Bos dan pengarah. Gelaran orang yang berpangkat tinggi dalam organisasi perniagaan. Dialah mengawal dan mentadbir hal-hal berkaitan dengan organisasi dari hal kebajikan pekerja hinggalah hal berkaitan syarikat. Bila pekerja bersama dengan bos di dalam satu organisasi, segala tingkah laku di jaga untuk menjaga kualiti pekerjaan. Begitu juga di depan pengarah, sebolehnya kerja yang ditugaskan dapat disiapkan dengan segera dan berkualiti. Bila kerja dibuat bagus, bos pun suka, pangkat pun naik dan gaji pun naik sama. Kita hanya terdorong nak berbuat baik di mata manusia.
Allah. Tuan terbesar di muka bumi dan seluruh alam semesta. Dialah yang mengawal dan mentadbir segala-galanya dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar-sebesar makhluk. Kita pula di mata Allah hanyalah seorang hamba. Takkan di hadapan tuan segala alam semesta masih kita nak buat benda tak senonoh kat muka bumi ni. Solat di lambat-lambatkan dan tak khusyuk pula tu. Nak bersenang lenang sepanjang masa. Tak gunakan masa dengan baik. Allah nampak kot apa yang kita buat tiap-tiap hari. CCTV dia ada dimana sahaja. Tak rasa seram ke bila gerak geri kita diperhatikan? Masih berani nak buat perangai di mata Allah? Bukankah sepatutnya kita akan lebih menjaga perangai kita bila tuan yang lebih besar sedang memerhati gerak kerja kita?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe