Friday, June 29, 2012

Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?


Setiap kali aku bangun tidur, aku tanya diriku sendiri...
Apa aku nak buat sepanjang hari ini?
Tambah waktu short semester.
Kelas pun cancel.
Nak study, buku pun takda lagi.
Kawan2 pasti tengah sibuk ke kelas.
Last2, aku ambil keputusan untuk meneruskan lagi tidurku.



Tiba-tiba aku teringat kata2 seorang sister...
Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri :
" Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini ? "
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

" Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat. "


Aku tersentak dengan kata-kata itu...
Betul juga kata-kata sister tu...
Allah bagi aku peluang untuk hidup supaya aku dapat bertaubat...
Dosaku kan banyak... Kenapa aku boleh senang lenang...
Bukan sepatutnya orang yang banyak dosa tu diibaratkan orang yang banyak hutang
Bila hutang banyak hidup pun jadi tak senang...
Astaghfirullah al azim...

P/s : Aku kena guna hari2 yang Allah bagi untuk buat kebaikan dan tebus dosa aku.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe