Saturday, June 09, 2012

Skip Beat aka Hua Li De Tiao Zhan


Credit to Google Image




Gambar diatas itu berkenaan dengan cerita Skip beat atau dengan nama lain Hua Li De Tiao Zhan . Cerita ni tengah dimainkan di televisyen sekarang. Hurm, aku minat ke cerita ni? Tak pun. Cuma pelik sebab 2 ahli kumpulan Super Junior berlakon bersama dalam cerita ni. 2 penyanyi korea berlakon dalam cerita taiwan dan bercakap dalam bahasa taiwan juga. Wah, sangat menarik. Yang lagi best tentang Skip beat ni, cerita ini diadaptasi dari komik jepun yang bertajuk Skip beat jugak. Jalan cerita lebih kurang sama (dah nama diadaptasi dari komik memanglah sama). Ambil idea dari komik Jepun kemudian buat drama dalam bahasa Taiwan dan pelakonnya ada yang dari korea. Kombinasi yang menarik.

Jadi, apa yang menarik sangat dengan cerita Skip beat ni?
Bagi aku, aku rasa bestlah jugak (pendapat dari bacaan komik Skip beat volume 1). Lain dari yang lain. Ada ke orang kat dunia ni bila marah sangat je mesti keluar hantu. Erk, mungkin dalam cerita Skip beat ni ada. Hantu dia takdelah keluar dalam bentuk yang menyeramkan. Comel jugak hantu dia. Haha... Nak tahu jalan cerita dia, silalah tengok cerita kat 8tv ek setiap hari sabtu 7 malam. Kalau malas nak tengok televisyen, ada link untuk tengok online. [Klik sini] untuk tonton. Cerita ni bermula dari episode 1 sampai episode 15. Sila2 rajinkan diri anda untuk tonton ek.

Kalau malas nak tengok cerita kat televisyen ataupun line internet lembap, aku ada jumpa link untuk baca komik Skip beat. Komik ini bermula dari volume 1 sampailah volume 189. Aku tak tahulah volume 189 tu ending dia ke. Selamat membaca ya. Link untuk baca Komik Skip beat [Klik disini]

P/s : Tujuan post ni hanyalah nak taruk link Komik Skip beat je. Hohoho...
Komik dia serius best. Terguling2 aku gelak bila bacanya.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe