Ketika di kampus, banyak juga pengisian jiwa dapat dibuat dengan aman dan tenteram. Boleh baca Al-Quran. Sentiasa termotivasi untuk solat awal. Bersemangat nak baca bahan bacaan ilmiah. Dapat pergi program pengisian rohani, sertai bulatan gembira tanpa sebarang halangan. Dikelilingi dengan kawan2 yang baik. Setiap kebaikan mereka membuatkan aku termotivasi untuk menjadi lebih baik. Apa yang berlaku di kampus telah mematangkan aku dan membuatkan aku lebih berdikari.
Tetapi bila dah berada di rumah, semuanya hilang. Dek kelekaan, aku melambatkan semua rutin yang selalu aku buat di kampus. Kadang kala aku menyalahkan diri. Mengapa kamu jadi begini. Bukankah dulu kamu begitu rajin membuat itu membuat ini. Aku di rumah umpama orang asing. Hanya aku yang miliki kesedaran. Adik2ku, masih hanyut. Seperti aku ketika dulu, sering bergelumang dengan hiburan dan hal dunia. Di rumah punya game, televisyen, radio. Itulah object2 yang menjadi kesukaanku di waktu masa dahulu. Mendengar lagu yang melalaikan. Bermain game sampai melewatkan solat. Sanggup menunggu cerita yang digemari di televisyen tapi tidak pula sanggup tunggu waktu untuk solat. Sekarang adikku pula. Aku kena mulakan langkah, tapi kadang kala aku tersungkur. Aku terjebak dengan benda kesukaan itu juga. Ada kalanya hati ini rasa sakit melihat adikku begitu lalai. Aku hanya mampu membenci tapi tak mampu mengubahnya. Aku hanya mampu untuk menjaga diriku sendiri. Aku hanya mampu berdoa... " Ya Allah, selamatkan aku dari godaan dunia, selamatkan aku dari melupakan kamu dek keseronokan dunia... Kuatkan daku menghadapi dugaan ini"
Sebab itu tiap kali aku cuti semester, aku risau. Aku risau aku hanyut. Aku tak mahu hanyut. Bagaimana nak tolong masyarakat yang semakin sakit di luar sana jika bila berada di rumah aku tak kuat dengan godaan. Aku kena mulakan dari rumah. Ajak mereka perlahan-lahan. Jadikan mereka kawan. Bila sudah berkawan, curahan hati akan lebih mudah terlaksana. Lebih mudah juga menyentuh hati mereka dengan nasihat. Aku harus guna cara halus dan bukan secara paksaan. Ya, aku boleh buat. Tapi aku kena kuat. Ya Allah, kuatkan hambaMu yang lemah lagi hina ini. Amin ya rabb al alamin.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe