Hari ini nak berkongsi cara nak tukar dari prepaid ke postpaid.
Pertama:
Pastikan sim kad itu atas nama anda sebagai pemiliknya. Jika sim kad itu atas nama orang lain, tidak kira atas nama ayah atau emak atau kakak atau nenek sekalipun silalah tukar nama hak milik sim kad itu kepada nama anda. Boleh nak suruh mereka tukarkan untuk anda tapi jika anda sudah bekerja malah boleh sara diri sebaiknya tukarlah hak milik itu. Nak elak berlaku kesulitan sedikit pada masa depan.
Senang sahaja nak tukar. Pergi Pusat Celcom yang berdekatan cakap nak tukar hak milik. Pastikan pemilik lama hadir sekali dengan anda. Nanti pemilik baru kena isi borang dan pemilik lama pula kena tandatangan surat pengakuan pindah milik. Dokumen tu sudah sedia ada kat sana cuma tinggal isi mana yang patut dan tandatangan. Setelah selesai isi, tunggu angka giliran untuk proses borang. Pastikan bawa sekali ic pemilik lama dan pemilik baru.
Kedua:
Pergi ke kaunter khas untuk pertukaran. Boleh tanya orang kaunter kalau tak tahu. Bila dah sampai ke kaunter khas tu cakap nak tukar prepaid ke postpaid. Nanti dia tanya nak tukar plan postpaid yang macam mana. Nak tahu plan mana sila semak kat laman web Celcom bahagian postpaid. Ada bayaran dikenakan. Kira macam wang pendahuluan untuk bulan pertama penggunaan untuk plan postpaid yang dipilih. Ada juga borang nak kena isi. Sekejap sahaja prosesnya. Orang kaunter tu juga ada beri penerangan tentang plan yang dipilih. Nak tanya apa2pun boleh masa tu. Pastikan tanya soalan yang berkaitan dengan plan yang dipilih.
Ketiga:
Tukar sim kad 4G
Step ni khas buat pengguna yang masih menggunakan sim kad 3G. Nak guna plan postpaid terkini kenalah guna sim kad 4G. Kiranya sim kad lama ni selalunya nombor bermula 013. Bagi mereka yang dah tukar sim kad atau memang dah beli sim kad 4G tak perlu lalui proses ni. Tiada bayaran dikenakan. Cara nak tukar hanya perlu ambil nombor, pergi kaunter setelah nombor dipanggil, isi borang dulu barulah dapat sim kad baru. Sim kad baru tu aktif selepas sim kad lama tak dapat digunakan. Macam mana nak tahu sim kad lama tak dapat digunakan? Bila tengok line jadi emergency call atau semak baki tak dapat. Prosesnya mengambil masa 24 jam. Kadang2 tu tak sampai 24 jam dah boleh guna sim kad baru.
Dengan melalui tiga proses ini, anda dapat menukar dari prepaid ke postpaid. Tak semestinya kena lalui tiga cara ni. Mungkin hanya perlukan satu cara sahaja.
Pasti pelik kenapa nak tukar ke postpaid. Bukan prepaid lagi jimat. Sayang pulak tu tukar plan. Antara sebab nak tukar ialah nak guna plan Celcom First Gold. Dengan hanya bayaran RM80 sebulan, anda dapat menikmati 5GB untuk weekday sebulan dan 1.25GB untuk every weekend. Yang lagi best call dan SMS unlimited. Baki internet yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan depan. Sesuai untuk pengguna internet tegar. Tak main dah internet burung hantu. Haha
Apelagi. Tukar sekarang.
Sis nak tanya, masa first nak register postpaid tu mmg dia ada kena bayaran apa2 ke?
ReplyDeleteAda. Bayaran utk langgan pakej prospaid yg anda pilih. Kiranya byrn utk bln pertama utk pakej prospaid.
Deleteno kita remain the same kan ? sim pun kena tukar ke macamtu
ReplyDeleteyup. no remain the same. Cuma tukar simcard sahaja
Deleteno remain the same kan ? sim perlu tukar baru ke .
ReplyDeleteyup. tak perlu tukar sim. no still sama
DeleteSalam sis..nak tanya..Ada beza tak 4g dgn 3g dari segi penggunaan kuota..??sebab saya pernah dgr 4g lg cepat mkn kuota
ReplyDeleteWsalam. Ada bezanya.
DeleteBetul 4g mkn kouta cepat sbb dia laju. Saya pun biasanya online guna 3g. Laju jugalah walaupun 3g. Cuma nak buka video lambat sikit
ok sis...makaseh utk infonya...sebab saya masih guna prepaid...buat panggilan sangat2 lah mahal..huhu
Deletetapi utk plan first gold, call dgn msg unlimited.
DeleteCuma kena berdisiplin ketika menggunakan internet.
Kena elakkan youtube dan download movie.
Nak tanya boleh ke nak tukar nama pemilik sim kad celcom pospaid? Nama asal sim kad adalah nama saya, dan nak tukar kepada nama isteri..boleh ke? Apa proses yg perlu buat
ReplyDeleteSaya ada kupas perkara ni dalam post diatas. Pastikan masa proses pertukaran nama, anda dan isteri anda hadir bersama. Just isi borang dan ikut arahan pegawai yang bertugas. Bawa IC.
DeleteKalau untuk pertukaran nama,penama asal jauh mcm mana ya?
ReplyDeleteBawak ic Penama lama boleh ke?
Yang tu kena minta kepastian kat kaunter yg berdekatan.
DeleteKirenye Klau kite nk buat plan postpaid ..pndaftaran mmng kna bayar full 80 lah ea
ReplyDeleteKena tengok dulu wang pendaftaran yang terkini.
DeleteTanya kaunter celcom untuk pengetahuan lanjut
Nak tnya, pertukaran nama tu dicaj apa2 tak?
ReplyDeleteMasa saya tukar dulu tidak dikenakan bayaran. Tapi tak pasti pula sekarang.
Deletekalau tukar nama utk prepaid ke nama lainlprepaid boleh jg ker
ReplyDeleteYang tu kena tanya khidmat pelanggan celcom.
DeleteBab ni saya tak pasti
Salam . nak tny , easyphone tu pakai postpaid kan .. tapi sy still pakai prepaid(lebih setahun).. Kalau sy nak tukar ke postpaid dlm masa sama sy nak beli easyphone tu .. Bayaran yg nk kene bayar tu untuk bulan pertama ke atau kne bayar untuk 2 bulan ?
ReplyDeleteWsalam, easyphone saya tak pernah try. Tak dapat nak bantu yang ni.
Deletehi sis nak tnya kan amik postpaid ni rm80 so dia akan hadkan eh kalau cam penggunaan kite tu. paham tk soklan saya?😅
ReplyDeleteAda kouta GB penggunaan. Kalau dah habis guna semua peruntukan GB, kena topup duit sendiri. Setiap bulan dia akan renew GB. Had penggunan tak had,jumlah GB je yang had.
DeleteHai
Deletesis.. nak tanya. ade certain phone je kan support sim kad 4g ? ke saya salah ?
ReplyDeleteyang ni saya tak sure. Mungkin ya dan mungkin tidak
DeleteNak tanye pakai postpaid dapat fon free ke..bayar bulan2 rm80
ReplyDeletekena semak kat telco yang offer telefon free
DeleteSis nak tnye ..kalau pakai postpaid dapat fon percume kee..bayar bulan2 rm 80
ReplyDeletekena semak kat telco yang offer telefon free
DeleteNak tanya kalau kita beli pelan data rm 50 dari prepaid tukar ke pospaid dia kena tunggu 24 jam ke macam mana untuk pelan tu diaktifkan?
ReplyDeleteKena tanya customer service. Yang saya tak pakar 😂😂😂.
DeleteSetahun kemudian baru reply. Bertuah betul
Hai....mcm mane nk tukar hak milik simkad kalo pemilik asal sudah meninggal dunia?? Tq
ReplyDeleteBagus soalan ni. Cukup setahun baru reply email 🤣🤣🤣
DeleteBukan email tapi chat 😀
DeleteKalau kita dah register line celcom tapi kita tertopup pulak line yang lama tu macam mana ye..
ReplyDeleteKena refer kat customer service.
DeleteMCM mna nak tukar prepaid ke postpaid?
ReplyDeletePergi ke celcom cube tanya cara nak tukar
DeleteLepas dah buat bayaran awal tu, kire takyah byr dah ke utk bil first month tu? Next month punya bil pulak ke baru bayar? And payment dia awal bulan ke hujung bulan eh? Haha banyak pulak tny
ReplyDeleteSusah juga soalan ni. Baik tanya kat customer service celcom. :D
Delete