Nak tengok komen pun lama
Apatah lagi nak publish komen.
Benda yang aku download tu lagi laju geraknya.
Tetiba terasa nak tukar modem.
Bye2 modem lama.
Hye2 modem baru.
Macam sama je rupa modem kat atas. Hehe
Kembar tapi berlainan hari pembelian dan tempoh penggunaan.
Fuhhh~~ lama dah tak update blog. Sebenarnya nak je update blog tetapi akibat dari kelembapan line internet maka terbantutlah semangat nak update blognya. Hari ini pun dapat update sebab tergerak nak tukar modem dan nak isi borang untuk apply kerja. Nasib baik ada modem lama yang tersimpan rapi dan masih boleh digunakan. Kalau mengharapkan modem yang selalu guna tu sampai sekarang nak buka page blogger pun tak dapat. Nampaknya modem tu dah kena pencen berkhidmat.
Sepanjang saya menyepi dari dunia blog ni, tiada apa yang menarik pun berlaku dalam hidup saya. Saya masih dalam pencarian kerja dan masih membuat part time sebagai guru tusyen. Syok juga jadi guru tusyen ni. Budak2 yang datang tu pun sememangnya budak nak belajar dan memang aktif bertanya. Apa yang saya ajar? Saya ajar subjek Akaun form 4 dan form 5 dan juga subjek Ekonomi Asas form 5. Subjek Akaun tu amatlah seronok mengajar sebab ia subjek kira-kira dan adalah faktanya juga. Saya bagi diorang latihan dan bincang soalan. Saya suka tanya soalan yang membuatkan mereka terfikir seketika. Belajar ini bukan setakat buat dan hafal tetapi kenalah faham kenapa. Tetapi subjek Ekonomi ini...... payahlah sikit nak mengajar. Memang kena tukar stail mengajar. Stail cikgu sorang je bercakap dan beri penerangan tu memang tak membantu pelajar. Dalam kelas Ekonomi juga saya banyak bertanya kepada pelajar dahulu untuk lihat sejauh mana kefahaman mereka. Dan kadang2 tu mereka bagi jawapan merepek jugak. Takpe saya faham mereka sebab saya pun dulu bekas pelajar dari sekolah yang mereka yang sedang belajar sekarang jadi tahu je lawak sengal mereka tu.
Selain itu, saya juga ada pergi Mega Careers & Study Fair 2015.
Hurm dah lepas untuk pembaca pergi. Tetapi jangan risau, Mega Careers & Study Fair akan diadakan lagi bulan Ogos tahun ni. Jadi anda masih ada peluang lagi. Macam mana saya tahu?
Saya tahu dari goodie bag semasa Mega Career Fair Ahad lalu.
Untuk masa yang terdekat ini, Karnival Jom Masuk U akan berlangsung 7-8 Mac 2015 bagi yang duduk kat kawasan Kuala Lumpur.
Double Klik untuk pembesaran.
Selain itu, Karnival pendidikan dan kerjaya Mara juga diadakan pada 7-8 Mac 2015 bagi yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur.
Double klik untuk pembesaran
Dua karnival pendidikan dalam satu masa. Hebat2.
Pilihlah yang mana satu rasa berkenan dihati.
Saya pernah sertai Karnival Jom Masuk U tahun 2009 dan saya rasa ia suatu program yang menarik tambah saya lagi blur nak pilih kursus dan universiti mana nak masuk masa tu. Masa tu terpikat nak masuk UiTM tambahan pula kursus Perakaunan yang ditawarkan juga dikatakan yang terbaik diantara universiti yang lain. Akhirnya saya di masukkan ke UIAM atas pilihan bapak saya. Haha. Saya dapat juga tawaran dari UiTM untuk kursus Perakaunan tetapi Diploma manakala UIAM dapat asasi dahulu dan terus boleh ambil Ijazah dalam kursus Perakaunan. Malangnya saya tidak lepas kelayakan untuk mengambil kursus Perakaunan pada peringkat Ijazah di UIAM dan akhinya saya dicampak ke dalam kursus Ekonomi. Menyesal? Nak buat macam mana. Dah rezeki kat tempat lain. Tetapi rezeki nak dapat kerja yang bagus tak sampai lagi. Mampu mencurahkan ilmu akaun dan ekonomi zaman purba kala dahulu kepada anak murid kelas tusyen. Takdalah purba kala. Adalah penambahbaikan sedikit.
Ok, saya dah melalut. Bagi sesiapa yang ada adik2 atau anda sendiri pelajar lepasan SPM atau STPM bolehlah sertai Karnival Jom Masuk U 2015 dan Karnival Pendidikan Mara 2015. Bagi yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur boleh semak poster di atas untuk mengetahui lokasi lain yang mungkin berdekatan dengan anda. Karnival ini sangatlah bagus dan inilah masanya untuk mengutip sebanyak mungkin info dan maklumat tentang kursus yang anda minati.
Sekian dari saya dan bertemu lagi pada entri akan datang,
P.s : Rasa nak tukar plan internet. Line DiGi dah semput.
haha.. kalo nk tukr modem, try la ANBxcess... xde limit quota cam unifi, bulan2 byar dlm RM100 je. hehe...
ReplyDeleteowh.. tgh cari keje ke? same la ngan sy.. cari keje smbil blaja nie ha..haha.. mmg ssh kn nk cr keje yg btul2 bidang kite? tp at least Bella jd cikgu tuisyen, that's good!
Yeke... Pertama kali mendengar pasal ANBxcess. boleh google ni.
Deletetgh cari kerja sekarang n memg susah nak cari kerja. Dah byk hantar resume tapi tak berbalas. Ramai agaknya yg hanter permohonan. Mungkin dah kena cari bidang kerja lain selain dari mengharap kerja makan gaji. huhu