Monday, July 08, 2013

Dilema Murabbi dan Mutarabbi

Selama iniku menyangka...
Murabbi itu harusnya baik2 belaka.
Ala-ala gaya manusia tidak pernah buat dosa.
Tetapiku lupa yang mereka juga manusia seperti aku.
kadang kala ada juga buat salah.
Yang bezanya mereka dan aku,
mereka lebih banyak beramal dariku dan lebih ilmu.
mereka lebih kuat melawan jahiliah berbanding aku.
Lagi Qawiylah katakan.

Selama iniku menyangka...
Murabbi itu harus sentiasa mendekati mutarabbi.
Menjadi teman akrab walau apa jua keadaan.
Bisa memahami mutarabbinya.
Apa jua masalah dan khabar berita dapat dikongsi.
Menjadi penasihat yang terbaik sekali buat mutarabbi.
Tetapiku lupa yang tidak semua murabbi dapat memahami mutarabbinya.
Adakalanya timbulnya konflik,
komunikasi terputus antara dua pihak.
membuatkan mutarabbi tidak merasai kepentingan kehadiran murabbi.

Selama iniku menyangka...
Murabbi hebat2 belaka.
Hebat dari ibadahnya mahupun tugasnya.
Amanah, bertanggungjawab, menepati waktu, menepati janji...
Tetapiku lupa lagi...
Mereka pasti pernah tersalah langkah.
Kadang kala buat silap.
kerna mereka juga manusia.
tidak sempurna.

Selama iniku menyangka...
Murabbi lain pasti mengenali mutarabbinya yang lain.
Tatkala bersua di program2.
Makan setalam bersama.
Berlaga pipi bersama.
Tetapi aku lupa.
Bukan aku sorang mutarabbi yang harus diingatinya.

[sumber]

Jadi....
Murabbi fungsinya hanya menunjuk jalan.
Mengingatkan kita apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dijauhkan.
Kerna kita sering lupa.
Sebagai manusia harus sentiasa ingat mengingati.

Usahlah mengira keburukan mereka.
Tiada yang sempurna didunia ini.
Mereka juga manusia biasa.

Berterima kasih buat murabbi anda
kerana telah bertungkus lumus menarik anda ke jalan kebenaran.
Mereka telah melaburkan masa dan tenaga untuk kita.
Bukalah hati anda untuk menerimanya seadanya.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe