Setiap hari pasti kita pernah buat dosa kan. Sama ada kita sedar atau tidak sedar kita pasti akan melakukannya. Kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa buat silap. Jangan bersedih hati dengan kesilapan yang kita lakukan. Jadikan kesilapan kita itu sebagai pengajaran supaya di hari esok kita tidak ulanginya lagi. Dan jangan lupa bertaubat dengan bersungguh-sungguh dengan menyesali kesilapan kita beserta berazam dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Jika buat salah sesama manusia, jangan ditangguh-tangguh untuk meminta maaf. Berbuat salah dengan Allah lebih senang untuk meminta maaf dengan hanya bertaubat dan meminta ampun dariNya tetapi jika kita berbuat salah sesama manusia, kita kena jumpa dia, cerita balik kesalahan yang kita lakukan dan meminta maaf darinya. Jika kita bertangguh, nanti kelak kita tak tahu yang esok kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi ataupun tidak.
Kata2 di poster di atas di ambil dari facebook. Saya ambil kata2 dan ubahnya menjadi poster bermesej supaya nampak lebih menarik. (menarik ke?) Bila direnung kembali kata2 tersebut, andai katalah dosa kita sememangnya berbau. Secara lazimnya orang akan mencari sesuatu untuk menutup bau tersebut supaya tidak dihidu oleh orang lain. Sebab itulah produk deodorant sangatlah hangat di pasaran masa kini. Erk... Jadi untuk menutup bau dosa yang melekat kat badan ini, kita perlukan sesuatu untuk menanggalkannya. Apakah dia? Banyak menginggati Allah dan sentiasa beristighfar atas kesilapan yang kita lakukan. Bukan itu sahaja, kita perlu bertaubat dan berhenti mengulangi kesilapan yang sama. Dan tidak lupa juga, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah supaya hati kita tidak cenderung mengarahkan jasad kita melakukan sesuatu yang tidak elok dek terikut dengan nasihat nafsu.
Apa2pun, kata2 diatas ini boleh diamalkan sebagai peringatan buat kita.
P/s : Boleh juga download gambar diatas untuk dijadikan wallpaper.
[Klik sini] untuk download
[Klik sini] untuk download
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe