Credit to Goole Image. |
Kadang2 aku memikiri masa depanku sendiri. Aku tak tahu apa aku nak buat untuk diriku, keluargaku, masyarakatku, negaraku.
Aku tahu, tujuanku hidup di dunia ini untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah.
Tetapi, aku dalam dilema. Aku tak tahu nak jadi apa lepas aku habis belajar nanti. Aku kejar pointer tinggi sebab nak tukarkan ptptn kepada biasiswa. Selain itu, nak cabar diri aku sendiri juga. Aku nak kejar pointer sebab nak tunjukkan yang aku berjaya ke tidak kuasai subject yang aku sedang pelajari sekarang ini. Nampak macam kurang sesuai untuk mengukur tahap kefahaman dan penguasaan ilmu melalui pointer tapi itu sahaja penilaian yang ada untuk menilai tahap penguasaan subject.
Lepas habis degree ingat nak sambung master. Master in Economics. Hurm... Tapi tak terasa pula nak kerja di bidang yang berkaitan dengan Economy. Aku akui, belajar Economy memang seronok tapi untuk bekerja dalam bidang itu rasanya kurang sesuai dengan naluri aku. Aku suka edit majalah dan menyusun atur artikel. Aku juga suka buat poster dan melukis. Nampak pelik betul. Boleh pula budak Economy minat benda2 yang berkaitan dengan editor dan design poster. Kadang2 ada juga terasa nak kerja kat bahagian editor sebab benda tu yang aku minat. Hoho
Aku juga keliru. Aku tahu masyarakat sekarang dah sakit. Aku juga sedang ikuti usrah. Tengah2 aku mengikuti usrah untuk perbaiki diri aku, dalam masa yang sama aku rasa bersemangat nak ubah masyarakat sekarang. Terasa juga nak tolong mereka. Tapi aku rasa diri aku tak layak. Aku kurang bab berkomunikasi tapi aku pakar dalam bab mendengar. Bila aku berada dikelompok ramai orang, aku lebih memilih untuk diam, fikir dan jika perlu untuk aku mengutarakan pendapat aku akan utara. Dan selalunya tidak semua mahu dengar pendapat aku. Dengan itu, aku pilih untuk diamkan diri terus dan terus mendengar serta jadi pemerhati dari jauh. Sebab itu masa exam Muet atau interview, aku memang kurang gemar discussion dalam group. Bila aku berada dalam group, aku akan senyap. Aku juga lebih selesa menulis untuk mengutarakan pendapat aku dari menyatakan di khayalak ramai. Kerna, orang akan baca dulu penulisan aku dan kritik kemudian. Jika aku mengutarakan idea aku dahulu dikhayalak ramai, aku punya 2 situasi. Mungkin mereka mendengar dengan penuh sabar sebelum kritik ataupun mereka tidak mendengar sampai habis dan terus potong cakap aku.
Aku juga terfikir. Aku sekarang dah melangkau umur 20-an. Kebanyakkan orang yang sebaya aku pasti fikir nak kahwin dan ada yang kahwin serta dikurniakan cahaya mata. Tipulah kalau aku tak ada keinginan nak berkahwin. Dah adat dan fitrah manusia begitu. Aku fikir bila dah khawin pasti banyak tanggungjawab. Kena kesefahaman. Jika tidak, timbullah pergaduhan. Selain itu, kena ada perancangan rapi dari segi emosi, kewangan dan ilmu. Aku juga kena persiapkan diri aku juga. Kena baiki tingkah laku yang masih tak betul dan belajar skill2 yang diperlukan. Aku banyak belajar dari bapak dan mak. Kita berkahwin bukan sehari dua tapi berpuluh-puluh tahun. Agaknya macam mana pasangan kita ek. Hidup bersama berpuluh-puluh tahun. Pasti macam2 yang berlaku dan hadapi bersama. Samalah macam bapak dan mak. Kadang2 timbul juga rasa tak yakin nak kahwin. Risau diri ini masih tidak cukup matang untuk kendalikan hal2 keluarga. Walaupun aku yang paling tua dan banyak juga aku pelajari dari bapak dan mak tetapi kadang kala timbul juga rasa kurang yakin.
Banyak juga benda yang aku fikirkan. Itu baru pasal masa depan. Belum cerita yang sekarang.
Itulah kehidupan. Aku suka satu quote dari bapak aku sendiri. Dia selalu kata jadi dewasa ni bukannya senang. Semua benda nak difikirkan. Jadi budak bawah 5 tahun sangatlah best. Kerjanya makan, main, tidur. Takda nak pening2 fikir duit, kahwin, belajar, kerja. Jadi aku sekarang dah besar dan bukan budak 5 tahun lagi. Walaupun apa yang terjadi, nak kerja ke, nak study ke, nak kahwin ke, yang penting kita buat semua itu sebaik mungkin. Jadilah pekerja terbaik bila sampai seru untuk kerja, jadilah pelajar terbaik ketika masih di alam pembelajaran dan jadilah pasangan terbaik bila dah berkahwin nanti. Yang penting kita tak sakiti orang, jauh dari benda2 yang haram dan hubungan kita dengan Allah kenalah sentiasa jaga.
P/s : Harap aku tidak lagi gusar memikir masa depanku sehingga aku melupakan situasi diriku sekarang.
Aku masih belajar dan buatlah cara orang nak belajar. Akan datang kita tidak tahu. Jadilah terbaik buat masa sekarang insyaAllah masa hadapan juga pasti terbaik.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe