding dengan blog.
Tambah lagi blog personal. Malas nak baca. Melainkan pembaca tu tergerak nak cari maklumat dan kebetulan blog tu ada informasi yang pembaca tu mahu baca. Tapi itulah, malas nak cari info pembaca yang mahu baca maka jadilah blog yang gersang tanpa pengunjung. haha

3- Mungkin sebab malas nak taip.
Dah nama pemalas apa jua kerja pun jadi malas.

4- Mungkin sebab tiada idea.
Betul. Ketandusan idea.

Adakah saya akan terus menulis?
Tengoklah kalau saya rajin. Ha Ha Ha