Adakah aku yang pentingkan diri sendiri atau aku takut dengan diri aku sendiri...
Sebentar tadi,
Baru sahaja aku ditawarkan sesuatu...
Kenaikan pangkat dalam sesebuah organisasi...
Tetapi aku menolaknya secara mentah-mentah.
Aku sudah mengagaknya dari awal lagi.
Aku sudah mengagak perkara ini pasti terjadi.
Kerna kekurangan ahli dan sikapku ni memang secara semula jadinya
memang seorang ahli yang patuh dan komitmen dalam kerja...
aku pasti akan tersenarai dalam pemilihan kenaikan pangkat...
Aku sudah mendapat kepercayaan dari orang atasan
untuk pegang jawatan baru.
Tetapi aku tidak suka...
Aku tidak suka berada di atas.
Aku takut.
Aku takut pandanganku kelam dek jawatanku.
Aku takut aku tak terdaya memikulnya.
Aku kurang berpengalaman
Aku takut sikap yang aku benci selama ini
menunjukkan taringnya
Aku takut kerana aku tidak suka mengarah orang...
Bagaimana dengan pelajaranku?
Masaku? Pasti lebih padat...
Begitu banyak sekali ketakutan sehinggakan
aku sendiri benci dengan diri aku sendiri.
Akibat dari ketakutan itu,
aku lebih rela jadi orang bawah.
supaya aku lebih ikhlas dalam menjalankan tugas.
supaya aku lebih merasai keperitan menjadi orang bawah.
dengan keperitan itu timbullah rasa keseronokan.
bila rasa senang, ia telah membunuh keseronokan itu.
kerana aku sudah biasa hidup susah.
Itulah aku.
Tetapi aku rasa kasihan pula.
Kasihan dengan orang yang sedang pegang jawatan tu.
Tak pasal2 pula orang tu kena pegang jawatan tu lagi.
Sepatutnya orang baru naik tapi orang baru tu tak nak naik.
Rasa macam pentingkan diri pun ada.
Nak terima sesuatu yang kita tak minat?
atau
Nak buat sesuatu kerana kasihan?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe