Showing posts with label Makan aka Buah. Show all posts
Showing posts with label Makan aka Buah. Show all posts

Friday, November 20, 2020

Dim Sum yang enak

Anda mencari dim sum yang sedap dah buatan sendiri?




Sedap juga rasa dia. Rasa real dengan inti ikan, ayam, udang. Fresh sangat. Produk bumiputra. 


Antara menu yang ditawarkan :















So apa lagi. Jom order. 😁


Monday, May 01, 2017

Sedap ke Dubuyo?

Saya rasa enty ni pasti membuatkan peminat makanan korea bash saya. Haha
Itulah. Kena terima hakikat yang saya memang tekak kampung.
Hari ni dalam sejarah kononnya nak cuba makanan korea memandangkan restoran fastfood 3 serangkai (KFC,McD dan Pizza Hut) tiada di Sunway Putra, jadi apa salahnya mencuba kan. Agak pelik juga bila KFC & McD tiada di Sunway Putra. Haha. Kalau ada KFC, takdalah nak rasa makanan korea ni.

Jadi menu yang diorder hari ini :

Dol Sot Bibimbap - Meat

Spicy Seafood Ramyeon & Cheese Toppokki

Penilaian dari 1st impression, Dol Sot Bibimbap memang win dan nampak menyelerakan. Cuma Spicy Seafood Ramyeon & Cheese Toppokki memang out dari rupanya. Spicy Seafood Ramyeon tu ada 2 ekor udang dan 3 keping kepah yang bersemadi di dasar mangkuk tu. Haha.. Bersemadi tak tahan. Faham je kenapa dia letak udang dan kepah kat dasar mangkuk tu. Mungkin mereka nak udang dan kepah tu masak dalam mangkuk tu memandangkan kuah dia memang panas dan tak nak ramyeon tu kembang dalam kuah yang panas. Kiranya, mereka letak udang dan kepah dulu dan masak bersama kuah dan ramyeon bersama tauge dan kimchi letak masa nak angkat. Yang cheese Toppokki tu... Hurm... Saya bayangkan.... macam kat gambar bawah ni.


Tapi, yang dapat macam biasa. Tak banyak cheese. Mungkin saya salah kedai kot kalau nak rasa macam kat dalam gambar kat atas ni.

Penilaian dari segi rasa, Dol Sot Bibimbap memang sedap dan boleh diterima tekak. Cuma Spicy Seafood Ramyeon tu kuah dia tersangat masin. Masa makan tu rasa macam nak komplain sebab masin sangat tapi mungkin sebab makanan korea macam tu kot. Haha. Masa tengah makan memang panas hati jugaklah. Tengok pelanggan lain hirup kuah sedap je. Saya punya masin. Mungkin pelanggan lain order menu lain, jadi boleh hidup kuah dengan bahagianya. Adik order menu sama pun kuahnya memang rasa masin. Jadi kena tos dulu kuah dan lauk masa makan. Namun masih terasa kemasinan. Nanges. Tahap kepedasan, tiada. Sepatutnya dibuang perkataan Spicy tu. Mungkin makanan korea tak pedas kot. Haha. Cheese Toppokki pula boleh tahan rasanya. Boleh diterima. First time makan rice cake. Tapi kenapa rasa hapak rice cakenya? Mungkin rasa macam tu kot. 

Sedap ke Dubuyo? Saya baru rasa 3 menu ni jadi tak boleh nak kata yang makanan dia tak sedap. Mungkin ada menu yang lain sedap. Antara 3 menu yang diorder, Dol Sot Bibimbap yang sedap. Jadi, orderlah Dol Sot Bibimbap ye. Nak cuba kemasinan melampau, orderlah Spicy Seafood Ramyeon. 

Dari pemerhatian tengok menu yang pelanggan lain order, ramai yang order menu yang ada nasi. Mungkin menu yang ada nasi yang sedap kot. Mungkin sebab tengah hari jadi ramai yang order nasi. Hahaha. Rajin-rajinlah diri untuk semak menu di website ya ->https://www.dubuyo.com/

P/s : Nasi panas + Udang tumis cili api + labu air masak air lagi win rasanya. Memang lidah kampung. T_T

Tuesday, January 06, 2015

Entry tahun baru - Resepi Kek Betik

Jadi, entry untuk permulaan tahun baru 2015 ni adalah tentang Resepi Kek Betik. Biasa orang mula lembaran tahun baru dengan wishlist tahun baru atau azam tahun baru. Paling kurang pun ucapan tahun baru. Tetapi saya mulakan tahun baru dengan kek betik. Haha... Sebenarnya banyak benda nak di tulis tetapi tak tertulis sebab kekangan masa tambah tiada sambungan internet. Bhahaha. Padahal memang takda idea nak tulis atau dengan kata lain malas nak tulis. Ok fine. Meh nak selit sikit azam tahun baru ni. Azamnya nak dapat kerja full time. Setakat ni dah rasa kerja kerani kat pusat tusyen sekejap (sebab tu tak sempat nak update blog :P) dan sekarang ni jadi guru tusyen pula. Dah ada pengalaman menjadi guru ganti maka yakinlah sikit nak mengajar. Dalam masa yang sama tengah dilema nak sambung belajar. Tapi rasa nak kerja. Tetiba rasa nak mengajar. Memang tengah dilema. Masalah betul. Baiklah. Tak perlu pening2. Jom layan resepi Kek Betik. Kek Betik ya bukan Kek Batik. Oleh kerana ada lebihan betik tak termakan maka jadilah kek betik.

Snap sikit

Bahan-Bahan
- 125 gram mentega
- 125 gram gula perang yang di blend halus 
(pakai gula kastor pun boleh. pakai gula biasa yang di blend halus pun boleh)
- 3 biji telur
- 200 gram betik (disagat)
- 5 sudu besar susu tepung 
- 125 gram tepung gandum
- 1/2 sudu besar baking powder
- kepingan badam

Cara membuat.
- Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan ringan
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
- Masukkan betik dan susu. Adunan dikacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali.
Masukkan sedikit demi sedikit sehingga selesai. Kemudian masukkan kepingan badam. 
- Tuangkan ke dalam acuan. Pastikan acuan itu ada lebihan ruang untuk adunan naik ketika bakar.
Sapukan mergerin kat acuan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-50 minit. Suhu dan tempoh masa masak bergantung pada jenis oven. Nak tahu kek tu masak dengan cara cucuk kek tu dengan garfu dan tengok tiada sisa tertinggal kat garfu tu.

Tada siap. Ada benda yang perlu dititik beratkan tentang betik. Kondisi yang sesuai betik untuk dibuat kek adalah betik yang kurang masak kerana kurang berair dan isinya keras. Betik yang kurang masak tetapi warna merah. Berbanding dengan betik yang masak, kondisinya berair dan lembik. Jadi, jika mahu buat kek dari betik yang masak harus dibuang airnya dan kurangkan mentega sebanyak 5 gram. Kadang2 betik ni boleh keluar minyak sendiri bila dimasak atas dapur mahupun di bakar. Sebab tu wujudnya produk sabun betik. Ngeh ngeh ngeh.

Selamat mencuba dan salam tahun baru.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Tidak lupa,
Takziah buat mangsa banjir. 
Jangan pernah menyerah untuk membina kehidupan baru.
Hidup itu sendiri sudah dikira rahmat yang tidak ternilai.

Thursday, December 11, 2014

Ketam oh Ketam... Tips membeli ketam.


Sedapnya ketam.
Biasanya ketam ni dimasak lemak cili api atau kari kalau kat rumahlah.
Lemak cili api yang kaw kaw. Santan pekat dan cili api yang banyak.
Memang nikmat.

Ada pula menu baru...

[sumber]
meggi ketam

Haha.. Takdalah baru sangat. Saya baru pertama kali mendengarnya. Ketinggalan betul. Mungkin boleh disyorkan kat bapak untuk cuba masak menu ni kat rumah. Resepi pun dah ada. Boleh cuba resepi dari mat gebu [Link]. 

Berbalik kepada point utama iaitu tips nak membeli ketam, sebenarnya ada waktu tertentu nak beli ketam ni. Ada seorang hamba Allah ni dia bagi tips yang kalau nak beli ketam yang isinya banyak baik beli waktu tengah2 bulan mengikut kalendar lunar (kalendar kitaran bulan). Kerana ketika ini makanan ketam tengah banyak dan ketam tengah sibuk mencari makanan. Waktu ni isi ketam jadi banyak. Jadi bila isi ketam banyak, Harga pun mahal sikit sebab berat. Walaupun mahal tetapi berbaloi sebab isi ketam banyak dan puas untuk menikmatinya.

Nak lebih puas makan ketam? Belilah waktu tengah2 bulan mengambang dan keatas.

P/s : Sekarang ni mesti ketam tengah kekenyangan. Hohoho

Saturday, June 30, 2012

Ayam masak cekur

Kesinambungan cerita roomateku yang suka masak [Rujuk link ni], teringat nak share resepi turun temurun dari keluarga sendiri. Turun temurunlah sangat. Nak share ni bukan apa. Untuk rujukan di masa hadapan. Si penulis ni agak pelupa sikit. Nanti boleh dirujuk kembali kelak... hehe

Gambar hiasan. Lebih kurang macam ni rupanya.[sumber]

Emak cerita yang embah buat pertama kalinya memperkenalkan lauk Ayam masak cekur di rumah.
Emak begitu teruja menceritakan kat anaknya tentang resepi ini.
Bahan-bahan dia senang je.
Ubi cekur dengan cili api.
Ayam seekor dan santan segar...

Biasanya embah selalu buat, ayam dipanggang dulu. Sambil menunggu ayam masak, ubi cekur dan cili api ditumbuk bersama dan di kacau sekali dengan santan segar yang baru diperah dari kelapa segar. Taruk garam sikit biar rasa lemak2 sikit. Bila ayam dah siap masak, kuah santan tadi yang dicampur dengan cekur dan cili api akan dituangkan diatas ayam. Dah siap. Senangkan.

Emak pula menukar cara masakan tadi mengikut kesesuaian bahan.
Sekarang mana nak cari santan segar. Nak pakai menu versi embah kenalah pakai santan dari kelapa yang baru dipetik dari pohon kelapa. Nak buat boleh, tunggu pokok kelapa tumbuh belakang rumah. hehe

Resepi ayam masak cekur versi emak.
Bahan-bahannya.
Ubi cekur, cili api, santan kotak dan sedikit garam.
Ayam seekor.

Cara-caranya.
Ubi cekur ditumbuk bersama cili api. Kemudian dimasukkan bersama santan kotak dan sedikit garam. Panaskan seketika untuk sebatikan bahan. Kemudian bahan tadi di lumurkan kat ayam dan dipanggang. Bila dah masak terus hidang dan makan. Oyeah.

Family bella kalau bab cekur dan cili api memang sinonim. Emak yang tak makan cili api pun terikut makan cili api jugak. Masakan lain yang menggunakan cekur biasanya digunakan untuk buat pecal, ikan keli masak lemak cekur dan ikan susu masak lemak cekur. Semuanya berkaitan dengan cekur. Haish.. Nak kena korek resepi lagi kat embah. Resepi dia menarik, jarang dijumpai dan sedap.

P/s : Resepi ayam masak cekur versi bella? Aku nak try resepi embah dulu. Nak cuba rasa kesedapan santan mentah. hehe

Monday, September 05, 2011

Rojak mamak

Opss... Sepatutnya tajuk entry kali ni rojak versi Bapak Bella... Entahlah. Hari ni bapak aku suruh aku buat macam2 kat dapur. Tolong dia buat rojak. Hehe.

Mula2 buat kuah dulu.
(aku tengok bapak aku start buat kuah dulu)

Bahan-Bahan dia :
Kicap, kacang kisar, sos cili, cili kering, minyak dan air secukupnya.
Campur semua, api perlahan dan tunggu adunan tadi masak.
Kacang yang dah dikisar kalau dah masak, dia akan terapung.
Kalau kacang mendap kat bawah lagi tu kira tak masak lagi la tu.

Sambil tunggu kuah masak, aku diberi tugas untuk kerjakan udang.
Bapak aku suruh kopek kulit udang. First time aku kopek kulit udang. Sebelum ni aku tolong buang kepala udang je. Cara-cara nak kopek kulit udang... (ilham setelah berjam-jam duduk kopek kulit udang)

Yang no 2 ni kena kopek dari atas ke bawah.

Nak kopek tu kena hati-hati sikit kang hancur pula isi udang tu.


Lepas dah siap kopek tu, aku diberi tugasan untuk buat cucur udang. Alamak... Macam mana nak buat cucur udang? Bapak aku bagilah arahan so aku ikut jelah arahan dia.


Bahan-Bahan :
Udang dipotong 3, telur 4biji, tepung gandum setengah peket, tepung kentucky 5 sudu dan air secukupnya. Campur semua dan gaul sehingga sebati. Tepungnya biar cair sikit. Kemudian goreng.
Jadilah macam....


Erk.. Lebih kurang macam ni lah. Bapak aku cakap kalau cucur udang mamak tak segelap macam kuah rojak dia, orang tak beli tau. So kena garing sikit. Tapi bukan sampai hangit tau.

Setelah itu, kena rebus telur, tauhu digoreng, kopek timun dan sengkuang serta celur tauge dan mee kuning.

Tadaa.. Jadilah rojak.

P/s : Resepi dari bapak. Aku pulak tak katam lagi belajar buat pecal. Itulah, masa embah dan makcik2 sibuk kat dapur aku entah pergi melayang kat mana. Hari tu makcik ada ajar nak buat mee rebus johor. Adeh... Dah lupe... Hurm...

Saturday, September 03, 2011

Pulasan

Aku baru tahu nama buah kat bawah ni Pulasan. First time makan. Selalunya rambutan. Tapi tak berapa suka sangat dengan rambutan.




Makcik aku boleh pulak cakap nama buah ni Pulasan sebab masa nak makan buah ni kena pulas kulit dia baru dapat isi buah ni. So jadilah...
Pulas = Pulasan

Menarik jugak tu. Tengok pulasan ni macam durian kecil yang berwarna merah. Cuma bulu dia tak tajam je.
Subhanallah. Indah sungguh ciptaan-Nya.

Friday, September 02, 2011

Tapai

Siapa kat sini pernah tengok tapai? Pernah makan? Sedap tak?
Jap, korang tahu tak tapai tu apa?

Tapai ada 2 jenis iaitu Tapai Pulut dengan Tapai Ubi. 
Bahan-bahan untuk buat tapai :

Pulut - dikukus

Ragi Tapai

Dua bahan ini digaul rata sehingga sebati. Setelah itu dibungkus dengan daun pisang atau diletak dalam bekas plastik. Terdapat pantang larang dalam memakan tapai iaitu mereka yang demam tidak boleh makan tapai. Mengigil satu badan dibuatnya. Mereka yang makan ubat juga tidak digalakkan makan tapai. Tapai juga tidak boleh disimpan lama. Tapai tu kalau disimpan lama akan berubah menjadi arak.

P/s : Rugi betul tak makan tapai banyak2 kat kampung.  Alahai...

Wednesday, August 03, 2011

Sayur Ranti / Meranti

Sebelum tu, pernah dengar tak sayur ranti / meranti?
Mula2 dengar... benda kat bawah ni yang aku duk bayangkan...


Pokok meranti... Tinggi giler...
Takkan orang buat ulam dengan pokok ni???

Takla...
Kat bawah ni sayur ranti / meranti.


Cara nak kenal sayur ni : mesti ada bunga putih + ada buah hijau.


Biasanya ambil daun sahaja untuk dimasak.
Sayur ni boleh dimasak lemak, tumis dengan cili api pun ada.

Nak tengok lagi sekali?


P/s : Dapat kenal sayur baru la hari ini. ^_^

Thursday, July 28, 2011

Ini namanya Leek


Inilah dia Leek.
Nampak beso benor batang dengan daunnya.

Biasa yang kita tengok dan dimasukkan dalam masakan terutama sup :

Ini namanya Chinese Leek.
Daun dan batang dia lebih kecil dari Leek.

Leek tu apa ek? Ada maksud lebih detail dan kenapa namanya Leek?
En Consise Oxford English Dictionary (11 edition) memberi maksud :
leek 
n noun a plant related to the onion, with flat overlapping leaves forming an elongated cylindrical bulb which together with the leaf bases is eaten as a vegetable. [Allium porrum.] 

Leek = Daun bawang 

P/s : Sekarang saya sudah tahu. Bagaimana dengan anda?

Saturday, July 23, 2011

Apakah itu rumput tiruan?

Tak sangkakan. Rumput pun ada rumput tiruan.
Jom tengok macam mana rupa rumput tiruan ni.
Aku pun tak pernah tengok.
Yang boleh aku bayangkan rumput mainan... Macam mana tu?
Jom tengok gambar dulu.



Rumput ini diperbuat dari bahan synthetic (synthetic fibre). Kira diperbuat dari bahan berasaskan plastic juga.Mereka mengunakan rumput ini sebagai perhiasan di taman2 dan banyak digunakan di padang serta di stadium. Sebab utama kenapa mereka lebih rela membeli rumput ini berbanding membela rumput kerana lebih mudah dijaga dan tak perlu pening2 kepala memikirkan rumput tak subur di padang.

P/s : Agak2 kenapa saya tiba2 mahu menulis pasal rumput tiruan ni?
Gara2 melihat perlawanan bola tadi (Malaysia lawan Singapura). Terdengar pula yang stadium Singapura mengunakan rumput tiruan kat padang tersebut. Aku yang buta sukan memang pertama kali mendengarnya. Sebab tu saya cari dan tulis disini... Rasa perlu ke saya bagi tahu kenapa???

Wednesday, July 20, 2011

Gambir

Gambir adalah sejenis getah yang dikeringkan yang berasal dari ekstrak remasan daun dan ranting tumbuhan bernama sama (Uncaria gambirRoxb.). Di Indonesia gambir pada umumnya digunakan pada menyirih. Kegunaan yang lebih penting adalah sebagai bahan penyamak kulit dan pewarna. Gambir juga mengandung katekin (catechin), suatu bahan alami yang bersifat antioksidan. India mengimpor 68% gambir dari Indonesia, dan menggunakannya sebagai bahan campuran menyirih.


Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir, biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China. Tumbuhan menjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya berwarna kuning dengan kandungan utama herba tersebut adalah tannin yang mempunyai astrigen. Sejak berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit. Malah dalam salah sebuah laman web, masyarakat Cina purba dinyatakan mempercayai tumbuhan tersebut bagi digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.
Koeh-275.jpg
Gambir dihasilkan pula dari tumbuhan U. acida.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/ , http://id.wikipedia.org/wiki/

Sunday, July 17, 2011

Ikan mayong

Siapa kat sini tahu ikan mayong angkat tangan dalam hati...
Hohoho...
Siapa yang tak tahu tu mari la tengok sini...



Apa yang kita lihat, ikan ni kepala dia macam ikan keli tapi badannya macam ikan patin.

Nak tahu apa yang orang buat dengan ikan ni.
Semestinya masak...
Biasa orang goreng, masak asam pedas dan kari.


Mak saya cakap ikan ni berbau. Betul ke?

Thursday, July 07, 2011

Cara buat kulit popia...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca.

Hari ini nak cerita pasa cara nak buat KULIT popia. Bukan buat popia tau. Baru dapat tugasan tadi. Hehehe...
Kena cari cara buat kulit popia kat internet. Ni la masanya untuk mengunakan internet sebaik-baiknya... Jom lihat macam mana nak buat kulit popia :

Credit to : http://resepimama.blogspot.com/

1- Versi pertama
Bahan-bahanya
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml air
1/2 camb minyak

Cara-caranya
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

2- Versi kedua
Bahan-bahannya
300 g tepung gandum, diayak
½ camt garam½ camt cuka
230-250 ml air
1 biji putih telur, dipukul sedikit

Cara-caranya
Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk.

Dalam jag kecil, campurkan cuka dan air.
Buatkan lubang di tengah tepung, tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur).
Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut ‘kelembapan’ tepung).
Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam.
Panaskan kuali leper yg tebal (heavy-based, non-stick pan), cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali.
Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini ‘bergetah’. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya!
Bila kulit popia kelihatan ‘kering’, angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yg seterusnya.

3- Versi ketiga versi popia basah
Bahan-bahannya
Air
Sedikit garam
Tepung gandum

Cara-caranya
Gaulkan semua hingga sebati.Jgn terlalu cair dan terlalu pekat..
Panaskan kuali dgn api sederhana(jgn letak minyak).
Dgn mgunakan tgn,ambil sedikit tepung,tenyehkan atas kuali.Kulit popia tu jgn msk terlalu lama..nanti keras

Selamat mencuba...
Kata orang kalau kulit popia dibuat sendiri lagi sedap dari yang sudah siap.

Assignment accomplish...