Saturday, July 27, 2013

Bersendiri

[Link]

Kadangkala ruangan untuk bersendiri itu penting,
ia adalah masa untuk mengenang masa kini dan masa silam,
dosa-dosa lampau...
supaya wujud rasa cepatnya masa berlalu,
tiba2 rasa dah tua rupanya aku,
esok lusa entah macam mana nasib aku,
banyak juga dah berubah aku ni...
berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Tetapi,
Kadangkala ruangan untuk bersendiri itu punya bahaya tersendiri,
tatkala rasa hampa dengan diri, hilang harapan,
terus menerus mengisi diri dengan perkara yang tidak berfaedah,
lalai dan terus lalai,
mengira usia masih panjang lagi.
merasa tidak mengapa kalau lalai hari ini.
kekosongan ini harus diisi terlebih dahulu.

sekiranya tatkala sedang lalai itu
ditakdirnya untuk bertemu sang ilahi,
apa yang bakal kamu bawakan?
movie2 itu?
lagu2 korea itu?
youtube itu?
facebook itu?

Bagaimana dengan solatmu?
awal waktu atau di akhir waktu?

Dimanakah Al-Quranmu?
Bagaimana dengan ibadah sunatmu?
Hafalanmu?
Orang sekelilingmu?
Sudah tertunaikah tanggungjawabmu?

Bersendiri itu boleh,
tetapi jagalah dirimu dari terjebak dengan perkara sia-sia
tiada siapa yang melihatmu.
tiada siapa.
hanya kamu, dirimu dan Dia.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe