Thursday, September 27, 2012

Amanahkah anda?

Bila diberi amanah tu buatlah betul2.
Bila sudah diberi kerja tu buatlah kerja tu elok2.
Bila sudah dinaikkan pangkat dan mendapat kuasa untuk mentadbir,
gunakan kuasa itu ke jalan yang betul.
Bila sudah diberi kepercayaan tu 
jangan dimusnahkan kepercayaan tu...
Tahukah anda?
Bila anda sudah dipertanggungjawabkan atas sesuatu perkara
jika anda lalai terhadap tanggungjawab itu
atau anda mempergunakan amanah itu
untuk kepentingan diri kamu sendiri
Di akhirat kelak, 
dihadapan Allah...
Allah akan mempersoalkan amanah itu...
Ya...
Sekarang anda sedang enak menikmati amanah itu...
Pecah amanah..
Korupsi..
Sedut kekayaan yang memang bukan milik anda...
Menindas orang yang lemah...
Membuat pembaziran...
Enak menikmati kuasa dijalan yang salah..
Mungkin ketika ini anda diatas...
Tetapi ingatlah...
Kekuasaan itu pasti akan luput dari kamu...
Mungkin bukan sekarang
Mungkin esok 
atau mungkin 10 tahun akan datang...
Anda akan merasai akibat dari kezaliman
yang anda lakukan kini...
Sama ada dicekup di dunia lagi...
atau ditindas oleh orang lagi besar kuasanya dari anda
 Tetapi akhirat nanti pasti...
Sedarlah...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe