Monday, August 19, 2013

Sony Xperia Tipo... Review Hoyee

Salam semua... Hari ni nak berkongsi sedikit informasi tentang salah satu model telefon android iaitu Sony Xperia Tipo. Dari namanya mesti ingat yang telefon ni jenis yang ciplak punya. Sony Xperia "Tipo". "Tipo" macam model telefon android dari China. Haha... Jangan terkejut. Memang ada model handphone ni. Memang Sony keluarkan model ini dan namanya sebegitu. Mari lihat ciri2 yang ada dalam Sony Xperian Tipo ni. Ia juga dikenali sebagai Sony Tapioca, Sony ST21i atau Sony ST21a. Ok... baru saya tahu...

Sumber : tech2.in.com
 
 

Sumbergsmarena

Itulah dia ciri-cirinya. Handphone ini amat sesuai untuk mereka yang begitu inginkan telefon android tapi nak yang murah2 punya. Murah2 pun harga dia tetap mencecah RM 400+. Bolehlah kalau nak dibandingkan dengan telefon android lain yang harganya RM 800 ke atas. Ciri-cirinya lebih kurang sama macam Samsung Galaxy Y cuma lebihnya Sony Xperia Tipo ni dekat internal memorynya yang besar, RAM pun besar dan OS nya Ice Cream Sandwish berbanding Samsung Galaxy Y yang OS nya hanya Gingerbread. Yang lagi best, Sony Xperia Tipo ni model pertama yang keluarkan dual sim card. Maksudnya, boleh isi dua sim card dalam satu handphone. Bolehlah taruk satu slot untuk plan nombor biasa dan lagi satu sim untuk plan internet (masuk sim card broadband pun boleh). Masih boleh terima call dan sms dari sim card plan biasa dan dalam waktu yang sama boleh main internet, whatsapp, wechat, kakao, facebook dan twitter dari sim card broadband. Kekurangan Sony Xperia Tipo ni hanya pada kamera, tiada flashlight dan tidak boleh baca SD card. Bagi mereka yang gemar berinstagram, model handphone ini kurang sesuai kerana kurang dari segi kualiti gambar.

Setakat ini review dari saya. Handphone ini sudah menjadi kepunyaan saya dan sangat berpuas hati. Cuma part kualiti gambar... Suka lagi kualiti gambar dari model handphone kat bawah ni. huhuhu




Awatlah kamu bukan android. Haihh...
Sumber : allaboutsymbian.com






No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe