Itu antara contoh keluhan pelajar yang dapat aku petik sejak akhir2 ni. Mereka lebih suka merungut dan hanya mahu buat kerja yang senang2 je. Aku pun kadang2 begitu juga. Tidak dinafikan. Tetapi bila difikirkan balik, apa yang berlaku tu ada hikmahnya.
- Jika anda ditakdirkan mendapat lecture yang sangat tak best, anggap sahaja ia sebagai latihan untuk anda untuk berjumpa orany yang 1000 kali tak best dari lecture anda.
- Bila assignment anda kena reject mentah2, jangan sedih. Muhasabah kembali kenapa perkara itu terjadi. Kemungkinan besar ia berlaku atas kesalahan kita juga. Mungkin kita tak dengar arahan yang diberikan. Mungkin juga kita tidak faham kehendak lecture kamu sendiri. Jika kurang jelas apa salahnya tanya dan minta kepastian. Lecture anda tidak makan orang lor.
- Bila anda rasa lecture anda tidak pandai mengajar, anda kena faham beberapa perkara. Yang menyebabkan anda tidak faham itu bukan kerana lecture itu tetapi diri kamu sendiri. Kamu telah set dalam fikiran kamu yang lecture ni tak best, subject ni susah dan kamu juga barangkali tidak bersedia. Kamu tidak melakukan persiapan yang rapi sebelum ke kelas. Seharusnya anda baca dulu topic yang akan dicover dan mengulangkaji kembali sebelum tamat 24 jam. Jika terlambat, anda pasti lupa dengan apa yang anda sudah belajar di dalam kelas.
- Jika anda tidak suka dengan kerja yang banyak, assignment yang banyak, kena baca paper hari2, kena update dengan isu semasa, kuiz setiap minggu ada dan pelbagai lagi kerja yang diberikan oleh lecture, saya nasihat dengan anda supaya tak payah belajar. Kita masuk universiti hanyalah untuk menuntut ilmu. Mengaut sebanyak mana pengalaman. Jika dengan homework yang banyak pun dah tak dapat nak handle macam mana nak handle diri kamu sendiri? Tidak fikirkah anda yang kerja2 yang diberikan oleh lecture tu bawa banyak kebaikan buat diri anda? Anda tak nampak sekarang. Di masa hadapan anda tahu kebaikannya.
Sources [promahasiswausm] |
Sedarlah. Bukan masanya untuk bermain-main. Bukan masanya nak bergelak ketawa. Bukan masanya nak bergaya sakan. Inilah masanya untuk kita penuhkan ilmu didada, menambah pengalaman dan kemahiran untuk masa hadapan. Siapalah kita kalau bukan kita untuk bangunkan ummah? Siapalah lagi kalau bukan kita yang akan menjadi pelapis negara untuk masa hadapan. Kalau kita generasi muda sudah semakin corrupt bagaimana dengan negara kita? Sampai bila bangsa kita duduk dikelas bawah.
Saya sangat iri dengan bangsa cina dan jepun. Banyak perkara yang saya belajar dengan mereka. Mereka serius bila peluang datang, mereka tepati masa, mereka tidak suka buat perkara yang tak membawa langsung faedah buat diri mereka. Pagi2 buta sudah mula cari rezeki. Mereka saling tolong menolong antara mereka. Jika kawan tak cukup duit, kawan lain bantu. Jika kawan tak pandai, kawan lain bantu. Bangsa kita? Apa yang bangsa kita boleh buat kalau kawan kita susah? Masing2 jaga kain sendiri... Renung-renungkanlah...
P/s : Sekarang aku dah mula admire dengan lecture money banking dan financial management I.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe