Kenapa dia tak nampak kebaikan aku?
Aku dah buat macam2.
Dah berusaha sedaya upaya menjadi baik.
Yela...
Hanya kerana nak ambil perhatian dia,
Aku sudah mula menjaga tingkah laku.
Kena control ayu dan sopan
Sudah mula menjaga aurat.
Tak pakai baju ketat2 dah.
Hari2 pakai tudung bidang 60.
Solat berjemaah tak tinggal punyalah.
Habis solat mesti baca Al-Quran.
Baca kuat2 biar semua orang dengar
supaya semua orang tahu yang aku sangat rajin baca quran.
Sudah mula menjadi sehabis baik yang mungkin.
Tetapi....
kenapa dia tidak nampak kebaikkanku?
Geramnya!
Opss... Cop3...
Sebelum itu,
Ada satu soalan nak tanya ni.
Sebenarnya selama ini kamu berbuat baik kerana apa ya?
Kerana nak jaga status kamu?
Kerana nak orang pandang kamu sebagai budak baik?
Kerana nak pikat calon suami yang soleh?
Kerana itu sahaja ka?
Adakah kamu kira
padangan manusia itu lebih penting dari pandangan Allah?
Renung-renungkanlah...
P/s : Salam Isya'. Mana2 yang belum solat tu baik solat. ^_^
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe