Home
»
Coretan
» Jangan pernah menyerah!
Jangan pernah menyerah!
Tidak mengapa
kalau bukan dia yang membalas kebaikanku.
Tidak mengapa
kalau bukan dia yang mengambil berat tentang aku.
Tidak mengapa juga
kalau dia tidak mahu mendengar nasihatku.
Tidak mengapa
kalau dia tidak mengendahkan aku
dan membuat aku rasa tidak wujud dalam kalangan mereka.
Tidak mengapa!
Aku kena ingat.
Aku hidup di dunia ini bukan
sekadar mengukir kenangan
antara aku dan dia.
Masing ramai lagi insan2 diluar sana
sangat memerlukan aku.
Dia tidak perlukan aku.
Tetapi
bapak, emak, adik, jiran, roomate, kawan sekelas...
Semua insan selain dari dia
sama ada aku kenal atau tidak
sangat perlukan aku.
"Saudara, jika kita sibuk melakukan kebaikan,
kita tidak sempat melihat keaiban orang lain.
Jika kita sempat, itu petanda kebaikan
yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih
belum benar2 baik".....
(Beduk diketuk oleh Pahrol Mohd Juoi)
Jadi,
Jangan pernah berputus asa untuk buat kebaikan.
Sibukkan diri dengan melakukan kebaikan.
Walaupun dia tidak nampak
walaupun bukan dia yang akan membalas kebaikan kamu
tetapi masih ada insan diluar sana
sama ada aku sedar atau tidak
kebaikan itu akan terbalas jua
sama ada secara tunai di dunia
ataupun
di akhirat kelak yang pasti.
[Golden Rule]
Sabar ya Bella..
Inilah permainan dunia...
Jangan berhenti jadi baik
dan jangan sekali terfikir
apatah lagi untuk menjadi liar.
Menjadi liar itu bukan diri kamu.
Memang secara fitrahnya,
kamu tidak suka memperlakukan hal sebegitu
demi meraih perhatian!
Jika ini ujian dari Allah.
Aku reda...
Doakan aku supaya aku kuat.
Anda ditag : http://pinkylady687.blogspot.com/2012/12/segmen-suka-tambah-ramai-ramai-by.html
ReplyDeleteAnda ditag L
ReplyDeletehttp://nuratiqahnajihah.blogspot.com/