Tuesday, January 06, 2015

Entry tahun baru - Resepi Kek Betik

Jadi, entry untuk permulaan tahun baru 2015 ni adalah tentang Resepi Kek Betik. Biasa orang mula lembaran tahun baru dengan wishlist tahun baru atau azam tahun baru. Paling kurang pun ucapan tahun baru. Tetapi saya mulakan tahun baru dengan kek betik. Haha... Sebenarnya banyak benda nak di tulis tetapi tak tertulis sebab kekangan masa tambah tiada sambungan internet. Bhahaha. Padahal memang takda idea nak tulis atau dengan kata lain malas nak tulis. Ok fine. Meh nak selit sikit azam tahun baru ni. Azamnya nak dapat kerja full time. Setakat ni dah rasa kerja kerani kat pusat tusyen sekejap (sebab tu tak sempat nak update blog :P) dan sekarang ni jadi guru tusyen pula. Dah ada pengalaman menjadi guru ganti maka yakinlah sikit nak mengajar. Dalam masa yang sama tengah dilema nak sambung belajar. Tapi rasa nak kerja. Tetiba rasa nak mengajar. Memang tengah dilema. Masalah betul. Baiklah. Tak perlu pening2. Jom layan resepi Kek Betik. Kek Betik ya bukan Kek Batik. Oleh kerana ada lebihan betik tak termakan maka jadilah kek betik.

Snap sikit

Bahan-Bahan
- 125 gram mentega
- 125 gram gula perang yang di blend halus 
(pakai gula kastor pun boleh. pakai gula biasa yang di blend halus pun boleh)
- 3 biji telur
- 200 gram betik (disagat)
- 5 sudu besar susu tepung 
- 125 gram tepung gandum
- 1/2 sudu besar baking powder
- kepingan badam

Cara membuat.
- Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan ringan
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
- Masukkan betik dan susu. Adunan dikacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali.
Masukkan sedikit demi sedikit sehingga selesai. Kemudian masukkan kepingan badam. 
- Tuangkan ke dalam acuan. Pastikan acuan itu ada lebihan ruang untuk adunan naik ketika bakar.
Sapukan mergerin kat acuan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-50 minit. Suhu dan tempoh masa masak bergantung pada jenis oven. Nak tahu kek tu masak dengan cara cucuk kek tu dengan garfu dan tengok tiada sisa tertinggal kat garfu tu.

Tada siap. Ada benda yang perlu dititik beratkan tentang betik. Kondisi yang sesuai betik untuk dibuat kek adalah betik yang kurang masak kerana kurang berair dan isinya keras. Betik yang kurang masak tetapi warna merah. Berbanding dengan betik yang masak, kondisinya berair dan lembik. Jadi, jika mahu buat kek dari betik yang masak harus dibuang airnya dan kurangkan mentega sebanyak 5 gram. Kadang2 betik ni boleh keluar minyak sendiri bila dimasak atas dapur mahupun di bakar. Sebab tu wujudnya produk sabun betik. Ngeh ngeh ngeh.

Selamat mencuba dan salam tahun baru.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Tidak lupa,
Takziah buat mangsa banjir. 
Jangan pernah menyerah untuk membina kehidupan baru.
Hidup itu sendiri sudah dikira rahmat yang tidak ternilai.

2 comments:

  1. Nak tgk gambar kek nya.. hihi

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe