Tuesday, June 05, 2012

Dosa itu mengoncangkan hati

Setiap hari pasti pernah buat dosa bukan. Sama ada dosa kecil mahupun dosa besar. Jika kita rasa kita tak pernah buat dosa, itu bukan manusia sebenarnya. Setiap manusia pasti pernah buat dosa sama ada kita membuatnya secara sedar ataupun tidak. Lagipula, manusia disinonimkan dengan sikap pelupa. Manusia sentiasa lupa. Bila pernah buat salah dengan orang lain, orang itu akan insaf sebentar. Tidak lama kemudian, orang itu kembali melakukan dosa kembali. Itulah manusia.

Ibn Mas'ud berkata : "Dosa itu mengoncangkan hati" Apabila kita melakukan dosa,hati kita sentiasa berada di dalam keadaan berdebar, bergetar , gelisah , cemas , takut , bimbang dilihat atau diceritakan oleh orang lain. 

Jika kita mahu hilangkan semua dosa-dosa kita, kita wajib bertaubat! 
Bila sudah bertaubat, berusaha supaya kita tak ulangi perbuatan yang sama lagi.

Dengan itu, marilah kita mengamalkan bacaan penghulu istighfar dibawah ini serta hayatilah makna di sebaliknya. Moga-moga dengan beristighfar, membuatkan keinginan untuk menambah dosa itu berkurangan dan sentiasa mengingati Allah. Dengan mengingati Allah, kita tahu yang Allah melihat kita (nampak apa yang kita buat) dan Allah mengetahui (Dia tahu apa isi hati kita dan dapat baca fikiran kita). Renung-renungkanlah.

Gambar ini didapati di facebook.


P/s : Peringatan buat diriku juga... Astaghfirullah al-azim

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe