Saturday, June 30, 2012

Ayam masak cekur

Kesinambungan cerita roomateku yang suka masak [Rujuk link ni], teringat nak share resepi turun temurun dari keluarga sendiri. Turun temurunlah sangat. Nak share ni bukan apa. Untuk rujukan di masa hadapan. Si penulis ni agak pelupa sikit. Nanti boleh dirujuk kembali kelak... hehe

Gambar hiasan. Lebih kurang macam ni rupanya.[sumber]

Emak cerita yang embah buat pertama kalinya memperkenalkan lauk Ayam masak cekur di rumah.
Emak begitu teruja menceritakan kat anaknya tentang resepi ini.
Bahan-bahan dia senang je.
Ubi cekur dengan cili api.
Ayam seekor dan santan segar...

Biasanya embah selalu buat, ayam dipanggang dulu. Sambil menunggu ayam masak, ubi cekur dan cili api ditumbuk bersama dan di kacau sekali dengan santan segar yang baru diperah dari kelapa segar. Taruk garam sikit biar rasa lemak2 sikit. Bila ayam dah siap masak, kuah santan tadi yang dicampur dengan cekur dan cili api akan dituangkan diatas ayam. Dah siap. Senangkan.

Emak pula menukar cara masakan tadi mengikut kesesuaian bahan.
Sekarang mana nak cari santan segar. Nak pakai menu versi embah kenalah pakai santan dari kelapa yang baru dipetik dari pohon kelapa. Nak buat boleh, tunggu pokok kelapa tumbuh belakang rumah. hehe

Resepi ayam masak cekur versi emak.
Bahan-bahannya.
Ubi cekur, cili api, santan kotak dan sedikit garam.
Ayam seekor.

Cara-caranya.
Ubi cekur ditumbuk bersama cili api. Kemudian dimasukkan bersama santan kotak dan sedikit garam. Panaskan seketika untuk sebatikan bahan. Kemudian bahan tadi di lumurkan kat ayam dan dipanggang. Bila dah masak terus hidang dan makan. Oyeah.

Family bella kalau bab cekur dan cili api memang sinonim. Emak yang tak makan cili api pun terikut makan cili api jugak. Masakan lain yang menggunakan cekur biasanya digunakan untuk buat pecal, ikan keli masak lemak cekur dan ikan susu masak lemak cekur. Semuanya berkaitan dengan cekur. Haish.. Nak kena korek resepi lagi kat embah. Resepi dia menarik, jarang dijumpai dan sedap.

P/s : Resepi ayam masak cekur versi bella? Aku nak try resepi embah dulu. Nak cuba rasa kesedapan santan mentah. hehe

2 comments:

  1. Memang resepi org jawa mcm ni. Rindu plak kt arwah embah.... lg2 keli lemak cekur. Bella korek byk2 ye kng kongsi resepi tu dgn akk ye.

    ReplyDelete
  2. Yeke... Owh... baru tahu...
    Nanti korek lagi banyak2 kat embah pastu share kat sini.. hehe

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe