Sunday, February 14, 2016

Ijazah bukan tiket emas untuk bergaji besar


Setuju dengan status ni.
Walaupun sepatutnya pemegang ijazah harus merasai hasil lumayan setelah penat lelah belajar bertahun-tahun namun harus diingatkan yang tujuan utama mendapat sekeping ijazah bukan hanya untuk mendapat pendapatan yang lumayan dan mendapat tempat kerja yang best. Tetapi tujuan utama adalah untuk melahirkan modal insan yang kental, berdaya saing dan matang. Itulah tujuannya.

Tak salah untuk mengidam malah impikan untuk mendapat tempat kerja yang bagus dan mahukan gaji yang lumayan namun jangan diperlekehkan mereka yang bekerja tidak setanding dengan kelulusannya.

Dalam pasaran kerja tiada istilah aku tahu semua. Tidak pun rasa aku dah belajar dah cara nak buat kerja ni dalam kelas masa kat uni malah kat sekolah. Tidak sama sekali. Hatta dapat kerja sama kelulusan pun. Semua bermula dengan bawah.

Apa yang lecturer ajar kat kelas tak guna pun masa kerja. Cuma pengalaman yang dapat masa belajar tulah yang berguna nanti. Pengalaman kena tolak proposal, pengalaman kena maki, pengalaman kena buat semula assignment, pengalaman bekerja bersama rakan sekelas untuk siapkan tugasan. Pengalaman nilah yang berguna.

Berdikari dan ada rasa nak majukan diri itulah elemen yang paling penting waktu kerja. Jujur dalam melaksanakan tugasan juga penting untuk melahirkan kepercayaan orang terhadap kita. Majikan hanya pandangkan sikap berbanding kelulusan. Kalau ada sikap baik dan bijak sudah dianggap bonus untuk diri anda dan juga syarikat.

Tetapi jangan pula lemah semangat bila tahu majikan hanya pentingkan sikap berbanding kelulusan. Sikap yang baik dan berpengetahuan luas harus berjalan seiringan. Barulah nampak modal insan yang ideal. Belajar untuk dapat ilmu dan kembang lagi minda.

P.s : Panjang pula membebel hari ni.
Aku faham perasaan bila bekerja tidak ikut kelulusan. Tambah bila ada orang duk perlekeh pula. Haha... Sabo jelah.

2 comments:

  1. Yup setuju jugak....pemegang ijazah better plan untuk jd usahawan lg best, kerja mkn gaji hanya sebagai pengalaman sahaja,..jgn kekal sampai pencen.

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe