Pengajaran yang saya dapat dari komik ni :
1- Nak pandai kenalah berguru dengan orang yang lebih pandai.
Belajar dari si pandai dan dapatkan tips darinya.
2- Nak skor bukan dengan menghafal 100% tanpa menghayati malah memahami ilmu yang dipelajari. Tetapi menghafal itu perlu tetapi menghafal dengan memahaminya sekali.
3- Matlamat perlu ada tidak kira matlamat jangka pendek atau jangka panjang.
Bila hidup tidak bermatlamat umpama hidup tiada tujuan.
Kita bersama-sama lalu bersama di jalan yang sama tetapi masing2 ada arah tuju masing2, bagi yang ada matlamat. Bagi yang tiada matlamat umpama lalu jalan yang sama tetapi tiada arah tuju.
Matlamat itu bergantung kepada individu dan berbeza dengan individu yang lain.
4- Fokus kepada urusan yang utama. Elak melayan hal remeh temeh.
Fokus utama ke sekolah adalah belajar.
Tidak kira belajar dalam kelas atau luar kelas.
Elak dari melayan gelodak jiwa remaja yang ingin berboyfriend atau bergirlfriend.
Nanti dah sampai masa (dah ada pekerjaan dan kewangan yang kukuh) tak perlu nak boyfriend atau girlfriend, kahwin terus dan hidup bersama sampai tua. Masa tu nak sweet2 atau nak bermanja-manja 24 jam pun takpe sebab dah halal. Jadi utamakan urusan yang penting dahlulu. Bila diberi kesempatan untuk belajar maka belajarlah. Jangan dipersia-siakan.
5- Sekolah itu sememangnya kilang memproses manusia demi memenuhi kehendak pasaran yang mahukan manusia yang cemerlang dari akademik sahaja. Tetapi dengan sekolah juga kita belajar untuk mengenali orang, berkawan, belajar benda baharu selain dari pelajaran wajib di sekolah. Ia bergantung kepada individu tersebut sama ada mahu mewarnai zaman persekolahannya dengan hanya belajar dan terus skor untuk menjadi robot berjaya atau mewarnai zaman persekolahannya bukan sekadar belajar tetapi ambil inisiatif sendiri untuk belajar kemahiran lain juga. Tetapi harus seimbang agar jangan ketinggalan terus pelajarannya.
4- Di sekolah, kita tidak diajar cara untuk mengurus wang, bagaimana nak kawal kehendak yang melampaui keperluan sendiri serta bagaimana nak survive dalam hidup lepas sekolah sehingga sampai masanya kita pergi. Kita bersekolah hanyalah untuk mendapat "kunci" dan "kunci" itu amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Kita bersekolah hanya untuk mendapatkan "alat" sahaja. Bagaimana nak gunakan itu ikut kita bagaimana nak guna. Dan mungkin dari pengalaman jatuh bangun atau melalui pemerhatian dapat memberi kita idea bagaimana nak guna "alat" itu atau dari nasihat ibu bapa (itupun kalau ibu bapa yang jenis suka kongsi falsafah hidup). Yang ni pengajaran tambahan dan tiada kaitan dengan komik tu. hehe
Itu semua adalah terserah kita. Mereka sudah sediakan platform atau tempat untuk kita menuntut ilmu. Jadi terserah kita untuk menjadi Robot atau Manusia. Ia atas diri kita untuk membentuk diri kita dan juga peranan ibu bapa juga untuk mencetus semangat serta dorongan buat anaknya untuk mencari sesuatu dalam dirinya. Mencari sesuatu bukan sekadar kebaikan hidup di dunia sahaja malah untuk meraih kebaikan hidup di alam seterusnya. Usahlah salahkan sistem. Sistem manusia sememangnya tidak sempurna. Kita seharusnya mengambil langkah sendiri dahulu jika mahu kelainan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Err, terserius pula post kali ni. Asalnya nak post pasal komik yang best tu, Misi Straight A. Komik tu best seller tuu. Komik tu adalah kompilasi komik yang pernah dikeluarkan terdahulu iaitu Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10 Plus. Dalam tu juga ada tips2 belajar oleh Afiq dan Nazri. Sesuai untuk bacaan umum termasuklah saya yang dah hampir 8 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Dah terlambat dah saya nak amalkan tips dalam komik tu. Mungkin untuk anak cucu kot bolehlah suruh mereka baca. :P Jadi bagi mereka yang masih bersekolah bolehlah baca komik tu. Atau bagi yang ada adik yang kurang motivasi nak belajar tu boleh kasi itu komik kat dia. Saya hadiahkan komik tu kat adik saya tapi saya pula yang habis baca dulu. Siapa sebenarnya yang nak sangat komik tu sekarang ni. kikiki. Adik saya baca juga akhirnya dan dia kata best.
Menariknya komik tu boleh jadi buku motivasi belajar. Satu transformasi menarik. Syabas buat penulis komik ni, Afiq dan Nazri. Harap lebih banyak lagi komik sebegini di pasaran kelak. Harus diingatkan yang ada siri finale komik iaitu Misi 10A finale yang tak termasuk dalam kompilasi komik tu. Pastikan belinya sekali. Jangan jadi macam saya bila balik rumah baru perasan. haha
Take calm and read comic like me. haha
thanks for sharing..baru trfikir nk hadiah smtg kat adik, tpi xtau nk bg apa..well komik ni pn blh..
ReplyDeleteyour welcome dan selamat membaca. hihi
Delete